Riadussolihin-Ikhlas-Hadis 1-2




Riadussolihin Bab Ikhlas:
قَالَ اللَّه تعالى (البينة 5): {وما أمروا إلا ليعبدوا اللَّه مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة}.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Allah berfirman

Tidaklah mereka disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas, baginya agama yang lurus , dan mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus( Al-Bayyinah 5)

وقَالَ تعالى (الحج 37): {لن ينال اللَّه لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى مِنْكم}.

Daging-daging korban dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan darimu yang dapat mencapainya(AlHajj 37).

وقَالَ تعالى (آل عمران 29): {قل إن تخفوا ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه اللَّه}.
Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui”(Ali Imran 29)

Hadis 1:
وعَنْ أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح بن عبد
اللَّه بن قرط بن رزاح بن عدي بن كعب بن لؤي بن غالب القرشي العدوي رَضيَ اللَّه عَنْهُ قَالَ سمعت رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم يقول: <إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى. فمَنْ كانت هجرته إِلَى اللَّه ورسوله فهجرته إِلَى اللَّه ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إِلَى ما هاجر إليه> متفق عَلَى صحته. 
رواه إماما المحدثين: أبو عبد اللَّه محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه الجعفي البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري رَضيَ اللَّه عَنْهما في كتابيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-’Adawi radiallahu ‘anhu berkata: 
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang hanya akan mendapat sesuai dengan niatnya. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana dunia atau seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. 
[al-Bukhari dan Muslim]
Huraian:
Hadis ini menunjukkan pokok kepada amalan iaitu niat. Ringkasnya, amalan kita bergantung kepada dua
1) Niat
2) Cara pelaksanaan.
Supaya amalan diterima perlu memenuhi syarat NIAT YANG IKHLAS dan cara YANG BERTEPATAN DENGAN SUNNAH RASULULLAH SAW.
Niat adalah amalan hati, manakala syarat kedua adalah amalan zahir. Sucikan hati, zahirkan melalui perbuatan :)
 Niat amalan hati, ia bukan untuk dilafazkan. Melafazkan niat tiada dalilnya daripada al-Quran dan al-Hadis.
Benar sebahagian ulama menggalakkan lafaz niat, tetapi ramai juga yang membantah, bahkan ramai jua menyatakan ia bid'ah.
Susah sangatkah niat? Macam mana nak tahu ada niat?
Mudah sahaja. Lihat dua contoh ini>
a) Ali berjalan, di tengah jalan ada sebiji bola. Ali tak nampak bola, lalu Ali tersepak bola. Maka perbuatan Ali tanpa niat.
b) Ali berjalan,di tengah jalan ada sebiji bola, Ali nampak bola, dan terus bergerak ke arah bola dan menyepak bola dengan sengaja. Maka perbuatan Ali dengan niat.
Setiap benda yang kita lakukan dalam keadaan sedar dan sengaja, automatik ada niat.



Hadis 2:
وعَنْ أم المؤمنين أم عبد اللَّه عائشة رَضيَ اللَّه عَنْها قَالَت قَالَ رَسُول اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّم: <يغزو جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء مِنْ الأرض يخسف بأولهم وآخرهم> قَالَت قلت: يا رَسُول اللّهِ كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ومن ليس مِنْهم؟ قَالَ: <يخسف بأولهم وآخرهم ثم يبعثون عَلَى نياتهم> مُتّفَقٌ عَلَيْهِ. هذا لفظ البخاري.
Daripada Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah Radiallahuanha beliau berkata : Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam pernah bersabda : “Ada sekelompok pasukan yang akan menyerang Ka’bah, Kemudian ketika mereka sampai di suatu tanah lapang, mereka semua dibinasakan dari barisan tentera yang paling hadapan sampai yang akhir. Aisyah berkata:aku bertanya ”Wahai Rasulullah, bagaimana mereka dibinasakan semua dari barisan depan sampai yang paling belakang, padahal di di tengah tengah mereka ada pasar-pasar mereka, dan orang -orang yang bukan dari golongan mereka?” Baginda menjawab : “Mereka dibinasakan semua dari depan sampai yang paling belakang, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan niat masing-masing dari mereka.” [Mutafaqun Alaih]
Hadis ini menceritakan bahawa di dunia ini, sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan musuh-musuh Allah, boleh jadi mereka semua akan terasa tempiasnya dan terkena azabnya di dunia walaupun azab itu diturunkan kepada golongan yang ingkar.
Contoh hadis di atas, mereka yang berada dalam kawasan tersebut semua dimusnahkan walau bukan semuanya datang untuk berperang melawan Islam.
Yang akan membezakan ialah di akhirat kelak. Setiap manusia akan dihukum atas niatnya
Hadis ini sesuai juga dengan firman Allah:

واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة
Takutlah kepada fitnah yang bukan hanya khas akan menimpa orang-orang zalim di kalangan kamu.
Moral value lain ialah: Jangan duduk bersama orang-orang ingkar, musuh Islam, sebab kita akan terkena tempiasnya bila hukuman di dunia dijatuhkan.
 
 
 http://lobaitampin.blogspot.com/2012/03/riadussolihin-ikhlas-hadis-1.html#.UoY-UyfbVj0

Comments

Popular posts from this blog