KENAPA BEGINI?




Hensem memang la hensem..
Wajah matang tidak dinafikan..
Namun awal-awal lagi sudah teserlah kedayusannya..
Aku tak pakai tudung....dia relax,
Aku pakai T-shirt sendat...dia tak bising,
Aku pakai jeans sendat....dia tak tegur pun,
Aku seksi....dia suka,
Lelaki luar menjeling aku....dia sporting je,
Pakweku memang D.A.Y.U.S...

Tidak Mahu Dirogol, Tetapi Berpakaian Seperti Sengaja Mahu Dirogol ?


(gambar hiasan)

........................................................................
Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab: Ayat 59

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. "

Amat jelas sekali, Islam menjaga maruah wanita-wanita Islam supaya tidak mudah dijadikan objek pemuas nafsu dan sasaran pandangan jahat lelaki di dunia, dengan cara Islam menetapkan adab berpakaian memelihara Aurat bagi mereka.

Namun, ramai wanita yang tidak ikut.

Maka, rosaklah wanita yang memilih keseksian berbanding kesopanan. Rugilah wanita yang berlumba bercantik-cantikan berbanding memilih untuk kesederhanaan.

Apabila wanita-wanita Islam berpakaian memelihara Aurat dengan kesungguhan serta disusuli dengan sifat malu dan beradab, maka dengan izin Allah akan tertunduklah mata-mata lelaki yang cuba memandang, akan terhalanglah nafsu serakah lelaki yang cuba menggoda dan lantaran itu akan terhindarlah diri mereka dari gangguan-gangguan yang cuba merosakkan kehormatan mereka. Insyaallah.

Namun, melihat senario trend berpakaian wanita Melayu Islam pada zaman kini, terasa susah untuk berasa kasihan pada mereka. Baju dan seluar sendat mempamerkan bentuk badan, fabrik jarang hingga boleh menampakkan anak baju, berseluar londeh menampakkan seluar dalam, bertudung tetapi sendat sana sini dan sebagainya. Sampai terfikir di kepala bahawa andai jika wanita sebegini diganggu seksual, dicabul atau dirogol, kita susah hendak berasa kasihan terhadap mereka. Mereka sendiri yang memilih untuk berpakaian yang bermasud "minta dicabul", dalam erti kata lain berpakaian yang sengaja menarik perhatian lelaki serta memanaskan nafsu mereka.

Bagaimana lagi mahu menyedarkan mereka semua ?


Bisnes Jual Tudung Tapi Taukeh Free Hair ?



Boikot ! Boikot !

Menyampah rasa bila melihat peniaga wanita Melayu Islam yang hanya tahu mengejar untung di atas kehangatan fenomena fesyen tudung, tetapi pada masa yang sama tidak mempedulikan seruan agama tersebut. Sedangkan dirinya lah yang paling hampir dengan seruan menutup aurat itu. Dia menjual tudung dalam erti kata menggalakkan wanita lain agar bertudung, tetapi dirinya sendiri main-main di dalam bab bertudung, sekejap pakai sekejap buka tudung.

Pereka fesyen Muslimah dan pengusaha butik Muslimah seharusnya bersikap selari dan sepadan dengan falsafah di sebalik produk yang dijual oleh mereka. Maksudnya, mereka sendiri perlu mengamalkan sepenuhnya pakaian memelihara aurat sebelum bertindak menjual kepada wanita-wanita lain.

Pereka dan pengusaha butik Muslimah ibarat guru. Mereka bukan sekadar menjual tudung atau jubah untuk mendapat untung tetapi juga untuk mendidik dan mendakwah melalui produk. Bagaimana untuk mendakwah orang sekiranya mereka sendiri tidak mengamalkan dan menghayati seruan memelihara aurat.

Mereka wajar diboikot !

Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook

  • Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook
  • Penganjur: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
  • Sasaran: Wanita-Wanita Islam Khususnya Melayu Yang Lalai Mendedah Aurat Di Facebook
  • Tempoh Kempen: Selagi Facebook Wujud
  • Objektif: Menyedarkan Mereka Bahawa Lagi Lama Membiarkan Gambar Tidak Menutup Aurat Mereka Tersiar Di Facebook, Dosa Akan Bertambah Dalam Buku Amalan.
  • Penyertaan: Bloggers, Pemilik Laman Web
  • Ganjaran: Pahala Dari Allah Kerana Usaha Menyebar Kesedaran
Cara Berkempen:
  1. Letakkan Banner Kempen di bawah di dalam blog atau laman web anda.

"MARI BERDAKWAH"

Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak !



DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube (video link).

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Di sana sini, amalan Free hair (tidak bertudung) apabila keluar rumah dan ke tempat awam seringkali dipandang kecil dan remeh oleh ramai wanita Melayu yang bergelar isteri hari ini. Ingatlah bahawa dosa tidak bertudung (tidak menutup aurat) itu akan terus-menerus ditanggung oleh si suami selagi mana si suami tidak bertegas dengan isterinya.

Ada wanita di Malaysia beranggapan suaminya relax sahaja bila isterinya keluar tidak bertudung atau bertudung tetapi berpakaian sendat adalah seorang suami yang sangat understanding dan sporting. Baginya, itu adalah tanda si suami sangat 'sayang' pada dirinya. Sebenarnya, itu bukannya tanda sayang. Jika suami benar sayang, dia akan memarahi isterinya bila isterinya degil tidak mahu memelihara aurat.

Pakai Leggings Ketat Di Shopping Complex, Nak Goda Siapa ?


Suatu hari seorang wanita datang kepada seorang ustazah membawa kemusykilan. Dia ingin bertanyakan berkenaan hukum berpakaian tidak memelihara aurat dengan sempurna.
Setibanya dia di hadapan ustazah tersebut dia mengajukan soalan.
Wanita: Assakamualaikum, ustazah. Saya ingin bertanya sesuatu boleh ya ustazah ?
Ustazah: Ingin bertanya ? Ya, silakan.
Wanita: Begini permasalahannya, saya wanita yang suka berfesyen. Saya suka memakai pakaian yang sendat-sendat setiap kali keluar rumah. Saya ada banyak koleksi T-shirt yang sendat-sendat, seluar jeans sendat dan leggings ketat yang saya gemar pakai bila ingin keluar membeli belah. Bagi saya, fesyen sendat ni memang nampak bergaya dan cantik dipakai.
Ustazah: (Hmm..)
Wanita: Tetapi ustazah...seminggu lepas saya terdengar satu tazkirah agama di Youtube, mengatakan bahawa HARAM hukumnya seorang wanita Islam sengaja memakai pakaian sendat yang boleh menampakkan susuk tubuh badannya, dan jatuh berdosa besar...betul ke ustazah ?
Ustazah: Ya, itu betul. Memelihara aurat adalah wajib bagi setiap wanita Islam. Aurat wanita bukan sahaja kulit yang nyata, tetapi kita juga wajib menutupi bentuk susuk tubuh kita terutama sekali di bahagian boleh mendatangkan nafsu kepada kaum lelaki. Sebab itu Islam mensyariatkan Muslimah supaya memelihara aurat secara sempurna dengan memakai pakaian yang lapang dan labuh. Fesyen yang sendat dan ketat mengikut bentuk tubuh adalah ditegah oleh Islam. HARAM dan berdosa hukumya jika kita dalam keadaan berpakaian sendat dilihat oleh lelaki-lelaki bukan muhrim.
Wanita: Takutlah saya ustazah, berdosa besar. Nanti, kenalah saya buang semua koleksi pakaian sendat saya di rumah tu.
Ustazah: Sabar. Tak perlu dibuang semua pakaian yang kamu ada tu. Segala apa yang kamu cakapkan tadi, T-shirt sendat, jeans sendat, leggings ketat tu kamu pakailah untuk tatapan suami kamu di rumah. Tidak menjadi masalah jika ingin bergaya dan berpakaian SEKSI khusus untuk menarik minat suami kita, hukumnya HARUS. Hukumya jadi HARAM jika ia dipakai dan dibiar dilihat dan dinikmati oleh lelaki-lelaki selain suami kita.
Wanita: Hehe..bakal suami saya pasti suka.

Awek Terjojol Pilihan Tidak Bijak !

DIALOG  #1
Wanita Chubby:
"Perempuan kalau pakai macam mana sekalipun mesti akan nampak bentuk punya ! Contohnya, orang macam saya ni, badan chubby (berisi), pakai baju labuh pun masih nampak bentuk punggung. Habis tu...?"
Penulis:
"Kalau anda sudah tahu punggung anda sangat besar bentuknya, jangan pula mengada-ngada sengaja pakai baju yang singkat pendek dan seluar yang sendat. Usahalah..cari baju yang cukup lapang dan cukup  labuhnya menutup ke bawah paras punggung anda. Setelah itu, jika masih ada kelihatan sedikit bentuk punggung anda, kira dimaafkan, sebab memang sudah begitu rupa kejadian anda. Yang penting, mula-mula anda mesti ada niat dan usaha memilih pakaian yang sesuai demi menjaga maruah diri anda."

Bahaya: Ramai Awek Melayu Tudung Telah Jadi FLASHER !




Dengan sekali klik di butang carian imej google melalui gabungan kata carian "awek + melayu + ( dot..dot..dot..), dengan mudahnya gambar-gambar gadis Melayu separuh lucah dan sepenuh lucah terpampang di hadapan skrin komputer anda. Muka Melayu amat mudah dikenali, apatah lagi jika bertudung. Trend merakam aksi lucah sendiri di hadapan camera di kalangan gadis dan wanita Melayu Islam di Malaysia semakin kronik.

Tiada alat berteknologi canggih diperlukan untuk mereka melakukan perbuatan memalukan ini, cukup dengan sebuah telefon bimbit berkamera 2.0 megapixel di tangan sendiri atau di tangan si photographer. Ya, kadangkala ada pihak kedua yang bersubahat mengambil mengambil foto lucah itu, mungkin sahabat atau teman lelaki. Apabila kamera sudah sedia, posisi-posisi menggoda dilakonkan dan pakaian mula ditanggalkan.

Ini bukannya tentang orang India, orang Cina atau orang puteh, ini semua cerita benar tentang gadis dan wanita Melayu kita. Ada yang berposing di hadapan kamera bertudung sambil menayang coli, bertudung sambil meramas buah dada. Ada yang mengambil gambar sendiri ketika memakai coli dan seluar dalam di dalam bilik tidur dan ada juga yang berani menunjukkan vagina mereka sendiri di hadapan kamera. Ini bukan lagi fantasi, inilah pornografi Melayu kita.

Timbul persoalan di dalam kepala kita yang waras ini - Mengapa mereka sanggup melakukan semua aksi ini ?". Kata orang tua-tua, gadis-gadis Melayu itu terkenal dengan sifat pemalu dan sopan santun.

Ada beberapa sebab gadis dan wanita Melayu sanggup beraksi lucah dan bogel di hadapan kamera.

  1. Sebagai hadiah tanda sayang kepada teman lelakinya. 
  2. Sebagai bukti bahawa dia percaya kepada teman lelakinya yang suatu hari pasti akan setia dan  menikahinya setelah melihat gambar-gambar bogelnya.
  3. Mendapatkan kepuasan seksual secara visual dengan melihat diri masing-masing berkeadaan bogel keranan tidak dapat bersetubuh secara realiti.
  4. Tidak mempunyai teman lelaki, lalu mencuba amalan FLASHER iaitu mendapat suatu keseronokan seksual jika ada lelaki-lelaki di luar dapat menonton gambar bogelnya.
Tidak kira mana-mana pun antara 4 sebab di atas, semuanya adalah sebab-sebab yang keji serta tidak bermaruah dan sangat memalukan bangsa Melayu dan agama Islam.
Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh gadis dan wanita ini ialah mereka menganggap harga pasaran diri mereka akan semakin mahal setelah berseksi-seksi dan berbogel di hadapan kamera. Sebenarnya, mereka telah menjatuhkan nilai harga diri mereka sebagai wanita  ke tahap PELACUR dan WANITA MURAHAN.

Jangan tiru perbuatan ini !


Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

some_text

Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah  trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.

##SEBARKAN##

Tudung Style UNTA !



Soalan:
Betul ke lawa pakai tudung style UNTA ni.....?
Lawa ke......gedik..??
Tudung biasa yang old-skool lagi lawa dan sopan !
Betul tak ?

Kata Tahu Hukum Agama, Tapi Tutup Aurat Main-Main.

some_text

Bila Suami Sendiri OK Bini Dia Pakai Leggings...

some_text
Andai aku seorang suami yang ada isteri yang cantik dan body yang gebu..
Akan aku ketatkan peraturan berpakaian baginya bila keluar rumah..
Supaya tak ada mata-mata lelaki asing merenung gatal pada isteriku..
Body isteriku, keseksian isteriku..
Hanya untuk mata aku seorang...
Tapi..
Ada juga jenis suami yang tak kisah lelaki luar cuci mata melihat isterinya..
Adakah anda suami anda sebegitu ?

Bahaya Upload Gambar Manja Ke Facebook : Satu Memo


Sebenarnya penulis pun telah menulis sebuah entri khas berkenaan bahaya trend mengambil foto comel@anggun@manja@tak pakai tudung@pakai baju tidur diri sendiri dan kemudian dengan sengaja sukarela meng-upload-kannya ke dalam Facebook atau blog peribadi.

Ini entrinya: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/2011/04/upload-gambar-manja-dalam-facebook.html. Malang sekali, ramai perempuan Melayu Islam kita hari ini yang keras kepala masih gatal nak tayang-tayang yang kononnya diri mereka itu cun, cantik, ayu, lawa kepada orang luar.

Peringatan buat wanita Melayu Islam:
Apabila anda meng-upload gambar comel@cun@manja@tak tutup aurat anda ke internet:
  1. Sekali di upload ke internet dan tersebar, gambar tak boleh ditarik balik.
  2. Gambar andar akan di layari, ditonton dan di-save ke dalam PC oleh lelaki-lelaki tidak dikenali yang mungkin di antaranya adalah pencabul, perogol atau kaki-Pornographi.
  3. Gambar anda mungkin di-copy & paste ke dalam blog-blog atau Page yang dikhususkan untuk melepaskan nafsu seks lelaki.
  4. Gambar anda mungkin digunakan sebagai material rangsangan untuk lelaki-lelaki tidak dikenali beronani.

Penulis sudah tegaskan berkali-kali bahawa amalan 'tabarruj' menunjuk-nunjuk kecantikan itu adalah dosa besar yang nyata banyak menyumbang kepada maksiat tidak langsung.

Kenapa tidak ambil pengajaran ????

Antara komen dari forum yang saya petik mengenai isu ini:


sape suruh letak gambar seksi2 dalam laman sosial..dah ramai bg peringatan tp buat jugak

bile pikir2 balik,sape yg suh letak gambar cmtu kt internet ? kt internet ni mcm2 blh jadi.org bebas nk buat ape2.jadi sendiri tanggung la.skali gmbar korang dah ade kt dunia maya ni,selagi tu la die akan beredar dr 1 pc ke 1 pc yg lain. Korang xkan boleh buang punya dari internet.Percayalah. Jangan marah ye...

org yg upload picture tu la bengong

Kerana Aku...Suamiku Dayus !

Milford Sound in New Zealand

Ragam Wanita Bila Ditegur Soal Aurat Dan Fesyennya..

Jika kamu baca yang ini...

some_text
**Sumber dari carian internet. Tak tahu spesific url.

Jangan lupa baca yang ini juga...

some_text

Awek Tudung Mengerikan !!



Selalu juga aku terfikir..
Mengapa perempuan bertudung labuh, lazimnya suaminya alim agama..
Mengapa perempuan memelihara aurat sempurna, suaminya ambil berat agama..
Maksud aku..
Megapa perempuan yang memang 'sudah baik', suaminya memang 'jenis baik' juga ?
Lalu membuatkan aku terfikir lagi..
Sewajarnya perempuan yang 'belum cukup baik' ini..
Dijodohkan dengan lelaki-lelaki yang 'baik' supaya dapat membimbing mereka ?
Sebaliknya aku lihat..
Perempuan-perempuan yang 'belum cukup baik' ini lebih cenderung meminati lelaki-lelaki yang 'kurang baik' sebagai calon suami...
Kemudian bila sudah berumah tangga...
Isteri-isteri membuat perkara 'tidak baik'..
Suami-suami tidak membimbing...
Kerana mereka pun 2 kali 5 sahaja...

Mungkin itulah dikatakan jodoh..

Memang Ada Masalahnya Dengan Tudung Zaman Sekarang

Ini adalah post respon kepada entri dari:
http://cikepal06.blogspot.com/2011/11/apa-masalahnya-dengan-tudung-ala-ala.html

Entri tersebut telah membawa penulis kepada sebuah video klip ceramah agama dari seorang ustaz. Berikut adalah klipnya.


Petikan clip ini pastinya akan 'mengembangkan hidung' wanita-wanita Melayu kaki bercantik-cantikan (yang suka berTabarruj) di Malaysia. Apa itu Tabarruj, tanyalah ustaz.

Ya, mesej daripada ustaz ini memang ada kebenarannya iaitu bertudung itu lebih baik daripada tidak bertudung.Namun, tetapi jika fenomena bertudung sekarang berat kepada trend fesyen dan tidak melambangkan sifat kesederhanaan sebagai Muslimah, apa gunanya tudung itu ?

Sebagai analogi. Memakai songkok lebai putih untuk ke surau biasa dilihat di kalangan lelaki-lelaki Islam kita, tetapi songkok lebai itu haruslah dipakai dengan betul posisinya. Sebagai contoh, jika dipakai dileretkan ke belakang kepala, ia mungkin akan menyerupai cara seorang lelaki Yahudi walaupun tiada niat sebegitu.


Mengenai isu fesyen tudung pendek yang sering disamakan ala-ala paderi wanita Kristian sepatutnya jangan diberi lampu hijau. Ini kerana, para ustaz dan masyarakat sendiri telah mengetahui bahawa cara bertudung yang dikehendaki oleh Islam adalah lapang dan labuh menutupi paras dada. Maka, isu tudung tudung pendek tidak wajar disokong oleh seorang ustaz sebaliknya wajar ditegur terus. Ini kerana, mungkin disebabkan video tersebut, akan lebih ramai anak gadis Melayu akan terus mamakai tudung pendek kerana ada ustaz mengatakannya OK. Apa yang bahayanya ialah wanita-wanita Melayu zaman sekarang gemar berbaju sendat.

Sewajarnya, jika mahu mencipta rekaan tudung baru, haruslah mengelakkan menyamai atau mungkin menyamai pakaian ritual agama lain.


Wajarkah mengatakan "tak kisahlah apa feysen dan cara tudung sekalipun, asalkan menutup aurat rambut...". Penulis tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, fesyen dan cara pemakaian tertentu boleh menggoda nafsu lelaki secara tidak langsung. Contohnya, tudung yang diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut boleh menimbulkan fetishme, tudung yang tidak menutup paras dada dan tudung yang sengaja disanggul tinggi seperti bonggol unta. Fesyen tudung sebegini, dalam bahasa pasarnya mempamerkan imej 'wanita gedik' dan sikap menunjuk-nunjuk dan bukannya melambangkan wanita sederhana yang dituntut Islam.


Berbalik kepada istilah Tabarruj yang disebutkan di atas.

DEFINISI TABARRUJ

Tabarruj dari segi bahasa
Dikatakan Tabarruj sebagai wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki-laki. Wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Tabarruj dari segi istilah
Menurut istilah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim. Termasuk orang yang mengenakan cadar (purdah), di mana seorang wanita membungkus wajahnya, apabila warna-warnanya terlala menarik perhatian dan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj orang jahiliyah terdahulu.


Jadi, apakah kewujudan blog-blog fesyen, penjualan pelbagai jenis tudung di pasaran kini dan keghairahan wanita-wanita Islam kita berhabis duit membelinya adalah suatu yang patut dibanggakan ? Penulis melihat bahawa tudung biasa sudah cukup dan sesuai untuk menutup aurat rambut dengan kesederhanaan dan kesopanan. Sebaliknya, apa yang dapat dilihat sekarang adalah amalan bertudung kerana mengejar peredaran fesyen di samping dengan sengaja menunjukkan kecantikan dan keayuan diri kepada insan sekeliling yang salah satunya agar dilihat menarik pada pandangan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai sengaja mempamerkan perhiasan diri sehingga membangkitkan nafsu lelaki bukan muhrim yang dianggap Tabarruj.

Tabarruj itu satu dosa bukan main-main.

Bagi penulis, golongan yang tidak bertudung perlu ditegur, yang bertudung secara tidak sempurna pun perlu ditegur sama rata.

Pakai Tudung Tapi Tayang Body !!



Fenomena dianggap biasa di kalangan anak-anak gadis Melayu Malaysia masa kini !
Pakai tudung tapi bajunya singkat dan sendat...seluarnya pun sendat,
Apa tujuan mereka pakai tudung pun tak tahulah ?

Mahu tayang body ?
Atau..
Mahu pelihara aurat ?
Mana satu kak oiiii...?

Aurat Wanita Dari Perspektif Kaum Wanita Sendiri

Aurat Tubuh Wanita:
Perspektif Wanita Sendiri Atau Perspektif Lelaki, Mana Yang Lebih Tepat ?


Wanita
Wanita memandang tubuh badan mereka sendiri dan tubuh milik wanita lain secara logik akal tanpa tarikan nafsu syahwat. Maka, mereka tidak dapat menilai apa yang dipakai mereka dari perspektif nilai seksual seperti dilihat oleh lelaki.

Akibat menggunakan logik akal, ramai antara wanita mula meragui arahan Islam yang menyuruh menutup rambut dan merahsiakan kecantikan bentuk tubuh badan mereka. Pada logik mereka tiada apa yang istimewa dan tiada apa yang melampau dengan pendedahan aurat tubuh mereka itu. Berdasarkan logik mereka, pakaian menampakkan aurat yang dilarang Islam itu tidak pernah menyakitkan atau menyusahkan kehidupan orang lain. Yang salah adalah mata individu yang melihat dan minda yang tidak terbuka dengan kemajuan fesyen.

Berdasarkan logik semata-mata juga, ramai wanita Islam yang sengaja memilih untuk menutup aurat separuh-separuh kerana masih mahu menikmat keseronokan hidup berfesyen dan mahu kecantikan mereka dipuji-puja. Pada mereka, memakai T-shirt lengan pendek, baju sendat mengikut badan dan seluar jeans ketat bukanlah satu kesalahan yang besar dalam Islam tetapi hanya diperbesar-besarkan golongan kolot kerana bagi mereka apa yang paling penting ialah mereka masih bertudung dan mereka bukannya bertelanjang secara nyata.

Sekiranya ada lelaki mengatakan pakaian yang dipakai mereka seksi. Mereka akan membantah tuduhan itu dan mengatakan bahawa seksi itu adalah subjektif. Sedangkan seksi yang dimaksudkan oleh si lelaki itu adalah benar-benar satu ekspresi nafsu syahwatnya.




Lelaki
Berbeza dengan cara wanita melihat aurat tubuh badan kaum mereka sendiri, lelaki pula akan sentiasa melihat segenap tubuh badan seorang wanita melalui pandangan nafsu syahwat mereka yang menuntut kepuasan.

Lelaki akan terangsang nafsu melihat bentuk tubuh badan wanita, malah dalam sesetengah keadaan, pertimbangan logik si lelaki selalu dikalahkan oleh tarikan nafsu mereka terhadap tubuh badan wanita. Mengapa timbulnya kes dirogol ayah, dirogol datuk, diperkosa teman lelaki, dicabul guru dan sebagainya sedangkan pada fikiran kita golongan sebegini sepatunya mempunyai pertimbangan logik yang lebih wajar, tetapi akhirnya tewas akibat rangsangan seksual dari seorang wanita. Begitu kuat pengaruh tubuh badan wanita terhadap nafsu syahwat lelaki.

Boleh dikatakan hampir semua bahagian tubuh wanita terutama sekali bahagian-bahagian sulit sangat dimahukan oleh lelaki. Malah bahagian-bahagian tubuh yang sering dianggap oleh wanita sebagai tiada apa-apa yang istimewa seperti lengan dan kaki sebaliknya adalah bersifat menggoda bagi lelaki. Biasa pada pandangan mata wanita tetapi merangsang nafsu pada pandangan sang lelaki.

Kerana menyedari lumrah lelaki adalah sebegini, maka Islam telah menggariskan peraturan berpakaian ke atas wanita-wanita Islam. Wanita-wanita Islam tidak dibenarkan memakai baju, kain atau seluar yang boleh menampakkan alur bentuk tubuh mereka yang boleh merangsang nafsu lelaki selain suami mereka. Ini bertujuan untuk memelihara kemuliaan imej mereka.


Konflik
Cara wanita dan lelaki melihat aurat tubuh seorang wanita sering bercanggah. Kaum lelaki selalu bising menegur dan menasihatkan wanita agar tidak memakai pakaian sendat, tetapi jauh di sudut nafsu mereka sebenarnya seronok melihat bentuk tubuh wanita di sebalik pakaian sendat itu. Ini tidak bermaksud si lelaki itu hipokrit, tetapi itu adalah kerana boleh kaum lelaki melihat tubuh wanita dari 2 pandangan iaitu logik dan nafsu. Maksudnya, memanglah menurut nafsu syahwatnya, si lelaki itu seronok melihat wanita berpakaian sendat itu, tetapi pada masa yang sama cuba menegurnya dalam cara yang tertentu agar tidak terus berpakaian sedemikian kerana ia sangat-sangat menyeksakan mata dan membuatkan si lelaki berada di dalam dilema antara nafsu dan Iman. Mana satu hendak diikutkan ?

Percayalah, kecantikan wanita adalah salah satu panah beracun syaitan.


Mengapa Ramai Awek Sekolah Menengah Di Malaysia Free Hair ?




Jika mahu melentur buluh,

Biarlah dari rebungnya,
Mahu mendidik anak gadis bertudung,
Biarlah dari awal remaja,



Satu faktor utama mengapa ramai gadis Melayu beragama Islam di Malaysia gemar tidak bertudung ialah kerana kegagalan mak bapak mereka mendidik bab menutup aurat dengan berkesan.

Seusia kecil di sekolah rendah ramai mak bapak tidak serius menanamkan amalan bertudung pada anak perempuan mereka dengan alasan anak mereka masih kecil, belum baligh dan masih banyak masa untuk diajar menutup aurat. Pada usia sebegini, alasan-alasan sedemikian mungkin boleh diterima. Namun, bagi mak bapak yang bersungguh-sungguh memahukan anak-anak perempuan mereka terbiasa dengan amalan bertudung menutup aurat, pada usia sekolah rendah sebegini sepatutnya sudah diberikan penekanan.

Apabila anak-anak perempuan sudah besar remaja, mula memasuki alam sekolah menengah, ramai mak bapak di Malaysia yang tidak kisah dan tidak marah anak dara mereka tidak bertudung samaada ke sekolah ataupun bejalan ke luar. Mereka terlalu bertolak ansur dengan (sikap-mahukan-kebebasan) anak-anak dara mereka. Di mana kita ketahui, pada usia belasan tahun ini, para remaja khususnya perempuan sudah banyak teserlah tarikan tubuh badan mereka. Mereka semakin suka untuk bercantik-cantikan untuk mendapatkan perhatian lelaki dan rakan-rakan.

Maka, secara kasarnya adalah lebih sukar untuk menegaskan anak-anak remaja untuk bertudung secara istiqamah berbanding mereka di usia kanak-kanak dahulu. Dijangkakan kemungkinan besar mereka akan pandai mencipta alasan, berdolak-dalih dan melawan arahan ibu-bapa. Akhirnya menyebabkan ramai mak bapak menyerah kalah pada keinginan anak-anak dara mereka untuk free hair.

Alah bisa tegal biasa. Setelah bertahun-tahun biasa dengan free hair. Bila tiba usia dewasa dan alam pekerjaan, mereka akan akan menjadi Muslimah free hair yang tegar. Pakai tudung sekejap sahaja mereka sudah rasa rimas dan panas. Bagi mereka, tudung itu leceh dan menghalang orang-orang di luar melihat kecantikan diri mereka sepenuhnya.

Akhirnya mereka akan memberikan jawapan standard yang biasa diberikan Muslimah yang tidak sanggup meninggalkan alam free hair iaitu "Alah...kalau bertudung pun, belum tentu masuk syurga. Kalau bertudung labuh, tetapi hati busuk mengumpat orang buat apa..? Walaupun saya tak pakai tudung, tetapi solat dan puasa saya tak tinggal...."

Kemudian, mereka muncul dengan hujah yang lagi best "Allah tidak melihat luaran seseorang, Allah melihat seseorang itu pada amalan dan hati mereka.." Kalau macam tu, tak bertudung pun OK, asalkan hati baik.

Alasan standard untuk mengunci mulut pihak yang cuba menasihat.

Wanita Hipokrit Anggap Tudung Macam Biskut Chipsmore



"Hish ! Panasnya hari ni....I rasa nak buka tudung je..! Ala...tak kisahlah ! Lelaki-lelaki dalam office ni semuanya kawan I, bukannya orang lain..! Buka je la...Tak pakai tudung tak bermakna yang I ni jahat...sorry ye, I dah tak tahan panas ni....It's hot in here...."

Lalu tudung yang dipakai si Wanita Melayu Islam itu dibuka tanpa mempedulikan rakan-rakan sekerja lelaki bukan Muhrim di dalam pejabatnya.

" Hish ! Dia ni...! Hormatlah sikit office ni. Kami di sini semua jenis pakai tudung. Suka-suka hati je dia sekejap pakai tudung...sekejap buka tudung. Memang lah hari panas ! Kami pun panas juga pakai tudung, tapi kami tetap pakai jugak sebab bertudung tu wajib, mana boleh main-main.." seorang rakan sekerja wanitanya berkata dalam hati.

"Hish ! Dia buat perangai dah ! Itulah, kalau sudah jenis yang biasa free hair, bertudung pun sebab trend fesyen je...bila tak minat pakai, dia buka...Dia tak fikir ke kami yang lelaki ni boleh tengok aurat rambut dia..? Aduh ! Lemahnya iman.." kata seorang rakan sekerja lelaki di dalam hati.

" Malulah sikit diri kau dengan wanita-wanita Islam di Somalia tu...di sana lagi panas, ditambah dengan kebuluran lagi, tetapi mereka tetap terus pakai tudung tutup aurat..." marah seorang lagi rakan lelaki di dalam hati.

Checklist Wanita Untuk Mengelakkan (Sindrom Tidak Berseluar)

<i>some_text</i>

Mendakwah Awek Tidak Bertudung Di Facebook

some_text

Wordless Wednesday 1


Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama

Penulis menamakan entri hangat kali ini “ Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama”.

Saat menjadi raja sehari adalah saat yang sangat berharga bagi ramai pasangan yang telah lama bercinta. Setelah akad nikah dilafazkan di hadapan wali dan para saksi, maka sempurnalah syarat bagi mengisytiharkan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah. Malam pertama ditunggu-tunggu.

Ramai yang leka. Sebenarnya Perkahwinan adalah soal tanggungjawab. Lelaki yang menikahi itu adalah seorang khalifah (ketua) yang dilantik di dalam sebuah kerajaan yang dipanggil (keluarga). Maka, sangat besar dan berat akan tanggungjawab seorang suami khususnya di dalam misi memelihara maruah isterinya dan memimpin isterinya menuju ciri isteri solehah.

Malang sekali, ada ramai lelaki yang awal-awal bergelar suami, sudah pun bergelar DAYUS di sisi Allah. Memang amat berat penyataan ini, namun buktinya boleh dillihat nyata di dalam maysrakat Melayu kita hari ini.

Sewaktu akad nikah berlangsung, isterinya duduk tidak jauh di satu sudut sambil tersipu malu. Mukannya berseri dengan solekan tebal, anggun di sebalik baju pernikahan yang cantik dan rambut hitamnya bersanggul kemas, diselitkan sekuntum bunga mawar. Tetamu-tetamu lelaki bukan muhrim melihat aurat rambut isterinya yang tidak bertudung itu.

Kemudian, di saat persandingan pula, persalinan pun ditukar. Si suami dan isteri berarak menuju jinjang pelamin. Suami segak berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan si isteri memakai tudung. Nampak lebih Muslimah tatkala melihat si isteri bertudung. Namun di bawah, terbujur sepasang baju pengantin yang sendat mengikut bentuk dada dan pinggang isterinya. Seperti ratu kebaya. Akibat rekaan sendat yang disengajakan, tetamu-tetamu majlis hari itu secara percuma dihidangkan dengan dua bonjolan cantik yang sangat ketara daripada dada isterinya. Bahagian lengan baju yang jarang menampakkan kulit lengannya yang putih melepak. Persalinan yang sendat hingga ke bahagian punggung dan peha akhirnya menyebabkan setiap kali isterinya berjalan, kain pengantinnya yang juga lembut melekat dan mengikut alur bentuk betis dan pehanya pada setiap langkah. Sangat seksi.

Para tetamu lelaki bukan muhrim yang berada di sekeliling terpaku melihat isterinya dan ada yang sambil memuji tuah si suami mendapat isteri yang cantik. Tetapi, di dalam benak nafsu serakah mereka, hanya Allah sahaja yang tahu. Nafsu mereka tercetus setelah melihat si isteri tadi dan beberapa di antara mereka sudah pun ‘merogol’ isteri lelaki tersebut di dalam fantasi kotor mereka. Kasihan, isteri itu telah ‘dinodai’ sebelum malam pertama bersama suaminya.

Pada saat raja sehari itu jugalah, secara rasminya si lelaki itu menjadi SUAMI YANG DAYUS. Dia telah mula menanggung dosa besar akibat maksiat mata dan akal yang telah dicetuskan oleh cara berpakaian isterinya yang tidak memelihara aurat dengan sempurna.

Jadi, apa pengajarannya wahai bakal-bakal pengantin sekalian ? Sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan awal-awal sudah jadi DAYUS !


gambar contoh

LEGGINGS Membina Keyakinan Diri Wanita

some_text

Bila membaca keratan blog seorang awek Melayu bertudung ni..
Rasa sedih ada..
Pelik ada..
Lawak pun ada..

"Wanita Islam...Pakai LEGGINGS Tak Nampak Wierd Pun...?"

Aku memang tak faham langsung apa yang ada dalam kepala otak perempuan yang mengeluarkan statement macam ini.

LEGGING yang seolah tak pakai apa-apa tu dikatakan Tidak Nampak Wierd ??

Memang sah simptom Wanita Melayu Akhir Zaman..

Yang paling tak tahan..
"Insyaallah,....saya akan rembat LEGGINGS itu..."

Apa Itu Amanah Saham Aurat Wanita (ASAW)

some_text


Kenapa tiba-tiba mengarut pasal Amanah Saham Aurat Wanita pula ? Kerana Aurat Wanita Adalah Amanah. Anda kutip hasil pelaburannya di akhirat. Tidak perlu memasukkan duit secara bulanan untuk melabur, cukup dengan memelihara aurat di dalam berpakaian dan mengelakkan nilai saham daripada jatuh menjunam. Bila jatuh menjunam maknanya harga diri menjadi murahan dan kurang bernilai pada pandangan masyarakat. Ini tidak termasuk tanggungan dosa.

Contoh:
Seorang wanita Melayu sengaja pakai baju sendat, dedah lurah buah dada. Kemudian rasa bangga bila orang lain tengok. Secara falsafahnya, adakah dia wanita MAHAL atau MURAHAN ?

Kenapa Ramai Muslimah Degil Tidak Mahu Labuhkan Baju Mereka ?



Ini bukan entri lucah. Ini kebenaran yang pedih dan pahit.

Wanita Islam sekalian. Labuhkanlah baju yang anda pakai sehingga ke paras bawah punggung. Sememangnya itulah yang diarahkan di dalam syariat Islam dan juga yang beribu kali ditegur oleh para ustaz ustazah. Namun, apa yang dapat kita lihat di dalam masyarakat Malaysia, ramai wanita Islam, khususnya yang Melayu mengambil ringan akan isu baju sendat dan singkat ini dan tidak berasa risau menayangkan bentuk punggung mereka kepada lelaki bukan muhrim di tempat awam.

Ada hikmah Islam menyuruh setiap Muslimah agar melapangkan dan melabuhkan pakaian yang dipakai mereka. Sebab paling jelas ialah kerana punggung adalah bahagian tubuh wanita yang digilai secara seksual oleh para lelaki yang normal selain daripada buah dada dan faraj wanita. Disebabkan itu, Islam mahu setiap wanita Islam memelihara dan melindungi bahagian itu daripada dinikmati oleh mata-mata lelaki yang bukan suami mereka.

Punggung berisi, sengaja pakai baju yang singkat. Wanita yang lebih gedik pula akan sengaja memadankannnya dengan seluar slack atau jeans sendat untuk lebih menyerlah. Di manakah sensiviti agama dalam soal berpakaian di kalangan wanita-wanita kita hari ini ? Ramai wanita Islam kita mengikutkan rasa hati mereka yang mahu berlumba-lumba mempertunjukkan keindahan rupa bentuk badan masing-masing. "Lihatlah dunia, buah dadaku yang besar dan punggungku yang gebu !" kata hati mereka.

Wanita jenis apakah yang merasa bangga diri apabila ramai lelaki yang berselisih terpaku biji mata dan memfantasikan keseksian bentuk buah dada dan punggung yang mereka sengaja pamerkan di khalayak ramai ? Tidak rasa segan. Tidak rasa malu sebaliknya rasa bangga dan berkeyakinan pabila ramai lelaki di luar memandang mereka dengan penuh nafsu seksual. Adakah wanita yang bermaruah wajar berkelakuan sebegini rupa ?

Biarkan hanya suami yang tersayang sahaja yang boleh melihat keindahan fizikal tubuh badan anda terutama sekali bahagian punggung tersebut. Fikir-fikirkan !




Memahami Usaha Admin...

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog