BICARA NEGARAWAN - TUN M SOAL JAWAB 1 1 2
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Hukum Solat Fardu Berimamkan Solat Sunat ISU: Saya ingin bertanya apakah hukum bagi orang yang solat fardhu berimamkan solat sunat. Contohnya,salah seorang rakan saya telah lambat untuk solat berjemaah dan kebetulan hanya saya seorang yang sedang solat di situ. Tetapi saya sedang solat sunat qabliyah, lalu dia menepuk bahu saya dan berimamkan saya. 1. Adakah solat dia sah? 2. Apakah yang perlu saya buat ketika dia menepuk bahu saya unt uk berimamkan saya? PENJELASAN: Menurut Imam al-Syafi'i, sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardhu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, "Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad saw. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya." Imam al-Syafi'i menjelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua itu adalah solat sunat, manakala so...
- Get link
- X
- Other Apps
Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan. 2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa: i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negar...
- Get link
- X
- Other Apps
RASUAH: ADAKAH KITA MAHU HIDUP SENANG DI DUNIA SAHAJA? JAUHILAH RASUAH YANG SANGAT DIKEJI OLEH ALLAH 1. Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan sesuatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. Kesimpulannya rasuah ialah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya. 2. Rasuah tidak hanya melibatkan wang tunai. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendifinasikan rasuah sebagai: “ Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun” . Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan k...