Ayat Mutashabihat dalam Aqidah


solat
Terdapat pertikaian dalam kalangan para ulama dalam isu-isu aqidah. Namun pertikaian dan perbezaan para ulama muktabar masih dalam lingkungan suasana mahabbah dan kasih sayang.
 
Namun sebahagian kecil generasi Muslim kini menjadikan perbezaan tersebut sebagai asas untuk memusuhi dan melabelkan golongan Muslim yang lain dengan label dan gelaran yang dibenci. Antara punca kepada perbezaan dalam isu aqidah ialah kefahaman nas-nas al-Quran dan juga hadis yang menimbulkan makna yang berbeza.
 
Dalam al-Quran, terdapat dua jenis ayat yang diwahyukan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “DiaIah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu, antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutashabihat.” (Surah Ali ‘Imran 3: 7)
 
Maksud Ayat Muhkamat
 
Menurut pendapat Jabir Ibn Abdillah, al-muhkamat ialah ayat al-Quran yang diketahui takwilnya, difahami makna dan tafsirnya.
 
Menurut satu pendapat Ibn Abbas r.a., al-muhkamat ialah ayat yang menasakhkan (membatalkan dan mengkhususkan) sesuatu ayat yang lain. Begitu juga dengan status haram sesuatu perkara termasuk perkara yang fardu, perkara-perkara yang diimani dan yang diamalkan.
 
Maksud Ayat Mutashabihat
 
Manakala al-mutashabihat pula merujuk kepada perkara yang tidak jelas maksudnya. Wujud kesamaran dalam memahami maksudnya. Ini kerana petunjuk kepada maksud tersebut agak kabur dan tidak disebut secara jelas. Contohnya berkenaan tarikh kiamat, tarikh keluarnya Yakjuj dan Makjuj, tarikh kelahiran Dajjal, tarikh kemunculan Nabi Isa a.s. dan sebagainya.
Kiamat pasti berlaku. Ini adalah iktikad yang jelas dan asas dalam aqidah. Maka dalam rukun iman yang enam, disebutkan bahawa keimanan kepada hari akhirat merupakan asas rukun iman. Bahkan dalam banyak ayat al-Quran banyak disebutkan berkenaan keimanan kepada Allah dan keimanan kepada hari akhirat.
 
Hari akhirat merupakan sebahagian daripada kiamat atau mungkin juga kiamat sebahagian daripada akhirat. Namun dalam meyakini kedatangan kiamat, apa yang pasti tidak ada satu nas pun yang menyatakan tarikh kiamat. Bahkan nas al-Quran jelas menyebut bahawa tarikhnya disembunyikan. Cuma sekadar tanda-tandanya ada disebutkan dalam riwayat-riwayat hadis. Oleh sebab itu, tarikh kiamat merupakan antara perkara mutashabihat.
 
Kemunculan Yakjuj dan Makjuj juga ada diceritakan dalam riwayat hadis. Namun waktu makhluk ini akan keluar merupakan satu rahsia yang tidak diketahui. Maka ia termasuk dalam perkara yang samar iaitu mutashabihat.
 
Imam Mahdi menjadi rebutan pelbagai golongan untuk mendakwa bahawa tuan syeikh mereka merupakan Imam Mahdi. Ada fahaman yang mengatakan bahawa guru utama mereka ialah Imam Mahdi. Ada juga fahaman yang mengatakan bahawa guru mereka ialah Nabi Isa a.s.
 
Hakikatnya amat susah untuk ditentukan siapakah sebenamya Imam Mahdi dan Nabi Isa. Ia termasuk perkara yang samar. Aqidah Muslim jelas meyakini kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa, cuma penentuannya merupakan sesuatu yang samar.
 
Huruf Muqatta‘ah pada Awal Surah
 
Antara perkara yang dihukum sebagai tidak jelas maksudnya ialah huruf-huruf muqatta‘ah pada awal surah. Contohnya adalah pada awal surah al-Baqarah dan Maryam. Dalam surah al-Baqarah, ia dimulakan dengan lafaz “alif lam mim”.
 
Manakala dalam surah Maryam, ia dimulai dengan lafaz “kaf ha ya ain sad”. Apakah maksud ayat ini?
 
Terdapat pelbagai wajah tafsiran yang telah dihuraikan bahkan mungkin akan ada Iagi tafsiran tentang ungkapan ini. Namun amat penting dalam aqidah Muslim untuk memahami perkara tersebut. Adakah dengan kemampuan seseorang untuk mentafsirkan maksudnya dengan makna-makna rahsia, maka ia akan memantapkan aqidah seseorang?
 
Ketika mentafsirkan ayat pertama surah al-Baqarah, Imam al-Qurtubi menjelaskan daripada kalam beberapa orang ulama bahawa huruf muqatta‘ah tersebut merupakan rahsia Allah dalam al-Quran. Maka ia termasuk dalam perkara mutashabihat yang hanya Allah sahaja mengetahui maksudnya.
 
Mungkin ada tafsiran tertentu. ContOhnya dalam memahami “alif lam mim”, ditafsirkan bahawa alif mewakili “ana” yang bermaksud saya. Manakala huruf lam mewakili “nama Allah” dan huruf mim mewakili Iafaz “a‘lam”yang bermakna Maha Mengetahui. Namun tanpa pentafsiran begini, memang sudah dimaklumi dalam ayat yang mudah bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui.
 
Oleh sebab itu, para ulama tidak begitu bersungguh-sungguh memahami maksud huruf muqatta‘ah yang berada pada awal surah-surah tertentu. Antara yang menjadi dasar dalam memahami ayat ini adalah dengan menyerahkan maksudnya kepada Allah.
 
Sikap Seorang Muslim
 
Bagi kejelasan aqidah, maka fokus dan tumpuan wajiblah diarahkan kepada ayat-ayat yang muhkamat. Surah al-Fatihah ialah surah yang muhkamat. Begitu juga dengan surah al-Ikhlas yang menghuraikan sifat-sifat Allah.
 
Sikap yang suka membicarakan ayat muhkamatialah sikap yang balk dan mulia. Namun sikap yang mengutamakan ayat yang tidak jelas maksudnya merupakan sikap yang tidak baik. Sikap ini membawa kepada kecelaruan aqidah. Ia akan memecahkan kesatuan umat Islam kerana masing-masing cuba menegakkan kefahaman sendiri. Akhirnya golongan yang tidak sehaluan dilabelkan sebagai sesat, kafir, tidak termasuk dalam golongan ahli sunnah dan sebagainya.
 
Al-Quran menjelaskan perangai golongan yang mengutamakan ayat mutashabihat sebagai golongan yang berpenyakit dalam hatinya. Allah ber?rman yang bermaksud: “Adapun orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat mutashabihat daripadanya untuk menimbulkan ?tnah untuk mencari-cari takwilnya.” (Surah Ali ‘Imran 3: 7)
 
Oleh sebab itu, sewajarnya ayat muhkamat menjadi perhatian. Kadang-kadang sesuatu ayat al-Quran menjadi medan pertikaian para ulama dalam menentukan maksudnya. Tidak salah untuk memilih mana-mana pendapat dengan menilai hujah dan dalil setiap pendapat. Namun sikap yang salah adalah apabila wujud usaha menolak golongan yang tidak sependapat Al-Quran jelas mengajak setiap Muslim untuk memantapkan aqidahnya. Aqidah mantap dengan perkara yang pasti, bukan dengan perkara yang samar.
 
Muazin Pertama
 
Bilal bin Rabah al-Habshi dilahirkan di Makkah. Ibunya bernama Hamamah dan beliau telah berkahwin dengan saudara perempuan kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan hamba kepada Umayyah bin Khalaf.
 
Beliau merupakan orang yang pertama memeluk Islam daripada kalangan hamba. Beliau memeluk Islam secara rahsia kerana bimbang diketahui oleh tuannya. Beliau telah diseksa oleh tuannya apabila mengetahui pengislaman beliau. Bilal telah dijemur di tengah padang pasir di bawah matahari yang terik dengan keadaan tangan dan kakinya diikat, manakala seketul batu besar diletakkan di atasnya.
 
Beliau dibebaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq. Selepas dibebaskan, Bilal merupakan seorang hamba Allah yang taat pada perintah Allah, kuat iman dan ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan. Sifat sabar Bilal dapat dilihat apabila beliau diseksa dengan teruk oleh Umayyah. Walaupun demikian, beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk berada dalam Islam.
 
Banyak peperangan yang beliau sertai bersama Rasulullah s.a.w. seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lain-lain lagi.
 
Sumbangannya terhadap Islam amat banyak apabila beliau membantu Rasulullah s.a.w. menyebarkan dan mengembangkan ajaran Islam.
 
Bilal merupakan muazin pertama kepada Rasulullah s.a.w. Terdapat empat orang muazin dua orang muazin Madinah iaitu Bilal bin Rabah dan Amru bin Ummu Maktum, dua lagi di iaitu Abu Mahzurah Aus dan Saad al-Qarz di Quba.Bilal meninggal dunia di Damsyik pada tahun ke-20 Hijrah.


http://hafizamri.com/ayat-mutashabihat-dalam-aqidah/ 

Comments

Popular posts from this blog