Apa Erti Kemerdekaan?
(Update:
Ketika membaca entri ini sila dengar lagu ke 4 di bahagian Halwa
telinga bertajuk Apa Erti Kemerdekaan, sebuah lagu dikir Barat nyanyian
Cikgu Naim yang liriknya aku buat sebagai entri ini.)
Tahun
ini Malaysia menyambut 55 tahun Kemerdekaan. Berbagai pihak sama ada
kerajaan atau swasta sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk
sambutan ini.
Kalau kita mahu lihat ke belakang (walaupun David Teoh dan Ahmad Idham kata "Jangan pandang Belakang") kita akan dapati memang setiap tahun sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah. Dengan banyak perbelanjaan besar. Kita di sajikan berbagai tembakan bunga api (aka pembakaran beratus ribu Ringgit) dan pelbagai jenis konsert raksasa di KLCC, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam, Tasik Anniversary dan lain-lain ibu negeri. Dalam erti kata orang kampong macam aku ni, satu pembaziran besar bila mana masih ramai rakyat yang kesempitan hidup yang masih kais pagi makan pagi.
Apa sebenarnya yang ingin dan akan kita capai dengan perayaan mega sebegini?Adakah rakyat semakin cinta kepada negara hingga sanggup berkorban apa saja?Adakah kempen saban tahun ini membuat generasi muda semakin faham perjuangan pejuang2 kemerdekaan dulu?Adakah sambutan mega ini akan menaikkan kualiti hidup majoriti rakyat?
Adakah rakyat faham erti kemerdekaan atau hanya faham kemerdekaan versi kerajaan sahaja?Atau kita sekadar faham kemerdekaan adalah masa untuk bersuka-ria secara percuma. Supaya anak-anak muda boleh mengauli sesama mereka hingga azan subuh di Masjid KLCC bergema?

Adakah rakyat sudah merdeka untuk memberi buah fikiran? Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih pemimpin atau kerajaan tanpa bimbang akan reperkasi jika melakukan sebaliknya? Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih wakil tanpa diugut itu ini?
Aku bukannya cendikiawan yang mempunyai jawaban bagi soalan aku sendiri.
Aku pernah mendengar sebuah dikir barat oleh Cikgu Naim tentang pandangan beliau apa itu kemerdekaan.Aku turunkan lirik lagu itu utk kita renungi.Lirik asal dalam loghat Kelantan tapi aku bakukan setakat yg aku faham.
Dikir Barat: Apa Erti Kemerdekaan
Nyanyian :Cikgu Naim
Nyanyian :Cikgu Naim
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita
Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa pekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap meniti
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli gelap pun hutang sokmo
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi
Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni
Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kitatogok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita
Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa pekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap meniti
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli gelap pun hutang sokmo
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi
Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni
Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kitatogok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Kandungan
posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup
atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa
makan cabai melaka dia pedaih laa
Comments
Post a Comment