9 comments on “Kekeliruan Tentang Mahram!

  1. APAKAH SAYA WAJIB MEMKAI TUDUNG DIHADAPA AYAH TIRI/KELUARGA TIRI SY?
    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
    Jika dengan adik beradik tiri yang BUKAN SEIBU dan BUKAN SEBAPA, maka tidak boleh membuka aurat kerana mereka adalah bukan mahram.
    Wallahua’lam.
  2. Salam.
    1. Apakah hukumnya anak saudara perempuan disebelah isteri saya bersalam dengan saya?
    2. Ada pendapat menyatakan bahawa haram bersalam seorang ibu saudara dengan anak saudara lelaki dari adik beradik perempuan tetapi dibolehkan bersalam jika dari saudara lelaki.Benarkah?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
    Jika mereka adalah anak kepada adik beradik kita, maka mereka adalah mahram kita, jadi boleh bersalam. Akan tetapi jika mereka adalah anak kepada ipar kita (adik beradik pasangan kita), maka mereka adalah bukan mahram kita, maka tidak boleh bersalaman kerana hukumnya sama dengan bukan mahram yang lain.
    Wallahua’lam.
  3. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
    Jika adik ipar adalah bukan mahrom sprti HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172] yg dikatakan Imam Baghowi. Lantas apakah kita harus menjauhi mereka?? walaupun sedari kecil mereka telah ikut dengan kita?? dan tiada beda atas mereka daripada adik kandung sendiri ???
    Waalaikumussalam wbt.
    Layani mereka seperti bukan mahram yang lain.
    Wallahua’lam.

    https://soaljawab.wordpress.com/2007/04/27/kekeliruan-tentang-mahram/ 

Comments

Popular posts from this blog