- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, September 10, 2013








MAHKAMAH TETAPKAN KEPUTUSAN RAYUAN KERAJAAN TERHADAP PENGUNAAN KALIMAH ALLAH PADA AWAL OKTOBER INI !!! 

 





PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

"Keputusan tidak akan memakan masa mengambil kira keprihatinan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak," kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Heralditu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah " Allah " dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.

Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.
 http://hambaliabdullah.blogspot.com/2013/09/mahkamah-tetapkan-keputusan-rayuan.html

No comments:

Post a Comment