BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA

Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit

 

 

Salam pagi Jumaat
Hari baik2 ni nak ler berkongsi dgn u all pasal
penyakit batu karang yer
kot2 ada yang mencari2 perubatan tradisional
meh sini I nak share
mende2 baik ni kita kena kongsikan bersama


Pagi2 buta sebelum suboh dah tercongok kat sini
bukan aku yang sakit temankan ajer
sebab kesian sakitnya dah teruk sgt
sampai nak kena buat operations
So sebagai mencari alternatif lain tak salah rasanya kalau nak mencuba
rawatan tradisional
cuma aku tekankan kat sini
kalau bomoh yang pakai jampi serapah contoh cam kemenyan tu sorilah
dah sah2 aku sendiri pun tak percaya
khurafat lagi
(baru jer feeling2 nak bodek Mr Y pi tengok citer khurafat..tp ada blogger kata tak serem punnn...cancell)


So kalau korang pi sini tak perlu bawa air...botol
beli jer kat sini...yang besar tu harganya RM2...so kami beli dua
sebab apa aku explain kat sini sebab blogger yang explain kat aku kata kena bawak air + botol
rupanya tak perlu...ambil jer air kat sini..
lagi satu yang bagusnya kat sini tak yahler susah nak bawak kat tuan hj tu air untuk dijampi
sebab air tersebut dah siap dibaca dgn ayat2 suci alquran...
boleh buat minuman harian..


Senang ambil jgn lupa tulis nama..lepas tu boleh letak kat kereta


Punyala ramai orang sanggup menunggu pagi2 lagi...
jgn risau kalau sampai awal boleh tumpang solat subuh kat sini...tempat disediakan
kalau kata datang dari jauh siap ada homestay
pilih jer harga dari RM50 - RM150
tapi aku balik hari jer...dekatkan


Masa aku sampai dalam pukul 5 pun dapat nombor yang ke 69
sabo jerler
tapi alhamdullilah allah permudahkan urusan kami
turun ker 59
kemudian dek sebabkan keramahan aku
wah!!! nak jugak
turun lagi
ke - 48 alhamdullilah...
kalau tak mau sampai ke petang kitaorg menunggu


Alhamdullilah sebelum pukul 12pm selesai sudah.....
sini kalau bosan2 menunggu tempat makan pun ada
tapi jgn terlepas nombor sudah kenala pi ambil balik yer
Inilah tanda tempat nak masuk tu...
Dah lama tuan haji Jamil ni mengubat orang
lebih kurang 15 tahun....


Ini salah satu landmark nak ke rumah tuan hj jamil tu...gerai nasi ayam
lepas tu akan nampak banglo 2 tingkat
sampai jer kat situ ada tempat parking bayaran RM2
kereta mmg tak boleh masuk...kena jalan kaki dalam 200 meter
insyallah kalau blur2 cam kami
ikut jer nampak orang ramai confirm tulah rumah tuan haji


Sebelum nak masuk simpang tu akan nampak rumah kedai
kaler biru ni


Nilah dia rupa batu karang hempedu yang dikeluarkan
melalui rawatan tradisional
besar jugak....tuan hj tu cakap nasib baik dapat dikeluarkan cepat kalau tak mungkin akan jadi lagi teruk


Simptom
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen....rasa sakit mungkin akan berlanjutan 1 - 2 jam selepas makan & juga pada waktu malam
    dan pada waktu2 tertentu akan menular ke belakang atau bahu kanan.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.
Alhamdullilah setakat ni dah sihat.....cuma tuan haji tu ada sebut kalau tak pantang makan daging..kemungkinan penyakit ini akan berulang semula....
& dia juga ada advise suruh follow up lagi dgn doktor...


Tuan hj jamil tu , ke tak letak apa pengeras atau bayaran yer
ikhlas berapa ringgit pun nak bayar


Dek sebabkan ramai yang komen
request nak tanya jalan ke rumah Tuan Hj Jamil yang
berasal dari Pida 3, Jalan Tambun Tulang, Perlis dan dia mula keluar dari Perlis tahun 1969kalau sesiapa yang termiss citer sebelumnyer
boleh refer kat entry ni yer


Inilah direction...tp aku ni bukannya pandai sgt nak kasi direction so harap2 korang pahamla yer
  1. Sampai jer di exit tol Air Keroh, bayar tol ikut lorong kiri
  2. Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri
  3. Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN
  4. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat
  5. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat
  6. Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri
  7. Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam
  8. Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat
  9. Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer
  10. Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter
Jangan risau sampai jer kampung kot blur2 lagi leh nampak
orang2 kampung situ jual botol kosong...harga dalam RM4
Ingat!!! tak perlu bawa air dari rumah yer...beli botol tu terus tulis nama pesakit nanti depa akan isikan dgn air yang telah dibacakan dgn ayat2 quran...lepas jer dapat air tu terus letak kat kereta...senangkan sementara nak tunggu tu bolehla p breakfast kat gerai berdekatan


Lagi satu rawatan bermula pukul 6am...sampai awal takper lebih baik kalau tak jenuh nak tunggu nombor giliran...lagi satu tempat solat disediakan...


Setakat ni ada yang bertanya keadaan Mr Y lepas menjalani pembedahan batin ni camana alhamdullilah nampak dia " segar" & "aktif" cuma yang penting kena jaga pemakanan.....
Semuanya ketentuan Illahi kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar & berdoa sebanyak yang mungkin
Wallahualam



Psst: Kalau korang betul betul ikut direction ni insyallah sampaila sebab mmg takde alamat diberikan untuk kerumah Tuan Hj ni....beliau berubat pun bukan untuk tujuan komersil tetapi sekadar membantu kepada yang memerlukan

Comments

  1. Assalam.... Utk ubat ubat tu tn hj ada letakkan bayaran ke?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...
    sekarang nie,sapa2 yang nk buang batu karang kena bayaran RM 100.Saya baru pg hari sabtu lepas...harap maklum...

    ReplyDelete
  3. betul ke kena byar seratus sekarang nie?? ramai yg kata seikhlas hati je...
    tolng info erk..sya nk pergi esok..kami dari perak...

    ReplyDelete
  4. plz send nmbr contact yang sebenar....

    ReplyDelete
  5. Salam ada tak no tel homestay yg ada kat situ..depan rumah perubatan tu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.brp kene bayar utk buang bt karang?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog