Kelebihan berzikir
Adakah kita berzikir setiap hari,
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda: Jika kamu sedang melawati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun syurga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad, AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir
ini, apa lagi menyebutnya. Ketenangan yang tiada abadi bagi orang yang
berzikir ini, hanya orang yang selalu mengamalkan tahu, nikmatnya
berzikir.
Kelebihan orang yang berzikir :-
- Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.
- Zikir menyebabkan Allah redha
- Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
- Zikir menggembirakan hati
- Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
- Zikir memurahkan rezeki
- Zikir adalah sinaran hati dan muka
- Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
- Zkir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
- Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
- Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
- Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
- Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
Zikir penenang hati, mententeramkan jiwa.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama tak buat entri kerohanian nie. Itulah aku sibuk dengan urusan
duniawilah sangat, hinggalah kena musibah tempoh hari,
baru nak sedar/insaf. Segala kemewahan, kesenangan yang aku ada
sekarang semuanya bersifat sementara jer, ianya tidak kekal. Bila-bila
masa Allah boleh tarik, sesaat bilamana Allah kata “kun”, maka jadilah.
Indah dihari jumaat. Tersimpan pelbagai kelebihan kepada hambanya untuk memperoleh pahala, ganjaran dari
Allah, namun aku, kita sering alpa dengan arus duniawi. Kesibukan
menjadi alasan untuk aku berdolak-dalik, susah nak mencari pahala.
Alpa, alpa dan alpa.
Pada di zaman era serba cergas ini,
kehidupan di bandar megapolitan khasnya yang segalanya mesti dilakukan
dengan pantas dan tepat sehingga jiwa, hati serta badan manusia
memerlukan sesuatu yang sesuai untuk menyeimbangkannya.
Oleh itu, orang bandar terpaksa mencari
jalan penyelesaian dengan pelbagai cara untuk mendapatkan keseimbangan
diri termasuk beriadah secara fizikal atau spiritual atau kedua-duanya.
Bukan orang bandar sahaja sebenarnya, umum kepada mereka yang berada
dimana-mana seluruh dunia, mampu untuk mengutip pahala, hatta sebesar
sekalipun, percayalah.
Zikir penenang hati, oleh Munif Hijjaz. Jom dengar pun dapat pahala
Semoga kita beroleh ganjarannya dengan
hati yang ikhlas. Zikir merupakan penenang jiwa yang paling mujarab.
Beramallah kita semasa badan masih sihat. Sihat sebelum sakit, hidup
sebelum mati.
Contoh lafaz zikir:-
Subhanallah.
100 kali mendapat 1000 pahala dan diampunkan 1000 dosa.
Subhanallahiwabihamdihi.
100 kali diampunkan segala dosa walau seperti buih di lautan.
LA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LA
SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLI
SYA`IN QODIR
SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLI
SYA`IN QODIR
100 kali mendapat seribu pahala dan dihapuskan 1000 dosa dan dilindungi daripada gangguan syaitan.
La Haula Wala Quwwata Illa
BillahSebanyak mungkin mendapat timbangan mizan yang berat dan lafaz
yang paling disukai oleh Allah YangBersifat Ar-Rahman.
Semoga kita terus dapat mengamalkan zikir
dengan hati yang ikhlas, semoga Allah mengampunkan dosa kita yang
telah kita lakukan setiap hari. Sedangkan nabi adalah maksum dijanjikan
syuga, namun tetap berdoa memohon keampunan kepada Allah, sehingga
kedua tapak kakinya bengkak.
Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.
http://zikrihusaini.com/kelebihan-berzikir/
Comments
Post a Comment