Posts

Image
27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah by peribadirasulullah Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…” Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya ...
Image
Yayasan Pesara Kerajaan Perjuang Kebajikan Pesara - Najib Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 3:10 PM Najib mendapat sokongan para pesara kanan kerajaan pada majlis pelancaran Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia di Perbadanan Putrajaya, Isnin . PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia merupakan wadah bagi memperjuangkan kebajikan dan kepentingan pesara-pesara kerajaan. Beliau berkata, sebuah organisasi diperlukan untuk menjadi perantara antara pesara dan kerajaan yang boleh diajak berunding bagi merumus sesuatu supaya kesejahteraan pesara dapat dipertimbangkan oleh kerajaan mengikut kemampuannya. "Penubuhan ini bukan (membincangkan) soal menambah pencen semata-mata walaupun ia akan dibangkitkan dari semasa ke semasa. Sistem pencen di ne...
Kekeliruan Tentang Mahram! YANG DIANGGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN DAN HAL-HAL YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN. Oleh Ahmad Sabiq bin Abdul Latif Pada kesempatan lalu telah dikupas masalah mahram bagi wanita. Nah pada kesempatan kali ini, kita semak perbahasan tentang beberapa kekeliruan sebahagian di kalangan kita dalam memahami mahram. Dilanjutkan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram. Semoga bermanfaat. DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya. Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut: [1]. Ayah Dan Anak Angkat . Hal ini ber...
Image
RASULULLAH SEBAGAI TELADAN    DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21) Saban tahun di seluruh dunia, sambutan Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w diadakan termasuk di negara kita. Dendangan selawat dan puji-pujian ke atas Baginda menghiasi halwa telinga dan cerita-cerita yang dipaparkan di media banyak mendatangkan keinsafan terhadap peranan kita sebagai umat Baginda. Namun bagi umat Islam, keutamaan kita lebih dari sekadar untuk berarak dan berkumpul bagi merayakannya. Adalah amat penting untuk umat Islam terutamanya remaja menghayati keunggulan keperibadian Rasulullah dan menghayati sejarah perjuangan Baginda. Bagi remaja Islam, kekuatan keperibadian Baginda dapat dijadika...
Image
PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W.   Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus   Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain     SOLAT SUNAT RAWATIB   SOLAT SUNAT RAWATIB : SOLAT RAWATIB SUBUH : SOLAT RAWATIB ZUHUR : SOLAT RAWATIB MAGHRIB SOLAT RAWATIB ISYAK : SOLAT RAWATIB UNTUK SOLAT JUMAAT : SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD      Solat sunat Rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun sesudah solat fardu lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya dikenali sebagai solat sunat Qabliyah dan bagi solat Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali sebagai solat Ba’diyah .   Fungsi Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabli...