Miracle of Azan

14 January 2011

AZAN TERCABAR?!

(Keajaiban azan yang berkemundang tanpa henti seluruh dunia pada tiap masa adalah satu mukjizat yang boleh menarik jiwa yang kufur kepada keimanan)

Salam 2 all.

Tindakan seorang peguam kafir mempertikaikan laungan azan d Masjid Ikhlasiah, Kg. Kerinci ternyata satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam. Azan adalah satu institusi Islam yang sudah ujud sejak pembentukan Daulah Islam Madinah zaman Rasulullah. Mempertikaikan azan bermakna mempertikaikan Islam. Pada teman, perbuatan ini sama saperti mengisytiharkan "perang secara terbuka" terhadap Islam!!

Perbuatan bia-DAP saperti ini perlu dihentikan segera sebelum ianya menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan, malahan diletakkan ditahap yang tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain. Menghormati Perlembagaan adalah ciri kewarganegaraan yang jelas, dan keluhuran Perlembagaan adalah tiang seri Rukun Negara. Mempertikaikan institusi Islam sama saperti mempertikaikan Perlembagaan, dan mempertikaikan Perlembagaan meletakkan seseorang itu tidak lagi layak menjadi w arganegara Malaysia!! Period!!

Diwaktu yang sama, teman juga hairan dengan kejahilan dan kebodohan segelintir jahlun yang penuh kebodohan menerima tohmahan bahawa arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Apalah punya bodoh sangat. Takkan putar belit dan pembohongan macam tu pun nak percaya?! Takkanlah umat Islam ni begitu rendah tahap IQ nya sampai fitnah bodoh macam tu pun mahu dipercayai!? Ini adalah taktik kotor dan sempit yang diamalkan oleh musuh-musuh Islam, dengan melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang ketawa besar mereka juga!!

Faktanya jelas. Yang mempertikaikan azan tersebut adalah seorang kafir. Yang komplen mengenai azan itu adalah seorang kafir. Yang menulis bantahan itu adalah seorang kafir. Sudah tentulah pihak berkuasa Islam saperti JAWI perlu mengkaji aduan dan bantahan tersebut. Dan untuk mengkaji perlulah JAWI turun ke padang berjumpa dengan anak qariah dan jawatankuasa Masjid. Tetapi JAWI tidak pernah mengeluarkan arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah itu. Bodohlah kalau JAWI bertindak sedemikian!

Yang menjadi musuh kita ialah si kafir itu. Dia yang perlu dihadapi. Dan dia perlu dihadapi bukan dengan pelempang atau parang, apatah lagi senapang. Sebaliknya teman cadangkan kepada jawatankuasa Masjid dan anak qariah pergi berjumpa dengan beliau dan cuba diselidiki apa yang dia tidak puashati. Berikan penjelasan kepada beliau mengenai institusi azan. Perjelaskan kepada dia peranan azan dan kedudukannya didalam Islam. Perjelaskan juga perbezaan azan dengan cara agama lain. Beritahu beliau mengapa azan dilaungkan lima kali sehari.

Kalau dapat selitkan juga kisah mengenai mukjizat azan, bagaimana ianya berulang-ulang dilaungkan diseluruh pelusuk dunia 24 jam sehari semalam tanpa berhenti berdasarkan keunikan bumi ciptaan ALLAH yang siang dan malamnya bersilih ganti mengikut lokasi geografi sesuatu tempat (lihat videoklip diatas untuk kefahaman sendiri). Moga-moga beliau bukan sahaja memahami institusi dan kedudukan azan didalam Islam, malah kita mendoakan mana tahu ALLAH membuka hatinya kepada Islam.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Safar 1432
14 Januari 2011

Comments

Popular posts from this blog