Bila dah berkahwin, macam-macam makanan
yang Zifa jumpa. Maklumla kahwin dengan berlainan negeri. Kalau kahwin
sama-sama kampung tak merasa la pengalaman berada di negeri orang. Sebab
itu digalakkan kita mencari ilmu sampai ke negeri China. Banyak perkara
baru yang dapat kita perolehi.
So, entry kali ini Zifa nak berkongsi
satu resepi keluarga yang Zifa belajar dari mak mertua Zifa iaitu resepi
perut lembu bakar. Meleleh pulak. Ini adalah antara resepi dan makanan
yang Zifa baru jumpa dan cuba sejak berkahwin. Zifa memang minat dengan
apa-apa makanan yang berasaskan perut lembu. Di Terengganu, resepinya
lain skit. Nanti akan dikongsikan kemudian.
Actually perut lembu yang dimaksudkan
dalam resepi ini adalah perut bulat iaitu usus lembu yang
panjang-panjang tu. Suami panggil nama ‘perut bulat’. Tak tau la pulak
hang pa panggil apa. Orang Utara panggil esau atau perut muda.
Jom. let’s get started!
Bahan-bahan:
Perut lembu bulat (seeloknya cari perut dari lembu muda)
Garam
Serbuk kunyit
Gula Batu
Air
Cara Membuatnya:
- Perut bulat dibersihkan terlebih dahulu dengan kapur. Buang segala kotoran dan lemak. (buang yang tebal-tebal je). Jangan sampai licin pulak lemak tu dibuang. Yang menyedapkan lagi lemak tu la. Hehe..
- Selepas dibersihkan, masukkan di dalam periuk yang telah diisi air. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Rebus perut sehingga lembut tapi jangan terlalu lembut. Nanti tak sedap, tak terasa pulak kunyah perut. Tapi ikutla selera masing-masing. Kalau tak ada gigi tu, sampai extra lembut la. Hihi…
- Bila dah siap rebus, toskan perut tu dan boleh la dibakar sampai garing. Kalau tak nak bakar pun boleh. Goreng perut yang telah direbus dalam kuali dengan minyak yang sedikit sampai garing.
- Potong perut tu jadi kecik-kecik skit. Lebih kurang 2cm atau sesuka hang pa. Hang pa yang nak makan. Siap. Boleh la dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang panas-panaas. Meleleh lagi…!!!!
http://www.alamhati.com/blog/2012/perut-lembu-bakar/
Comments
Post a Comment