ISU MURTAD
Dalam kegembiraan menyambut aidiladha. .. dapat berita
sedih....
Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum
council sudah diluluskan
register dan tidak keluar kat newz.
Sila cari majalah millenium:
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...
ALLAHHUAKBAR
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di
Malaysia!!!
Injil telah dicetak & diedar...
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan
beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat
disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)...
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya.
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut
laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah... baik tak de anak
langsung!!!Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria
bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib
isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta
50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan
sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada
Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah
terbatal.
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah,
semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua
khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam
kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa
pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam d Malaysia.
Tuan-tuan tau depa IFC minta apa kat PM?...
Depa hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara
berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan
dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu
berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni?
Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh
nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru
boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita,
'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak
buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport
dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan
'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada
'kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan
orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang
bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana
kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia
mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang
bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam
menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan
Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina
agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak,
habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah
yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah
disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah
kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau
tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak
akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya,
perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua
hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama
Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk
Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan
kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang
menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda
masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada
Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia
turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk
diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai
agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta
boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita
sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita
sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang
sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti,
tak open minded langsung!'...
Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia
yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang
lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,macam ada
benda dalam mulut sampai boleh nak buka!
-----------------------------
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST
KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA
SAUDARA MUSLIM
copy paste jer...
Allahhuakbar...
nauzubillah
----------//////---------------------//
Penjelasan KP JAKIM
Salam Dato IFC ialah Interfaith Commission, atau
Suruhanjaya Antara Agama. Berbeza dengan Persatuan
Melayu Murtad. Secara khususnya kedua2 entiti tidak
berdaftar, semata2 rumors shj dan berlegar dlm media
sosial telah lama. Tetapi usaha ke arah merealisasikan
matlamat yg sama diserap dlm pelbagai jenama oleh
badan dan individu yg halikatnya juga sudah berada
dlm kerajaan sendiri.
Antaranya ada yg berpendapat sprt Rang Undang-Undang
Harmoni Nasional (National Harmony Act) dan juga
Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) didapati
agak tidak teratur dan overlap kpd Jk Mempromosi
Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yg telah
ditubuhkan sebelum ini.
Dato jawapan kawan saya di KDN << Assalaam. Cerita Per
satuan Melayu Murtad atau IFC atau Pertubuhan Melayu
Kristian adalah cerita lama yg timbul kembali & tidak
benar. Perkara ini amat sensitif & ada kaitan dgn
Perlembagaan, Undang2 negeri, kuasa Raja2 Melayu yg
boleh d katakan mustahil boleh d lulus sewenang2 nya
oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS ) d bawah KDN. Ini
adalah cubaan secara halus utk membawa 'confusion',
mengapi2kan & melaga2kan antara orang2 Islam sendiri,
dgn bukan Islam & ROS serta k'jaan secara amnya dll yg
berkaitan. Kemungkinan ini ditimbulkan semula akibat
isu2 semasa negara. Harap berhati2 kpd kumpulan ini yg
bergerak secara halus yg boleh menggugat kesetabilan
negara & ketenteraman awam.
Tk>>
Comments
Post a Comment