Buasir, penyakit moden masa kini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Semalam saya menerima satu reply menarik dari sdr qusyairy seperti berikut:

qusyairy wrote

Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang penyakit yang saya alami.  Secara luaran saya kelihatan sihat dan ceria. Tapi satu penyakit ini yang saya malu untuk ceritakan pada sesiapa telah menyebabkan saya derita dalam diam. Penyakit ini ialah buasir.

Pada mulanya memang saya rasa biasa sahaja, Cuma sangat jarang saya sakit perut dan berhajat. Bila berhajat, rasa sakit dan susah nak keluar. Itu takpe lagi, mula2 ok je tapi pastu berdarah. So saya buat research sikit,knp jd gitu. Rupa2nya sebab saya suka makan jajan (junk food). so saya berenti makan dan sakit saya tu baik. Tapi sekejap je. Bila saya kerja, ia kembali lagi. Tapi saya tak ambil kisah sangat. Masa tu saya banyak makan burger. Asal rehat je burger. Sebab itu mknn yang paling murah saya blh dapat dan mengenyangkan. Tak pun kentang goreng.masa tu tahun 2005. penyakit tu berlanjutan sampai 2007. saya dah kerja di tempat lain dan dah tak makan fast food tu sume. Penyakit tu masih ada walaupun sgt mudah buang air. Bila saya ceritakan pada kawan saya, dia gesa saya jumpa dokter. Saya g jumpa, tapi takut bila dokter kata nak masukkan kamera kat dubur. Mase tu puasa, jadi dia suruh datang esok malam, tapi saya tak datang pun. Saya dapat tau ada ubat herba yang boleh bantu pulihkan penyakit ni,jadi saya pun beli ubat tu dari seorang yang saya kenal baik. Cuma saya kene tunggu sehingga dia balik kg dan dptkn ubat tu. Memang saya benanya tak ingat bila ia mula masa saya dapatkan ubat untuk penyakit ni. Dalam tempoh saya tunggu tu,sakit saya dah menjadi2, perit pada bahagian dubur sampai tak boleh nak buat kerja. Sakitnya Masya Allah. Saya usaha juga beli teh misai kucing spy lawas. Alhamdulillah, sekarang dah baik : Makan ubat herba (dlm kapsul), banyakkan minum air, tak makan banyak ayam, banyak makan sayur dan buah-buahan.Paling penting, ini semua Rahmat dari Allah.

Punca dari segi pemakanan: Saya sangat suka makan ayam. Boleh dikatakan saya maka apa saja selagi ia halal, tapi ayam, tak kira lah masak apa pun, menjadi favourite saya. Secara kontras, saya kurang makan buah-buahan dan ikan walaupun saya suka makan sayur. Disamping itu, saya sangat suka menjajan. (makanan ringan) Mcm2 jenis saya makan. Saya tahu semua tu banyak bahan perisa tapi saya tak tahu apa kesannya terhadap diri saya. Saya juga jarang minum air masak.Banyak makan mknn sgera spt kentang goreng, burger, nuget, sosej dll (semua makanan yang disejukbeku sebelum dimasak memang tak bagus especially burger-ada plumbum.)


Allah menjadikan haiwan dari tiga kategori iaitu karnivor, herbivor dan omnivor. Karnivor memakan hanya daging seperti kucing, anjing, singa dan harimau. Herbivor hanya memakan tumbuhan seperti arnab, lembu, kambing dan rusa. Omnivor pula ialah haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan seperti ayam, itik, manusia dan monyet.

Apabila manusia merubah sunnatullah ini dengan memberikan makanan formula baru kepada lembu dengan memasukkan protin dari haiwan ke dalam makanannya, Allah memberikan pelbagai penyakit baru kepada lembu seperti penyakit lembu gila dan sebagainya.

Begitu hebat Allah SWT dalam mencipta makhlukNya. Seekor singa dapat menjalani hidup yang sihat hanya dengan memakan daging. Gajah, zirafah dan lembu dapat hidup membesar dan sihat hanya dengan memakan tumbuh-tumbuhan. Begitulah sunnatullahnya kejadian makhluk ini.

Manusia dijadikan Allah SWT secara sunnatullahnya perlu memakan daging dan tumbuhan untuk hidup sihat dan membesar. Manusia tidak akan hidup sihat dan membesar hanya dengan memakan tumbuhan semata-mata atau dengan memakan daging semata-mata. Manusia amat perlu memakan daging dan tumbuhan secara halalan toyyiba (halal lagi baik) dengan seimbang. Sebagai buktinya, orang Cina yang sudah mengamalkan amalan vegetarian semenjak beberapa tahun didapati mengalami berbagai penyakit termasuk lemah badan kerana mereka ini melanggar sunnatullah kejadian manusia. Manusia yang gemar makan daging semata-mata memanglah bakal mengundang pelbagai masalah. Masalah yang kerap menyerang umat Islam sewaktu perayaan aidilfitri ialah ramai antara mereka mengalami sukar membuang air besar kerana hanya makan ayam / daging dengan nasi atau ketupat. Begitulah akibatnya apabila sunnatullah kejadian manusia dilanggar oleh manusia.

Dalam hal makanan yang diambil oleh haiwan seperti monyet dan kucing, mereka lebih bijak dalam menentukan makanan yang mereka ambil untuk mempastikan halalan toyyiba. Serangga perosak tidak mahu menyerang buah tembikai yang ditanam kerana buah tembikai ini mengandungi insecticide namun manusia bersahaja makan tembikai yang terkandung insecticide di dalamnya. Kucing yang sakit akan memakan tumbuhan tertentu sewaktu mereka sakit sebagai ubat. Seekor monyet belaan jiran saya amat gemar memakan pokok sayur pegaga yang saya tanam di depan rumah. Monyet ini gemar memakan sayur pegaga kerana khasiat pegaga ini banyak dalam membantu menyihatkan tubuh badan.

Sewaktu saya kecil dahulu, tidak kedengaran langsung penyakit kencing manis dan buasir namun kini penyakit ini semakin banyak di alami oleh manusia. Manusia makan bukan lagi kerana mencari halalan toyyiba semoga menjadi rawatan badan yang sihat tetapi makan kerana murah dan sedap asalkan kenyang. Apabila konsep makan berdasar “murah dan sedap asalkan kenyang”, maka tunggulah saatnya penyakit yang bakal diberikan oleh Allah SWT.

Kini semakin lumrah kanak-kanak di Malaysia yang hanya makan nasi dengan ayam bodoh disamping burger, naget, sosej dan yang sewaktunya. Sayur langsung tidak mahu diusik. Apabila saya melihat tabiaat ini di kalangan rakan-rakan saya, sedih juga melihatnya tetapi mereka ini berlagak pandai apabila saya menegurnya. Apabila kanak-kanak pergi ke restoran fast food, ibu bapa merasa cukup puas hati apabila anak-anak ini makan kentang lenyek dengan ayam goreng atau burger. Mereka (ibu bapa ini) tambah gembira apabila kanak-kanak berusia 6 tahun dapat menghabiskan 2 ketul besar ayam (bodoh) goring.

Sebenarnya penyakit yang melanda umat di Malaysia kini sebahagian besarnya perlu dipersalahkan kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak tabiat permakanan yang merosak dan tidak seimbang. Anak-anak makan nasi dengan ayam dan burger digalakkan tetapi anak-anak tidak dididik untuk memakan sayuran yang baik. Mungkin ada juga ibu bapa yang sekadar mengajar anak mereka makan sayur namun dari jenis kobis, timun dan taugeh. Memanglah sayuran dari jenis ini halal namun adakah kobis itu baik untuk tubuh?? Sila baca artikel bertajuk Jangan Makan Kubis () di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/5 . Ada juga ibu bapa yang langsung tidak mengajarkan anak-anak mereka makan ikan. Maklumlah ikan ini lebih mahal dari ayam dan ikan pula mungkin menyebabkan anak kelak tercekik duri ikan.

Tabiat buruk amalan pemakanan inilah yang mengakibatkan penyakit buasir. Antara punca penyakit buasir ialah:

1. Makan atau makan kerap cheese
 
2. Makan ayam dan daging secara kerap
 
3. Tidak makan sayuran yang baik secara kerap, mencukupi dan konsisten seperti sawi pahit, tomato, daun ubi, peria, kailan, terung, ulam raja, pegaga, daun keledek, pucuk paku, kacang panjang, tenggek burung dsbnya.
 
4. Makan burger, naget, sosej dan makanan rapu lainya.
 
5. Menjadikan buang air besar hanya bila perlu dan bukan sebagai rutin. Jadikanlah buang air besar sebagi rutin yang wajib sekali atau dua kali sehari.

Artikel reply yang dihantar oleh sdr qusyairy di atas memang sangat tepat untuk menjelaskan mengapa beliau diberikan Allah penyakit buasir. Alhamdulillah beberapa hamba Allah yang merujukkan kes buasirnya kepada saya telah kembali pulih dan normal kini selepas merubah tabiat pemakanannya disamping memakan ubat berbentuk kapsul yang mengandungi ramuan herba tertentu untuk selama dua hingga 3 bulan. Ubatnya pun tidaklah begitu mahal. Kepada yang memerlukan ubatnya, silalah email kepada saya di kangmasjb@hotmail.com . Ubat ini disediakan oleh isteri arwah guru saya di Kuala Lumpur. Namun bagi sesiapa yang tidak bersedia untuk merubah tabiat pemakanan, tak payahlah bersusah payah untuk membeli ubatnya, membazir.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Comments

Popular posts from this blog