MENUJU ZINA PUNCA COUPLE HARAM


Saya sekadar ingin mengutarakan pendapat saya mengenai trend yg berlaku sekarang. Kini gejala ‘coupel’ menular dalam kalangan remaja sehinggakan pelajar yang dari sekolah agama mahupun sekolah biasa yang saya kategorikan sebagai pelajar yang faham tentang islam, yang faham tentang halal haram turut bercouple, dan mereka ini menggunakan title couple Islamic utk menghalalkan coupel. Saya sangat terkilan dengan sifat mereka ini yang saya kira datang dari golongan melayu islam yg datang dari mrsm mahupun sbp. Sebelum ini tampil denagn penampilan islamik, kini bercouple. Saya begitu kecewa dgn sifat golongan seperti ini. Saya cuba huraikan kategori zina agar kita boleh mengetahui kenapa hukum couple haram dalam segenap aspek jika sesiapa masih lagi ingin berhujah tentang couple yg halal.

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Zina mata : cinta pandang pertama. Seorang lelaki memandang seorang perempuan. Hatinya tertaut pada raut wajah muslimah tersebut. Saya kira pandangan pertama tidak ada masalah. Muslim tersebut boleh kembali menunundukkan pandangan. Sekiranya muslim tersebut melihat pada pandangan kedua. Kemudian matanya kembali meliar pada wanita tersebut, maka saya kira telah berlaku zina mata. Sebab itu seorang muslim wajib untuk menundukkan pandangan utk mengelakkan berlaku zina.
Allah berfirman :

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.' Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya". (Q.S. An Nuur : 30-31).

Ini adalah perintah dari Allah bagi hamba-hamba yang beriman, iaitu agar mereka menundukkan pandangan mereka dari melihat yang diharamkan. Jika kebetulan pandangan matanya melihat kepada yang diharamkan, maka hendaknya ia segera mengalihkan pandangannya.
Nabi bersabda kepada Ali bin Abi Thalib,

"Hai Ali, janganlah engkau ulangi pandangan yang pertama. Kerana pandangan yang pertama dimaafkan, sedangkan pandangan yang kedua dilarang."

2. Zina lidah : Apabila muslim mengucapkan kata-kata yang manis utk mengayat saya kira zina lidah telah berlaku. Saya kira apabila sudah 1 peringkat, mereka-mereka yg bercouple ini akan membahasakan diri ‘sayang’ atau paling tidak membahasakan diri denagn nama sendiri yang saya kira sudah cukp manja. Saling berbalas komen di laman social seperti untuk menzahirkan rasa cinta saya kira sudah cukup untuk menerangkan soal zina lidah.
3. Zina hati : Seorang muslim teringat tentang kekasih hatinya. Ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang, dan berbagai-bagai perumpamaan. Apa salahnya ingatannya itu ditumpukan pada Allah SWT yang lebih Hak. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. 

  Secara mudahnya zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina, tak kira lah wanita atau lelaki. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.
Saya kira jika ada antara kita yang faham agama tetapi masih ingin kapel dgn cuba mengada-ngadakan kapel islamik, mungkin boleh elakkan zina mata dgn zina lidah (jika boleh), tetapi adakah anda boleh mengelakkan zina hati? Sekiranya sms atau call untuk mengejutkan utk bangun solat subuh atau tahajud, saya kira zina hati tetap berlaku. Akan terdetik dalam hati. “dia ingt dgn aku”. 
Matlamat cinta tidak akan menghalalkan cara. Biarlah pada zaman muda kita yang singkat ini kita cintakan Allah dahulu, kemudian apabila sudah bersedia kita baru mencari cinta manusia. Saya akhiri dgn analogy. Jika seorang ibu atau bapa sangat menyayangi anaknya kerana mendengar cakap & selalu mengaku dan memohon maaf jika melakukan kesilapan sudah pasti ibu atau bapa akan memberi sesuatu yang membuatkan anaknya itu lebih taat kepadana. Begitu juga dengan Allah. Allah pasti akan memberi pasangan yang membuatkan diri kita lebih dekat pada Nya. Kenapa perlu berasa kurang yakin dengan Allah? Tepuk dada tanya aqidah! (^.^)v





Comments

Popular posts from this blog