Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah & Komen2
Kisah Benar Puan Lola & Adik OKU
Artikel Berkaitan
Status Ayah Remaja OKU Didedah!
Reaksi Jiran Isu Remaja OKU Dikurung
Gaji Bersih Lola RM1549.38!!!
Terbaru*** Penjelasan Bapa Tiri Firdaus
Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah
~~~~~~~
Bismillah.
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya,
saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan
baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada
sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..
Adik OKU ini
terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh
ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa
tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya
rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian
semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak
termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun
post di Facebook....
Dan sepertimana
post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon
share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas
"perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu
adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan
sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah
fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon
share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada
di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam
gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga
adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan
Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah
apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui
oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor
masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak
lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia
berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat
dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
MENGALIR AIRMATA MELIHAT VIDEO INI
Dan disinilah
bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus
berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga.
Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang
amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada
di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai
kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan
beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola
menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan,
menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat
kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh
lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola
mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.
Dan jika kita
persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia
tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka
teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk
menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam
wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO
kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah
bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut
mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola
adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan
selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung
keluarga.
Situasi kini
adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut
jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari
Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus.
Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..."
"Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya.
Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan
untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula
dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu
kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin
membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa,
generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan
Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya
Allah.
Tidak percaya
dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad
Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada
adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah
payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita
seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah
dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika
berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti
akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul
tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU
yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap
ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak
boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu
perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu
dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan
sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang
datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang
yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin
sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah
sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat
berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata
kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan
Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda
ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada
mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini
amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada
5 ) Tolong
share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the
truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan
post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya
Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
Artikel Berkaitan
Status Ayah Remaja OKU Didedah!
Reaksi Jiran Isu Remaja OKU Dikurung
Gaji Bersih Lola RM1549.38!!!
Terbaru*** Penjelasan Bapa Tiri Firdaus
Artikel Berkaitan
Status Ayah Remaja OKU Didedah!
Reaksi Jiran Isu Remaja OKU Dikurung
Gaji Bersih Lola RM1549.38!!!
Terbaru*** Penjelasan Bapa Tiri Firdaus
Kredit : Kamal Zawari Ghazali Asamkipas [FB]
711 comments:
- Hadi BukhariJune 24, 2014 at 1:20 AMKau pun reka cerita tah2..fikir logik. Takkan baju sehelai je kot utk bdk tu? Tak leh tukar baju lain?bantal pun reput gilaa.bdk tu brape lame tak mandi takkan smpai takde mase nak mandikan..eh..aku rase mcm tak leh terima akal lah alasan daif smpai mcm ni. Ade je org lain yg lagi miskin anak ramai salah sorg oku..elok je baju boleh tukar boleh uruskan utk mandi. Kau klu nak back up pun biarla masuk akal..mak die kat dlm fb bkn main lagi dress up..daif kejadahnya..ingat org zaman skrg buta akal tak leh fikir ke?tak logik dan tak leh blah alasan mcm ni..anak die yg sorg lagi tu elok pulak pakainya?takkan sarung baju bersih yg tak sampai brape minit pun tak boleh???Reply