ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.
Wajib menuntut Ilmu Agama dan kelebihannya.
Hadith 20 :
Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap
seorang Islam." (Ibn Majah dan lain-lainnya)
Muslimin muslimat yang dirahmati
Allah. Hadith yang ringkas yang dibaca pada kali ini, saya yakin selalu
didengar oleh
muslimin dan muslimat sekelian. Iaitulah yang
berhubung dengan kelebihan menuntut ilmu. Dimana di dalam al-Quran,
Allah swt
mengajar kita akan pentingnya ilmu di dalam
kehidupan kita. Seperti firman Allah swt melalui Surah Thahaa:114
umpamanya, telah
mengajar Nabi saw, "...Katakan oleh mu wahai Muhammad saw: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku."...Maknanya,
ilmu ini adalah suatu benda yang
Allah perintahkan kita supaya ditambah
tiap-tiap hari. Tidak boleh dikurangkan kerana doa daripada Nabi saw
tadi mengajar
supaya ditambah, bukannya dikurang. Ini
bermakna, Allah swt ajar kita supaya kita ni sentiasa menambah
ilmu...Ayat dari Surah
Thaahaa tadi adalah dalil yang pertama
berkenaan menuntut Ilmu. Ini pula adalah dalil yang kedua, iaitulah
melalui Surah al-Mujaadalah:11.
Dari ayat ini, Allah swt telah mengangkat
darjat orang-orang yang beriman yang berilmu pengetahuan. Firman Allah
swt yang
bermaksud,
"...dan
sesungguhnya Allah telah mengangkat
dikalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka
melalui ilmu pengetahuan..."...Inilah dia besarnya kesan
ilmu di dalam kehidupan manusia.
Dan dalil yang ketiga melalui Suratul
Baqarah:31-32, kita melihat bagaimana manusia adalah lebih tinggi
darjatnya daripada
para malaikat apabila manusia itu memiliki
ilmu yang diajar oleh Allah swt. Contohnya, cuba kita kembali pada kisah
Nabi Adam
as, yang mana beliau telah diajar oleh Allah
dengan beberapa nama benda. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan
telah diajarlah oleh Allah akan Adam as
dengan beberapa nama benda. Lalu apabila Adam
as menghafal nama-nama benda tersebut, maka Allah panggil malaikat
(Allah hadirkan
malaikat di hadapan Nabi Adam as), kemudian
Allah suruh malaikat sebut pula nama-nama benda yang telah Allah ajar
kepada Adam
as. Maka menjawab para malaikat: Maha suci
Engkau wahai Allah, kami tidaklah tahu apa-apa pun, kecuali yang telah
Engkau ajar
kepada kami. Sesungguhnya Engkau ini adalah
Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana."...Mufassirin membahaskan bahwa inilah dalil
yang menunjukkan tingginya darjat manusia daripada malaikat.
Manusia dengan ilmunya, telah
menerokai alam yang luas ini. Manusia dengan hanya sedikit akal kurniaan
Allah, telah
memakmurkan bumi Allah ini dengan sains dan
teknologi, dan dengan segala penemuan demi penemuan. Maka tinggilah
darjat manusia
apabila dia berilmu. Tetapi akan berlaku
sebaliknya, yakni menjadi rendahnya darjat manusia itu, bahkan akan
menjadi lebih
rendah daripada haiwan, binatang, khinzir dan
sebagainya apabila manusia itu tidak berilmu dan tidak beriman kepada
Allah
swt. Sebab itu Allah swt mengingatkan kepada
manusia sepertimana yang disebut di dalam al-Quran; bagaimana manusia
yang tidak
berilmu ini, diantara perangai mereka ialah
mereka suka membantah-bantah Allah ta`ala. Cuba tuan-tuan tengok Surah
al-Hajji:3
yang bermaksud, "Dan ada manusia wahai Muhammad saw; kerja mereka ialah membantah Allah, komen Allah, pertikai Quran dan pertikaikan
kehendak Allah dengan tanpa ilmu pengetahuan;.."...Orang
yang jahil bodoh ni kata Allah ialah mereka-mereka yang tidak tahu
untuk menghargai
kebesaran Allah, dan mereka terlibat pula
dalam kerja dan program menentang Allah swt. Maka orang beginilah yang
disebut Allah
sebagai orang yang tidak berilmu dan suka
membantah kehendak-kehendak Allah swt. Sebab itu, dengan ilmulah kita
dapat menyuluh
yang mana haq dan yang mana kebathilan. Dan
hasil daripada menuntut ilmu jugalah kita akan mampu mengenal haq-haq
Allah swt,
dan mampu pula kita untuk menjadi insan yang
akan mendapat beberapa kelebihan.
Sebenarnya apabila dirujuk dalam Kitab
Mastika Hadith bahagian Muqaddimah ini, didapati tidak banyak hadith
yang membicarakan
berhubung dengan habuan-habuan yang
diperolehi samada mereka yang mengajar ilmu ataupun bagi mereka yang
datang belajar ilmu.
Oleh sebab itu menurut ust Halim Nasir, maka
beliau pun merujuk pula di dalam beberapa buah kitab yang lain dan
mendapati
ada beberapa hadith yang mengatakan tentang
kelebihan menuntut ilmu ini. Jadi, bila kita baca rujukan dari
kitab-kitab yang
lain, ini akan memberi satu suntikan semangat
kepada kita untuk terus mengaji dan terus mengaji. Walaupun mungkin
berulang-ulang
kali kita telah mendengar hadith yang sama
yang disebut daripada ustaz-ustaz dan tok-tok guru yang berlainan,
tetapi yang
utamanya disini ialah kelebihan duduk di
dalam majlis ilmu itu sendiri. Kerana setiap orang yang menghadirkan
diri ke dalam
majlis, dia akan mendapat doa daripada para
malaikat; seperti yang disebut oleh Allah bahwa antara kerja malaikat
itu ialah
di dalam Surah Hamiim asy-Syuraa:3 yang
bermaksud, "Dan
langit di sebelah atas itu, hampir-hampir pecah kerana takut
mengenangkan kebesaran
Allah swt. Dan malaikat-malaikat itu antara
kerja mereka ialah membuat dua perkara. Yang pertama ialah mereka
sentiasa
bertasbih memuji Tuhan mereka..."...Ini menunjukkan di kaki langit tu
penuh dengan para malaikat. Sebab itu, Nabi saw pernah berseloroh dengan
sahabat-sahabatnya,
kata Nabi saw, "Kalaulah
Allah mengizinkan aku mikraj sekali lagi ke
langit, nescaya aku akan bawa bersama sebatang jarum untuk aku bergurau
dengan
malaikat."...Apa
maksud ucapan Nabi saw sedemikian?...Nabi saw
sebenarnya nak beritahu kita bahwa di atas langit tu penuh dengan
malaikat,
hatta kalau ambik sebatang jarum dan lempar
ke mana pun, pasti akan kena kat sayap para malaikat. Ini menunjukkan
langit itu
penuh dengan para malaikat. Dan mereka tidak
duduk diam begitu sahaja kerana mereka sentiasa bertasbih memuji Tuhan
(Allah
swt). Dan kerja kedua malaikat seperti yang
disebut dalam sambungan ayat di atas ialah, "Mereka mintak ampun untuk manusia yang hidup
di atas mukabumi dengan tolong berdoa kepada Allah."...Siapakah yang dimaksudkan dengan "manusia yang hidup di atas mukabumi"
itu?...Para mufassirin telah membahaskan bahwa
diantara yang dimaksudkan itu ialah
penuntut-penuntut ilmu. Jadi, orang yang mengaji ilmu sentiasa berada di
dalam doa para
malaikat. Oleh sebab itu, alangkah
beruntungnya sesiapa saja yang sentiasa berkejaran mencari ilmu dari
satu masjid ke satu
masjid yang lain, kerana golongan ini
sentiasa dalam doa para malaikat. Mengikut hadith yang lain, para
malaikat sentiasa
bertindih-tindih di dalam setiap masjid yang
sedang mengadakan majlis ilmu sehinggalah sampai ke Arasy Allah. Lalu
mereka
mintak pada Allah supaya yang hadir di dalam
majlis ilmu ini, diampunkan dosa mereka oleh Allah swt. Dan termaklum
dibahaskan
oleh muhadithin, ada pun dosa yang diampunkan
itu adalah dosa-dosa kecil sahaja. Alhamdulillah, jadilah walaupun
dosa-dosa
kecil sahaja, sebab kita tak tahu berapa
banyak yang kita dah terlanjur buat. Barang diingat walaupun dinamakan
dosa kecil
tapi kalau dikumpul-dikumpul, ia akan jadi
dosa besar. Seumpama sebatang ranting kayu yang tak boleh buat api yang
besar.
Tetapi kalau ranting kayu itu dihimpun
menjadi setimbun, maka dia boleh menyalakan api yang besar. Begitulah
perbandingan
yang Rasulullah saw sebut tentang kemungkinan
dosa yang kecil boleh berubah menjadi dosa yang besar.
Sekarang mari kita baca beberapa hadith yang lain (bukan daripada kitab Muqaddimah Mastika Hadith) yang boleh kita
relate dengan persoalan menuntut ilmu ini.
1) Hadith daripada Abi Darda` ra, katanya Nabi saw telah bersabda (mafhumnya), "Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya
jalan dari jalan-jalan syurga..."...Maknanya, siapa yang tak mengaji,
dia tidak akan mudah untuk mencari jalan ke syurga; tetapi yang mudah
baginya
ialah mencari jalan ke
neraka...nauzubillahiminzalik...Bila tak mengaji, akhirnya dia jadi
jahil. Dan jadilah dia golongan
yang bercakap tentang Islam, tapi dalam masa
yang sama, bini cabut habih bulu kening. Jadilah dia golongan yang
bercakap tentang
Islam lagu tu lagu ni, tapi anak perempuan
dia penganjur kelab-kelab lesbian dan gay. Hat tu lah yang bangga sangat
masuk
tv tiap-tiap hari tu, sampai bini make-up tak
serupa orang dah. Tapi sembang pasai Islam deraih, mengalahkan Imam
Mawardi
lagi...nauzubillah...Jenis ni semua bukan tak
tahu Islam, tapi main dengan sombong takabbur, habih punah ranah
lingkup jadinya.
Lalu Nabi saw bersabda lagi, "Dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang
dilakukan."...Bayangkan
tuan-tuan;
bila kita bagi reverse gear untuk keluar ke
majlis ilmu, malaikat dah hampar siap-siap dah sayapnya. Kenderaan jenis
apa pun
yang kita gunakan untuk membawa kita ke
majlis ilmu; baik kereta, baik motor, baik basikal, hatta berjalan kaki
sekali pun;
sebenarnya kita sedang berjalan di atas
sayap-sayap para malaikat. Ini Nabi saw yang sebut. Cumanya, Allah swt
tak bagi la
kita nampak. Kalau nampak, alamat pengsan la
jawabnya kita ni; takdan pi kuliyyah.
Sebab itu, Nabi saw cukup cinta
majlis-majlis ilmu ini. Kerana pernah suatu hari, Nabi saw masuk ke
dalam masjid Nabawi
dan didapatinya ada dua kelompok manusia.
Satu kelompok sedang zikrullah (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar)
dan
satu kelompok lagi sedang mengaji ilmu. Maka
Nabi saw mengambil keputusan untuk duduk dalam kumpulan yang mengaji
ilmu. Inilah
yang Rasulullah saw ajar kepada
kita. Sebenarnya
bukannya salah kalau kita nak join group yang
dok berzikir tu, tapi inilah yang Nabi saw nak ajar dengan tindakan dia
itu,
menunjukkan besarnya kesan bila kita berada
dalam majlis ilmu.
Sambung sabdaan Nabi lagi, "Dan seorang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi, dan ikan-ikan di dalam air..."...Tuan-tuan
boleh bayang
ka segala ikan kerapu, gelama, sembilang apa
semua yang kita dok makan tiap-tiap hari tu, depa boleh tolong minta
ampun untuk
kita yang pi mengaji ni,
tuan-tuan...MasyaAllah...Bukan kata ikan saja yang minta ampun, malah
seluruh penduduk langit dan
bumi pun berbuat demikian. Tuan-tuan boleh
bayang ka?...Jadi, yang tak mau mengaji sangat ni pasai apa?...Yang jadi
bebal
jahil sangat ni pasai apa?...Itu belum
sembang lagi yang mai majlis ilmu tu faham ka tak faham apa yang ustaz
bawa dalam kuliyyah.
Faham tu kira bonus la tuan-tuan. Tapi yang
kita dok cerita ni ialah mai saja pun dapat walaupun tertidur dalam
majlis ilmu.
Sebab itu, orang yang bodoh saja yang tak mau
pi mengaji ni. Ini yang Allah cukup marah sangat kat puak-puak yang
bodo sombong
tak mau mengaji ni, sedangkan segala ikan di
dalam air tolong doa untuk kita.
Dan Nabi saw bersabda lagi, "Dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadah sebagaimana kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang
yang lain."...Tengok
macamana Nabi saw sebut tentang status
seorang yang berilmu (alim) bila dicompare dengan ahli ibadah yang
takdak ilmu?...Seperti
bulan purnama mengatasi cahaya bintang yang
lain. Cuba tuan-tuan perati tengok bila bulan mengambang yang
kemudiannya dikelilingi
oleh bintang-bintang yang bertaburan. Tapi
kalau perati bintang tu, kenalah perati elok-elok. Kena tau beza yang
mana satu
bintang dan yang mana satu satelite. Kalau
tuan-tuan nak tau satelite, yang bercahaya kuat putih di kaki langit
itulah satelite.
Bintang ni, cahayanya agak malap-malap sikit
tak berapa nak nampak sebab dia jauh daripada bumi. Jadi kalau kita
tengok ada
2-3 dot di langit, yang cerah itulah satelite
sebab dia dekat. Satelite ni dia duduk dalam ruang angkasa yang boleh
menerima
transmision untuk kita nak tengok bola secara
live ka, nak tengok CNN pembohong pasai Taliban ka, dan macam-macam
siaran live
lagi yang boleh kita tengok. Yang tu cerita
satelite. Tapi sekarang kita nak cerita lagu mana cahaya bulan purnama
bila dia
memancar, maka padam habih cahaya bintang.
Sedangkan cahaya bintang pun boleh padam bila timbulnya bulan purnama,
inikan pula
keris berkarat tak bersarung. Jadi lembik
habih jadinya. Jadi, inilah perbandingan yang Nabi saw buat antara orang
alim yang
berilmu dengan ahli ibadah yang takdak ilmu.
Jadi, cukup bahaya kalau jenis kuat ibadah tapi takdak ilmu ni. Golongan
ni cukup
banyak tuan-tuan. Masbuq tak tau, muafiq tak
tau, apa pun dia tak tau; tapi dahi tu dia punya hitam blue black dah
pun.
2) Kita merujuk kepada ucapan Muaz bin
Jabal ra yang begitu panjang sekali. Muaz bin Jabal ra, kita tahu
adalah sahabat
Nabi saw yang berbangsa Yaman. Orang Yaman
ini kulit dia gelap sikit, tapi taklah segelap kulit orang Afrika. Orang
Afrika
ni, hitam sungguh. Tapi sehitam-hitam Afrika,
depa sudah pun menghantar wakil mereka, iaitulah Bilal ibn Rabah untuk
mencium
syurga Allah swt. Cantik-cantik Melayu, tapi
belum tentu ada wakil lagi.
Okay berbalik kita kepada cerita Muaz
tadi; beliau sebenarnya telah dihantar oleh Nabi saw sebagai duta ke
negeri Yaman.
Disamping jadi duta, beliau juga diarah oleh
Nabi saw supaya mengajar orang-orang Yaman tentang ugama Allah swt. Lalu
inilah
dia antara ucapan Muaz yang dia mentioned
tentang ilmu. Katanya :
i) "Belajarlah
ilmu kerana belajar ilmu itu adalah kebaikan."...Awat tak
baiknya, sebab dengan ilmu itulah kita boleh membezakan mana dia haq
dan mana
dia bathil. Dengan ilmu itu juga kita boleh
suluh yang mana dia kebajikan dan yang mana dia kejahatan.
ii) "Carilah
ilmu kerana mencari ilmu itu adalah ibadah."...Sebab
itu bila kita belajar ilmu ni, jangan kita peduli datang daripada siapa.
Ini Nabi
saw yang ajar. Jadi, kita boleh belajar
daripada sesiapa pun; dari orang putih ka, dari Jepun ka, hatta daripada
musuh Allah
sekali pun sekiranya boleh membawa manafaat
kepada Islam, takpa proceed aja. Tapi janganlah sampai Mat Salleh tu tak
sembahyang,
kita pun tak sembahyang sama. Yang tu kira
tak lama la tu jawabnya. Sebab itu Nabi saw pernah berpesan, "Siapa
yang nak kan dunia, dia mesti ada ilmu.
Apatah lagi kalau nak kan akhirat, ilmu
lagi-lagilah penting. Begitu jugalah kalau ndakkan dua-duanya sekali,
pun mesti ada
ilmu."...Sebab
itu bagi pejuang-pejuang agama Allah,
janganlah extreme sangat bila dengaq para ulama kita buat penerangan
dalam bahasa orang
putih. Jangan kita jadi jenis "stupid very
clever" punya geng. Besok-besok kalaulah diizinkan Allah kita
memerintah, bila
nak jumpa duta nu duta ni; siapa nak tolong
cakap orang putih kat kita?...Duta-duta tu bukan reti cakap jawa, cakap
minang
apa semua ni. Kita kena communicate in
English, kena meeting in English, kena mention in English; sebab
duta-duta ni semua
jenis tu. Tapi ada la orang lain yang pakar
dalam bidang tu, bukannya saya. Saya nak habag saja. Jadi,
pemimpin-pemimpin kita
mesti kena ada ilmu di bidang tu. Sebab itu
kita lihat pemimpin-pemimpin kita; Arab pun depa boleh, English pun depa
boleh.
Takkan itupun salah. Tapi bila kita extreme,
kita seolah-olah menghukum ilmu technology daripada barat ni, semuanya
tak betul.
Mana boleh lagu tu tuan-tuan?...Tak kena gaya
tu. Ilmu boleh kita ambil; yang tak boleh ambil ialah aqidah depa. Itu
saja.
iii) "Mengingati
ilmu samalah dengan bertasbih."...Tak kiralah ilmu apa pun; ilmu
al-Quran ka, ilmu kejuruteraan ka, ilmu perubatan ka, ilmu apa saja
asalkan dengan
ilmu itu kita boleh memajukan masyarakat di
dunia, dengan berlandaskan Islam dan aqidah. Itu lebih aula kerana amat
dicintai
oleh Allah swt. Maksudnya ilmu yang boleh
memanafaatkan manusia, bukannya yang melingkupkan. Kalau ilmu melingkup
merapu,
mau ingat, yang tu tak jadi tasbih.
iv) "Menyelidiki ilmu, samalah dengan berjihad."...Jangan
buat main-main
tuan-tuan. Maksudnya, research and
development tu kira jihad fisabilillah juga tu. Macam sapa yang belajar
engineering, banyak
penyelidikan yang depa buat. Circuit tu lah
circuit ni lah, nak measure current rating lah, voltage rating lah,
kalau radio
transmision pula depa kena jaga dia punya
noise dan bermacam-macam lagi. Bagi orang yang mengaji perubatan pula,
kalau berlaku
operation; procedure macamana nak ikut, dos
bius berapa banyak nak pakai dan macam-macam lagi. Yang bahagian sivil
pula, dengan
kajian mereka tersendiri. Bermacam-macam
penyelidikan yang kita buat. Tak habih-habih kita mengaji.
v) "Mengajar
kepada orang yang tidak tahu itu adalah sedeqah."...Maknanya,
saya sedang bersedeqah sekarang ni kepada orang yang tidak tahu.
Tuan-tuan
pun bersedeqah juga, kalau tuan-tuan habih
baca posting ni, lepas tu tuan-tuan print bagi kat sapa-sapa suruh depa
baca pulak.
Jadi, bukan maknanya sedeqah ni bagi duit
saja ataupun bukannya sedeqah ni beri senyuman saja. Sebenarnya
pengertian sedeqah
adalah amat luas. Mengajar kepada orang yang
tidak tahu juga termasuk dalam sedeqah. Sebab itu, jasa orang yang
bergelar guru
adalah cukup besar. Orang yang bergelar guru
ini, sentiasa dikenang sampai bila-bila pun. Walaupun si guru tu dah
pencen sekali
pun, tapi title "cikgu"nya tetap lekat bermain
dibibir masyarakat. Inilah penghargaan jasa guru.
vi) "Memberikan
kepada yang berhak itu adalah takarrub ilallah."...Bila kita memberikan ilmu kepada orang yang berhak menerimanya, ini tandanya kita
menghampirkan diri kepada Allah swy.
vii) "Ilmu
itu adalah kawan ketika kamu keseorangan."...Cuba
tuan-tuan perati tengok perangai penghafal-penghafal Quran masa depa
tengah dok
relax. Kalau depa drive kereta; sambil drive
tu, mulut terkumat kamit mengulangi hafalan-hafalan mereka. Seperti juga
baru-baru
ni, masa kami satu bas pi K`tan tengok
Jubilee Emas 50 tahun Pas; kami bawa anak sorang daripada mangsa ISA.
Umur dia baru
11 tahun, tapi ayat Quran dalam kepala
tuan-tuan. Ana try dia. Ana buka Quran kat mana-mana pun, lepas tu ana
baca. Kemudian
ana suruh dia sambung...MasyaAllah tuan-tuan,
Allah Maha Penyuluh...Macam air aje anak si mangsa ISA tu sambung.
Sebijik pun
tak lari satu huruf maupun satu baris. Cukup
terang hati budak tu. Ada setengah member tu, masa nak tidur dalam bas,
panggil
dia duduk tepi, "Abu! hang mai sat. Hang baca mai Suratul Baqarah kat aku."...Dia nanti bagi mendayu-dayu. Jadi, apa yang ingin disebut ialah ilmu itu
adalah teman ketika kita keseorangan.
viii) "Dan
ilmu itulah merupakan kawan dalam kesepian,
penunjuk jalan kesenangan dan penolong menghadapi kesukaran, kerana ia
adalah
senjata untuk menghadapi musuh."...Tuan-tuan kalau nak berdebat dengan
hujjah-hujjah yang boleh mematahkan hujjah musuh, ilmu mesti ada. Sebab
itu,
orang tua-tua kata kalau takdak ilmu di dada,
jangan dok pi merantau. Betoi tu tuan-tuan. Tapi kita nak tambah sikit,
iaitu
kalau tanpa ilmu dan iman, jangan berani dok
pi merantau tak tentu hala. Maknanya, ilmu mesti ada untuk menghadapi
musuh.
Dan ilmu yang paling besar ialah al-Quran.
Dengan hujjah Quran itu, kita boleh mematahkan hujjah-hujjah musuh. Tapi
kalau
kita patahkan hujjahnya dengan al-Quran, dia
masih juga nak membantah, maka dia sebenarnya sedang menempa dirinya
untuk masuk
ke dalam api neraka...nau zubillah...Sebab
itu, kita nak bagi ingatan pada sahabat-sahabat yang suka sangat kata, "Sikit-sikit al-Quran,
sikit-sikit al-Quran. Belum tentu betul walaupun Quran cair di mulut."...Haaa!...baik-baik
sikit wording tu, takut tergelincir aqidah
satgi, menangis tak berlagulah jawabnya.
Sebab itu, ustaz Shamsuri selalu sebut bahwa walaupun mai sorang bagi
hujjah atau
teorinya dengan cukup menakjubkan, tapi kalau
tanpa dasar al-Quran dan as-Sunnah, suruh dia pi cerita jauh-jauh.
ix) "Malaikat
suka berkawan dengan orang yang berilmu dan mengusap-usap mereka dengan sayapnya."...Kalau
orang tak mau kawan dengan kita kerana kita
dikatakan "pemecah belah" masyarakat, itu tak
jadi hal. Biarlah kawan kita dari kalangan malaikat, yang sentiasa
berdoa akan
kesejahteraan kita kepada Allah swt.
x) "Orang
yang berilmu ini sentiasa didoakan oleh semua benda yang basah mahupun yang kering."...Bukan
sekadar didoa oleh ikan di laut tetapi setiap benda yang
basah maupun yang kering mendoakan untuk
orang yang menuntut ilmu. Yang dimaksudkan ialah semua binatang di darat
dan di laut
(termasuk
binatang buas),
tolong berdoa untuk kita. Termasuklah
serangga-serangga seperti nyamuk, belalang, semut apa semua ni turut
berdoa
supaya Allah ampunkan orang
yang mengaji. Tuan-tuan, kalau sekali fikir
memanglah tak masuk akal, tapi inilah yang Muaz ra sebut. Dan tuan-tuan
kena
ingat bahwa Muaz bin Jabal ra ialah sahabat
yang mendapat tarbiyah secara langsung daripada Nabi saw. Jadi, sudah
tentulah
benar ucapannya.
xi) "Ilmu
itu menghidupkan hati daripada kebodohan."...Sungguh
tuan-tuan, memang bodo betoi orang yang takdak ilmu ni. Tindakan orang
sebegini
selalunya di luar batas kemanusiaan. Tindakan
yang tidak berlandaskan ilmu yang sebenar, akan terserlahlah kebodohan
seseorang...nauzubillah...Sebab
itu, berilmu adalah satu benda yang amat
penting kerana ia adalah pelita dari kegelapan, kekuatan dari segala
kelemahan dan
banyaklah lagi yang Muaz ra sebut sampai tak
larat saya nak sebut. Memang cukup banyak kalau nak diteruskan. Tapi nak
sebutnya
ialah penting dan besarnya menuntut ilmu.
3) Dari ucapan Muaz bin Jabal ra, kita lihat pula kisah Saidina Ali karramallahu wajhah. Saiyyidina Ali kw ni tuan-tuan,
Nabi saw pernah bersabda, "Bandingan aku dengan Ali di sudut ilmu ialah aku ini gudangnya dan Ali itu adalah seumpama pintu gudang itu."...Inilah standard Saidina
Ali kw. Dan kepintaran Ali kw pernah diuji, bilamana sahabat tanya dia, "Manakah lebih utama, antara ilmu dengan harta?"...Sekali
fikir memanglah
kedua-duanya penting. Tapi ilmu adalah
warisan para Nabi as, manakala harta adalah warisan Qarun. Tu yang
Melayu dok sebut
harta karun-harta karun tu. Sebenarnya bukan
karun, tapi Qarun; seorang yang ditenggelamkan dengan hartanya sekali ke
dalam
perut bumi. Tempatnya, tu dia di tasik Fayyum
nu kat negara Mesir. Di situlah kilangnya dulu. Nak bawa kunci untuk
buka kilang
dia saja memerlukan 40 ekor unta memikulnya.
Boleh bayang ka banyak mana harta dia?...Allah ranapkan dengan kilang
dia, dengan
istana dia dan dia-dia sekali di kawasan
tasik Fayyum, iaitu lebih kurang 60 km daripada Mesir. Inilah bahananya
takabbur
enggan bersedeqah membantu fakir miskin.
Allah tenggelamkannya, maka nama harta yang tenggelam itu ialah harta si
Qarun. Tapi
hari ini, kita di M`sia buat bermacam-macam
ekspedisi menjelajah mencari harta karun. Takke bodoh tu?...Ini pun kira
takdak
ilmu sebab tak mengaji. Harta Qarun kat Mesir
nuuu, yang hangpa pi cari kat celah-celah batu dengan pokok ni apasal?
Baik, kembali kita kepada persoalan yang diajukan kepada Saidina Ali kw tadi. Kata Ali kw, "Ilmu adalah warisan para rasul, tapi harta
pula adalah warisan Qarun. Maka elok lagi ilmu daripada harta."...Dan yang keduanya kata Ali kw, "Elok lagi ilmu daripada harta kerana ilmu menjaga kamu.
Adapun harta, kamu kena jaga dia."...Jadi, mana lebih elok tuan-tuan;
harta ataupun ilmu?...Nak sembahyang satgi, ilmulah yang guide kita.
Ilmulah yang
ajar kita mana batasan wuduk, mana sempadan
muka, mana yang rukun, mana yang makruh, mana yang sunat dan sebagainya.
Tapi
harta, jenuh kita kena kepung dia. Tak payah
sembang benda-benda besaq-besaq la tuan-tuan, sembang pasai kereta cukup
la.
Dengan minyak dia lah (dok geram naik
sekupang tak habih lagi ni!), dengan oil filter dia lah, lepas oil
filter, air filter
pulak, lepas tu absorber dia pulak, kemudian
nak tukaq minyak automatic dengan gearnya sekali, jenuh kena tunggu kat
workshop
3-4 jam melengum. Tak jaga satgi, yang tu lah
saja harta kita yang ada pun. Yang tulah jugak yang bawa kita pi
mengaji ni
dengan izin Allah...Pening, pening....Belum
lagi cerita pasai rumah. Belum lagi cerita hat bini 4; yang ni lagi
pening...Pening
nak jaga semua ni. Sebab itu, kata Ali kw, "Ilmu lah yang lebih baik sebab ilmu itu menjaga kamu. Manakala harta, kamu kena jaga dia."...
Secara kesimpulannya; apa yang kita
nak sebut ialah besarnya peranan ilmu dalam mendidik manusia. Sebab itu,
orang
yang berilmu dihormati oleh masyarakat. Orang
yang takdak ilmu, orang lain tak hormat kat dia. Itulah yang Allah
kata, "Darjat seseorang itu diangkat
adalah kerana ilmu, bukannya kerana harta."...Jadi,
inilah satu kebenaran yang tidak boleh kita nafikan...Okay tuan-tuan
sampai setakat
ini dulu. Dalam posting yang akan datang,
InsyaAllah, kita akan bahaskan pula apa dia ilmu-ilmu yang asas yang
kita kena belajar.
Dia ada kaedahnya sebab ada juga ilmu yang
kalau tak belajar pun kira takpa. Samalah seperti kita belajar dalam bab
haram
bab wajib ni, iaitu ada wajib yang hal dan
wajib yang tidak hal. Contohnya ialah seperti ibadah haji, ia adalah
wajib yang
tidak hal. Maksud wajib yang tidak hal ni
ialah budget kalau cukup baru kena pi. Tapi sembahyang pula adalah wajib
yang hal.
Samalah juga dengan ilmu. Ada ilmu yang kita
wajib belajar dan ada ilmu yang kalau tak belajar pun takpa. Sebab cukup
dengan
ilmu yang asas tadi untuk cover semua. Yang
ni kita akan lihat nanti dalam hadith-hadith seterusnya.
Allahu ta`ala `alam.
Kedudukan Orang Yang Berilmu
Kelebihan Orang Yang Berilmu
1) Allah s.w.t membezakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu
Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : “Adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? “Sesungguhnya
orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )
Firman Allah s.w.t : ” Allah akan meninggikan darjat orang2 yang
beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . ” (
Al-Mujadalah : 11 )
Ibn Abbas ra mengulas ayat diatas dengan mengatakan : Tingkatan para
ulama dibanding orang mukmin biasa adlah lebih tinggi sebanyak 700
darjat , di antara satu darjat ke darjat setelahnya adalah sama dengan
jarak 500 tahun perjalanan
2 ) Orang yang berilmu sentiasa dijadikan rujukan
Allah swt berfirman : maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl: 43 )
3) Ilmu satu-satunya warisan Nabi
Dari Abu Darda’ , Rasulullah saw bersabda : Dan sesungguhnya ulama
itu pewaris para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidak pernah
mewariskan dinar dan tidak pula dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu.Maka barangsiapa mengambilnya, sungguh telah mengambil bagian yang besar . ( HR Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah )
Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi.Kemuliaan
mereka diwariskan melalui ilmu Agama .Para Ulama’ yang mengambilnya
pula berhak mendapatkan kemuliaan itu.Maka
darjat mereka pun naik membumbung tinggi di akhirat nanti,sejajar
dengan para nabi dan syuhada ! Dari Usman bin Affan ra , Rasulullah SAW
besabda : Yang Pertama memberi syafaat pada hari kiamat ada tiga : para
nabi , para ulama’ dan para syuhada.
4 ) Beramal dengan cara betul dan ditakuti syaitan
Dari Abu Darda’ ra , Rasulullah SAW bersabda : ” Dan sesungguh
perbezaan keutamaan orang yang berilmu dengan orang yang gemar beribadah
, sebagaimana keutamaan bulan purnama dari seluruh bintang lain ” (HR
Tirmidzi , Ahmad )
Mengapa orang berilmu (‘alim ) mempunyai keutamaan yang lebih mulia
dibandingkan orang yang rajin beribadah semata2 (‘abid) ? Anologi mudah ,
seperti seorang berilmu solat sunnah dua rakaat .Dia berwudhuk dengan
betul dan khusyuk , mengetahui syarat , Rukun solat dan hal2 yang
membatalkan ibadahnya .Sementara seorang lagi yang gemar solat hingga
lapan bahkan dua belas rakaat setiao malam,tetapi tidak bacaannya,tidak
mengetahui adab syarat dan rukunnya.yang mana lebih mulia amalannya ?
5) Takut & Bertaqwa kepada Allah s.w.t
Allah swt berfirman : Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNya hanyalah para ulama’ ( Faathir : 28 )
Ilmu menjadikan para ulama takut kepada Allah .Bukan hanya ilmu agama
atau syariah.tetApi semua ilmu yang baik berasal dari Allah sehingga
mereka yang mendalaminya seharusnya dapat merasakan keagungan dan
kebesaran Allah swt,dan kemudian lebih takut kepadaNya.Ilmu
aqidah menjadikan manusia mengenal Allah melalui dalil-dalil naqli (
ayat qauliyyah ) dalam Al-quran dan hadis,tentang sifat Allah
swt,kebesaran dan kekuasaan-Nya.
6 ) Orang yang berilmu mendapat kebaikan
Dari Muawiyah ra, Rasulullah bersabda : ” Barangsiapa yang Allah swt
menginginkan kebaikan padanya , maka akan difahamkan dalam masalaah
agama ! ” (HR Bukhari dan Muslim )
Dengan ilmu maka seluruh kebaikan akan mendatanginya.Ketika ibadah
maka dia beribadah dengan betul sesuai syariat .Ia juga beribadah dengan
ikhlas dan khusyuk kerana ia adalah orang yang paling takut pada Allah
swt. Ketika ia bermuamalah maka ia mengetahui yang halal dan haram, maka
tidak sekerat pun harta haram masuk dalam tubuhnya dan tubuh
isterinya.Bahkan ketika ia mendapat ujian dari Allah , baik berupa
kenikmatan seperti kekayaan ,pangkat/jawatan atau yang berupa kesusahan
seeperti sakit, kematian dan musibah maka dia menghadapinya dengan
syukur ataupun sabar .syukur dan sabar adalah sumber kebaikan yang
menakjubkan , hanya dimiliki orang yang veriman dan berilmu.
Dari Suhaib bin Sinan ra , Rasulullah saw bersabda : ” Sungguh mengagumkan urusan kaum mukmin , semua urusannya adalah baik baginya.dan
kebaikan ini hanya dimiliki orang mukmin .Jika mendapat kesenangan ia
bersyukur dan itu baik baginya .Jika mendapat musibah ia bersabar dan
hal itu juga baik baginya ! ” (HR Muslim )
7 ) Semua makhluk meminta ampun untuk orang yang berilmu
Dari Abu Darda ,Rasulullah saw bersabda : ” dan sesungguhnya orang
yang berilmu itu , dimintakan ampunan oleh penghuni langit ,bumi bahkan
ikan-ikan di laut yang dalam ” ( HR Ibn Hibban
Mengapa setiap makhluk merasa berhutang budi kepada para ulama,bahkan
ikan di dalam lautan ? Dalam kitab Mukhtasor Minhajul Qasidin
desebutkan bahwa hal ini terjadi kerana ulama mengajarkan ilmu yang
membawa kebaikan pada seluruh makhluk seperti ilmu ihsan dalam
penyembelihan ,ilmu larangan untuk menyiksa binatang ,menebang pokok dan
lain2.maka wajar mereka meminta keampunan pada Alla bagi orang yang
berilmu
8) Allah swt,para malaikat , penghuni langit dan bumi berselawat / mendoakan para pengajar ilmu kebaikan
Dari Abu Umamah ra, Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt
dan para Malaikat-Nya , Penghuni langit dan bumi , bahkan semut
disarangnya , bahkan juga ikan ,semuanya berselawat/mendoakan orang yang
mengajarkan ilmu kebaikan.
Barangkali ini adalah kemuliaan di atas kemuliaan makhluk bernama
manusia .Orang berilmu yang mendapatkan kemuliaan tak terhingga
itu.Bayangkan ,Khalik dan makhluk-Nya semua berselawat dan mendoakan
untuknya ! mengharapkan kebaikan dan kemuliaan itu sentiasa ada pada
orang yang berilmu hingga akhir hayatnya !
Kita yakin bahawa kita manusia adalah makhluk yang mulia ,maka kita
juga menyedari bahawa kemuliaan ini boleh menjadi tertingkat dan
berterusan hingga ke akhirat apabila kita menjadi orang yang berilmu,
Menguasai ilmu dengan baik atau lebih dari yang lainnya ,insyaallah akan
memuliakan kita di hadapan manusia dan juga Allah swt.amin
Di antara adab Islam ialah menghormati ulamak
Dr. Ahmed Abdul Hadi Syahin
Ulamak
adalah pewaris para nabi. Allah telah memilih mereka supaya membawa
agama dan syariat. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah.
Tugas mereka adalah menunjukkan manusia jalan kepada Allah. Firman
Allah:
“Siapakah
yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk
orang-orang yang menyerah diri?" (Fusshilat: 33)
Firman Allah:
“Sesungguhnya
yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Fathir: 28)
Dari Abu Umamah r.a bahwa nabi saw bersabda:
“Barangsiapa
yang berusaha mencari satu jalan untuk menuntu ilmu, nescaya Allah akan
mudahkan baginya jalan ke syurga. Para malaikat akan mengembangkan
sayapnya sebagai tanda redha kepada penuntut ilmu. Bagi mereka yang
berilmu segala yang ada di langit dan di bumi memohon ampun untuknya
termasuk ikan-ikan paus di tengah lautan. Kelebihan orang yang berilmu
berbanding ahli ibadah seumpama kelebihan bulan mengambang berbanding
semua bintang. Ulamak adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak
mewariskan wang dinar dan dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa
yang mengambilnya pastilah mereka memperolehi keuntungan yang melimpah”.
(Tirmizi)
Dari
Abu Darda’ r.a disebutkan kepada Rasulullah saw tentang dua orang
lelaki, salah seorang ialah abid (ahli ibadah) dan seorang lagi seorang
alim (orang berilmu). Lalu nabi bersabda:
“Kelebihan
orang berilmu berbanding ahli ibadah seperti kelebihan saya berbanding
orang yang paling rendah di kalangan kamu”. Kemudian nabi bersabda lagi:
Sesungguhnya Allah, para malaikat, penghuni langit dan bumi termasuk
semut di celah batu dan termasuk ikan paus sentiasa berselawat kepada
orang yang mengajar orang kepada kebaikan”. (Abu Daud)
Allah
telah melebihkan dan memuliakan para ulamak dan meninggikan kedudukan
dan darjat mereka. Allah telah menyatakan ada perbezaan antara ulamak
dan orang yang tidak mengetahui kerana kepentingan ilmu dan pengetahuan
yang dimiliki. Firman Allah:
“Katakanlah:
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima
pelajaran.(Az-Zumar: 9)
Firman Allah:
“Niscaya
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah
Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadalah: 11)
Menurut
Umar bin al-Khattab r.a: “Sesungguhnya Allah meninggi golongan-golongan
tertentu dengan Kitab ini dan merendahkan yang lain”.
Oleh
kerana kepentingan ulamak kepada kehidupan umat Allah telah meminta
manusia supaya sentiasa bertanya mereka dalam urusan yang tidak
diketahui. Firman Allah:
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”. (An-Nahl: 43)
Di
samping itu Islam mengambil kira kewujudan mereka sebagai nikmat dan
rahmat daripada Allah kepada umat, sedangkan kematian mereka suatu
musibah besar kepada umat. Ini kerana kematian seorang ulamak bermakna
diangkat ilmu dari muka bumi.
Dari Abdullah bin Amru bin al-As r.a, nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya
Allah tidak menghilangkan ilmu dengan cara mencabutnya daripada hamba,
tetapi Allah mengambil ilmu dengan mematikan ulamak, sehingga apabila
tiada lagi ulamak, manusia akan mengambil orang jahil sebagai pemimpin
mereka. Apabila ditanya tentang sesuatu urusan agama, mereka akan
memberi jawapan tanpa ilmu. Lalu mereka sesat dan menyesatkan”.
(Bukhari)
Hasan
al-Basri mengungkapkan: “Mereka ini berkata kematian ulamak sebagai
satu lubang di dalam agama. Sesuatupun tidak akan menutupnya sekalipun
bertukar malam dan siang”.
Nabi
saw amat menyukai amalan menghormati ulamak bahkan mewajibkan manusia
sentiasa memuliakan dan mengasihi mereka. Dari Abu Musa al- Asy’ari r.a,
nabi saw bersabda:
“Di
antara ketinggian Allah ialah sentiasa memuliakan muslim yang beruban,
membawa al-Quran tanpa melakukan keburukan dan tidak kosong darinya dan
memuliakan sultan yang adil”. (Abu Daud)
Bagi
nabi saw orang yang tidak menghormati dan memuliakan ulamak bukan
termasuk orang yang sempurna Islamnya. Dia sebenarnya terdapat
kekurangan dalam agamanya an kefahamannya tentang Islam seolah-olah dia
hidup di luar dari jamaah Islam. Di dalam sebuah hadith dari Ubadah bin
Samit r.a, nabi saw telah bersabda:
“Bukan
termasuk kalangan umatku yang tidak memuliakan yang lebih tua,
mengasihi yang lebih kecil dan mengenali orang alim dengans sebenarnya”.
(Ibn Munzir)
Di
antara hukum syarak yang penting ialah tidak harus membincangkan
tentang kekuarangan ulamak dan mencari keburukan dan mendedahkannya di
dalam majlis-majlis.
Menurut Ibn Asakir: “Sesungguhnya daging para ulamak beracun dan sunnah Allah dalam mengkritik mereka telah dimaklumi”.
Menurut Imam Ahmad pula: “Daging para ulamak beracun, siapa yang menghidunya sakit dan siapa yang memakannya mati”.
Kata
Imam Ahmad juga: “Siapa yang lidahnya menutur perkara negative tentang
ulamak, Allah akan memberi bala sebelum matinya iaitu dengan mematikan
hati”.
Para
salaf as-soleh sentiasa menyebutkan tentang ulamak dengan sifat-sifat
dan sebutan yang baik dan indah. Bahkan mereka sentiasa berhati-hati
dari memburuk dan mengeji mereka.
Menurut
Ibn Mubarak: “Orang yang merendahkan ulamak akan hilang akhiratnya,
orang yang merendahkan para pemimpin akan hilang dunianya dan orang
merendahkan para saudara akan hilang maruahnya”.
Menurut Auza’e: “Memerangi golongan ilmuan terutama yang terkenal termasuk ke dalam sebesar-besar dosa”.
Abu
Hanifah berkata tentang hak gurunya Imam Hamad: “Aku tidak tidak pernah
solat selepas kematian Hamad, melainkan saya akan saya akan memohon
ampu untuknya bersama ibubapaku”.
Menurut
Ibn al-Athimin: “Memuliakan ulamak bermakna memuliakan syariat, kerana
mereka adalah pembawanya. Menghina ulamak bermakna menghina syariat”.
Ibn
Abbas telah memegang tempat pijak tunggangan dan memegang tali pemacu
untuk Zaid bin Tsabit dan berkata: “Beginilah kami diperintahkan
memuliakannya kepada ulamak kami. Lantas Zaid pula memegang tangang Ibn
Abbas dan menciumnya lalu berkata: “Beginilah kami diperintahkan
melakukannya kepada ahli keluarga nabi saw”.
Kita mohon Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan seperti firmanNya:
“Yang
mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di
antaranya. mereka Itulah orang-orang yang Telah diberi Allah petunjuk
dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal”. (Az-Zumar: 18)
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=70892&SecID=363
KENALI DARI SIAPA ILMU DIAMBIL
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Menjadi tanggungjawab sebagai Umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam
untuk kita mengenali orang ataupun tokoh yang yang kita ambil ilmu dari
mereka, lebih-lebih lagi berkaitan ilmu agama. Dalam erti kata lain,
kita perlu mengenali Ulama. Sebagaimana dijelaskan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis riwayat Abu Dawud,
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ
اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ
لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ
لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى
الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ
الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ
الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا
الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Barangsiapa meniti satu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah
mudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat
membentangkan sayap-sayap mereka kerana redha terhadap penuntut ilmu
agama. Sesungguhnya seorang yang berilmu itu dimintakan ampun oleh siapa
sahaja yang ada di langit dan di bumi, dan oleh ikan-ikan di dalam air.
Dan sesungguhnya keutamaan seorang yang berilmu atas ahli ibadah
seperti keutamaan bulan purnama daripada seluruh bintang-bintang. Dan
sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Para Nabi tidak
mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barangsiapa yang
mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang banyak. (Riwayat Abu Dawud, dihasankan Syeikh Salim Al-Hilali di dalam Bahjatun Nazhirin)
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyeru supaya kita mendekati Ulama. Malah di dalam atsar juga terdapat riwayat yang mengatakan,
خذوا العلم عن الأكابر
“Ambillah ilmu daripada Al-Akabir.”
Al-Akabir bererti orang besar. Orang besar bukan bererti besar
tubuhnya, juga bukan bermaksud besar statusnya. Orang besar yang
dimaksudkan adalah Ulama. Ulama yang Nabi ertikan di dalam penjelasan
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai waratsatul anbiyak (pewaris para Nabi) iaitu yang mewarisi ilmu daripada Nabi. Itu adalah pengertian ulama.
Jadi mengenali ulama merupakan satu kewajipan. Mengenali Ulama adalah
satu tanggungjawab. Sebab itu apabila kita melihat apa-apa tulisan,
apa-apa pembacaan, dan di dalam hendak memilih kitab-kitab, hendak
mendengar kuliah ataupun ceramah, menjadi kewajipan kita untuk mengenali
terlebih dahulu orang yang hendak kita manfaatkan ilmunya. Hendaklah
kita kenali terlebih dahulu orang yang hendak kita jadikan sebagai
rujukan.
Kegagalan kita dalam mengenali siapakah orang ini mungkin menyebabkan
kita terperangkap dalam kesesatan, kegelapan yang akan membawa kita
kepada perkara-perkara yang menyanggahi akidah, menyanggahi
prinsip-prinsip dan dasar beragama.
Contoh, kita lihat buku yang tajuknya macam bagus “Kiamat Sudah
Dekat”. Tajuk buku ini ada yang ditulis oleh Ulama Ahlis Sunnah, namun
ada juga yang ditulis oleh Ahli Bid’ah. Sebahagian orang hanya
bergantung kepada kulit bukunya yang cantik, tajuknya yang menarik tanpa
mereka mengenali pengarangnya. Masalahnya, ia akan membawa kita kepada
kesalahan-kesalahan maklumat yang diperoleh daripada kitab tersebut.
Contohnya jika penulis buku tersebut adalah orang yang tidak
mengetahui ilmu hadis, mungkin dia akan menukilkan hadis palsu. Orang
yang muktazilah atau liberal yang mendahulukan akal daripada nas, mereka
akan menakwilkan hadis-hadis tentang hari Kiamat, hadis-hadis tentang
Nabi sallalahu ‘alaihi wasallam yang menceritakan kedudukan hari Kiamat
dan sebagainya akan membawa kepada kefahaman yang salah tentang Hari
Kiamat. Mereka melakukan pentakwilan tentang Dajjal, mengatakan Dajjal
tidak wujud. Dajjal ini hanyalah cerita-cerita ataupun simbolik untuk
Allah menakut-nakutkan manusia. Mereka mentakwil Dajjal adalah Israel,
Dajjal adalah Amerika. Ini adalah pentakwilan ke atas nas yang zahir.
Ianya tidak dibolehkan. Orang yang membaca buku-buku seperti itu
berkemungkinan akan terpengaruh dengan cara fikir penulisnya.
Sebab itu jika dilihat para penuntut ilmu pada zaman terdahulu,
mereka akan mengenalpasti terlebih dahulu siapa orang yang mereka hendak
ambil ilmu daripadanya, termasuk Al-Imam Al-Syafi’i. Ketika di Makkah
dia mengambil ilmu dari tokoh ulama terkenal seperti Imam Muslim bin
Khalid Al-Zanji dan beberapa lagi, dia pergi ke Madinah dengan dia
mengetahui bahawa pemergiannya ke Madinah adalah untuk mengambil ilmu
dari Imam Malik bin Anas. Di Madinah juga dia mengambil ilmu dari tokoh
terkenal Muhammad bin Hasan Al-Syaibani, guru kepada Imam Abu Hanifah.
Maknanya, pemilihan guru ini merupakan satu hal yang sangat serius. Ia
bukan hal yang kecil.
SIKAP GOLONGAN SALAF TERHADAP ILMU
Kalau kita melihat para sahabat Nabi di dalam mereka merujuk hal-hal
yang berkaitan agama, mereka menjadikan Nabi sebagai tempat rujukan
dalam setiap keadaan. Walaupun dalam hal-hal yang dirasakan agak malu
untuk ditanya contohnya apabila Aisyah pernah berkata memuji
wanita-wanita Ansar,
نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ اْلأَنْصَارِ ، لَـمْ يَمْنَعْهُنَّ الْـحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِـي الدِّيْنِ
“Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar. Tidak menjadi penghalang mereka sifat malu untuk memahami ilmu Agama.”(Riwayat Bukhari)
Mereka sentiasa merujuk kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam apa jua urusan. Sekiranya berlaku perselisihan, para sahabat Nabi akan segera merujuk kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam wafat, tempat rujukan
berubah kepada sahabat Nabi sebab Nabi telah tiada. Hal ini dapat
dilihat seperti mana yang diceritakan di dalam hadis pertama dalam Sahih
Muslim iaitu tentang dua orang tabi’in Yahya bin Ya’mar dan Ahmad bin
Al-Himyari ketika munculnya ahli bid’ah Ma’bad Al-Juhani ,pengasas
aliran Qadariyah (golongan yang menolak qadar yang menganggap Allah
hanya mengetahui sesuatu setelah perkara tersebut berlaku).
Apabila muncul tokoh yang membawa ideologi seperti ini, bangkit Ahmad
Al-Himyari dan Yahya bin Ya’mar. Mereka berdua bermusafir daripada
Basrah menuju ke Hijaz semata-mata untuk mencari ulama. Ulama ketika itu
adalah sahabat Nabi.
Mereka akhirnya bertemu dengan Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma
yang menyampaikan kepada mereka hadis yang dia dengar daripada ayahnya
sendiri, Umar Al-Khatthab. Umar Al-Khatthab menyampaikan hadis yang dia
dengar daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu hadis Jibril yang panjang.
Dari sini dapat kita ambil pengajaran dan faedah bahawasanya untuk
mencari tempat dan bahan rujukan, carilah ulama yang mewarisi ilmu
seperti mana yang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam wariskan dan
sampaikan. Bukan agamawan yang menyampaikan sesuka hati, bercakap
semberono. Kita tidak ingin agamawan yang hanya pandai bercakap, buat
orang ketawa, menghiburkan pendengar.
Adakah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan tenaga pengajar yang seringkali bergurau senda dan berlawak jenaka? Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
ketika mana membaca ayat-ayat Al-Quran Baginda sangat serius. Para
sahabat Nabi ketika membaca ayat Al-Quran mereka juga serius. Apabila
disebut perkataan Allah, gementar hati mereka. Para sahabat mendengar
wasiat Nabi, mengalir air mata dan bergementar hati mereka mendengar
perkataan Nabi.
Tetapi pada hari ini kita menjadikan hadis Nabi sebagai bahan lawak
untuk kita gelak ketawa. Kalau tidak ada lawak dan gelak ketawa dalam
kuliah, pendengar menjadi lesu, orang keluar dan tidak berminat untuk
mendengar kerana kuliah tidak menarik. Didikan ini yang diajar dan
menjadi masalah dalam masyarakat. Ianya menjadi satu fenomena dalam
menuntut ilmu. Masyarakat dibiasakan dengan cerita Pak Pandir, Sang
Kancil, Beruk dengan Cili. Kita banyak menyampaikan ilmu melalui
cerita-cerita seperti ini. Hal ini telah menjadi budaya sehinggakan
orang tidak mahu menuntut ilmu jika tidak lawak jenaka.
Bukan kita katakana Nabi tidak pernah bergurau. Baginda bergurau,
tetapi bukan dalam semua majlis ilmu kita datang untuk senaman perut
(ketawa). Sebaliknya kita datang ke majlis ilmu untuk memanfaatkan ilmu
yang disampaikan. Sebab itu menghibur pendengar bukan kriteria ahli ilmu
(ulama). Ulama adalah yang mewarisi ilmu seperti ilmu yang diwariskan
oleh Nabi.
Memang tidak ada orang yang mengetahui semua ilmu Nabi, tetapi
sekurang-kurangnya apa yang dicakapkan itu tidak lari daripada apa yang
Nabi sampaikan. Dia mesti akan berusaha untuk seiringkan pandangan dan
pendapatnya dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bukan memisahkan pendapatnya dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Pada hari ini kita bertemu dengan ramai agamawan yang memisahkan
perkataan Nabi daripada pandangannya dengan memberikan alasan seperti
kitab ini mengatakan itu, kitab itu mengatakan seperti ini, masyarakat
buat seperti ini, di nusantara buat seperti itu, tempat kita tidak buat
seperti itu, dan sebagainya. Kita sendiri yang berusaha memisahkan agama
daripada apa yang diwariskan oleh Nabi. Sedangkan para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhu
sekiranya berlaku perselisihan ataupun isu, mereka segera menyeru
manusia agar kembali kepada Nabi. Ini sikap ulama yang sebenar, sentiasa
konsisten dan tidak akan berubah-ubah.
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengenal siapa orang yang kita
ambil ilmu daripadanya. Sebelum kita hendak membaca apa-apa buku
contohnya Sifat Shalat Nabi karangan Syaikh Muhammad Nasiruddin
Al-Albani, kita kenal siapa dia, bagaimana perangainya, sikapnya, apa
keilmuannya, kepakarannya dalam bidang apa, siapa gurunya, siapa
muridnya, penulisannya tentang apa, dan yang paling penting ialah apa
akidahnya.
Sebab itu dua orang Tabi’in sanggup bermusafir semata-mata untuk
mencari sahabat Nabi apabila timbul isu munculnya seorang yang membawa
pemikiran baru (ajaran sesat). Bukan mereka tidak boleh menjawab tetapi
mereka adalah Tabi’in, anak murid kepada sahabat Nabi, orang yang ada
ilmu seperti mana sabda Nabi,
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para sahabat) kemudian yang
menyusul selepasnya (tabi’in) kemudian yang menyusul selepasnya (tabiu’t
tabi’in)” (Bukhari & Muslim)
Nabi sendiri memuji generasi mereka (tabi’in), namun tetap sahaja
mereka mencari orang yang lebih tinggi iaitu para Sahabat. Ini contoh
para ahli ilmu terdahulu, semoga kita mencontohi mereka.
Wallahu a’lam.
Syarat Menuntut Ilmu-Belajar Wajib Berguru
Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan
seseorang ataupun dengan seseuatu sumber. Secara logik seseorang itu
belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru.
Guru itu baik sama ada sesama manusia atau pun dengan makhluk yang lain.
Pandainya seseorang itu kerana ia belajar dan menuntut. Kerana ada
guru memberitahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya.
Tanpa guru mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah S.A.W.,
manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda
berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak
menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca
Qalamu’llah yang dizahirkan iaitu “Iqra'”.
Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul lain, mereka juga
mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu
dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi
Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa
sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan
ilmu.
Seperti disebut tadi, guru atau sumber mendapat itu bukan terbatas
kepada manusia sahaja. Seluruh isi alam ini termasuk haiwan juga adalah
sumber ilmu kepada manusia. Misalnya Habil adik kepada Qabil belajar
daripada burung gagak begaimana hendak mengambuskan mayat adiknya
setelah dibunuh. Mungkin kalau Qabil tidak melihat gagak, dia kematian
akal untuk menyembunyikan mayat adiknya itu.
Kesimpulannya di sini seseorang yang mahu jadi cerdik, ointar,
bijaksana, hatta mengenali dirinya sendiri dan Allah dia kena belajar.
Dia harus mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu kepada
perkembangan ilmunya. Tanpa seseorang yang bertindak demikian (guru) dia
pasti tidak akan pandai dan tahu.
Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seorang
insan dilahirkan ke dunia terus cerdik dan mengerti tentang peraturan
hidup di dunia. Semuanya terlebih dahulu kena ditunjuk, kena diajar,
kena dibimbing dan kena dikembangkan ilmunya lepas itu baru ia menjadi
pandai dan tahu.
Bila disebut guru pula akan terlintas dalam benak kita tentang
manusia. Pada umumnya manusia itulah yang boleh menjadi guru kerana ia
makhluk yang paling sempurna. Anggapan demikian terlalu umum. Memang
sebaik-baik guru itu manusia. Kerana manusia itu sebaik-baik kejadian.
Tetapi dalam pada itu kita harus sedar, bahawa tanpa bantuan makhluk
lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala
hal. Allah menjadikan makhluk ini untuk saling kenal-mengenali di antara
satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap
makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan atau
menjadi cermin (guru) sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu.
Firman Allah Ta’ala…….
“Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmatKu.”
Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka
sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk lain.
Haiwan misalnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi
cerdik. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan bantuan daripada manusia untuk
hidup dengan subur dan selamat.
Pun begitu juga dengan manusia sendiri. Ianya memerlukan bantuan dan
tunjuk ajar daripada makhluk lain sebagai sumber untuk dia memperolehi
ilmu pengetahuannya. dari gerak geri dan tabii haiwan, manusia boleh
mempelajari ilmu tertentu. Dari desir angin dan deruan ombak di pantai,
manusia akan dapat mengetahui rahsia mengenai sesuatu kejadian Allah.
Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu
tidak semestinya manusia. Malahan seluruh isi alam ini boleh bertindak
menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus pentafsiran kepada diri kita
untuk mengenali sesuatu kejadian itu secara yakin dan nyata lagi.
Tanpa bantuan alam dan makhluk, manusia tidak mungkin dapat
mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri dan isi alam ini.
Kalau manusia dapat menguasai seluruh ilmu. Misalnya, bagaimana manusia
dapat mempelajari ilmu silat harimau? Tidak mungkin manusia akan pandai
dengan sendirinya tanpa ia terlebih dahulu (berguru) memerhati silat itu
daripada harimau.
Begitu juga untuk kita menguasai ilmu berenang seperti ikan. Kita
tidak memperolehi ilmu atau cara-cara berenang yang baik tanpa mengamati
pergerakan ikan. Dengan melihat, meniru, memerhati cara-cara ikan
bergerak, mengibas sirip, ekor dan badan, maka membolehkan kita pandai
berenang seperti ikan.
Ada pun cara dan kaedah kita belajar (berguru) dengan haiwan itu
tidaklah seperti mana kita berguru dengan manusia, yang mempunyai
adat-istiadat tertentu. Kita tidak payah sujud dan hormat kepada mereka,
cukup setakat memerhati segala kelakuan dan feel perangai mereka
sahaja, kemudian kita tafsirkan untuk keperluan kita.
Belajar dengan haiwan atau makhluk lain, kita cuma kena mengkaji
apakah tujuan Allah menjadilannya. Kita kena banyak berfikir dan pandai
mentafsir. Dalam kata lain, berguru dengan makhluk lain lebih rendah
martabatnya dari kita, merupakan satu aktiviti untuk mengasah otak agar
lihat, berfikir dan sensitif untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Jadi di sini dapat disimpulkan untuk menjadi pandai, wajib belajar.
Tanpa guru, kita tidak menjadi pandai. Bagaimana bijak sekalipun
seseorang itu kalau ia tidak dibimbing dan dipandu dia tidak akan
menjadi. Ia tidak muncul manjadi seorang hamba yang baik dan sempurna.
Dalam sebuah hadis Nabi ada menyebut…….
“Barangsiapa belajar dengan tidak berburu, umpama ia belajar dengan syaitan.”
Maknanya mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri
akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya. Kerana
bila kita menurut kehendak hati, kita jadi lebih mementingkan diri kita
daripada kehendak orang lain.
Justeru itu untuk menjadi manusia yang kamil, sempurna dan berada di
atas jalan “siratalmustaqim”, hendaklah kita berguru. Carilah seorang
guru atau pun belajarlah dengan alam semesta ini untuk kebaikan.
Janganlah berbuat sesuatu tanpa panduan dan nasihat sesiapa. Kerana
dengan cara itu menyebabkan kita bersyubahat dengan “syaitan” dan
melakukan sesuatu di atas kehendak nafsu serakah kita sendiri.
Bila sebut sahaja guru, tidak ada guru yang paling bagus melainkan
manusia. Manusialah sebaik-baik guru kepada manusia. Lagi pun memang
telah menjadi tugas manusia, ia dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi
guru, petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi
alam.
Manusia sahajalah yang arif dan bijak kerana ia diberikan keistimewaan itu oleh Allah Ta’ala.
FirmanNya…….
“Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”
Az Zariat 56
“Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.”
Al Baqarah 30
Manusialah yang layak untuk menjadi guru. Berguru dengan manusialah
yang boleh membawa kepada kebenaran yang sebenarnya. Tidak ada guru yang
paling baik dan sempurna melainkan manusia. Hakikat ini tidak perlu
diragui lagi kerana Allah sendiri menyatakan kebaikan dan ketinggian
darjat manusia itu.
“Sebaik-baik kejadian ialah manusia.”
Dalam pada itu tidak pula bererti guru itu boleh didatangi begitu
sahaja. Atau pun semua manusia yang digelar guru itu baik, sempurna dan
bijak. Bukan! Bukan bermakna bila orang itu dipanggil guru, maka ia
terus menjadi seorang guru yang pandai dan berwibawa. Sebaliknya kita
kena perhati betul-betul pada seseorang guru itu agar kita tidak salah
memilih guru.
Dalam dunia moden hari ini ramai orang yang mengaku menjadi guru.
Atau ramai orang diangkat martabatnya menjadi guru. Ini tidak hairan
kerana pada akhir zaman ini, semua bidang kehidupan telah diperalatkan
oleh manusia, termasuk juga bidang keagamaan (perguruan). Kerana dengan
menjadi guru membolehkan seseorang itu akan disanjung dan kebajikan
kehidupan mereka juga akan dijaga.
Hari ini terdapat ramai orang telah memperniagakan ilmu agama untuk
kepentingan diri. Mereka mengaku pandai dalam bidang agama lalu membuka
kelas pengajian. dari kelas itu mereka kaut keuntungan dengan meminta
wang dan imbuhan daripada anak murid dengan menggunakan berbagai alasan.
Padahal mereka tidak mempunyai kelayakan, apa lagi ilmu untuk diajar
kepada orang ramai.
Justeru itu janganlah kita mudah menerima seseorang uyang belum kita
kenal sebagai Guru Mursyid. Janganlah mudah terpesona dan kagum dengan
cakap-cakap guru. Kita jangan terus mempercayai pada kata-kata orang
bergelar guru sebelum kita mengukur sejauh manakah ketinggian dan
kedalaman ilmu yang dimilikinya.
Sering kali terdengar kisah mengenai guru kebas wang murid. Atau pun
guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan sesuatu “skandal”.
Ini tidak lain dan tidak bukan adalah guru mengarut. Guru yang
“diturunkan” untuk mengambil kesempatan dan memperniagakan ilmu untuk
kepentingan diri sendiri.
Maknanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan terhindar dari kena
tipu, kita hendaklah mencari guru yang Mursyid. Guru yang benar-benar
mengajar kerana Allah. Yang tidak bertopeng dengan wajah-wajah kepalsuan
dan juga memperalatkan ilmu untuk kepentingan diri.
Hanya Guru Mursyid sahaja yang dapat menjamin kita memperolehi ilmu
yang sebenarnya. Yang mampu membimbing kita ke jalan “sirattalmustaqim”.
Kita juga akan selamat daripada terlibat dengan perkara-perkara yang
mengaibkan dan tidak senonoh seperti penipuan, skandal dan difitnah
mengamalkan ajaran sesat, ajaran songsang dan ajaran salah.
Hanya dengan Guru Mursyid sahaja kita mendapat ilmu sebenarnya. Ilmu
Haq. Kerana seorang Guru Mursyid tidak akan menipu anak muridnya. Guru
Mursyid guru yang mewarisi ilmu daripada Rasulullah S.A.W. dan memegang
amanah ilmu Rasulullah S.A.W. untuk disebarkan dan diajarkan kepada
umatnya. Guru Mursyid guru yang mengajar berlandaskan Al-Quran, Hadis
dan hasil pengalamannya sendiri.
Maka carilah Guru Mursyid kalau berhajat untuk menjerumuskan diri
belajar mengenal diri dan mengenal Allah. Tanpa seorang Guru Mursyid,
kita bukan sahaja sia-sia dan tidak mengenal diri dan Allah sebaliknya
diri kita juga akan tertipu oleh syaitan dan kemungkinan turut sama
terperosok ke dalam Neraka.
Guru Mursyid ialah yang menjelma dan lahir daripada rahim para Ulama’
yang ikhlas, jujur, taqwa dan berIman kepada Allah kerana Allah. Ulama
yang menguasai keempat-empat cabang ilmu Syariat, Tariqat, Hakikat dan
Makrifat serta yang menghiasi dirinya dengan bunga-bunga akhlak dan
perangai Rasulullah S.A.W.
Wallah hu ta’ala a’lam……
Kepentingan Ilmu Dalam Berbicara
Dalam
menghadapi liku liku hidup, kita pasti sesat dalam mencari laluan
kehidupan, jika sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, bak kata pepatah
“ilmu penyuluh hidup” atau “ilmu penyeri hidup”. Ilmu perlu dicari dan
diteroka untuk kebaikan diri dan juga manusia sejagat. Ilmu juga adalah
pemangkin kepada kehidupan.
Mencari
ilmu dunia dan akhirat bukan lah senang, untuk dapat ilmu yang baik,
ada banyak cabaran dan juga dugaan. Ilmu yang tidak baik senang untuk
diperolehi. Namun kedua-duanya dapat dikategorikan sebagai ilmu dan
mencari ilmu itu adalah satu kewajipan kepada setiap manusia.
Allah berfirman, ertinya;
“Dan
janganlah engkau ikuti apa yang engkau tidak mempunyai ilmu
tentang-nya, sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati semuanya
itu akan di tanya”
(Surah al-Isra’ ayat 36)
(Surah al-Isra’ ayat 36)
Ayat
di atas menerangkan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu tentang apa yang
dibincangkan usah la berbicara kecuali ada pandangan. Pandangan di sini
bermaksud, kita mendapat persefahaman tentang apa yang dibicarakan.
Namun pandangan tersebut mestilah betul dan mengikut fakta.
Dan sabda Nabi :
“Barang
siapa berbicara tentang al Qur’an dengan akal nya atau tidak dengan
ilmu, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka”
(Hadist seperti ini ada dari 2 jalan, yaitu Ibnu Abas dan Jundub. Lihat Tafsir Qur’an yang diberi mukaddimah oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Arnauth hal. 6, Tafsir Ibnu Katsir dalam Mukaddimah hal. 13, Jami’ As-Shahih Sunan Tirmidzi jilid 5 hal.183 no. 2950 dan Tuhfatul Ahwadzi jilid 8 hal. 277)
(Hadist seperti ini ada dari 2 jalan, yaitu Ibnu Abas dan Jundub. Lihat Tafsir Qur’an yang diberi mukaddimah oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Arnauth hal. 6, Tafsir Ibnu Katsir dalam Mukaddimah hal. 13, Jami’ As-Shahih Sunan Tirmidzi jilid 5 hal.183 no. 2950 dan Tuhfatul Ahwadzi jilid 8 hal. 277)
Berwaspadalah
ketika menyampaikan sesuatu ilmu. Sekiranya ilmu yang disampaikan itu
adalah salah dan boleh membawa kepada fitnah, besar dosanya buat kita.
Zaman sekarang, ramai di antara kita yang sudah mula mengenali “Freedom
of Speech”, di mana, kita bebas untuk bersuara tidak kira usia, pangkat
dan juga ilmu di dada. Apa yang tersirat di dalam hati, dapat kita
luahkan begitu sahaja tanpa mengenal baik buruknya. Sentiasa
beringat tentang ilmu yang diperolehi, mungkin ilmu itu bakal berguna
pada kita kelak, namun oleh kerana sudah merasa ilmu itu sudah cukup,
kita mampu untuk memberi hujah dan nasihat kepada mereka yang dianggap
kurang ilmu.
Ilmu datangnya dari pembelajaran dan juga pengalaman.
pengalaman akan mengajar kita erti kesabaran. Ada yang mengata
kesabaran dalam menuntut ilmu selalunya akan mendapat keredhaanNya.
Namun, kita perlu tahu, ilmu itu adakah baik atau sebaliknya?
Orang-Orang salaf berkata : “Waspadalah terhadap cubaan orang berilmu yang buruk (ibadahnya) dan ahli ibadah yang bodoh.” (Al-wala’wal bara’ hal. 230)
Ramai
di antara kita sudah terpedaya dengan kata-kata yang tak diteraskan
dengan ilmu yang baik. Sama samalah kita momohon supaya dihindari
perkara sebegini. Sentiasa bermunajat dan beristighfar kepadaNya supaya
ilmu yang diperoleh tidaklah menyebabkan pengamal itu merana.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang bermanfaat dan amal yang diterima” (Hisnul Muslim, hal. 44 no. 73).
Allah mengingatkan kita di dalam kitabNya yang bermaksud;
“Dan
janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya”
(Surah al-Baqarah ayat 42)
(Surah al-Baqarah ayat 42)
Setiap
ilmu yang dianugerahkan kepada kita, akan ada masanya ilmu itu akan
diduga oleh Allah kepada kita. Namun, setiap manusia juga dikurniakan
akal olehNya untuk berfikir sama ada ilmu itu baik atau buruk baginya.
Jika ia buruk, bersamalah kita untuk meninggalkannya. Jika ilmu itu
baik, sama-samalah kita untuk berkongsi dengan semua.
“Wahai
orang-orang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya
syaitan itu musuh yang nyata bagimu”
(Surah al-Baqarah ayat 208)
(Surah al-Baqarah ayat 208)
Walaubagaimanapun,
setiap ilmu itu ada batasnya. Ilmu itu akan mengikut keimanan seseorang
untuk menterjemahkan ia sebagai pengangan hidup. Adakala ilmu yang
diperoleh terlalu tinggi, sehingga mengakibatkan dirinya tidak dapat
menanggung segala dugaan yang menimpanya.
Oleh itu, beramal lah
dengan ilmu itu sebaik baiknya. Lengkapkan diri dengan kekuatan iman
yang kuat supaya dapat menjadi kulit kepada ilmu yang menjadi manisan di
dalamnya.
- Artikel iluvislam.comBiodata Penulis
Luqmanhakim merupakan pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Kimia (Biotek) di Universiti Islam Antarabangsa. Berkongsi karya di http://lhthebest12.blogspot.comhttp://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2
Comments
Post a Comment