Keretapi laju akan untungkan Changi, jejaskan KLIA?
Demi kepentingan negara, kerajaan disaran supaya mempertimbangkan dari
semua sudut cadangan sebuah syarikat swasta (YTL) untuk mengadakan
perkhidmatan keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura. Kerajaan
mesti fikir masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan.
Saya bimbang rancangan yang akan menelan belanja berbilion ringgit itu tidak akan menguntungkan Malaysia sangat tetapi sebaliknya memberi rahmat dan pulangan besar kepada Singapura.
Bayangkan faedah yang boleh diraih oleh Singapura apabila seseorang dari Kuala Lumpur mampu sampai ke republik itu dalam masa satu jam 30 minit dengan keretapi laju. Sebaliknya cuba fikirkan apakah faedah yang boleh diperolehi oleh Malaysia. Siapa yang akan mendapat kelebihan, Singapura atau Malaysia?
Bagi saya, keretapi laju itu pasti akan menjejaskan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) yang masih ketinggalan berbanding Changi di Singapura dan Don Muang di Bangkok. Yang akan mendapat faedah ialah Lapangan terbang Changi.
Saya percaya syarikat penerbangan Singapura (SIA) akan memperkenalkan satu pakej khas untuk menarik rakyat Malaysia dan warga asing yang tinggal di KL dan kawasan sekitarnya untuk menggunakan Changi sebagai lapangan terbang perlepasan. Pakej itu akan meliputi tambang keretapi laju dari KL ke Singapura, mungkin juga penginapan dan semestinya pengangkutan transit ke Changi.
Kita sedia maklum bahawa Changi menawarkan jauh lebih banyak penerbangan ke serata bandar utama dunia berbanding KLIA dan jumlah syarikat penerbangan yang menggunakan Changi juga lebih banyak. Mampukah KLIA bersaing dengan Changi?
Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang paling beruntung di dunia, SIA mampu menawarkan pakej dengan kos yang menarik.
Jika sesuatu projek itu tidak menguntungkannya, Singapura tentu tidak akan berminat, umpamanya projek jambatan untuk menggantikan tambak Johor. Untuk cadangan projek keretapi laju, nampaknya Singapura cukup berminat, kenapa?
Kita semua sedar akan sikap para pemimpin Singapura dari Lee Kuan Yew hinggalah ke anaknya Hsien Loong yang dikenali sebagai sindrom "kiasu" atau tidak berani menghadapi kekalahan (takut kalah), terutama apabila membabitkan Malaysia.
Dulu, Kuan Yew sendiri memperkecil-kecilkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan litar F1 di Sepang sebagai sesuatu yang membazir dan tidak ekonomik. Nah, sekarang apa dah jadi? Singapura sendiri begitu ghairah melobi untuk menganjurkan perlumbaan F1 di litar jalan raya. Kenapa? Sebabnya, Kuan Yew sedar bahawa dia telah melakukan satu kesilapan setelah melihat kejayaan yang diraih oleh Malaysia. Jadi, oleh kerana sikap "kiasu" mereka, Singapura terpaksa menjilat ludahnya sendiri!
Satu lagi projek yang diperkecilkan oleh Singapura ialah kasino. Singapura tidak mahu kasino di dirikan atas alasan moral walaupun negara itu adalah sebuah negara sekular. Rakyat Singapura (majoriti yang bukan Islam) sering berduyun-duyun ke Genting untuk berjudi, sama ada pada hujung minggu atau musim cuti.
Sekarang, Singapura telahpun wujudkan kasino yang canggih di republik itu. Bukan satu tapi dua buah kasino dan pusat percutian dan riadah. Semuanya itu kerana sindrom "kiasu" mereka.
Mengenai jambatan yang dicadangkan (sebelum ianya nak dibengkokkan), Singapura mendapati ia tidak akan memberi banyak faedah kepadanya. Sebaliknya, Malaysia yang akan meraih faedah besar. Jadi, Singapura menolaknya dengan pelbagai cara termasuk mahu ianya dirangkumkan dengan isu dua hala yang masih belum selesai seperti kedudukan tanah Keretapi Tanah Melayu dari Keranji ke Tanjong Pagar, soal penggunaan ruang udara Malaysia untuk pesawat pejuangnya, isu bekalan air dan isu Tabung Wang Simpanan Pusat (CPF) warga Semenanjung yang bekerja di republik itu. Dalam erti kata lain, Singapura menolaknya.
Jadi, minat yang ditunjukkan oleh Singapura apabila ada cadangan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi laju antara KL dan Singapura, harus diteliti dan dihalusi. Mereka sanggup berkongsi biaya semata-mata kerana ia akan menguntungkan mereka.
Kenapa tidak wujudkan perkhidmatan keretapi laju antara KL dan Ipoh ataupun KL dan Butterworth? Atau KL dan Padang Besar? Bukankah ia lebih menguntungkan kita, rakyat Malaysia? Kenapa hanya pembinaan landasan berkembar sahaja tetapi kelajuannya ditahap yang sama.
Mungkin ada udang di sebalik batu. Mungkin ada kaitan dengan projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Mungkin ada faktor lain yang kita tidak tahu. Siapa tahu?

KLIA ngan MAS boleh tutup awal2.
ReplyDelete