membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak
sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam
satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak
sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan- SubhanAllah, apa
jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri,
Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan
tidak sedar.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan "apa sahaja
perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat
nanti". Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita
berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan
ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita
berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah
SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/03/06/membaca-al-quran-selepas-keluar-dari-bilik-pembedahan-tanpa-sedar/
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/03/06/membaca-al-quran-selepas-keluar-dari-bilik-pembedahan-tanpa-sedar/
Comments
Post a Comment