- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, April 18, 2015

Hukum Solat Fardu Berimamkan Solat Sunat


ISU:

Saya ingin bertanya apakah hukum bagi orang yang solat fardhu berimamkan solat sunat. Contohnya,salah seorang rakan saya telah lambat untuk solat berjemaah dan kebetulan hanya saya seorang yang sedang solat di situ. Tetapi saya sedang solat sunat qabliyah, lalu dia menepuk bahu saya dan berimamkan saya. 1. Adakah solat dia sah? 2. Apakah yang perlu saya buat ketika dia menepuk bahu saya untuk berimamkan saya? 
 
PENJELASAN:

Menurut Imam al-Syafi'i, sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardhu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, "Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad saw. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya." Imam al-Syafi'i menjelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua itu adalah solat sunat, manakala solat ahli keluarganya yang menjadi makmum itu adalah solat fardhu Isyak. Ini menjadi dalil bahawa dibenarkan orang yang bersolat fardhu berimamkan imam solat sunat. 
 
Namun, adalah lebih baik dielakkan bagi menghindar daripada perbezaan pendapat kerana ulama yang lain berpendapat tidak sah makmum solat fardhu berimamkan imam solat sunat (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 503).

Jika seseorang yang solat sunat, kemudian ada orang menepuk bahunya untuk menjadikan dia imam, dia hanya perlu teruskan solatnya dan tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 503).

Wallahu a'lam
 http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-solat-fardu-berimamkan-solat-sunat






No comments:

Post a Comment