Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang


Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang

Sepanjang saya menguruskan makmal-makmal di JPSM Fakulti Pendidikan semenjak tahun 2003/4, saya kerap bermain untuk membiasakan diri dengan peralatan-peralatan Pasco dari Amerika yang menjadi sebahagian dari peralatan untuk “computer based experiment” di dalam makmal. Diantara peralatan yang saya kerap saya “bermain” ialah heart beat sensor. Peralatan ini akan memaparkan graf denyutan jantung.

Semakin kerap saya bermain peralatan ini dengan menguji kepada ramai pelajar-pelajar saya, semakin saya tertarik dengan peralatan ini kerana timbul pertanyaan, “mengapa bentuk pola denyutan jantung pelajar-pelajar ini berubah-ubah dan terdapat pula perbezaan yang sangat tidak masuk akal!”. Apabila terdapat perbezaan yang menunjukkan bahawa pelajar ini seakan-akan mempunyai “irregular heart beat” atau dalam bahasa Melayunya ialah denyutan jantung yang tidak menentu dimana perbezaan perubahan denyutan ini kadang-kala melebihi 25% dan ada kalanya melebihi 50%, saya semakin tertarik. Bagi kes pelajar seperti ini, berlatarbelakangkan pengetahuan ilmu perubatan secara tradisional yang di ajarkan oleh arwah guru, saya menyambung ujian ke atas pelajar ini dengan mengajukan  pelbagai soalan untuk mencari simptom penyakit dan seterusnya menentukan masalah penyakit pelajar ini. Dengan cara ini saya dapat mengenalpasti masalah penyakit pelajar ini. Alhamdulillah, sememangnya terdapat korelasi yang amat kuat diantara penyakit dengan pola bentuk graf di peralatan Pasco tersebut.

Bermula dari saat ini, minat saya ke atas peralatan Pasco ini semakin mendalam. Semakin ramai pelajar yang saya uji denyutan jantungnya menggunakan heart beat sensor ini. Semakin ramai pelajar diuji semakin menarik. Berbagai pameran di UTM seperti pameran sempena Pesta Konvokesyen yang saya turut serta untuk mengambil lebih banyak sampel disamping mempromosikan Fakulti saya. Semakin ramai pelajar yang menjadi sampel, semakin bertambah menarik kajian tidak rasmi saya ini.

Diantara berbagai sampel yang saya uji ini, termasuklah anak-anak saya dan diri saya sendiri. Kajian memang semakin menarik. Namun satu masalah timbul dimana ada kalanya sampel didapati mempunyai masalah buah pinggang apabila disiasat melalui kaedah tradisional arwah guru saya tetapi tidak dapat ditunjukkan oleh peralatan Pasco tersebut. Ini menjadikan kaedah pengesanan penyakit melalui heart beat pattern menggunakan peralatan Pasco ini menjadi kurang tepat dan tidak konsisten. Untuk tempuh lebih dari setahun saya menghadapi masalah ini namun kajian saya tetap diteruskan.

Segala pujian hanyalah untuk Allah SWT akhirnya Allah memberikan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah saya ini. Melalui kaedah ini, segala penyakit berhubung buah pinggang, jantung dan paru-paru dapat dikesan dari peringkat awal sehinggalah peringkat yang kronik. Saya menyambung kajian dengan mendapatkan sampel piawai yang bermasalah di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk mendapatkan keputusan sama ada peralatan Pasco saya ini dapat mengesan dan mengesahkan penyakit tersebut melalui heart beat pattern atau pola denyutan jantung. Keputusan kajian ini mengesahkan 100%. Setiap pesakit yang telah dikenalpasti tersebut sememangnya mempunyai pola denyutan jantung yang mengesahkan bahawa mereka mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka. Alhamdulillah terima kasih ya Allah ya Tuhan ku.

Bermula dari saat tersebut penyelidikan saya semakin mantap dan lebih ramai menjadi sampel kajian saya yang terdiri dari orang awam, pensyarah, staf UTM dan para pelajar. Namun disebalik kejayaan kajian saya, ramai orang yang marah saya. Setelah saya menyatakan bahawa buah pinggang atau jantung mereka sudah terdapat gangguan, sampel ini telah pergi menemui doktor untuk mengesahkan apa yang saya katakan dan didapati bahawa hasil dari siasatan, doktor mengatakan bahawa buah pinggang atau jantung mereka adalah sihat. Kini terdapat percanggahan keputusan siasatan doktor dengan hasil kajian saya berdasarkan pola denyutan jantung ini.

Kepada mereka yang bersemuka kembali dengan saya, penjelasan saya ialah sistem pengesanan menggunakan peralatan Pasco ini adalah sistem yang amat sensitif yang mengesan masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru semenjak peringkat awal sedangkan sistem pengesanan oleh doktor di hospital atau klinik hanya dapat mengesan masalah buah pinggang jantung dan paru-paru apabila masalah ini sudah menjadi serius. Fakta ini memang pun telah disahkan oleh beberapa doktor yang saya temui. Sebagai contoh, kehadiran batu didalam buah pinggang hanya dapat dikesan menggunakan ultra sound atau X Ray apabila saiz batu tersebut sudah mencapai saiz sebesar kacang hijau. Maknanya kehadiran batu buah pinggang yang lebih kecil tidak dapat dikesan oleh doktor sedangkan kesan kehadiran batu di dalam buah pinggang yang halus sudah dapat dikesan melalui simptom secara tradidional dengan menyoal beberapa soalan dan juga dapat dikesan menggunakan peralatan Pasco ini.

Dengan menggunakan peralatan Pasco ini, saya telah menyiasat seorang pelajar saya pada Mac 2006 iaitu seorang sampel yang menghadapi “serious irregular heart beat” / denyutan jantung yang tidak menentu secara sangat melampau. Pelajar ini saya namakan Hasmah. Hasmah sangat kurus, kecil dan pendik. Susuk tubuhnya sudah dapat menjelaskan bahawa Hasmah memang tidak sihat. Apabila saya soal secara ilmu pengesanan penyakit secara tradisional yang diturunkan arwah guru, mengesahkan bahawa pelajar ini memang menghadapi gangguan jantung yang serius. Namun apabila disiasat doktor, para doktor mengatakan tiada masalah jantung.

Setelah menyiasat permakanan Hasmah ini, saya mendapat petunjuk yang sangat menarik iaitu Hasmah makan telur secara berterusan sekurang-kurangnya sebiji telur sehari semenjak kecil. Graf denyutan jantung Hasmah yang terlalu teruk menghalang saya untuk mengenalpasti penyakit lain kerana agak mustahil kerana graf tersebut sukar menentukan penyakit lain oleh kerana terlampau teruk “irregular”nya. Saya menasihatkan Hasmah untuk mengambil makanan tertentu bagi merawat jantungnya termasuk jangan lagi makan telur, elakkan margerin, elakkan creamer, kurangkan ayam daging dan mengelakkan makan burger, naget dan makanan rapu lainnya.

Saya tidak membuat siasatan susulan ke atas Hasmah semenjak hari tersebut. Ditakdirkan Allah bebarpa hari lalu saya bertemu semula dengan Hasmah dan seterusnya kami membuat temujanji untuk saya menyiasat tahap kesihatan beliau pada hari semalam 28 Mac 2008. Setelah diuji dengan peralatan Pasco, saya cukup gembira apabila mendapati tidak ada lagi irregular heart beat pattern yang menggambarkan jantung beliau masih bermasalah. Ini juga telah disahkan oleh Hasmah apabila beliau mengatakan bahawa tahap kesihatan beliau kini adalah amat positif sekali berbanding 2 tahun lalu. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT.

Namun apa yang saya tidak gembira apabila melihat pola denyutan jantung Hasmah ini ialah bahawa pola ini menggambarkan Hasmah menghadapi gangguan buah pinggang yang agak serius. Namun Hasmah menyatakan kepada saya bahawa siasatan doktor baru-baru ini tidak mendapati sebarang masalah kesihatan. Setelah menyoal beberapa soalan, saya mendapati memang tahap buah pinggangnya agak serius. Sewaktu tidur, kerap Hasmah mengadu sakit di bahagian pinggang disamping tapak kaki Hasmah yang alah tidak boleh memijak simen. Hasmah sentiasa berselipar apabila memijak simen. Ini adalah antara petanda jelas menunjukkan gangguan pada buah pinggang yang berada pada tahap agak serius.

Setelah mengkaji permakanan Hasmah, alhamdulillah makanan yang dimakan oleh Hasmah jauh lebih baik setelah saya menasihati beliau pada tahun 2006 lalu. Hasmah sudah memastikan beliau minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tiada lagi makanan rapu dan tiada lagi minuman Nescafe, Sunquick dan orange squash, tetapi mengapa buah pinggangnya bermasalah? Akhirnya Allah memberikan rahmatNya, Hasmah gemar sangat memakan tembikai dan tembikai susu dengan kadar yang banyak kerana pada pendiriannya, kandungan air dan garam mineralnya boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau.  Sememangnya pada asalnya tembikai / tembikai susu itu baik untuk manusia tetapi petani yang menggunakan racun serangga Furadan 3G sewaktu menanam tembikai /tembikai susu ini menyebabkan racun serangga ini terus berada di dalam isi / flesh buah tembikai (bukan di permukaan buah tembikai) dan racun inilah yang menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Dari bahan yang saya ceritakan di atas, berikut adalah intipati penulisan ini:

  1. Peralatan Pasco di makmal saya mampu mengesan masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru walau pun pada peringkat awal. Peralatan pengesan doktor di hospital hanya dapat mengesan masalah ini apabila tahapnya sudah mencapai tahap serius.
  2. Sesiapa yang ingin mendapatkan scanning/pengesanan tahap kesihatan buah pinggang, jantung dan paru-paru, boleh datang menemui saya secara percuma dan seterusnya insya-Allah akan diberitahu punca masalah tersebut dari hasil soal jawab. Kaedah rawatan masalah atau masalah-masalah akan diberitahu.
  3. Makan telur sekadar minima sehari satu biji secara berterusan untuk tempuh yang lama adalah merosak jantung.
  4. Masalah jantung sebagaimana dihadapi oleh Hasmah insya-Allah dapat dirawat menggunakan kaedah pantang larang makanan serta memakan ubat yang mudah diperolehi di kedai seperti kacang hijau yang direbus.
  5. Elakkanlah dari memakan buah tembikai / tembikai susu kerana mengandungi racun Furadan 3G di dalam isi buah tersebut yang merosak buah pinggang. Racun Furadan 3G ini adalah dalam bentuk butir dan penggunaannya adalah dengan menabur butir-butir racun ini di sekeliling pokok tembikai. Racun yang melarut akan diserap melalui akar pokok tembikai ini. Kesannya ialah segala daun, pokok dan buah tembikai ini tidak akan diserang oleh serangga. 

 Sekian  wassalam wallahuaqlam

Emjay

Comments

Popular posts from this blog