Cerpen : Maaf, Encik Salah Nombor!
Aku dengan telefon bimbit aku bukanlah kawan baik. Bukan juga seperti adik beradik. Bukan juga seperti kembar! Bukan juga seperti ombak dan pantai. Macam tsunami adalah! Kalau telefon bimbit ini boleh bercakap, lama dah dia minta suruh tukar. Tolong laaaa tukarkan aku, aku tak mahu kena ikat dengan getah! Heh… telefon aku kena ikat dengan getah, sebab cover dia dah tak boleh lekat. Bateri asyik nak tercabut keluar. Nak beli cover baru? Mana ada sekarang ni cover Nokia 3310! Nak beli telefon baru? Hahah… bukan tak ada duit, tak ada yang berkenan, tak ada masa juga.
“Hello!! Hello!!”
Adeh! Tak dengar, erk mati terus pula tu. Hemm… mesti client yang call ni.
“Weh, Ira! Kau boleh tolong aku tak?” Aku memandang Nina yang memanggil aku.
“Tolong apa?”
“Tolong campak telefon kau tu kat Sungai Kinta tu! Aku dah naik bengang angkat telefon aku ini, semua untuk kau. Tak ada satupun untuk aku. Client dahlah banyak, telefon kau semua tak boleh nak masuk handphone kau. Penat tau ambil pesanan tak berbayar untuk kau!” Marah Nina. “Nah! Telefon untuk kau!”
Pot pet… pot pet! Macam bertih jagung.
Berlari aku ke tempatnya dan mengambil ganggang telefon itu. Usai sudah 5 minit bercakap, aku meletakkan ganggang telefon itu.
“Bos bayar kau jadi receptionist, apahal tak berbayar pulak! Kerja kau memang angkat telefon, bukan bergayut dengan telefon lebih teruk daripada haiwan yang makan pisang tu!” ujar aku, marah. Perasaan… baru saja kerja jaga telefon dah berlagak macam jaga satu Telekom!
Nina mencebik.
Aku terus berlalu ke tempat aku. Ingat hendak mencuci gambar yang aku dan Dhiya edit semalam, tapi tadi pelanggan tu nak jumpa kejap. Nak tengok gambar baju aku ambil last week untuk di muat turun dalam website syarikat dia. Sakit telinga aku kena maki dengan perempuan tu dalam telefon! Marah sebab tak boleh get through aku melalui handphone.
Hemmm…. aku melihat telefon aku! Kasihan kau… Tapi aku terpaksa! Tak tahan telinga aku, depa duk kutuk kau.
“Weh, Dhiya! Kau ada masa tak?” tanya aku.
“Apa?”
Dhiya merupakan kawan baik aku, dia designer macam aku juga, tapi dia more on teknikal dan indoor, aku more on outdoor, seperti mengambil gambar dan shooting sana sini. Hasil kerja aku nanti, selalunya semi finished… dekat dia baru finished product. Selalu aku dan dia, kerja satu team. Dekat syarikat ini, banyak team tapi among the popular, team kami lah! Banyak client yang minta dan kerja selalu tip top. Bos sini fleksibel, itu pasal aku stay sini dah dekat lima tahun.
“Beli handphone baru jap lagi.”
“Alhamdulillah, terbuka juga hati si Omaira Nasuha!!! Aku nak pi buat sujud syukur kejap…”
“Kurang ajar!”
Dhiya tergelak. Aku tersenyum sumbing! Hampehh…
******
“Ini apa function?” tanya aku. Keluar duit beribu, kalau function tak guna, buat apa juga! Kalau banyak function tapi tak pakai, tak guna juga. Aikk… perli diri sendiri nampak.
“Semua ada. Boleh email, boleh wifi, boleh facebook.”
“Itu semua tak perlu. Aku tak pakai. Camera berapa mp?”
“Ini handphone arr… 1.5 mp sudah cukup ma! Kalau lu mau tip top ar.. lu beli DSLR lah.. 14 mp!”
Celaka punya apek! Lu main-main gua ar. Lu mau jual ke tak mau jual ini barang? Siot betul…
“Betul ar apek ni cakap weh, kau nak beli camera ke nak beli handphone beb? Semua function ada, yang penting GPS navigator kena ada. Kalau kau nak trend sekarang, Blackberry atau I-phone lah.” Ujar Dhiya.
Aku menongkat dagu. Aku dah serba salah, mana hendak dipilih! Kalau canggih sangat, aku tak tahu nak guna. Kalau beli yang simple sangat, mampus adik gelakkan aku. Mesti dia kata aku ketinggalan zaman. Sudahlah aku ini memang ketinggalan zaman! Nasib baik kerja aku tak boleh tak ada komputer dan camera, kalau tidak aku duduk dalam gua lah jawabnya.
“Aku ambil inilah.”
Aku menunjukkan Nokia, E72 warna emas. Aku berkenan dengan warna handphone ni, ala-ala mahal gitu! Lagipun function semua ada, bolehlah. Aku bukan nak pakai sangat, asal boleh buat call dan hantar mesej sudah.
“Amoii… ini wa mau cakap. Kalau lu angkat ini handphone, wa bagi lu satu line free punya. Lu tak payah bayar, kalau lu tak mau guna. Kalau lu guna, lu kena bayar lah.”
“Hishhh… tak yah lah.”
“Ambil sajalah… free ma!”
Aku memandang Dhiya. Dhiya mengangguk-angguk.
“Okay, okaylah!” Aku malas hendak bertekak dengan cina apek ini. Buat pening kepala aku saja!
“Nah, isi borang.”
Aku mengambil borang dan aku isi untuk line baru itu. “Eh apek! Aku beli handphone ini, tak ada barang free ke?” tanya aku, sempat nak barang percuma. Yelah, beli ribu-ribu tak kan payung free tak ada!
“Ini wa kasi lu free ni!” Dia menunjukkan sim-card baru itu kepada aku.
“Kau ni memang! Dah kaya lagi nak kaya! Ini Maxis bagi kau free, kau bagi kat aku kata free. Banyak cantik.”
Lelaki itu tergelak. Dia mengelengkan kepalanya. Sumpah dia tak mahu jumpa aku dah lepas ini. Sure dia taubat jumpa client banyak soal macam aku! Nak buat macam mana, customer is always right!
“Eh apek! Kalau ada rosak, aku datang dekat kau, kau jangan lari pula kalau nampak aku.”
“Ehhh… apa pasai mau lari ma! Tarak rosak punya, gerenti lu.” Ujar lelaki cina itu.
Aku mencebik. Memanglah kau jual barang, aku tukang beli!
“Ini?” tanya Dhiya, menunjukkan telefon aku.
“Eh apek, lu angkat wa punya telefon, kasi kurang tak boleh ka?” Aku menunjukkan telefon bimbit cokia aku tu.
Dia ketawa. “Ini siapa mau angkat? Bangla tak ada duit pun tak mau!”
Dhiya ketawa terbahak-bahak. Bangang!
******
Bangga aku menunjukkan telefon baru aku dekat mak, bapak dengan adik aku, Omar Naufal. Kembang kuncup hidung aku kerana bangga akhirnya aku sudah membeli handphone itu! Kalau tak kena maki dengan pelanggan tadi, agaknya aku masih ditakuk lama! Malas hendak membuat sesuatu perubahan ke atas diri sendiri, biasalah… aku! Mana nak ada yang baru kalau tiada yang lama? Cehwahhh… kalau berfalsafah, kalah Khalil Gibran! Erkk… apa pasal masuk Khalil Gibran dalam ini cerita?
“Berapa ni?” tanya bapak.
“Seribu lebih saja.”
“Saja! Saja… tu yang tak tahan tu!” adik aku menjerit.
Aku ketawa.
“Tak apalah, memang benda tu keperluan, senang nak telefon! Kalau tidak dulu, macam handphone masuk air.” Mak dah mula hendak membebel. Lari!!
Nasib baik dulu telefon selalu tak dapat, kalau tidak banyak benda nak dikirimnya kalau aku nak balik. Lagi-lagilah kalau hari Selasa dengan Jumaat, penuh kereta aku dengan barang-barang pasar. Ajak pergi sama tak mahu! Paksa lepas kerja terus pergi. Aku ni, mana nak kejar dateline, mana nak kejar apa yang mak suruh! Bapak dan adik aku, langsung tak boleh nak harap! Tahu melantak saja… itu perut seperti mengandung tak beranak. Adehhh… lepas ni, tiada alasan lagi kalau kata tak dengar! Menyesal pula…
Adik aku tergelak. “Telefon kau yang lama mana long?”
Aku menunjukkan telefon lama aku. Aku cerita pasal lawak si apek bengong tu, mereka gelak sakan. “Along dapat sim-card free. Line Maxis lagi. Nombor sedap juga… 012-2345678!” ujar aku. Memang nombor itu cantik, tapi aku dah lama pakai nombor aku ini. Walaupun prepaid, kawan-kawan aku dah biasa dengan nombor ini. Malas arr nak tukar!
“Uikss… nombor ni kalau buat business bagus ni.” Ujar bapak.
Aku mengerut dahi. “Kenapa pak?”
“Senang ingat!” jawab bapak.
Hemmm…. betul juga! Kalau aku pakai nombor ini, memang senang ingat. Lagipun post-paid. Handphone baru, nombor telefon barulah! Apa lagi… tukar semua…
“Kalau macam tu, ini jadi nombor baru along lah!”
“Habis nombor lama dengan telefon lama ni?” tanya adik aku.
“Bagi dekat mak! Mak nak pakai, nak promot kerepek pisang mak ni!” tiba-tiba mak menyampuk.
Erkkk… kami akhirnya tergelak! Macam-macam hal!
******
Aku melihat Nina di kaunter hadapan sibuk membersihkan dan mengilat kukunya. Itulah kerja dia pagi-pagi! Aku masuk kerja, asal buka saja pintu ni, itulah kerja hakiki yang dia tengah buat. Macamlah pejabat ini, pejabat bapak dia! Mentang-mentang bos jarang masuk pejabat, dia boleh releks goyang kaki, cungkil gigi ya!
“Adehhh… adehhh sakit tengkuk!” Sengaja aku menundukkan kepala aku di hadapannya. Buat-buat sakit tengkuk, walhal aku nak tunjuk telefon bimbit baru aku kepadanya. Biar cemburu dan buntang matanya! Suka sangat gelak kan aku dan maki aku ya. Nahh… ambik! Warna emas tau… kau ada ke?
“Kau ni kenapa Ira?”
“Entah, sakit betul tengkuk ni.” Aku sengaja memegang tengkuk aku. Telefon yang aku gantung di leher itu sengaja aku libas-libas dihadapannya. Buat tali gantung tu tak kuat, mahu tercabut, terjatuh, malulah pulak!
“OMG!!! Telefon baru!” jerit Nina.
“Oh my god ke? Oh memang gempak ke? Oh menarik gila ke? Atau kesemuanya sekali?” ujar aku!
Nina mencebik… “Oh memang gampang!”
Aku tergelak. Ternyata dia cemburu. Lantas aku menyanyi-nyanyi ke tempat aku. Seronok menyeksa batin si Nina, receptionist perasaan lawa pejabat aku! Sudahlah pekak, sebab hari-hari telinganya sakit dengan bunyi telefon berdering tak berhenti sampaikan aku panggil jarak 2 kaki pun, dia tak dengar! Punyalah pekak!
Tiba-tiba… bunyi deringan telefon bimbit aku berbunyi. Lagu ‘Just The Way You Are’ dari Bruno Mars menjerit-jerit suruh angkat. Omar yang setkan bunyi ringtone ini semalam. Dia ajar aku guna macam-macam function. Nasib baik ada adik aku, kalau tidak mampus kena gelak. Pakai telefon mahal, nak cari phonebook pun tak tahu!
“Hello!”
“Hello… Maya! Where are you now?”
“Errkkk….”
“Jangan nak gagap-gagap dengan I, kalau dah lambat tu buat cara lambat okay!”
“Erkkk… maaf! Encik ni salah nombor ni. Maya tak ada Maira ada!” ujar aku.
“I tak kira, apa pun nama you, you datang sekarang. You ingat studio ni bapak you punya ke?” Apahal mamat ni, aku kan dah kata salah nombor!
“Oiiii mamat!”
Mamat tu terdiam.
“Wa kata… lu salah nombor lu tak dengar! Wa ingat wa kena cakap bahasa Jawa baru lu paham kot!” ujar aku separuh menjerit.
Tut… tut…tut!!
Ambik kau.. tahu diam pula, letak terus!
“Kau ni Ira, kalau tak cari gaduh dengan orang tak boleh ke? Asyik saja cari gaduh!” Tiba-tiba Dhiya mula hendak membebel. Mungkin dia nampak aku tengah menjerit tadi agaknya.
“Mangkuk ni, aku kata salah nombor, dia lagi nak bertekak dengan aku! Aku bertekak balik lah.”
Dhiya mengangguk. “Patutlah sampai sekarang orang takut nak dekat dengan kau. Garang macam singa betina lapar tau tak! Patut abang aku pun seram. Muka harap saja cantik, silap haribulan kaki tangan semua hilang.” Ujar Dhiya sambil menghirup milo panasnya. Dia kalau tak minum milo panas setiap pagi tak sah! Itulah caranya hendak melabur setiap hari. Tak melabur, tak sah!
“FYI cik Dhiya! Abang kau tu dahlah tak handsome tapi perasan macam Anuar Zain, dahlah tak romantik tapi perasan jejaka semalaya! Sangat tak sesuai dengan jiwa raga aku ni, yang suci lagi murni.” Ujar aku sambil mencuci kamera aku. Kejap lagi ada outdoor searching. Nak cari tapak ambil gambar yang cantik untuk next project dengan Dhiya.
Dhiya mencebik. “Perasaan! Terjun laut pun, laut lari tau! Bukan ikan… dengan air laut sekali lari.”
Aku ketawa. “Sudahlah, cepat melabur! Kita jauh lagi nak pergi.”
“Yelah!”
Dhiya terus berlalu ke toilet. Aku menunggunya sambil melihat telefon aku itu. Bunyi sekali lagi, mamat tu juga, aku nak kata rumah mayat Ipoh pula! Siap…
******
Berpeluh! Panas terik aku rasa, kerja mencari tapak yang mempunyai pemandangan menarik untuk menangkap photo pra-perkahwinan. Sekarang memang trend macam ni. Semuanya nak ikut celebriti, tak kisahlah harga mahal pun, asalkan ada gambar style macam ini untuk dibuat kenang-kenangan. Bajet murah, gambar pun ala kadar je lah! Penatlah nak edit satu dua gambar saja. Alang-alang buat, biar atas 20 gambar! Aku dan Dhiya tak perlu nak stayback dekat pejabat.
“Boleh ke?” tanya Dhiya.
“Kau ingat Ipoh senang ke nak cari sawah padi! Habis dah ini saja yang ada. Sapu sajalah!”
“Ini lalang, bukan sawah!”
“Kalau Ipoh ni beb, lombong adalah! Takkan nak ambil gambar pengantin dekat lombong pula dah?”
Dhiya menggaru kepalanya. Leceh betul dapat client banyak songeh ni! Aku sudah nak berangin.
“Macam ni, nak tak nak kena bawa client pergi Kampung Gajah! Situ paling dekat… lepas tu kita shoot dekat Pasir Salak. Situ tempat cantik juga. Tempat JWW Birch tengah mandi, mati kena bunuh!” ujar aku.
Dhiya tersengih. “Boleh lah daripada tak ada, dah jom balik! Aku panas ni.”
Dia sudah mengibas tudung dia. Memang panas terik. Aku pun dah tak larat. Tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi.
“Hello, Maya. I dah letih tau call you.”
“Maaf, encik ni dah salah nombor. Ini Omaira Nasuha Nasir bukannya Maya.”
“Opss… sorry!”
Tup!
“Masuk kali ini dah 2 kali orang call tanya Maya, Maya! Aku bengang betul pakai nombor telefon baru ni!”
“Haha… layan sajalah beb. Mana lah tahu, orang yang silap telefon tu handsome, bertemu jodoh ka!?” ujar Dhiya. Aku mengerut dahi, asal boleh je minah ni!
“Ek elehhh… kau ni kalau bab berangan, bab merapu, semua boleh kat kau ya! Ada sajalah.”
Dhiya tergelak. Aku mengelengkan kepala aku. Merapu! Tapi kalau bosan-bosan, tak ada kerja… apa salahnya! Bengong betul si Omaira Nasuha ni, dengar cakap si Dhiya ni buat apa.
******
Malam itu aku keletihan. Setelah siap aku sketch di board untuk shooting besok, aku mula nak baring di atas katil, nak luruskan tulang belakang. Aihhh… aku mengeluh. Umur dah 28 tahun, boyfriend tak ada, kawan lelaki pun tak ada, aku sendiri dah macam lelaki. Kawan perempuan pun ada seorang dua sahaja! Erkks… kawan perempuan nak buat apa, bukan boleh kahwin, menyusahkan lagi ada. Nak nak macam si Amanina tu! Errkk… pening kepala otak aku.
Telefon bimbit aku berdering lagi… aku tengok nombor yang sama! Tadi aku tak sempat nak kenakan, sekarang ni, siap kau!
“Hello, rumah mayat Ipoh, mahu cari mayat siapa?”
Tup!
Aku ketawa terbahak-bahak. Orang itu terus meletakkan telefon. Padan muka! Apalah syok sangat dengan Maya tu dok cari-cari dari tadi tak berhenti. Aku teruskan simpan nombor orang itu, aku letak nama dia… Encik Salah Nombor! Save? Aku tekan butang ‘save’ and done! Aku tersenyum.
Tak sampai 5 minit, telefon berbunyi lagi. Tertera nama Encik Salah Nombor di skrin. Aku ketawa lagi. Hemm…
“Hello, Tanjung Rambutan sini. Mahu hantar ke mahu ambil orang gila?”
Tup!
Aku gelak lagi. Kali ini lebih kuat sampaikan Omar mengetuk pintu!
“Kau gelak kenapa along? Share sikit! Sharing is caring.”
“Banyaklah kau punya sharing is caring. Pi main jauh-jauhlah!” aku menghalau dia keluar. Orang nak main-main ni, kacau. Omar mencebik, terus ke biliknya. Sibuk saja!
Telefon itu berbunyi lagi. Idea jahat aku datang lagi apabila nombor Encik Salah Nombor tu keluar di skrin telefon bimbit aku. Ya, Allah! Dia ni gila tak serik.
“Hello… Bomba Ipoh. Nak report kebakaran?”
“Errkkk… kejap rumah mayat, kejap Tanjung Rambutan, sekarang bomba pula, banyak servis dalam satu talian ya! Macam astro… macam-macam ada! Tak mahu buat servis memasang astro ke?”
Aku ketawa! “Nak cari Maya ke? Tak ada sini. Sini Omaira, bukan Maya Karin ke Maya Matahari ke…”
Dia tergelak. “Ya saya tahu, saya cari awak!”
“Erkk?? Cari saya kenapa?” Aku pelik! Kenapa pula cari aku…
“Nak minta maaf sebab hari ini dua kali saya call awak silap. Tak pasal kena marah dan kena terjah! Sorry okay, Omaira.” Ujar dia.
Terasa kekesalan dia melalui suara serak basah dia itu. Sedap suaranya, macam Ramli Sarip pula! Heh… apa aku ni! Tapi ada juga terasa dalamnya suara itu macam Remy Ishak. Heh! Bengong Omaira Nasuha!
“Jadi Encik Salah Nombor ni dah jumpalah nombor sebenar si Maya tu?” tanya aku.
“Sudah! Terbalik dengan nombor awak saja Cik Omaira. Hujung nombor awak, 78, dia 87.”
“Owhhh… okaylah tu!”
“Hemm… maaf ganggu ya. Nanti senang saya silap telefon lagi.”
Aku ketawa!
“Okay!” Okay?? Apa maksud aku ‘okay’? Erkk… aku nak dia telefon lagi ke? Jangan buat pasal Omaira! Entah siapa-siapa ntah… Mana tahu mamat indon Lombok ka? Tapi suara tak macam mamat Indonesia pun! Takpun umpan suruh bawa dadah ka? Erkk… ke situ pula aku fikir!
“Bye, assalamualaikum.”
Aku menjawab salamnya dan aku tutup telefon aku. Suara sedap! Kalau suara sedap selalunya tak handsome. Tapi mana tahu, handsome! Bonus… Hish, mulalah nak berangan. Aku tersengih.
******
“Suara boleh tahan sedap beb! Tapi kau tahulah, kalau suara sedap bukannya handsome pun. Malas nak layan!” cerita aku pada Dhiya sebaik sahaja aku nampak Dhiya masuk pejabat. Aku? Entah kenapa aku excited gila nak cerita padanya perihal semalam. Tak sabar nak tunggu pagi! Nak call dia semalam, dah lewat sangat.
“Wehh… layan buat spare je. Free-free ada orang yang kita nak call. Takkan kau nak call aku pula. Apa maknanya!”
Aku tergelak. Sesungguhnya minah ni banyak betul idea sengal dia.
“Kau buat macam tu ke dekat Hafiy? Menduakan dia hah?” Hafiy itu tunangnya Dhiya. Hafiy kerja di sini juga. Kalau nak cerita perihal macam mana mereka jatuh cinta, alamatnya bertahun tak habis. Ikutkan rancangan, kalau tiada aral yang melintang, hujung bulan ini mereka hendak berkahwin. Hemm… hilang dah kawan aku seorang! Dah tak boleh nak menggila lagi. Bertambahlah bakal anak angkat aku nanti.
“Bukan setakat mendua saja… men’tiga’.. men’empat’!” Dhiya tergelak.
“Bodoh! Kau gila? Hafiy tahu nanti!”
“Tahu apa?” tanya Hafiy, tiba-tiba muncul dari belakang.
Gluppp! Aku terus beredar ke tempat aku.
“Tak ada apalah! Pi buat kerjalah, sibuk hal perempuan.” Dhiya mengusir bakal suaminya pergi. Hafiy mengelengkan kepala dan berlalu ke workstation dia.
Aku ketawa. Sesungguhnya minah itu memang ganas dan mantap, tahap cipan tujuh keturunan! Ganas-ganas pun ada juga yang hendak. Aku yang ganas ala-ala manja ni, tak ada pula yang usha!
Telefon aku berbunyi tiba-tiba. Encik Salah Nombor! Dhiya memandang aku.
“Dia ke?”
“Aahhh…”
“Speaker phone!”
“Okay!” Aku terus buka speaker phone.
“Hello. Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam, Omaira.”
Adehhh… kenapa dia sebut nama aku dengar macam sedap! Cair.. cairrr…
“Sibuk ke?”
“Tak juga, tengah nak pack barang, nak shooting.” Ujar aku.
“Shooting? Orang filem ke?”
“Taklah… orang majalah!”
Dia tergelak. Sedapnya suara dia gelak… Cairrr cair!! Menitik-nitik nih hati!
“Ganggu ke?”
“Tak juga.”
“Awak tak mahu tanya nama saya ke?” tanya dia.
“Tahu nama awak.” Jawab aku.
“Hah? Macam mana boleh tahu? Sekodeng ke? Apa nama saya?”
“Encik Salah Nombor!”
Dia tergelak. Aku buat lawak ke? Asyik gelak saja dia dari tadi.
“Sedap juga nama saya yang awak bagi tu!”
Aku ketawa. Dhiya menahan gelak.
“Tak kerja ke?”
“Kerja. Tengah tunggu model. Biasalah lambat!”
“So you are?” tanya aku.
“Photographer.” Jawab dia.
“Wahh… samalah!” Aku excited!
“So bila kita nak jumpa?”
Errrkkk… Aku memandang Dhiya! Dia sudah mengekek ketawa. Hampehh…
******
Soalan semalam yang ditanya oleh Encik Salah Nombor itu tidak aku jawab. Aku pusing kot lain. Gila nak jumpa! I am not ready yet! Hishhh… menyesal melayan! Nak jumpa segala… Tak mahulah. Aku ni dah lah cerewet, kalau tak kena dengan citarasa, mahu aku buat muka. Aku ni bukan boleh! Apa yang dirasa dalam hati, cepat berubah di wajah aku yang lawa ni.
Hari ini aku lepak rumah saja. Aku malas hendak keluar. Semalam seharian sudah keluar! Hari ini kalau rajin, aku akan edit gambar semalam, kalau tidak, besoklah aku edit.
Hari ini juga Dhiya mesti sibuk! Nak buat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Dia ajak aku keluar untuk melihat bakul hantaran. Adehhh.. aku lak malas kalau satu family Dhiya ikut, lagi-lagi abang dia yang kata aku garang tu ikut sekali. Sesungguhnya aku tak suka dia! Rimasss…
Masa bosan-bosan ni, tak ada pula Encik Salah Nombor nak buat-buat salah telefon ke! Sangap duk rumah ni! Mak dengan bapak tak ada pula, mereka pergi kenduri. Aku turun ke ruang tamu, aku melihat Omar baik punya main PS.
“Dik, kau tak pergi dating dengan Ana?”
Omar mengelengkan kepalanya.
“Kau dengan Ana, putus ke?”
“Oiii… kau jaga mulut kau sikit along! Tak keluar tak bermakna putus, okay!” Marah Omar sebab aku serkap jarang. Heh… tahu takut! Yelah, dah lama aku tak nampak Ana. Bercinta dengan budak sebelah, asal boleh saja adik aku ni! Muka handsome, Ana budak gemuk tu jadi pilihan.
“Manalah tahu, kau jumpa lebih lawa ke!”
“Helloooo sister! Ana tu lawa apa!”
“Errkkk… kau pi Dr. Ranjit, pi check mata tengok. Rabun ke buta!” Ujar aku.
“Cik Omaira Nasuha… walaupun dia begitu di luarnya, tetapi yang pentingnya itu di dalam ni haaa.” Dia menunjukkan dadanya, lebih tepat lagi hatinya.
Aku mencebik. Kadang-kadang adik aku ini boleh tahan ayat dia! Masuk akal juga.
“Mana nak datang cinta beb kalau mata tengok tak cantik?” tanya aku. Sengaja nak provoke dia. Yelah! Kalau depan mata dah tak cun, tak lawa, mana nak datang perasaan cinta dan sayang? Kalau aku?? Bolehkah? Aku rasa tak boleh… bukan perasan aku ni lawa tapi kalau depan mata cantik, tak ke turun ke hati? Kalau tidak tak ada lah orang lama quote, dari mata turun ke hati! Ya tak?
Omar meletakkan remote PS dan berdepan dengan aku.
“Along, kau ni adik nak kata bangang, memang ada juga. Tapi kau ni cerdik ada juga!”
Aku tersengih.
“Cantik itu maknanya luas. Bukan sahaja cantik mesti dari luar, cantik mesti dari dalam juga. Lebih baik cantik datang dari dalam so dia akan mempamerkan cantik luaran. Bagi adik, Ana baik, Ana sopan, Ana kuat agama juga… jadi fizikal itu tak penting, tolak tepi! Sebab dia sudah begitu cantik di mata Omar Naufal Nasir! Kalaupun dia gemuk, dia boleh bersenam untuk kurus. Kalau dia tidak cantik, dia boleh makeup bagi cantik! Walaupun dia tak cantik… dia manis di mata adik.”
Aku terdiam.
“Lagipun kak… kalau handsome tapi tak guna sesen pun buat apa! Daripada handsome jadi model seluar dalam, baik pilih tak handsome tapi ada otak!” Omar tergelak.
Betul juga kata Omar Naufal! Logik… logik!
******
Demikianlah hari-hari yang berlalu bagi aku. Macam orang bercinta dengan telefon! Dulu telefon bagaikan musuh ketat dengan aku, sekarang telefon bagaikan aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku, bagaikan gigi dan gusi… berdetak-detak bunyinya! Bunyi sahaja telefon, berlari-lari mengangkatnya. Kalau duduk di pejabat, berlari ke pantry. Kalau duduk di dapur, berlari ke bilik. Kalau tengah berbual dengan mak, bapak dan Omar, boleh berlari ke taman. Kalau sedang bergosip dengan Dhiya, boleh minta hold dulu! Berlari macam nak menang sukan Olimpik tu! Semuanya sebab nak bercakap dengan yang tersayang… Encik Salah Nombor! Aikkk… tersayang? Heh… since whennnn????
Dhiya gelakkan aku sejak aku dilamun cinta ni. Dia kata aku dan telefon seperti belangkas!
“Baru tahu langit dengan bumi! Jatuh cinta tu perasaannya bagaimana…” usik Dhiya.
“Rasa melayang ke awan!” jawab aku, betul seperti melayang-layang jiwa ni. Lagi-lagi kalau sekali sekala Encik Salah Nombor memanggil aku ‘sayang!’ Mati kutu, mati akal, mati semuanya!
“Tahu tak apa!”
Sejak dua minggu ini, macam-macam aku tahu pasal Encik Salah Nombor kecuali namanya. Aku pun banyak bercerita dengannya tentang aku. Tentang aku yang ganas ala-ala manja tahan cipan tiga keturunan je. Dhiya punya ganas lagi takut!
Aku juga cukup sibuk dengan kerja aku, memandangkan Dhiya pun bakal bercuti kahwin. Aku juga sibuk dengan kenduri Dhiya! Dia hendak aku juga yang membuat album pra-perkahwinannya. Kawan punya pasal, aku turutkan juga. Janji aku kahwin nanti, dia buatkan untuk aku pula! Erkkk… bila nak kahwin Omaira?? Dengan siapa pula! Encik Salah Nombor? Aicehhh… Hati sudah diberi, muka tak nampak lagi! Gila berisiko cinta sebegini!
“Awak tak takut ke ada perasaan pada saya tetapi tak pernah tengok muka saya?” tanya aku.
“Pandai cinta, pandailah mengawalnya. Cinta bukan pada rupa, Omaira Nasuha!” jawab dia. Sesungguhnya dia memang pandai berkata-kata. Orang sweet talker ini, kena berhati-hati! Tapi aku… dah cair!
“Yelahh… memang betul! Tapikan, dari mata turun ke hati!”
“Kita punya kisah cinta tak boleh pakai perumpamaan tu, sayang!”
Uikss… sayang! Aku tersengih. “Kenapa pula?”
“Kita punya beza sikit… dari suara turun ke hati!” kata dia.
Aku ketawa. Dia memang suka berlawak! Mana hati tak terpikat.
“Kalau macam tu, kita jumpa nak? Banyak kali saya ajak, awak tak mahu!” ujar dia tiba-tiba.
Aku terdiam.
“Jom?” ajak dia lagi.
“Saya sibuk sikit. Kawan saya nak kahwin.”
“Hushh… ingat awak yang nak kahwin!”
Aku ketawa. “Kalau saya nak kahwin, saya tak layan awaklah, Encik Salah Nombor!”
“Heh… awak tak mahu tahu ke nama saya?”
“Saya tahu dah nama awak!”
“Awak jumpa saya, saya beritahu nama saya.” Dia mendesak lagi.
“Okaylah!” Aku tiba-tiba buat keputusan! Gila Omaira! Berani mengambil risiko.
“Jumpa saya? Betul?”
“Ye lah! Nak saya tarik keputusan saya ke?”
“Tak nak! Tak nakk… tapi saya tak nak awak tarik hati awak juga bila jumpa saya.”
“Boleh ke dah terlanjur berikan hati lepas tu tarik balik?”
“Manalah tahu! Hati dan perasaan bukan hak kita untuk menghalang atau mengawal daripada benda yang tak ingin terjadi”
Aku terdiam. Betul juga! Aku ini bukannya betul sangat!
“Apa-apa pun Omaira, terima saya seadanya kerana saya sudahpun menerima seadanya awak!”
Aku tersenyum! Hishh… tak sabar nak jumpa dengan orang yang berjaya mencuri hati aku ini.
******
Hari itu, dua hari sebelum majlis pernikahan Dhiya, aku terpaksa lari kejap untuk berjumpa dengan Encik Salah Nombor! Itu sahaja masa free aku.
Dia berjanji hendak pakai baju merah, aku pula tak janji pakai baju warna apa. Dia kata tak kisah pun! Katanya kalau hati sudah suka, bau kentut pun boleh tahu yang mana. Hampehhh!!
Hishh.. tak pernah aku nak blind date macam ni! Mengong Omaira Nasuha. Tak pernah dibuat dek orang. Sudah berusia 28 tahun, perangai macam 18 tahun!
Sampai sahaja di Jusco, aku mengintai-intai di sebalik pokok-pokok yang ada dekat situ. Aku teruja hendak melihat Encik Salah Nombor tu yang mana satu. Hemmm… Baju merah! Tu dia kah? Berkaca mata hitam, rambutnya panjang! Erkkk?? Tak gemuk, tak kurus, orangnya tinggi, tak putih dan tak gelap juga. Adehhhh… aku tak nampak muka pula! Dia pandang arah sana… Aisehhh!
Nak pergi ke tak nak pergi? Pergi sajalah! Hati dah suka, hati mahu juga tahu, siapa… Aku melangkah mahu pergi ke sana, tiba-tiba telefon aku berbunyi.. Mak?
“Hello mak?”
“Hello… bapak kau masuk hospital ni. Tiba-tiba tadi dia rasa nak pitam pula. Nasib baik Omar ada rumah, bawa pergi hospital. Cepat ke sinilah ya! Doktor kata bapak tak adalah apa-apa, cuma penat saja.”
“Okay!”
Klikk…
Maaf, Encik Salah Nombor, aku kena pergi! Lain kali kita jumpa…
******
Lama aku tidak terima panggilan dari Encik Salah Nombor. Mesti dia marah aku sebab aku tak jumpa dia hari itu. Aku pun sibuk! Tak sempat nak telefon beritahu, lepas menguruskan bapak di hospital, aku ingat nak call, tapi aku terlupa. Dia pun sibuk agaknya, sampaikan tak call aku. Entah, entah dia merajuk! Adehhh… salah aku! Tak apalah, lepas kenduri ini, aku akan call dia balik, minta maaf. Rindu pula pada Encik Salah Nombor!
Persiapan majlis perkahwinan Dhiya sangat meriah! Aku sedikit teruja, member baik nak kahwin. Kejap lagi hendak melansungkan pernikahan! Cantik dan berseri-seri pengantin. Aku selaku pengapit, sepanjang masa ada disisi Dhiya sewaktu majlis itu dilangsungkan.
“Aku terima nikahnya, Dhiya Ghazlina binti Ghazali dengan mas kahwinnya sebanyak RM2,010.00 tunai.”
Hafiy juga nampak kacak sekali dengan baju melayu berwarna light purple, tenang sahaja mengucapkan lafaz nikah. Air mata Dhiya langsung menitis tatkala Hafiy mengucapkan lafaz itu. Serta merta tanggungjawab seorang isteri berada di atas bahunya. Dia merasakan sedih bercampur gembira! Walaupun aku tak pernah berada di tempatnya, aku faham perasaan itu.
“Hai Ira!” sapa abang Dhiya, Dhabit Gibran. Dia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu. Dia tak adalah kacak, tetapi manis itu ada, kerana lesung pipit itulah.
Aku ingat namanya kerana inilah manusia yang aku tak mahu jumpa. Hishhh… dulu Dhiya lah mengenalkan aku dengan manusia ini. Asyiklahhh duk berfalsafah mutiara kata ‘Khalil Gibran’ dengan aku, sampai aku naik pening dengan kata-kata romantis yang tak boleh diterima akal aku tu! Lepas tu dia kata aku garang, mana tak garang, kalau kacau aku hari-hari dengan Khalil Gibran tak berhenti!
“Hai abang.” jawab aku sambil senyum. Senyumlah sikit, kang kata sombong pula.
“Suka tak lepas ni majlis kita pula?” tanya dia tiba-tiba.
“Apa abang merepek ni!” aku mengerut dahi. Hishh.. perasaan!
“Kalau hati suka, tak mahu mengaku pula. Abang tahulah abang tak handsome, sampai tak mahu datang jumpa abang pun.” Ujar dia.
Aku memandangnya pelik. “Eh abang ni!”
“Kenapa tak datang kelmarin?” tanya dia.
“Kelmarin? Tak ada Dhiya cakap suruh datang pun.” Ujar aku.
“Maksud abang, dekat coffee bean. Kan dah janji nak jumpa situ.”
Aku tersentak. Aku memandang dia, dia tersenyum!
“Encik Salah Nombor? Encik Salah Nombor tu abang?”
Dia mengangguk! Hah?! Dhabit Gibran adalah Encik Salah Nombor? Orang yang aku suka itu ialah orang yang aku tak suka! Apakahhh??
Tiba-tiba aku rasa bengang! Penipu, pembohong… siakap, senohong, gelama, ikan belacak!!! Marah aku, semua nama ikan dah keluar!
Aku berlari keluar masjid. Aku bengang! Siott… jadi si Dhiya tahu Encik Salah Nombor tu abang dia ke? Sampai hati…
“Ira! Omaira…” panggil Dhabit.
Dia menyentap tangan aku.
“Lepas lah!” Aku menarik tangan aku.
Dia melepaskan tetapi menghalang untuk aku pergi. Mereka sibuk berdrama realiti kat dalam masjid, aku buat drama swasta pula tepi masjid!
“Abang tahu bapak Ira masuk hospital kan, Dhiya bagitahu. Tapi kenapalah tak call abang? Jadi pak pacak menunggu Ira lama tau! Ingatkan Ira lari tak mahu jumpa abang sebab tahu dah abang ni Dhabit Gibran.”
Aku mencebik. Aku malas nak cakap.
“Kalau dalam hati Ira tu menyalahkan Dhiya, Ira silap. Dhiya tak tahu abang ni Encik Salah Nombor.” Ujarnya.
Aku terdiam. Macam tahu saja!
“Memang pada mulanya abang salah nombor, kemudian abang call sekali lagi, Ira sebut nama panjang Ira, abang tahu itu Ira! Jadi abang simpan nombor Ira. Abang memang niat nak beritahu siapa abang, tapi you just wont listen. Abang nak beritahu nama abang pun, Ira tak mahu tahu.” Ceritanya panjang lebar.
Aku terdiam. Aku mendengar penjelasan dia. Memang lah salah aku, degil! Kalaulah aku tahu namanya… aku? Sah lah aku tak akan terima dia! Lelaki jiwang tahap cipan 18 keturunan!
“Tapi abang tahu apa di hati Ira. Dhiya cerita. Ira pun tahu, Dhiya suka bercerita tentang Ira pada abang. Tak tanya pun dia akan cerita.”
Hishhh… Dhiya ni semua nak cerita!
“Jadi… lepas ni majlis kita boleh?”
“Tak boleh!”
“Kenapa pula? Dalam hati dah ada cinta… kita teruskanlah.”
“Memang ada cinta, tapi ada mak bapak juga!”
Dia ketawa. Aku tersenyum.
“Yes!!” Dia menjerit, gembira.
Aku dan Dhabit Gibran, abang Dhiya Ghazlina? Dhiya! Aku bakal kakak ipar kau.. huhuhu! Siap kau kena buli dengan aku!
“Khalil Gibran pernah berkata…”
“Mula dah!!” Aku menepuk dahi.
“Dengar sini sayang…” Dia memegang bahu aku.
Aku terdiam.
“Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-hentinya aku mencintai, dan, apa yang kucintai kini, akan kucintai sampai akhir hidupku, kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya.”
Dia tersenyum. Aku pun turut menguntumkan senyuman.
Kali pertama aku merasakan ayat-ayat Khalil Gibran yang terkeluar dari mulut Dhabit Gibran, menyentuh hati aku. Cinta itu universal! Perasaannya bercampur-campur! Kadang-kadang kita menyangkal apa yang ada di hadapan mata tetapi sebenarnya dia adalah yang terbaik untuk kita. Hargai seseorang sementara dia masih ada, sayangi dia seperti esok tak akan ada dan cintai dia bagaikan ajalnya sudah tiba!
Cinta jangan pandang pada rupa! Cinta yang ikhlas datang dari hati yang tulus… bukan dari rupa bak kata orang mat saleh… dont judge a book by its cover! A simple story from me, enjoy reading it! Tq uolz for the amazingly support! ~Syamnuriezmil~
tiap mlm sye dok bkk cerpen2 syamnuriezmil je .
xpna bosan kot . huhu
troskan berkarya ye !
sye peminat awok ! hee
chaiyok chaiyok !