Akhlak dan Telefon Bimbit
Hampir setiap minggu tentu ada saja orang baru yang kita kenal, maklum la “rajin” mengetuk pintu bilik-bilik di kampus. Ada yang menjual t-shirt, ada yang jual kerepek ada yang jual instant mash potato, apa pun barang yang dijual, kita yakin itu bukanlah tujuan utama pintu pintu bilik orang lain diketuk. Tujuan asal adalah untuk mencari objek dakwah yang boleh dibawa kepada Islam. Proses tersebut berlajutan hingga jumlah orang yang kita kenal agak banyak hingga mungkin sampai penuh memori telefon bimbit tadi.
Telefon bimbit memang sudah tidak asing lagi bagi masyarakat zaman ini. Sudah terlalu banyak syarikat yang mengeluarkan telefon bimbit. Sebut saja jenamanya; LG, i-mobile, Samsung dan juga Sony-Ericson. Namun begitu, harus diingat jumlah yang ramai itu tidak membawa kepada apa-apa makna seandainya tidak ada ikatan hati antara da'ie dan mad’u. Justru itu, mari kita bertindak sebagai telefon bimbit kepada objek dakwah dan ikhwah yang berada di keliling kita. Apa yang dimaksudkan bertindak sebagai telefon bimbit???
Cuba lihat telefon bimbit anda sekarang, berpuas hati dengan apa yang anda miliki? Bersyukurlah dengan harta tersebut, sedar taaupun tidak, telah banyak jasa yang telah diberikan oleh telefon tersebut. Firman Allah:
Kembali kepada topik telefon bimbit tadi, telefon yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi dan memudahkan pengguna. Contohnya, boleh menghantar MMS, punya kamera, Bluetooth, memory card, FM radio, perakam suara, pemain mp3 dan banyak lagi fungsi lain.
Maka hal yang sama perlu ada pada diri seorang al-akh. Seseorang yang ditarbiyah sepatutnya mempunyai pelbagai fungsi kepada ikhwah lain, mad’u dan juga masyarakat. Contoh yang lebih jelas, seorang ikhwah yang baik boleh bertindak sebagai penyampai materi yang baik semasa pengisian, boleh memasak, jaguh dalam sukan, pandai mengambil hati orang tua, cemerlang akademiknya dan tersusun urusannya.
Dari sisi yang lain pula, telefon bimbit juga perlu dicas semula untuk memastikan urusan seharian tidak terganggu. Tak guna ada telefon mahal macam mana sekalipun kalau tiada bateri, tetap tak dapat berfungsi. Bayangkan tengah seronok bersembang dengan ikhwah tiba-tiba terputus disebabkan bateri telefon habis. Mesti kecewa. Begitu juga bagi seorang yang ditarbiyah. Tak guna ada kebolehan interpersonal yang baik, seandainya jiwanya tidak terisi dengan rasa cinta kepada Allah, rasul dan dakwah. Hal inilah yang memastikan keberlangsungan sebuah dakwah. Sekiranya para da'ie tidak lagi mempunyai rasa cinta terhadap perkara tersebut, masyarakat tidak lain hanya akan bertambah rosak.
Tentu pengguna plan pra-bayar (prepaid) biasa menggunakan fungsi pindah kredit atau “credit transfer”. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada telefon bimbit (mana ada telefon rumah boleh transfer credit). Melalui cara ini kita dapat membantu orang lain agar dapat berhubung. Begitulah juga sepatutnya bagi seorang yang ditarbiyah. Seorang akhwat perlu boleh berbagi nasihat dengan akhwat lain agar nanti jiwa yang lemah akan kembali segar. Berkongsilah apa yang boleh dimanfaatkan untuk dakwah. Harta yang kita miliki tu ada hak orang lain jugak. Maka, jangan kedekut.
Sekiranya tidak mampu untuk bertindak seperti yang telah disebutkan dari awal, cukuplah sekadar kita kembali kepada fungsi telefon yang asal, memindahkan maklumat. Jika memang diri tidak mempunyai banyak kelebihan yang dapat dimanfaatkan untuk dakwah, cukuplah kita dapat melakukan amar makruf dan nahi mungkar hingga tahap yang kita mampu. Tapi jangan lupa untuk “up-grade” dari masa ke masa agar tidak ketinggalan dalam dakwah.
Comments
Post a Comment