Skip to main content






Kesatuan pekerja bantah cadangan ambil alih KTMB

29 Ogos 2012
KTM
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) hari ini menggesa kerajaan menolak cadangan MMC Corporation Berhad untuk mengambil alih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata kerajaan harus membenarkan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir yang baharu dilantik menjalankan tugasnya terlebih dahulu sebelum membuka peluang pengambilalihan kepada MMC.


"Mengapa tidak ditunggu dan diberi peluang kepada Elias untuk melaksanakan pelan pembaharuannya," katanya pada sidang media, di sini.


Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang antara lain menyebut MMC telah menyerahkan cadangan pengambilalihan KTMB kepada kerajaan.


Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata persatuan itu bimbang jika KTMB diambil alih MMC, kebajikan pekerja syarikat kereta api negara tersebut akan terjejas.   


"Sebanyak 60 peratus kos dilabur untuk kebajikan pekerja KTMB, kalau mahu menukar KTMB menjadi satu entiti yang menguntungkan, syarikat korporat ini terpaksa memotong kos dan separuh daripada pekerja KTMB mungkin terpaksa dibuang," katanya.


Beliau juga menegaskan KTMB menawarkan perkhidmatan berasaskan tanggungjawab sosial, bukan satu entiti bertujuan keuntungan seperti yang mahu dilakukan MMC.


Sehubungan itu, Abdul Razak berkata KPPKTMB) merancang mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan tersebut pada 12 Oktober ini di pekarangan ibu pejabat KTMB di sini. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my

ULASAN-ULASAN  PEMBACA SINARHARIAN



  • Saarin Osman · Top Commenter · Alor Setar
    KRONI lagi...Syed Mokhtar agaknya..BETUL? minta sdr2 sahkan.
  • Esa Adam · Top Commenter · Institute Teknoloji Mara Shah Alam
    Pekerja2 KTMB mesti ingat bahawa KTM bukan badan kebajikan masyarakat. 60% kos pengurusan utk pekerja adalah terlalu tinggi. Kalau cekap x apa juga. Saya kerap menunggu/menghantar ibu mertua di KL Sentral yg menaiki Inter-city train ke Kluang. Dalam 10 kali hanya 2 kali yg tepat waktu yg lain tu tak dapat nak cerita. Marah pun ada kerana membuang masa kita. Tidak customer friendly. Tiada hebahan.

    KTMB mesti diurus secara bisnes baru boleh buat untung. Kalau tidak pekerja akan buat kerja sambil lewa kerana hujung bulan ada gaji. Kalau secara bisnes, yang tak cekap mesti diberhentikan. Pekerja2 swasta boleh terima hakikat diberhentikan kerja kerana tak cekap. Kenapa mesti ada diskriminasi.

    Jangan cakap pasal politik. Penyakit KTM ni dah bertahun-tahun. Kerajaan mesti berani melakukannya utk kebaikan rakyat. Harap satu hari saya dapat lihat KTM yg cekap dan dapat untung. Masa itu pekerja bolehlah minta naik gaji ke, bonus ke dan lain2 kemudahan.

    KTMB sudah banyak kali bertukar CEOnya. Kalau pekerjanya boleh berubah sudah lama berubah. Ini sama sahaja.
    • Anuar Daud · Top Commenter · UPM Serdang
      Saya setuju dengan pendapat tuan. Walaupun KTM sudah banyak berubah semenjak diGLCkan namun begitu KTM kena terus meningkatkan mutu perkhidmatan. Sepatutnya KTM terus diswastakan sepenuhnya semenjak 1992 dan bebas dari pegangan Kerajaan Persekutuan namun begitu waktu itu tiada syarikat besar yg berminat, yakin dan mampu mengendalikannya.

      Perkhidmatan Tren Komuter bermula pertengahan 1995 dengan 4 set tren, kemudian meningkat kepada 60 set tren. 2012 KTMB meningkatkan kecanggihannya lagi dengan menambah pembelian 38 set tren SCS dengan enam grabak yg lebih selesa.

      Kalau MMC sanggup mengambil alih KTMB sepenuhnya dari Kerajaan Persekutuan apa yg saya nampak alangkah besarnya subsidi yg harus ditanggung kerajaan bagi mengekalkan harga tambang yg bakal dikenakan. Masa ini KTMB terpaksa menanggung kerugian yg cukup besar kerana terus mengekalkan perkhidmatan kereta api antara Gemas ke Tumpat yg tidak menguntungkan, apakah mungkin inya akan dihentikan apabila MMC mengambil alih KTMB.

      Untuk mendapatkan perubahan yg menjanjikan penambahbaikan itu semua penumpang harus rela berkorban dengan dikenakan caj tambang yg lebih apabila KTMB diswastakan sepenuhnya kelak. Tanpa biaya yg besar mana mungkin mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan.

      Harus diingat dengan pengambilalihan itu nanti nama Keretaapi Tanah Melayu yg tinggal KTM sahaja itu akan luput dari ingatan dan hanya tinggal sejarah sahaja.

      Demi rakyat yg dahagakan pembaharuan, yg dahagakan perubahan, yang dahagakan perkhidmatan yg lebih bermutu dan menepati masa Kesatuan Pekerja2 KTMB nampaknya tiada pilihan dan harus dengan rela hati menerima keputusan kerajaan.
  • Nohal Lah · Top Commenter · Jurukur Bahan at JURUBINA AMANAH
    Asal ada melayu jer UMNO goon ni nak kebas..adoyai..pergilah tak over berjaya time square tu..pergilah take ove YTL corporation tu..pergilah take over ASTRO, MAXIS tu..pergilah take over GENTING BERHAD tu..alahai, bangnang pauka UMNO niHHHH.
    • .
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    ini saja yang tinggal untuk rakyat naiki dengan tambang murah...
    tanah ktm kat singapore dah jual..
    kalau mmc ambil alih...pasti tambang akan mahal...aku bangkang 1000% ktm.
    di ambil olih mmc,, jangan terlalu rakus umno...semuanya nak rompak..
    • Undi BN Bankrap Negara · Top Commenter · 55 years old
      Satu lagi cara untuk merompak dan menyamun rakyat. Apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad diswastakan maka rakyat dah tak ada lagi pilihan pengangkutan tambang murah
  • Suwardi Wadi · Cosmopoint SP
    sampai bila orang melayu ni nak ditanggung oleh kerajaan...ini yang menyebabkan orang melayu tiada daya saing.........setiap pekerja perlu komitmen yang tinggi dalam pekerjaannya...apabila keuntungan sesebuah syarikat itu di tentukan oleh pekerja itu sendiri..dengan automatiknya pekerja itu akan bekerja bersungguh2...ini realitinya....
  • Ken Cing Kuat · Top Commenter
    biasa lah bila banyak kemudahan yg telah disiapkan maka ada lah kronie yg nak ambil alih bila rugi nanti jual balik pd kerajaan..
  • Yahaya Yahyatunaaim · Top Commenter · Sek men alang iskandar
    Dulu pernah merak unggul take over bila gagal, yang rugi staff jugak.UMporNO nih cam tahu2 je nak kalah.Sebelum jatuh buat perjanjian untuk ambil alih industri strategik negara>Tengok apa jadi dengan Syabas.
  • Undi BN Bankrap Negara · Top Commenter · 55 years old
    Apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad diswastakan maka yang tinggal hanyalah bangsa melayu dan baju melayu. Itupun tak tahulah berapa lama boleh bertahan.
  • Zawahir Riza · Top Commenter · Institut Teknologi Mara, Manjung
    Pertahankan hak org Melayu!
  • Seri Myncj · Top Commenter · Politeknik port dickson
    mmm.... mcm banyak bnd nak kn gadai je...xmstahil kepentingan melayu xlm lg pupus di tnh sndri...yg lain2 2 ingt2 la yes mgkin ms anda akn smpai juga utk di ambil alih oleh org lain..
  • Esa Adam · Top Commenter · Institute Teknoloji Mara Shah Alam
    Saya sokong ambil-alih ni kerana org ramai ada pilihan lain. X mau naik kereta api naik bas pun boleh, naik teksi pun boleh, bawa kereta sendiri pun boleh. Kalau terpaksa naik tambang pun boleh tapi mesti bersesuaian dengan servisnya. Mesti punctual time bertolak/sampai dan bukan mcm sekarang.

    Tren Komuter dulu bagus tapi merosot. Tren baru ni belum naik lagi sebab serik bila fikir pada hari raya tahun lepas naik komuter dari Subang Jaya ke KL Sentral penuh macam sardin. Nak bernafas pun susah, aircon pula panas. Tren sepatut tiba x tiba. Bila berlaku macam ni org pun berebut-rebut nak naik. Kalau x naik tggu setengah jam lagi. Satu lagi Tren Komuter mesti dibersihkan selalu. Tren sekarang dari luar comot macam x dicuci setahun. DiJepun tren2 mereka sentiasa bersih luar dalam. Bila tren inter-city tiba krew2 pembersih akan naik tren dan cuci dalam 10-15 minit sahaja. Jadi ianya sentiasa bersih. Nak kata perkh kereta api x boleh untung pun x boleh juga kerana di Jepun dan Korea boleh. Ini semua adalah sikap kita. Pekerja jika amanah bekerja syarikat x akan rugi.

    Harap ada perubahan pada KTMB apabila diswastakan.
  • Phoenix Firebird · Top Commenter · SMK Clifford Kuala Kangsar
    yang pelik nya ktm.bila dah rakyat suka nak naik ktm dia perkenal kan ets bila rakyat naik ets mula dia buat peragai naik tambang la kerata pi yang tambang 25 ringit dari ipoh tak de la macam macam keranah nya pelik la kalau macam ini macam ada unsur sabotaj je.apakah ini cara nya untuk meng swastakan ktm? rakyat harus faham ktm ini hak rakyat jangan berdiam diri.
    • Azam Ibrahim · Top Commenter · Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
      uik.. saper cakap dahtakder tambang rm25? masih ada cuma kena cari jadualnya... jangan main serbu jer statement tu.. tanya dulu servis rm25 baru beli..... yang takder tambang rm16 jer...
    • Phoenix Firebird · Top Commenter · SMK Clifford Kuala Kangsar
      kalau la bolih cik azam bagi saya ntahu bagai mana bolih saya buat bantahan ini kepada ktm saya akan buat .kerana banyak sangat penumpang yang merungut
  • Rosmaiza Daud · Top Commenter
    AMBIL ALIH BAGI KAT KRONIN IMNO BN JUGAK.
  • Borneo Menggugat · · Top Commenter · Kota Kinabalu
    contoh kezaliman penswastaan : TNB.
    semasa belum diswastakan, namanya LLN, kemudahan kepada pekerja sangat baik, semua staf yg dilantik di bawah LLN boleh mendapat rawatan di hospital swasta....... sedangkan yg dilantik dibawah TNB...... TIADA BA ITU KEMUDAHAN.
    Tolak penswastaan, kerana semua yg bernama syarikat itu, walau apa sekalipun namanya : MAHU MEMERAS KERINGAT PEKERJANYA,...... akhirnya, nak kencingpun tak boleh oooo.

Comments

Popular posts from this blog