PANDUAN SOLAT SUNAT
CARA NABI S.A.W.
Penulis: Mohd Yaakub bin
Mohd Yunus
Disemak
oleh:
Ustaz Mohd
Fikri Che Hussain
SOLAT
SUNAT
RAWATIB
Solat sunat Rawatib adalah
solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun sesudah solat fardu
lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya
dikenali sebagai solat sunat Qabliyah dan bagi solat
Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali
sebagai solat Ba’diyah.
Fungsi
Solat Qabliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang
setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu
sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk
ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah
berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada
dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.
Solat
Ba’diyah pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan
yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan
dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan
lain-lain.
Solat sunat Rawatib ini pula
terbahagi kepada mu’akkad (diperkuatkan) dan ghairu
mu’akkad (tidak diperkuatkan). Para ulamak berbeza pendapat
tentang jumlah rakaat solat Rawatib yang mu’akkad sama
ada jumlah keseluruhannya dua belas atau sepuluh rakaat.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu
Habibah radhiallahu’ anha menjelaskan terdapat dua belas
rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي
لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ
فَرِيضَةٍ
إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي
الْجَنَّةِ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang hamba Muslim
mengerjakan solat kerana Allah dalam satu hari dua belas rakaat
sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah akan membangunkan
untuknya sebuah rumah di syurga.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 728
Di dalam riwayat yang lain
diperjelaskan pula apakah itu solat-solat yang berjumlah dua belas
rakaat seperti yang dimaksudkan hadis di atas. Daripada Ummu Habibah
radhiallahu’ anha, dia berkata bahawa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ
الْفَجْرِ.
Maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan
solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak
akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat
itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah
solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah
solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,
no: 380.
Melalui riwayat Ibnu ‘Umar
radhiallahu’ anh pula menunjukkan jumlah rakaat solat Rawatib
adalah sepuluh. Dia berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ
رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي
بَيْتِهِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي
بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga)
dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu
solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat
sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat
setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 1180.
Dari sini dapat kita fahami bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan
kedua-dua jumlah rakaat iaitu dua belas mahupun sepuluh rakaat solat
sunat Rawatib. Perbezaan tersebut adalah disebabkan perbezaan
jumlah rakaat ketika melaksanakan solat Qabliyah Zuhur. Oleh
itu bolehlah bagi kita semua untuk memilih untuk mengerjakan solat
Qabliyah Zuhur tersebut sebanyak empat mahupun dua rakaat.
Keutamaan mengerjakan solat
Rawatib adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis riwayat
Ummu Habibah radhiallahu’ anha iaitu disediakan sebuah rumah
di syurga bagi mereka yang mendirikannya. Selanjutnya penulis akan
membentangkan setiap jenis solat Rawatib dan tatacara
perlaksanaannya.
1)
SOLAT RAWATIB SUBUH
v
Dalil Disyariatkan
Solat Qabliyah Subuh ini
merupakan salah satu dari solat sunat yang amat dititik beratkan
oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam malah
diriwayatkan bahawa baginda tidak pernah meninggalkannya. Daripada
‘Aisyah radhiallahu’ anha dia berkata:
صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ صَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ
وَرَكْعَتَيْنِ جَالِسًا وَرَكْعَتَيْنِ
بَيْنَ النِّدَاءَيْنِ وَلَمْ يَكُنْ يَدَعْهُمَا أَبَدًا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam solat Isyak kemudian solat lapan rakaat dan dua rakaat
dengan duduk serta dua rakaat di antara dua seruan (yakni azan dan
iqamah untuk solat subuh). Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam
tidak pernah meninggalkan ke dua rakaat tersebut (yakni solat
qabliyah subuh). -
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Jumu’ah, no: 1159.
Malah diriwayatkan bahawa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam tetap melaksanakannya walaupun
ketika bermusafir. Daripada Abu Maryam, dia berkata:
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَأَسْرَيْنَا لَيْلَةً
فَلَمَّا كَانَ فِي
وَجْهِ الصُّبْحِ نَزَلَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَامَ وَنَامَ النَّاسُ
فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلاَّ بِالشَّمْسِ
قَدْ طَلَعَتْ عَلَيْنَا
فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤَذِّنَ فَأَذَّنَ ثُمَّ صَلَّى
الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
ثُمَّ أَمَرَهُ فَأَقَامَ فَصَلَّى
بِالنَّاسِ ثُمَّ حَدَّثَنَا بِمَا هُوَ كَائِنٌ حَتَّى تَقُومَ
السَّاعَةُ.
Maksudnya:
Kami pernah bersama Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah perjalanan. Lalu kami
melakukan perjalanan pada malam hari. Ketika di ambang waktu Subuh,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhenti lalu tidur dan
orang-orang lain pun ikut serta tidur. Dan kami tidak bangun kecuali
ketika matahari telah terbit menyinari kami. Kemudian Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh muadzdzin mengumandangkan
azan, maka dia pun mengumandangkannya. Selanjutnya, baginda
mengerjakan solat dua rakaat sebelum solat Subuh. Setelah itu
baginda menyuruh muadzdzin melaungkan iqamah, maka dia pun melakukan
iqamah. Setelah itu baru baginda mengerjakan solat secara berjemaah.
Kemudian baginda memberitahu kami mengenai apa yang akan terjadi
sampai hari kiamat kelak.
– Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya, Kitab al-Mawaaqiit, no: 617.
Menurut Ibnul Qayyim rahimahullah:
Di antara petunjuk yang dicontohkan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sesebuah perjalanannya, iaitu
baginda mencukupkan diri dengan melaksanakan solat yang fardu, dan
baginda tidak diketahui melakukan solat sunat Rawatib sebelum
dan sesudah solat fardu kecuali solat Witir dan solat sunat
Rawatib
Subuh kerana baginda tidak pernah meninggalkan kedua solat tersebut
baik ketika mukim mahupun saat bermusafir.
– Rujuk Zaad al-Ma’ad, jilid 1, ms. 456.
Hanya sahaja tidak ada sebarang
riwayat yang menunjukkan solat ini hukumnya wajib. Oleh kerana itu
ianya termasuk dalam kategori amalan sunat mu’akkadah.
v
Keutamaannya
Perlaksanaan solat Rawatib
subuh ini lebih baik dari segala perkara yang terdapat di dunia ini.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ
الدُّنْيَا
وَمَا فِيهَا.
Maksudnya:
Dua rakaat sebelum Subuh itu
lebih baik dari dunia dan isinya.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.
v
Tatacara Perlaksanaannya
Serta Hukum-Hukum Berkaitan
q
Jumlah Rakaat Dan
Waktu Mengerjakannya
Solat Qabliyah Subuh sebanyak
dua rakaat ini didirikan setelah masuknya waktu solat Subuh iaitu di
antara azan dan iqamah. Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha,
dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ بَيْنَ
النِّدَاءِ وَالإِقَامَةِ مِنْ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam mengerjakan dua rakaat solat dengan ringan di antara azan
dan iqamah solat Subuh.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan,
no: 619.
q
Dikerjakan Secara Ringkas
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam meringankan perlaksanaannya iaitu dengan membaca
surah-surah yang pendek secara ringkas dan pantas. Daripada ‘Aisyah
radhiallahu’ anha, dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَفِّفُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَ
صَلاَةِ الصُّبْحِ
حَتَّى إِنِّي لأَقُولُ هَلْ قَرَأَ
بِأُمِّ الْكِتَابِ.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam meringankan dua rakaat sebelum solat Subuh sehingga aku
tertanya apakah baginda hanya membaca Ummul Kitab.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 1165.
q
Surah Yang Dibacakan
Di antara ayat-ayat yang dibacakan
oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika solat
sunat Qabliyah subuh adalah seperti berikut :-
a)
Surah al-Kaafiruun dan al-Ikhlas
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ فِي رَكْعَتَيْ
الْفَجْرِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَد.ٌ
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah
radhiallahu’ anh bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
biasa membaca di dalam (solat) dua rakaat sebelum Subuh: ‘Qul yaa
ayyuhal kaafiruun’ dan ‘Qul huwallahu ahad’
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no:
726.
b)
Al-Baqarah (2) : 136 dan Aali
‘Imraan (3) : 52
أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يَقْرَأُ فِي رَكْعَتَيْ
الْفَجْرِ فِي الأُولَى مِنْهُمَا قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا
أُنْزِلَ إِلَيْنَا الآيَةَ
الَّتِي فِي الْبَقَرَةِ وَفِي
الآخِرَةِ مِنْهُمَا آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا
مُسْلِمُونَ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’
anh bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa
membaca di dalam solat dua rakaat sebelum Subuh, iaitu rakaat
pertama membaca: Quuluu aaamannaa billaahi wamaa unzila ilaina…
kemudian ayat yang terdapat di dalam surah al-Baqarah (ayat 136),
dan pada rakaat kedua membaca: Aaamannaa billaahi wasyad bi annaa
muslimuun. (Aali ‘Imraan : 52)
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 727.
c)
Al-Baqarah (2) : 136 dan Aali
‘Imraan (3) : 64
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي
رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا
أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَالَّتِي فِي آلِ عِمْرَانَ تَعَالَوْا إِلَى
كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’
anh bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa
membaca di dalam solat dua rakaat sebelum Subuh: Quuluu aamannaa
billaahi wamaa unzila ilaina… surah al-Baqarah (ayat 136), dan yang
terdapat di dalam surah Aali ‘Imraan: Ta’aalau ilaa kalimatin sawaa’
bainanaa wa bainakum (Aali ‘Imraan : 64)
– Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 727.
Memandangkan kesemua hadis di atas
adalah hadis yang sahih maka bolehlah kita mengamalkannya secara
bergilir-gilir.
Ø
PERHATIAN
Di sepanjang perbahasan tentang
solat-solat sunat dalam buku ini, penulis akan memperjelaskan
surah-surah atau ayat-ayat yang pernah dibaca oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dalam solat-solat yang tertentu.
Tentu sahaja sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
ini adalah sebaik-baik ikutan bagi seluruh umat Islam. Namun
sekiranya ada di kalangan kita yang tidak menghafal surah-surah
tersebut maka hendaklah dia membaca apa sahaja surah lain yang mudah
baginya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
فَاقْرَءُوا
مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya:
… oleh
itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran
(dalam solat).
-
al-Muzzammil (73) : 20
Dan Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam:
ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ
Maksudnya:
Bacalah sesuatu yang mudah
bagimu dari al-Qur’an.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan,
no: 757.
q
Baring Setelah Selesai
Mengerjakannya
Setelah mengerjakan solat sunat
Qabliyah Subuh tersebut, adalah disunatkan untuk berbaring di
atas lambung kanan sebelum mengerjakan solat Subuh. Daripada Abu
Hurairah radhiallahu’ anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ رَكْعَتَيْ
الْفَجْرِ
فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى يَمِينِهِ.
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara
kalian telah mengerjakan solat dua rakaat sebelum Subuh, hendaklah
dia berbaring di atas lambung kanannya.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,
no: 385.
Namun begitu sekiranya terdapat urusan
yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat untuk berbaring sesudah
mengerjakan solat Qabliyah Subuh maka tidak mengapa baginya
untuk menyelesaikan urusan tersebut kerana amalan tersebut hanyalah
sunat.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ إِذَا صَلَّى فَإِنْ كُنْتُ
مُسْتَيْقِظَةً حَدَّثَنِي وَإِلاَّ اضْطَجَعَ حَتَّى يُؤْذَنَ
بِالصَّلاَةِ.
Maksudnya:
Daripada ‘Aisyah radhiallahu’
anha bahawasanya jika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah
mengerjakan solat sunat Subuh, sedang aku dalam keadaan terbangun,
baginda akan berbicara denganku. Jika tidak demikian baginda akan
berbaring sehingga azan (dikumandangkan iqamah) untuk mendirikan
solat. – Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1161.
q
Cara Mengqadha Solat
Qabliyah Subuh
Bagi mereka yang tidak sempat
mengerjakan solat Qabliyah Subuh maka dia boleh mengqadhanya
dengan mengerjakannya setelah matahari terbit. Daripada Abu Hurairah
radhiallahu’ anh. dia berkata, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ لَمْ يُصَلِّ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ
فَلْيُصَلِّهِمَا بَعْدَ مَا تَطْلُعُ الشَّمْسُ.
Maksudnya:
Barangsiapa tidak sempat
mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah
dia mengerjakannya setelah matahari terbit.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,
no: 388.
Dibenarkan juga untuk mengqadhakan
solat Qabliyah Subuh itu sebaik sahaja selesai solat fardu
Subuh.
Daripada Qais, dia berkata:
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ صَلاَةِ الصُّبْحِ
رَكْعَتَيْنِ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: صَلاَةُ الصُّبْحِ رَكْعَتَان.ِ
فَقَالَ الرَّجُلُ: إِنِّي لَمْ أَكُنْ
صَلَّيْتُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا فَصَلَّيْتُهُمَا
الآن.
َ فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah melihat seseorang sedang mengerjakan solat sunat
setelah mengerjakan solat Subuh. Baginda lalu bersabda: Solat subuh
itu hanya dua rakaat.
Lelaki tersebut lalu berkata:
Sesungguhnya tadi aku belum mengerjakan solat sunat dua rakaat
sebelum (Qabliyah) solat Subuh, oleh itu aku mengerjakannya
sekarang.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pun mendiamkannya (menandakan baginda bersetuju)
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 1076.
Ø
PERHATIAN
Menerusi buku ini para pembaca akan
melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah
menqadhakan beberapa jenis solat sunat yang baginda tidak sempat
melaksanakannya. Apa yang harus para pembaca fahami adalah
solat-solat tersebut hanya boleh diqadhakan sekiranya wujud keuzuran
yang tidak boleh dielakkan seperti terlupa, tertidur, pengsan,
hilang akal dan sibuk dengan hal yang lebih penting. Sekiranya
seseorang itu secara sengaja meninggalkan solat sama ada fardu
mahupun sunat tanpa alasan yang kukuh maka tidak dibenarkan baginya
untuk mengqadha. Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin
rahimahullah berkata:
"Pendapat paling kuat menurutku adalah
sebagaimana yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah
rahimahullah bahawa sesiapa yang sengaja meninggalkan solat
sehingga habis waktunya, mengqadanya tidaklah bermanfaat. Ini
kerana, sesuatu ibadah tertakluk dengan waktu tertentu harus
dikerjakan tepat pada waktu yang ditentukan. Maka sebagaimana ibadah
itu tidak sah dikerjakan sebelum waktunya, ia juga tidak sah
dikerjakan setelah habis waktunya. Kerana batasan waktu yang telah
ditentukan oleh Allah hendaklah diperhatikan. – Rujuk buku Muhammad
bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Arkanil Islam, (edisi
terjemahan dengan tajuk Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat
Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, Pustaka
Arafah, Solo, 2002), ms. 322.
q
Ringkasan tatacara
mengerjakan Solat Rawatib Subuh
Rakaat Pertama
-
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan Solat Qabliyah Subuh
-
Takbiratul Ihram
-
Doa Iftitah
-
Membaca surah al-Fatihah
-
Membaca surah al-Qur’an
-
Rukuk
-
Iktidal
-
Sujud
-
Duduk antara dua sujud
-
Sujud kali kedua
-
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
-
Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
-
Duduk untuk tahiyyat akhir
-
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
-
Baring sebentar di atas lambung kanan
2)
SOLAT RAWATIB ZUHUR
v
Dalil Disyari’atkan
Solat Rawatib Zuhur adalah termasuk
dalam kategori solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali jika baginda sedang
bermusafir. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa Solat
Qabliyah dan Ba’diyah Zuhur ini termasuk dalam sunnah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Di antaranya adalah
sebuah riwayat daripada ‘Abdullah bin Syaqiq, dia berkata: Saya
pernah bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat tathawwu’
Rasulullah, lalu ‘Aisyah menjawab:
كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي قَبْلَ
الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ
يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
Rasulullah solat empat rakaat
sebelum Zuhur di rumahnya lalu baginda solat (Zuhur) bersama orang
ramai dan setelah itu baginda solat dua rakaat.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 730.
v
Keutamaannya
q
Menghindari Siksa Api Neraka
Mengerjakan solat sunat Rawatib
Zuhur dapat memelihara seseorang itu dari api neraka. Dalilnya
adalah sebagaimana sebuah riwayat daripada Ummu Habibah
radhiallahu’ anha, dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ
قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى
النَّارِ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang memelihara
solat empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah
akan mengharamkannya dari Neraka.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 428.
q
Waktu Yang
Afdhal Untuk Beribadah
Pada waktu ini pintu langit terbuka
dan ianya memudahkan amalan-amalan soleh untuk naik ke atas.
Daripada Abu Ayyub al-Anshori
bahawa dia bersolat empat rakaat sebelum Zuhur. Kemudian sewaktu dia
ditanya: Mengapa anda selalu mengerjakan solat sunat ini? Dia
menjawab: Saya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
selalu mengerjakannnya, lalu saya pun bertanya seperti itu dan
baginda menjawab:
إِنَّهَا سَاعَةٌ تُفْتَحُ فِيهَا
أَبْوَابُ السَّمَاءِ فَأَحْبَبْتُ أَنْ يَرْتَفِعَ لِي فِيهَا عَمَلٌ
صَالِحٌ.
Maksudnya:
Sesungguhnya ada suatu saat di
mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa pada
saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana.
– Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 22449
v
Tatacara Perlaksanaannya
Serta Hukum-Hukum Berkaitan
q
Waktu Mengerjakannya
Solat Qabliyah Zuhur
dilaksanakan setelah azan Zuhur dikumandangkan dan sebelum
melaksanakan solat Zuhur. Manakala solat Ba’diyah Zuhur
didirikan sesudah mengerjakan solat Zuhur.
q
Jumlah Rakaatnya
Berkaitan dengan jumlah rakaatnya
terdapat tiga pendapat dari segi perlaksanaannya.
Pertama :
Mengerjakan dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat setelahnya.
Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh, dia berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ
الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ
فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga)
daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat
(iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua
rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua
rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat
Subuh. – Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1180.
Kedua:
Mengerjakan empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat setelahnya.
Daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha, dia berkata bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ
ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ
قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
Maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan
solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak
akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat
itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah
solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah
solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 380.
Ketiga:
Mengerjakan empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat setelahnya.
Daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha, dia berkata aku
pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ
قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى
النَّارِ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang memelihara
solat empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah
akan mengharamkannya dari Neraka.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 428
Kesemua tatacara di atas adalah
bersandarkan kepada dalil-dalil yang sabit daripada baginda
shallallahu ‘alaihi wasallam maka dibenarkan bagi kita untuk
melaksanakannya menurut salah satu dari tatacara di atas ataupun
boleh juga bagi kita untuk menggilirkan tatacara perlaksanaan solat
Rawatib Zuhur ini menurut ketiga-tiga tatacara tersebut.
Sekiranya solat Rawatib Zuhur
ini dikerjakan sebanyak empat rakaat, diperbolehkan bagi kita untuk
mengerjakannya dua rakaat lalu memberi salam dan sesudah itu
dikerjakan lagi dua rakaat ataupun mengerjakannya sebanyak empat
rakaat sekaligus dengan dua tasyahhud sebagaimana solat empat
rakaat yang biasa.
q
Cara Mengqadha Solat
Qabliyah Zuhur
Bagi mereka yang terlepas mengerjakan
Solat Qabliyah Zuhur maka diperbolehkan untuk mengqadhanya
setelah mengerjakan solat Zuhur. Daripada ‘Aisyah
radhiallahu’ anha, dia berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا لَمْ يُصَلِّ أَرْبَعًا قَبْلَ
الظُّهْرِ صَلاَّهُنَّ بَعْدَهُ.
Maksudnya:
Sesungguhnya jika Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam tidak sempat mengerjakan solat empat
rakaat sebelum (Qabliyah) Zuhur, baginda akan mengerjakan keempat
rakaat itu setelahnya.
– Hadis riwayat Imam Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 426
q
Cara Mengqadha Solat
Ba’diyah Zuhur
Bagi mereka yang terlepas mengerjakan
Solat Ba’diyah Zuhur maka diperbolehkan untuk mengqadhanya
setelah mengerjakan solat Asar. Hal ini adalah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiallahu’ anha
yang melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
mengerjakan solat dua rakaat sesudah solat Asar sedangkan waktu itu
termasuk waktu yang dilarang untuk mendirikan solat lalu beliau
bertanya kepada baginda lalu baginda menjawab:
يَا بِنْتَ أَبِي أُمَيَّةَ سَأَلْتِ
عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعَصْرِ إِنَّهُ أَتَانِي أُنَاسٌ
مِنْ
عَبْدِ الْقَيْسِ بِالإِسْلاَمِ مِنْ قَوْمِهِمْ فَشَغَلُونِي عَنْ
الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ فَهُمَا هَاتَانِ.
Maksudnya:
Wahai anak Abu Umayah, kamu
bertanya tentang dua rakaat yang saya kerjakan setelah Asar, hal itu
kerana saya telah didatangi oleh beberapa orang dari ‘Abdul Qais
untuk mengislamkan beberapa orang daripada kaumnya sehingga aku
tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sesudah Zuhur, dan
inilah dua rakaat itu.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Maghaazi, no 4370.
Justeru itu menerusi hadis ini
dapatlah kita simpulkan bahawa dibenarkan untuk mengqadha solat
Ba’diyah Zuhur pada waktu dilarang mengerjakan solat iaitu
setelah mengerjakan solat Asar secara mutlak. Sebahagian ulamak pula
berpendapat bahawa larangan mengerjakan solat setelah waktu Asar
hanyalah ketika matahari tenggelam. Sekiranya setelah mengerjakan
solat asar dan matahari masih berwarna putih bersih maka ia tidak
termasuk dalam waktu yang terlarang. Dalilnya adalah sebagaimana
riwayat dibawah:
عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ
إِلاَّ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ.
Maksudnya:
Daripada ‘Ali bin Abi Thalib
bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang dari
mengerjakan solat setelah Asar, kecuali jika matahari masih tinggi.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 1082.
q
Ringkasan tatacara
mengerjakan Solat Rawatib Zuhur
A) Tatacara Solat Rawatib Zuhur Dua Rakaat
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Qabliyah / Ba’diyah Zuhur
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke
kiri
B) Tatacara Solat Rawatib Zuhur Empat Rakaat
Boleh dilaksanakan seperti solat
Rawatib Zuhur dua rakaat di atas sebanyak dua kali ataupun dengan
sekaligus mengerjakan empat rakaat dengan dua tahiyyat
seperti di bawah.
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Qabliyah / Ba’diyah Zuhur
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk
tahiyyat awal
3)
Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk
tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
3)
SOLAT RAWATIB MAGHRIB
v
Dalil Disyari’atkan
Solat Ba’diyah Maghrib adalah
termasuk dalam kategori solat sunat Rawatib yang mu’akkad.
Dalilnya adalah seperti riwayat di bawah:
فَقَالَتْ
كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ
فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ
ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ
يُصَلِّي بِالنَّاسِ الْمَغْرِبَ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي
رَكْعَتَيْنِ.
Maksudnya:
Lalu dia (‘Aisyah radhiallahu’
anha) berkata adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersolat di
rumahku sebelum Zuhur empat rakaat, kemudian baginda keluar lalu
bersolat (Zuhur) bersama orang ramai, kemudian baginda masuk ke
rumahku dan bersolat dua rakaat. Baginda bersolat Maghrib dengan
orang ramai, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat
dua rakaat. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no:
730.
v
Keutamaannya
Bagi mereka yang mengerjakan solat
Ba’diyah Maghrib ini, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala
akan menyediakan baginya sebuah rumah di syurga. Sila rujuk hadis
daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha yang telah penulis
paparkan pada awal perbahasan tentang solat rawatib.
v
Tatacara Perlaksanaannya
Serta Hukum-Hukum Berkaitan
q
Jumlah Rakaatnya
Ianya dilaksanakan sebanyak dua rakaat
setelah mengerjakan solat Maghrib dan Rasulullah s.a.w mendirikannya
di rumah baginda. Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha:
وَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ
الْمَغْرِبَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى بَيْتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam mengerjakan solat Maghrib kemudian baginda kembali ke
rumahku lalu baginda mengerjakan solat dua rakaat.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 1060.
Justeru itu adalah lebih afdal
sekiranya solat Ba’diyah Maghrib ini didirikan di rumah
masing-masing melainkan terdapat keperluan untuk mengerjakannya di
masjid.
q
Surah Yang Dibacakan
Lazimnya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam membaca surah al-Kaafiruun dan al-Ikhlash
semasa solat Ba’diyah Maghrib ini. Daripada Ibnu Mas’ud
radhiallahu’ anh, dia berkata:
مَا أُحْصِي مَا سَمِعْتُ مِنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْمَغْرِبِ
وَفِي الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا
الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ.
Maksudnya:
Saya tidak dapat menghitung
betapa seringnya saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam membaca dalam solat dua rakaat selepas Maghrib dan dua
rakaat sebelum Subuh ‘Qul yaa ayyuhal kaafiruun’ dan ‘Qul huwallahu
ahad’. – Hadis riwayat
Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no:
396.
q
Ringkasan tatacara
mengerjakan Solat Rawatib Ba’diyah Maghrib
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Ba’diyah Maghrib
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke
kiri
4)
SOLAT RAWATIB ISYAK
v
Dalil Disyari’atkan
Solat Ba’diyah Isyak ini
merupakan sebahagian dari solat Rawatib yang mu’akkad.
Daripada Ibnu ‘Umar, dia berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ
الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ
فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Maksudnya:
Aku telah menghafal (menjaga)
dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sepuluh rakaat (iaitu
solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat
sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat
setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 1180.
v
Keutamaannya
Bagi mereka yang mengerjakan solat
Ba’diyah Isyak ini, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala
akan menyediakan baginya sebuah rumah di syurga. Sila rujuk hadis
daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha yang telah penulis
paparkan pada awal perbahasan tentang solat rawatib.
v
Tatacara Perlaksanaannya
Serta Hukum-Hukum Berkaitan
q
Jumlah Rakaat dan Waktu
Perlaksanaannya
Ianya didirikan setelah mengerjakan
Solat Isyak sebanyak dua rakaat dan Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam mengerjakan solat ini di rumah.
فَقَالَتْ كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي
قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ
ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
وَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ
الْمَغْرِبَ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَيُصَلِّي
بِالنَّاسِ الْعِشَاءَ
وَيَدْخُلُ بَيْتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ...
Maksudnya:
Lalu dia (‘Aisyah radhiallahu’
anh) berkata adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersolat di
rumahku sebelum Zuhur empat rakaat, kemudian baginda keluar lalu
bersolat (Zuhur) bersama orang ramai, kemudian baginda masuk ke
rumahku dan bersolat dua rakaat. Baginda bersolat Maghrib dengan
orang ramai, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat
dua rakaat.
Baginda bersolat Isyak dengan orang
ramai, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu bersolat dua
rakaat.- Hadis riwayat
Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin
wa Qashruhaa, no: 730.
q
Ringkasan tatacara
mengerjakan Solat Rawatib Ba’diyah Isyak
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Ba’diyah Isyak
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke
kiri
5)
SOLAT RAWATIB UNTUK SOLAT
JUMAAT
Berkaitan
dengan solat rawatib ketika solat Jumaat penulis akan membahagikan
perbincangan kepada empat topik besar iaitu:
-
Mendirikan Solat Sunat Mutlak.
-
Azan untuk solat Jumaat hanya sekali.
-
Adakah disyari’atkan Solat Qabliyah Jumaat?
-
Solat Ba’diyah Jumaat.
v
Mendirikan
Solat Sunat Mutlak
Mendirikan
solat sunat Mutlak pada hari Jumaat iaitu sebelum imam naik ke
mimbar dan azan dilaungkan merupakan satu amalan yang agak asing
bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia. Lazimnya mereka lebih
terbiasa untuk mengerjakan solat sunat Qabliyah Jumaat
berbanding solat sunat Mutlak ini sehinggakan sesetengah pihak akan
terpinga-pinga apabila disebut solat sunat Mutlak pada hari Jumaat
ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Imam al-Syafi’i
rahimahullah telah memperjelaskan tentang kewujudan solat sunat
Mutlak ini di dalam kitabnya al-Umm. Beliau telah menyatakan:
Dikhabarkan kepada kami oleh Ibrahim
bin Muhammad, yang mengatakan dikhabarkan kepada saya oleh Ishak bin
Abdullah, daripada Sa’id al-Maqburi, daripada Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang solat pada
tengahari, sehinggalah gelincir matahari, selain Jumaat. – Rujuk
kitab al-Umm (Kitab Induk)
karya Imam al-Syafi’i, jilid 2, ms. 21.
Dikhabarkan kepada kami oleh Malik
daripada Ibnu Syihab, daripada Tsa’labah bin Abi Malik, bahawa dia
mengkhabarkan kepadanya, bahawa mereka itu berada pada zaman ‘Umar
bin al-Khatthab radhiallahu’ anh pada hari Jumaat mengerjakan
solat (sunat Mutlak - pen) sehingga datanglah ‘Umar bin al-Khatthab.
Tatkala ‘Umar telah datang dan duduk atas mimbar dan juruazan
melakukan azan, mereka duduk berbincang-bincang. Sehingga apabila
juruazan sudah diam, nescaya mereka itu diam. Dan tiada seorangpun
yang berbicara. Disampaikan hadis kepada saya oleh Ibnu Abi Fudaik,
daripada Ibnu Abi Dzi’b, daripada Ibnu Syihab, yang mengatakan,
disampaikan hadis kepada saya oleh Tsa’labah bin Abi Malik, bahawa
duduk imam itu memutuskan bertasbih. Dan perkataan imam itu
memutuskan perkataan orang-orang yang hadir. Mereka itu
berbincang-bincang pada hari Jumaat dan ‘Umar duduk atas mimbar.
Apabila juruazan sudah diam, nescaya ‘Umar berdiri, lalu tiada
seorangpun yang berkata-kata sehingga diselesaikan oleh ‘Umar akan
khutbah itu seluruhnya. Apabila dibacakan iqamah untuk solat dan
‘Umar turun, lalu mereka itu berkata-kata.
Apabila manusia pergi menghadiri solat
Jumaat, nescaya mereka itu bersolat, sehingga jadilah imam di atas
mimbar. Apabila imam telah berada di atas mimbar, nescaya dicegah
dari mereka itu orang yang telah mengerjakan solat dua rakaat (Tahiyyatul
Masjid - pen) atau lebih dari berkata-kata. Sehingga imam itu
sudah mulai berkhutbah. Apabila dia telah mula berkhutbah, nescaya
diam dengan memperhatikan.
– Rujuk kitab al-Umm (Kitab Induk)
karya Imam al-Syafi’i, jilid 2, ms. 22.
Sekian kata-kata Imam al-Syafi’i
rahimahullah. Dari ini dapat kita rumuskan bahawa :
q
Adalah disunnahkan untuk
mengerjakan solat sunat mutlak sebelum azan dikumandangkan.
Berkenaan dengan solat sunat mutlak ini, Syaikh al-Albani
rahimahullah berkata:
Dianjurkan bagi orang yang masuk
masjid pada hari Jumaat (bila sahaja) untuk mengerjakan solat sunat
Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat – pen),
juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk
ketika masuk masjid setelah solat Tahiyyatul Masjid atau
sebelumnya. – Rujuk
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an
As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah, (edisi terjemahan dengan
tajuk Solat Jum’at Bersama Rasulullah : Hukum Dan Bid’ah Solat
Jumaat, Najla Press, Jakarta, 2002) ms. 60.
q
Tentang larangan untuk bersolat
pada waktu tengahari sehingga gelincir matahari, maka khusus untuk
hari Jumaat ianya diperbolehkan. Maka solat sunat Mutlak ini
dilakukan sebelum diserukan azan solat Jumaat sebanyak dua
rakaat-dua rakaat tanpa batasan jumlah yang tertentu. Maka
perhatikanlah akan hal ini wahai pembaca yang budiman, berapa
ramaikah umat Islam di Malaysia yang melakukan solat sunat Mutlak
yang sememangnya disyari’atkan ini bahkan dianjurkan
perlaksanaannya oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah sendiri?
Dalil tentang solat sunat Mutlak ini adalah sebagaimana sabda Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam:
مَنْ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ
فَصَلَّى مَا قُدِّرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْ
خُطْبَتِهِ
ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ
الْجُمُعَةِ الأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.
Maksudnya:
Barangsiapa mandi pada hari
Jumaat kemudian mendatangi solat Jumaat dan bersolat sekadar
kemampuannya, serta dia diam mendengarkan khutbah imam sehingga
selesai, lalu dia bersolat bersamanya, maka diampunilah dosa-dosanya
yang terdapat di antara Jumaat itu dengan Jumaat berikutnya dan
ditambah tiga hari. -
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
al-Jumu’ah, no: 857.
q
Berbicara
ketika azan dikumandangkan adalah tidak mengapa dan yang diharamkan
adalah berbicara ketika imam sudah memulakan khutbahnya. Sabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
إِذَا
قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ "أَنْصِتْ!" وَالإِمَامُ
يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ.
Maksudnya:
Apabila kamu
berkata kepada temanmu di hari Jumaat “Diamlah!”, padahal imam
sedang berkhutbah, maka engkau telah melakukan perbuatan sia-sia.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Jumu’ah, no: 934.
Setelah Imam
berkhutbah tidak dibenarkan lagi bagi para makmun mengerjakan apa
jua jenis solat sunat kecuali bagi mereka yang belum mengerjakan
solat sunat dua rakaat Tahiyyatul Masjid.
v
Azan Untuk Solat Jumaat
Hanya Sekali
Sebelum kita meneruskan perbahasan
tentang solat Qabliyah
Jumaat, sewajarnya kita mengulas terlebih dahulu persoalan tentang
azan untuk solat Jumaat. Berkaitan dengan laungan azan untuk solat
Jumaat, Imam al-Syafi’i rahimahullah dalam kitabnya al-Umm
telah berkata:
Saya (Imam al-Syafi’i) menyukai bahawa
azan pada hari Jumaat itu, ketika imam masuk masjid. Dan dia duduk
pada tempatnya yang dia berkhutbah...Apabila imam telah berbuat
demikian, lalu juruazan melaksanakan azan. Apabila telah selesai
(azan tersebut – pen), lalu imam itu berdiri, lalu membaca khutbah.
Tiada lebih dari demikian.
– Rujuk Imam al-Syafi’i,
al-Umm (Kitab Induk), jilid 2, ms. 15.
Dikhabarkan kepada kami oleh al-Rabi’,
yang mengatakan: Dikhabarkan kepada kami oleh al-Syafi’i, yang
mengatakan: Dikhabarkan kepada saya oleh orang yang dapat
dipercayai, daripada al-Zuhri, daripada al-Sa’ib bin Yazid: bahawa
adalah permulaan bagi azan itu bagi Jumaat, ketika imam duduk atas
mimbar pada masa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam, Abu Bakar dan ‘Umar.
Tatkala masa Khalifah Uthman dan orang
semakin ramai lalu Uthman menyuruh dengan azan kedua. Lalu
dilaksanakan azan itu. Maka tetaplah urusannya atas yang demikian.
‘Atha’ menentang bahawa Uthman yang
mengadakan azan kedua itu. Dan mengatakan: azan kedua itu diadakan
oleh Muawiyah – dan Allah
Subhanahu wa Ta’ala lebih mengetahui.
Manapun (antara –pen) orang yang dua
(iaitu Uthman atau Muawiyah – pen) yang mengadakan (azan kedua
tersebut – pen), maka keadaan yang pada masa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam adalah saya (Imam al-Syafi’i) lebih
menyukai. – Rujuk Imam
al-Syafi’i,
al-Umm (Kitab Induk), jilid 2, ms. 15-16.
Sekian kata-kata Imam al-Syafi’i
rahimahullah. Dari kenyataannya itu dapat kita rumuskan bahawa :
q
Pada zaman Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
Khalifah ‘Umar al-Khatthab radhiallahu’ anhum, azan untuk
solat Jumaat hanya dikumandangkan satu kali iaitu setelah imam
memasuki masjid dan duduk atas mimbar. Tetapi pada zaman Khalifah
Uthman al-Affan radhiallahu’ anh, jumlah umat Islam di kota
Madinah al-Munawwarah semakin ramai, rumah-rumah mereka
semakin jauh dari Masjid Nabawi dan kedaan kota semakin sibuk dan
pesat membangun. Disebabkan oleh perkembangan tersebut, Khalifah
Uthman al-Affan radhiallahu’ anh telah berijtihad
bahawa laungan azan untuk solat Jumaat yang dikumandang hanya sekali
di Masjid Nabawi sudah tidak memadai untuk memanggil orang ramai
solat berjemaah di masjid. Maka beliau memerintahkan satu lagi azan
dilaungkan sebelum masuk waktu solat Jumaat di sebuah ruangan pasar
miliknya bernama al-Zaura’ bertujuan untuk orang ramai yang sibuk
dengan urusan harian bersiap sedia untuk mengerjakan solat Jumaat.
Tempat yang bernama al-Zaura’ ini terletak di tengah-tengah kota
Madinah. Oleh itu azan pertama itu tidak dilakukan di Masjid Nabawi
yang kekal dengan hanya satu azan sahaja oleh seorang tukang azan.
Daripada al-Sa’ib bin Yazid radhiallahu’ anh, dia berkata:
كَانَ النِّدَاءُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
أَوَّلُهُ إِذَا جَلَسَ الإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَلَى عَهْدِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَلَمَّا كَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ وَكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ
عَلَى
الزَّوْرَاءِ.
Maksudnya:
Seruan (azan) pada hari Jumaat
pada mulanya (dilakukan) apabila Imam duduk di atas mimbar,
(begitulah) pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Abu Bakar
dan ‘Umar radhiallahu’ anhuma. Namun tatkala manusia bertambah ramai
pada (zaman ‘Uthman radhiallahu’ anh), beliau menambahkan seruan ke
tiga di atas
al-Zaura’. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya,
Kitab
al-Jumu’ah, no: 912.
Iqamah juga dikenali sebagai azan maka
maksud tiga azan dalam hadis ini adalah dua kali azan yakni di
al-Zaura’ dan Masjid Nabawi dan sekali Iqamah sejurus sebelum
melaksanakan solat Jumaat. Berkaitan dengan faktor yang menyebabkan
Saidina Uthman radhiallahu’ anh mengarahkan diserukan azan
pertama di al-Zaura’, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur:
Sebab
yang mendorong Uthman untuk melakukan azan dua kali sudah tidak ada
lagi pada zaman sekarang ini. Sebab dulu Uthman berada di sebuah
kota yang sangat besar seperti al-Madinah al-Munawwarah dengan hanya
satu masjid di dalamnya. Padahal jumlah penduduk terlalu ramai dan
tempat tinggal sangat berjauhan. Oleh kerana itu mereka menghadapi
kesulitan untuk mendengar suara azan yang dikumandangkan dari pintu
masjid. Adapun kota yang sudah banyak masjidnya, maka orang tidak
perlu lagi untuk berjalan jauh-jauh ketika hendak menghadiri solat
Jumaat. Selain itu bukankah azan pada zaman sekarang telah
dimasukkan di dalam pembesar suara. Maka azan dua kali yang
diupayakan oleh Uthman tidak perlu lagi dikerjakan...Kesimpulannya,
bahawa menurut kami, sekarang ini sudah cukup mengumandangkan azan
sekali sahaja, seperti yang dikerjakan pada zaman Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam. Azan itu hendaklah dilakukan
ketika imam keluar dan mula naik ke atas mimbar.
– Rujuk Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Al-Qawl al-Mubiin fii
Akhthaa’ al-Musholliin (Edisi terjemahan dengan tajuk Koreksi
Total Ritual Solat, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), ms. 344.
Menurut Syaikh Wahid Abdussalam Bali
senario yang memungkinkan untuk melaungkan azan dua kali untuk solat
Jumaat pada zaman sekarang adalah seperti berikut:
Jika sekarang ada sebuah kampung yang
tidak memiliki pembesar suara untuk menguatkan suara azan,
penduduknya tidak memiliki jam untuk memberitahukan kepada mereka
bahawa waktu (untuk solat) Jumaat sudah dekat, dan tidak pula di
rumah-rumah mereka terdapat radio dan sejenisnya dari sarana-sarana
komunikasi moden yang dengannya mereka boleh mengetahui masuknya
waktu solat Jumaat, maka disyari’atkan agar muadzin
mengumandangkan azan kepada mereka di tempat tinggi beberapa waktu
sebelum waktu Jumaat yang cukup agar mereka dapat bersiap-siap untuk
menunaikan solat Jumaat
Adapun jika manusia memiliki jam yang
dapat memberitahukan waktu kepada mereka, atau di masjid terdapat
pembesar suara yang boleh memperdengarkan kepada manusia di
rumah-rumah dan tempat kerja mereka, maka azan awal di dalam keadaan
ini tidak diperlukan lagi. Sebaiknya, ketika itu hanya mencukupkan
dengan satu azan pada saat khatib naik mimbar.
– Rujuk Syaikh Wahid Abdussalam Bali,
Al-Kalimat al-Nafi’ah fil Akhtha’ asy-Sya’iah (edisi
terjemahan dengan tajuk 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah
Beserta Koreksinya, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 385.
Menurut Imam al-Syafi’i r.h mencontohi
Rasulullah s.a.w. adalah lebih beliau sukai iaitu mengekalkan dengan
hanya satu laungan azan sahaja sepertimana ketika Nabi s.a.w. telah
duduk di atas mimbar. Ini sebagaimana dikatakan oleh al-Sa’ib bin
Yazid radhiallahu’ anh, dia berkata:
كَانَ بِلاَلٌ يُؤَذِّنُ إِذَا جَلَسَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ
يَوْمَ الْجُمُعَةِ
فَإِذَا نَزَلَ أَقَامَ.
Maksudnya:
Bilal menyerukan azan bila Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam telah duduk di atas mimbar, dan dia
iqamah bila baginda telah turun.
- Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab
al-Jumu’ah, hadis. no 1377.
Wahai pembaca yang budiman, ketahuilah
bahawa inilah mazhab sebenar Imam al-Syafi’i
rahimahullah tentang jumlah azan untuk solat Jumaat. Sebaik
sahaja tukang azan selesai melaungkan azan, maka imam akan bangun
dan memulakan khutbahnya. Maka ketika ini semua makmum wajib diam
dan menumpukan perhatian kepada khutbah imam.
v
Adakah Disyari’atkan Solat
Qabliyah Jumaat?
Setelah kita fahami
bahawa yang lebih bertepatan dengan sunnah baginda shallallahu
‘alaihi wasallam dan mazhab sebenar Imam al-Syafi’i
rahimahullah
berkaitan dengan azan pada hari Jumaat adalah dengan dikumandangkan
sekali sahaja, maka kita juga boleh simpulkan bahawa pendapat yang
lebih tepat adalah tidak disyari’atkan untuk mengerjakan solat sunat
Qabliyah sesudah azan kerana tidak ada ruang waktu untuk
mendirikannya. Ini
adalah kerana sebaik sahaja selesai azan, imam akan membacakan
khutbahnya. Telah berkata al-Hafidz al-‘Iraqi rahimahullah
berkaitan dengan hal ini:
Tidak diriwayatkan daripada Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam
bahawa baginda pernah solat sunat sebelum solat Jumaat, kerana
baginda keluar untuk solat Jumaat lalu Bilal azan di hadapannya
kemudian berkhutbah. -
Dinukil dari kitab Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani,
Al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah,
ms. 43-44.
Ibnu Qayyim rahimahullah pula
telah berkata:
Apa yang perlu dicatat, tidak terdapat
solat sunat Qabliyah Jumaat. Ini disebabkan, apabila Bilal
selesai melaungkan azan, maka Nabi s.a.w. terus menyampaikan khutbah
tanpa ada selang waktu. Inilah yang terjadi. Maka bagaimana mungkin
ada anggapan bahawa setelah Bilal azan mereka bangkit untuk
mendirikan solat sunat dua rakaat.
– Rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad,
ms. 47.
Dan sekiranya ada yang menyatakan
bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat sunat di
rumahnya, maka tentu telah datang riwayat daripada isteri-isteri
baginda akan hal tersebut. Tetapi tidak ada seorang pun daripada
para isteri baginda yang meriwayatkan sebegitu.
Tambahan pula hadis-hadis tentang
solat Qabliyah Jumaat tidak ada yang sah daripada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam
Hadis yang sering
dipergunakan untuk menjustifikasikan solat Qabliyah Jumaat
adalah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dan
al-Thabraniy rahimahullah iaitu:
كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ اَلْجُمُعَة
أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا لاَ يُفْصَلُ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ.
Maksudnya:
Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam selalu solat sebelum (Qabliyah) Jumaat empat rakaat
dan sesudah (Ba’diyah) sebanyak empat rakaat, baginda tidak
memisahkan di antara empat rakaat itu (dengan salam).
- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab
Iqamah al-Shalah wa al-Sunnah Fiha, no: 1119 dan Imam
al-Thabraniy dalam kitab
al-Mu’jam Kabir, no: 12674.
Namun begitu perawi-perawi dalam sanad
hadis ini telah dikritik hebat oleh ulamak hadis seperti Imam Ahmad,
Imam al-Bushiriy, Imam al-Zayla’iy, Imam Ibnu Qayyim, Imam
al-Nawawi, al-Hafidz Ibnu Hajar dan Imam al-Albani rahimahullah
sehingga taraf hadis ini adalah berstatus dha’if jiddan
(sangat lemah). Ulamak hadis telah
bersepakat bahawa hadis dha’if Jiddan tidak boleh dijadikan
sandaran untuk menetapkan hukum.
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah
iaitu seorang tokoh ulamak hadis bermazhab Syafi’i juga telah
berkata:
Ada juga hadis yang menyebutkan
disunnahkan melaksanakan solat sunat sebelum (Qabliyah)
Jumaat, tetapi sanad hadis ini dha’if
(lemah). Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah oleh al-Bazzar:
كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ اَلْجُمُعَة
رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا.
Maksudnya:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam melaksanakan solat sunat dua rakaat sebelum (Qabliyah)
solat Jumaat, dan empat rakaat setelah solat Jumaat.”
Hadis
serupa daripada ‘Ali yang diriwayatkan oleh Atsram dan Thabraniy
dalam kitab al-Ausath:
كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ اَلْجُمُعَة
أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا.
Maksudnya:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam melaksanakan solat sunat sebelum (Qabliyah) solat Jumaat
empat rakaat dan setelahnya empat rakaat.”
Akan tetapi dalam silsilah sanad
riwayat ini terdapat Muhammad bin Abdurrahman al-Sahmi, dan dia
adalah orang yang dha’if
(lemah) menurut Imam al-Bukhari dan lainnya. Atsram mengatakan
bahawa hadis ini adalah hadis yang lemah. Daripada Ibnu ‘Abbas juga
disebutkan hadis yang serupa, akan tetapi dengan tambahan
لاَ يُفْصَلُ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ
“Baginda
tidak memisahkan empat rakaat itu (dengan salam)”.
Ibnu Majah meriwayatkan hadis ini
dengan sanad yang lemah. Imam al-Nawawi mengatakan dalam kitab
al-Khulashah, bahawa hadis ini adalah hadis yang batil. Hadis
ini juga disebutkan daripada Ibnu Mas’ud dan silsilah sanadnya lemah
dan terputus.
– Rujuk Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari,
Jilid 5, ms. 210-211 ketika mengsyarah no: 937.
Setelah mengetahui kelemahan hadis
solat Qabliyah Jumaat ini, maka penulis ingin menganjurkan
kepada para pembaca yang budiman untuk meninggalkannya dan
menggantikannya pula dengan melaksanakan solat sunat Mutlak seperti
yang telah diperjelaskan sebelum ini memandangkan solat sunat Mutlak
tersebut memang sahih ada contohnya daripada baginda shallallahu
‘alaihi wasallam dan juga merupakan mazhab sebenar Imam
al-Syafi’i rahimahullah.
v
Solat Ba’diyah
Jumaat.
Berkaitan dengan solat sunat
Ba’diyah (sesudah) Jumaat maka telah sepakat di kalangan ulamak
bahawa ianya disyari’atkan. Ianya boleh dilaksanakan dengan
dua rakaat atau empat rakaat setelah kita menyelesaikan solat Jumaat
dan yang afdal ianya dikerjakan di rumah. Daripada Abu Hurairah
radhiallahu’ anh, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ الْجُمُعَةَ
فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أَرْبَعًا.
Maksudnya:
Barangsiapa di antara kamu yang hendak
bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat)
Jumaat.
- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
al-Jumu’ah, no: 881.
Daripada Ibnu ‘Umar (radhiallahu’ anh), dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بَعْدَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ فِي
بَيْتِهِ.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di
rumahnya. - Hadis
riwayat Imam al-Nasa’i, dalam
Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1411.
v
Ringkasan Tatacara
Mengerjakan Solat Ba’diyah Jumaat
A) Tatacara Solat Rawatib Zuhur Dua Rakaat
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Ba’diyah Jumaat
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam kanan dan kiri
B) Tatacara Solat Ba’diyah Jumaat Empat Rakaat
Boleh dilaksanakan seperti solat
Ba’diyah Jumaat dua rakaat di atas sebanyak dua kali ataupun dengan
sekaligus mengerjakan empat rakaat dengan dua tahiyyat
seperti di bawah.
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk
mengerjakan solat Qabliyah / Ba’diyah Zuhur
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk
tahiyyat awal
3)
Bangun untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Bangun untuk rakaat keempat
Rakaat Keempat
1)
Ulang seperti rakaat pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke
kiri
6)
SOLAT RAWATIB GHAIRU
MU’AKKAD
Berkaitan solat Rawatib
Qabliyah Asar, Maghrib dan Isyak maka ianya termasuk dalam solat
sunat yang tidak mu’akkad. Maka mengerjakannya termasuklah
amalan-amalan sunat yang terpuji. Dalil disyariatkan solat-solat
tersebut adalah keumuman sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ
ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.
Maksudnya:
Di antara setiap dua azan (iaitu
azan dan iqamah) ada solat (sunat)
– baginda mengulanginya
hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan,
no 624.
Di samping itu terdapat juga hadis
khusus yang meriwayatkan anjuran untuk mengerjakan solat Qabliyah
Asar sebanyak empat rakaat malah bagi mereka yang mengerjakannya
akan dikasihi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Daripada Ibnu
‘Umar radhiallahu’ anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ
الْعَصْرِ أَرْبَعًا.
Maksudnya:
Allah akan mengasihi orang yang
mengerjakan solat empat rakaat sebelum Asar.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah,
no: 430.
Berkaitan
solat Qabliyah
Maghrib telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu’
anh, dia berkata:
كَانَ الْمُؤَذِّنُ إِذَا أَذَّنَ قَامَ
نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِيَ
حَتَّى يَخْرُجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُمْ كَذَلِكَ يُصَلُّونَ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ
الْمَغْرِبِ
وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ شَيْءٌ.
قَالَ عُثْمَانُ بْنُ جَبَلَةَ وَأَبُو دَاوُدَ عَنْ شُعْبَةَ:
لَمْ
يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلَّا قَلِيلٌ.
Biasanya
apabila muadzdzin (juru azan) mengumandangkan azan, maka para
sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri dan segera
menghampiri tiang-tiang (untuk dijadikan sutrah) sampai Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam keluar sedang mereka dalam keadaan
demikian. Mereka solat dua rakaat sebelum (Qabliyah) Maghrib. Tiada
(yakni jarak waktu yang singkat) sesuatu di antara azan dan iqamah.
‘Utsman bin Jabalah dan Daud meriwayatkan daripada Syu’bah: Tiada
(jarak) antara keduanya kecuali sebentar.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 625
Berkenaan
dengan solat Qabliyah
Maghrib ini al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
Saya
(iaitu Ibnu Hajar) katakan bahawa seluruh dalil menunjukkan bahawa
solat dua rakaat sebelum (Qabliyah) Maghrib dilaksanakan
secara ringkas (ringan) seperti solat sunat Fajar. Hikmah dianjurkan
solat sunat dua rakaat tersebut adalah sebagai harapan agar doanya
dimakbulkan, sebab doa di antara azan dan iqamah tidak ditolak
(mustajab). Apabila suatu waktu itu lebih mulia, maka pahala ibadah
yang dikerjakan pada waktu tersebut akan lebih banyak
– al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani,
Fathul Baari, jilid 4, ms. 89
Comments
Post a Comment