Posts

Image
Masjid Kampung Hulu Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah , Melaka . Dibina dalam tahun 1728 , Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka , dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina . Masjid ini yang dibina dalam tahun 1728 di era Penjajahan Belanda merupakan masjid tertua di negara ini. Gaya senibina tersendirinya adalah hasil campuran unik pengaruh senibina Sumatera, Hindu dan Barat. Kesemua struktur kayu asal bangunan kecuali empat tiang utama dan struktur atap telah digantikan dengan konkrit. Di dalam perkarangan masjid, anda boleh temui makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama terkenal dan dianggap oleh ram...
Image
RENUNGAN HARI JUMAAT : ILMU VS HARTA Assalamualaikum Warahmatullah Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah Saidina Ali pernah berkata:  "Ilmu itu adalah pemimpin dan amal adalah pengikutnya" Pada suatu hari, sepuluh orang telah mendatangi Imam Ali ra. Mereka ingin mengetahui mengapa ilmu lebih baik daripada harta dan mereka meminta agar masing-masing dari mereka diberikan jawaban yang berbeda. Imam Ali ra menjawab sebagaimana berikut: Yang Pertama: Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta. Yang Kedua: Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta. Yang Ketiga: Ketika Ilmu dibagikan ia semakin bertambah. Ketika harta dibagikan ia berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta. Yang Keempat: Manusia ...
Image
Apa Erti Kemerdekaan? Brighter days ahead foto by tokasid (Update: Ketika membaca entri ini sila dengar lagu ke 4 di bahagian Halwa telinga bertajuk Apa Erti Kemerdekaan, sebuah lagu dikir Barat nyanyian Cikgu Naim yang liriknya aku buat sebagai entri ini.) Tahun ini Malaysia menyambut 55 tahun Kemerdekaan. Berbagai pihak sama ada kerajaan atau swasta sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk sambutan ini. Kalau kita mahu lihat ke belakang (walaupun David Teoh dan Ahmad Idham kata "Jangan pandang Belakang") kita akan dapati memang setiap tahun sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah. Dengan banyak perbelanjaan besar. Kita di sajikan berbagai tembakan bunga api (aka pembakaran beratus ribu Ringgit) dan pelbagai jenis konsert raksasa di KLCC, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam, Tasik Anniversary dan lain-lain ibu negeri. Dalam erti kata orang kampong macam aku ni, satu pembaziran besar bila mana masih ramai rakyat yang kesemp...
Image
Kesatuan pekerja bantah cadangan ambil alih KTMB 29 Ogos 2012 $entry.content.caption.value KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) hari ini menggesa kerajaan menolak cadangan MMC Corporation Berhad untuk mengambil alih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata kerajaan harus membenarkan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir yang baharu dilantik menjalankan tugasnya terlebih dahulu sebelum membuka peluang pengambilalihan kepada MMC. "Mengapa tidak ditunggu dan diberi peluang kepada Elias untuk melaksanakan pelan pembaharuannya," katanya pada sidang media, di sini. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru...