Keluhan Kenaikan Gred Jawatan Tertinggi Kerajaan cc. DS @AliHamsa55
Berikut adalah e-mail yang CTS terima daripada Bayu Idaman, Kajang, yang
memohon agar e-mail beliau disiarkan untuk mendapat perhatian pihak
berwajib:
Struktur Perjawatan dalam sektor Kerajaan 10 dan 15 tahun dahulu adalah
sangat tersusun dan efektif untuk ianya berfungsi. Bilangan Penjawat
Awam tidak pernah melebihi angka 1 juta walaupun sebilangan besar
darinya adalah untuk tujuan SosioEkonomi dan dalam sektor Keselamatan
seperti Guru, Anggota Perubatan, Polis dan Tentera serta Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Perjawatan di Kementerian juga sangat efektif dan
berpadanan bagi melaksanakan fungsi Perkhidmatan Awam di Peringkat
Persekutuan.
Jawatan KSU JUSA A, Timbalan KSU JUSA B atau C, Setiausaha Bahagian
(SUB) Gred 54, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Gred 48 atau 52,
Penolong Setiausaha (PSU) Gred 41 atau 44, Ketua Kerani (CC) Gred 22
dan Kerani Gred 17. Jawatan-jawatan bawahan seperti Jurutrengkas,
Office-Boy, Pencari Fail, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) dan
Tukang semuanya dijumudkan (bubar) dengan kepesatan Teknologi Maklumat
yang meningkatkan kecekapan bekerja.
Cuma KSU Kementerian yang besar seperti MOF dan Ketua Pengarah beberapa
Agensi Pusat seperti JPA, EPU, Peguam Negara, Ketua Polis Negara,
Panglima Angkatan Tentera yang jumlahnya sekitar 7 atau 6 termasuk KSN
diisi dgn Gred TURUS atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil STAFF.
Struktur organisasi sedemikian adalah sangat cantik, praktikal, sesuai
dan dapat berfungsi sebagaimana yang dikehendaki. Tidak berlaku
pertambahan Jawatan dan Naiktaraf Jawatan dengan sewenang-wenangnya yang
menjadikan Perkhidmatan Awam sekarang terlalu besar.
Namun sejak perlantikan Tan Sri Zabidi Zainal selaku Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam yang baru, beliau ingin mengecilkan struktur
perjawatan di semua peringkat dengan menghapuskan jawatan-jawatan yang
beliau katakan tidak penting melalui Audit Perjawatan Yang Kejat
(Towards A Lean Civil Service). Beberapa alasan telah dilontarkan bagi
menyokong tindakan beliau ini yang antaranya adalah pembayaran Emolumen
Gaji dan Elaun yang semakin tinggi dan membebankan Kerajaan.
Hakikatnya beliau telah menyembunyikan fakta Struktur Perkhidmatan Awam
yang kini 'Top Heavy' dengan Gred Jawatan yang tinggi di peringkat
atasan! Ketua Jabatan sewenang-wenangnya dinaikkan pangkat secara Khas
Untuk Penyandang (Special To Holder) walaupun sebenarnya perjawatan
mereka adalah lebih rendah. Berikut adalah ilustrasi keterangan bagi
menjelaskan fakta ini.
Senario Sekarang
Kerani yg bekerja melebihi 15 tahun boleh mendapat Gred 22 atas konsep
Khas Untuk Penyandang (Special To Holder) menjadikan Kerani itu sama
gred dengan CC. Penambahbaikan ini diterima baik oleh semua pihak dan
tidak mendatangkan sebarang masalah bagi mengiktiraf kemajuan kerjaya
Kumpulan Kerani.
SUB pula semua dinaiktaraf menjadi JUSA C. KPSU dan PSU masih kekal
sama. Namun untuk mengisi Gred 54 yang dikosongkan SUB, maka wujudlah
jawatan baru dipanggil Timbalan SUB (TSUB). Kebiasaannya setiap SUB
mempunyai 2 orang TSUB yang hakikatnya tidak signifikan dan tidak
mempunyai fungsi khusus dalam melaksanakan tugas. TSUB hanya bertindak
membantu SUB untuk menghadiri mesyuarat mewakili SUB.
Tugasan hakiki Bahagian berkenaan masih kekal dilaksanakan oleh KPSU
atau PSU. Semua surat yang masuk akan dibaca SUB dan di-'Minit'kan
kepada salah seorang daripada 2 orang TSUB seperti 'Untuk Tindakan
Susulan' atau 'Sila ambil tindakan' dan sebagainya. TSUB kemudian pula
akan me-Minitkan kpd KPSU atau PSU menggunakan 'Minit' yang hampir
serupa seperti 'Minit' SUB! Kewujudan TSUB hanyalah untuk mengisi
'vacuum' jawatan Gred 54.
TKSU pula masih kekal sebagai JUSA B ataupun dinaiktaraf kepada JUSA A.
Sebagai contohnya seperti di MINDEF yang dahulunya mempunyai 2 TKSU,
sekarang pula terdapat tambahan seorang lagi TKSU menjadikan jumlahnya 3
orang. 2 TKSU adalah JUSA B dan seorang lagi adalah JUSA A. Kalau di
KDN pula, terdapat seramai 5 orang di peringkat TKSU iaitu 3 TKSU dan 2
TKSU Kanan (TKSUK).
Bukankah 5 orang TKSU di sesebuah Kementerian terlalu ramai??? Pada masa
yang sama KDN juga mempunyai beberapa Jabatan yang mempunyai Ketua
Pengarahnya masing-masing! Ketua Pengarah masih boleh berfungsi di
bawah kawalan KSU dan Menteri. TKSU hanyalah satu peringkat fasilitasi
dalam membantu dan mewakili kuasa KSU sahaja.
Gred Turus
Sudah menjadi amalan bahawa semua KSU di 22 buah Kementerian adalah Gred
Turus. Jumlah KSU pula adalah seramai 23 orang kerana Kementerian
Pendidikan mempunyai 2 orang KSU walaupun setelah Kementerian Pengajian
Tinggi digabungkan. Namun kenapa selepas penggabungan Kementerian
jawatan KSU Kementerian Pengajian Tinggi tidak pula dihapuskan??
Sesebuah Kementerian boleh mempunyai 2 orang Menteri seperti yang
berlaku di MOF tetapi tidak pernah dalam sejarah Perkhidmatan Awam boleh
terdapat 2 orang KSU.
Selain dari itu JPM sebagai sebuah organisasi yang besar seperti sebuah
Kementerian, fungsi KSU dilaksanakan oleh KSN yang juga menjadi Ketua
kepada semua KSU Kementerian. Urusan Pentadbiran di JPM dilaksanakan
oleh seorang yang bertindak seperti Timbalan KSN iaitu Timbalan Ketua
Setiausaha Kanan JPM (TKSUK) Gred JUSA A. Namun tidak sampai 2 tahun di
jawatan berkenaan, KSN telah memberikan ganjaran Gred Turus (Special to
Holder) kepada TKSUK JPM! Kemungkinan kekosongan gred JUSA A tersebut
akan dibuat pengisian dengan tambahan seorang lagi TKSU JPM yang
sekarangnya telah diisi oleh 2 orang??? Wallahualam.
Terdapat beberapa agensi yang mempunyai Ketua Pengarah di Gred Turus.
Salah satu darinya adalah seperti MARA yang merupakan agensi di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Jawatan Ketua Pengarah
MARA dahulunya adalah JUSA B sahaja tetapi sekarang telah dinaik taraf
menjadi Turus! Kemungkinan TKSU di Kementerian Luar Bandar & Wilayah
juga akan dinaiktaraf menjadi Gred Turus??? Wallahualam.
Sektor Perkhidmatan Awam Yang Besar
Sejak jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam diisi bagi menggantikan
Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang dibersarakan akibat kemelut SBPA, Tan
Sri Zabidi Zainal bertekad untuk mengkaji semula semua perjawatan Sektor
Awam. JPA berpendapat ianya adalah terlalu besar dan perlu disusun
semula (Rightsizing). JPA sedang dalam proses membuat Kajian Audit
Perjawatan untuk semua Sektor Perkhidmatan Awam di Peringkat Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri.
Perbendaharaan yang menyediakan peruntukan untuk bayaran emolumen juga
bersetuju dengan penyusunan semula ini kerana Kerajaan perlu menyediakan
peruntukan Emolumen yang besar kepada Perkhidmatan Awam. Mana tidaknya,
sebagai contoh gaji pokok Gred JUSA A adalah sekitar RM15,000++ tidak
termasuk Bayaran Elaun yang menjadikan 'Take Home Pay' sekitar RM23,000
hingga RM25,000. Susah pula untuk membayangkan Emolumen bagi Gred Turus
yang sekarangnya terdiri tidak kurang daripada 30 orang keseluruhannya!
Sebagai langkah permulaan dalam Transformasi Perkhidmatan Awam, Ketua
Penolong Pengarah di JPA yang setaraf dengan Jawatan KPSU di Kementerian
sedang secara berperingkat-peringkat diletakkan di dalam sebuah Bilik
Besar secara 'Pool'. Manakala Setiausaha Pejabat (PA) pula dikongsi oleh
2 orang Pengarah Gred 54. Langkah ini sememangnya sesuai untuk
dilaksanakan. Akan tetapi JPA cuba untuk tidak menumpukan sebarang
perhatian kepada Gred-Gred Turus yang banyak tersebut! "Real Problem But
Wrong Solution!"
Mengapakah JPA mengurangkan bilangan Kerani, bilangan PSU, bilangan KPSU
tetapi mereka terlupa senario menaiktarafkan Jawatan SUB, TKSU dan
KSU??? Mengapa berlakunya Double Standard sedemikian??? Perjawatan
Kerani, PSU dan KPSU akan dikorbankan namun jika dikaji dari segi nilai
Emolumen, sememangnya tidak akan setimpal!
Cadangan
Sebagai slogan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk Merakyatkan
Perkhidmatan Awam, beliau boleh di-akses melalui Laman Facebook dan
Twitter untuk menjawab semua persoalan ini. Beliau mungkin boleh
memberikan definisi Jawatan Utama Sektor Awam ataupun JUSA. Tetapi
apakah definisi Gred Turus sebenarnya???
Kajian menyeluruh terhadap Perjawatan JUSA dan Turus lah yang sepatutnya
dibuat! JUSA perlu dikekalkan di peringkat KSU, TKSU dan Ketua Pengarah
sahaja. Jawatan SUB ke bawah cukup sekadar Gred 54.
Rasional Cadangan
Sebagai mengiktiraf konsep Jawatan Setara Perkhidmatan Awam dengan ATM,
Brigadier Jeneral (1 bintang) setara Gred 54, Mejar Jeneral (2 bintang)
setara JUSA C, Leftenan Jeneral (3 bintang) setara JUSA B dan Jeneral (4
bintang) setara JUSA A. Struktur baru sesebuah Kementerian bagi
peringkat SUB adalah Brig Jen, TKSU adalah Mej Jen atau Lt Jen (mengikut
kesesuaian dan kekananan) dan KSU adalah Jeneral!
Gred Turus perlulah terhad dan secara premium diberikan kepada yang
betul-betul Kanan dalam Perkhidmatan Awam seperti Jawatan KSN, KPPA atau
KSU Kementerian yang besar seperti MOF sahaja. Amalan dahulu sepatutnya
dikekalkan.
Mohon bantuan Cucu Tok Selampit bagi menghentikan amalan tidak sihat ini.
http://khairulryezal.blogspot.com
Apa takut sgt dgn audit baru ni? Kalau perform, naiklah pangkat. Yg malas perform yg takut sampai nak complain dlm blog.
ReplyDeleteTahniah KSU and KSN. Berani tukar sistem. Kalau dulu ramai pemalas. Mcm ni la best
ReplyDeleteBarulah pegawai krajaan akan peform. ada chance naik pangkat, i sokong!
ReplyDeleteSkim baru ini kan memotivasikan pegawai bertugas. Sepatutnya kita sokong. Jgn la pegawai asyik nak berblog complain. Kalau marah terus guna internet complain. Jgn.
ReplyDeleteskrg ni pegawai malas senang senang masok internet complain. Lebih baik buat kerja, dapat naik pangkat. no poin berblog, bkn dpt duit pon..
ReplyDeleteBarulah pegawai kerajaan boleh perform. Ada chance naik pangkat. Sokong!!
ReplyDeleteAudit Perjawatan yg Kejat membuka peluang kenaikan pangkat. memotivasikan pegawai utk melaksanakan tugas dgn lebih effektif. "performance first attitude"
ReplyDeleteWhat's wrong with rightsizing?? Sounds good to me bro..
ReplyDeleteTahniah KSU and KSN. Berani tukar sistem. Kalau mcm dulu, ramai pemalas je. Macam ni la baru best..
ReplyDeleteApa yg di buat kepada pegawai bertaraf JUSA kini ialah mereka di pool kan. Walau bagaiamanapun gaji tetap berjalan. Maknanya kewangan masih tidak berubah.
ReplyDeleteSELAMAT MAJU JAYA KPD SEMUA PENJAWAT AWAM SEMOGA DAPAT MENCAPAI UTK MENJAWAT JAWATAN TERTINGGI PADA SATU HARI KELAK
ReplyDelete