LUAHAN SAYU HATI PENJAWAT AWAM, BPH PUNCA RUMAH/BILIK SEWA DI PUTRAJAYA NAIK HARGA MENDADAK




Tahun ini dah genap 10 tahun aku tinggal di Putrajaya. Alhamdulillah kerana aku antara orang yang terawal tinggal di Putrajaya, aku dapat kuarters.

10 tahun yang lalu, aku hanya sewa bilik single, tak berkongsi dengan harga RM125 sebulan. Apabila kerja dah stabil, aku mohon kuarters dan dapat. Mungkin pada masa itu tak ramai yang tinggal di Putrajaya. Jadi, senanglah dapat.

Zaman-zaman itu, rumah sewa di Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) dan Putra Damai, bawah RM600 pun boleh dapat kalau pandai negotiate. Namun, sekarang (2015) nak cari rumah bawah RM900 pun sangat susah. Bilik sewa single room berkongsi pun harga di antara RM250 - RM500, bergantung kepada apa yang ada di dalam rumah itu.

Puncanya? Tak salah kalau aku kata Bahagian Pinjaman Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri punya undang-undang dan penguatkuasaan adalah lemah. BPH gagal mencari sistem yang lebih sesuai untuk menangani masalah ini. Ramai yang tahu, banyak kuarters di Putrajaya dari rumah sewa. Jadi, bila orang susah nak dapat kuarters, pemilik rumah-rumah sewa akan naikkan harga.

Sebelum aku teruskan esi aku, aku nak share beberapa kes dengan BPH yang mana kes-kes ini adalah kes yang melibatkan orang-orang yang aku kenal.

KES PERTAMA

Kawan aku, kerja sebagai guru di Bangi, isterinya kerja sebagai jururawat di Putrajaya. Anak dah nak masuk 4 orang. Dia sendiri apply kuarters tetapi ditolak dengan alasan,

'BERTUGAS DI LUAR PUTRAJAYA'

Kemudian, dia mohon sekali lagi menggunakan nama isteri. Pun tak dapat juga dan sudah dua kali menghantar rayuan. Senyap...  tanpa sebarang berita.

KES KEDUA

Adik ni seornag anak tunggal, berasal dari pantai timur dan ibunya tinggal berseorangan di kampung. Hajatnya nak bawa ibunya duduk di Putrajaya, tetapi rumah sewa mahal melampau-lampau. Tak mampu nak sewa dengan level gaji gred 17.

Mohon kuarters pun tak dapat-dapat. Katanya,

1. Sebab belum berkahwin.
2. Bertugas di luar Putrajaya dan jabatan tidak menyediakan kuarters.

Kuarters yang terdekat adalah di Putrajaya. Sudah hantar rayuan tetapi tidak dilayan.

Orang kata, kena selalu 'follow up'. Dah 'follow up', pun senyap juga. Dia nak minta balik bertugas di kampung tetapi queue terlalu panjang dan tempoh menunggu terlalu lama.

Sekarang ibunya sakit, kena strok separuh badan. Mujur ada sepupu tolong jaga di kampung. Masalah kesihatan ibunya juga telah diberitahu dalam surat rayuan, tetapi BPH tetap DIAM SERIBU BAHASA.

KES KETIGA

Kawan lama aku, Alhamdulillah dapat kerja kerajaan walaupun gred N1 pun jadilah. Tetapi Tuhan nak uji dia, dapat seorang anak kelainan upaya. Isteri terpaksa berhenti kerja untuk jaga anak sambil buat bisnes part time jual kuih, letak di stesen Petronas.

Kawan aku pula, kadang-kadang terpaksa kerja sebagai pengawal keselamatan. Kalau penant, berhenti sebulan dua, baru kerja balik dalam situasi yang amat memaksa. Pernah mohon kuarters, beberapa kali dah kemaskini, tak dapat dapat sampai ke hari ini.


Itu antara kes-kes yang aku tahu. Yang aku tak tahu memang banyak lagi sebenarnya. Sebab memang ramai yang cakap kuarters Putrajaya banyak yang penuh. Tetapi kuarters di rumah aku, aku perhati ada 4 unit yang kosong untuk sekian lamanya. Dekat setahun dah kosong, reserve untuk hantu ke apa?

Sesiapa yang duduk di kuarters Putrajaya mungkin akan perasan, banyak kereta-kereta mewah diletakkan di kawasan letak kereta kuarters Putrajaya untuk gred-gred rendah. Bukan sikit, bukan calang-calang kereta, satu rumah kadang-kadang sampai 2-3 buah kereta. Dari Toyota Alphard, Camry, Wish, CRV, SUV, pickup truck mewah.

Hairan juga aku, aku dan isteri menetap di kuarters pun hanya mampu guna Proton Waja dan Yamaha LC je. Isteri aku pergi kerja guna kereta, aku pula naik motosikal je. Hairan juga, bila ramai yang mampu beli kereta mewah sampai 2 3 buah. Kalau dah mampu beli kereta mewah, kenapa tak beli rumah? Keluar terus dari kuarters dan berikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Aku sendiri, Insha Allah tahun depan akan keluar kuarters bila rumah yang aku beli dah siap.

Ada juga yang dah beli rumah tetapi dengan bangga dan bergayanya tinggal di kuarters sebab sewa kuarters murah. Rumah yang dibeli, disewakan mahal-mahal, mana tak hidup mewah. Yang betul-betul memerlukan kuarters, merana nak survive.

Kuarters dah jadi macam harta sendiri. Siap boleh perturunkan kepada anak-anak atau orang lain yang dikenali. Tuan punya kuarters dah beli rumah tetapi tak nak pindah keluar. Bagi sewa pada orang lain. Kira orang lain yang bayar pada dia. Ada juga yang buat bilik sewa. Sewa yang dikenakan pula mahal melampau. Dah buat aduan tetapi BPH langsung tak ambil tindakan. Sekadar reply emel untuk makluman sahaja.

Yang downgred jangan cerita, kerja gred 32, gred 48, takkan tak mampu beli rumah selepas 5 6 tahun duduk di kuarters? Aku yang kerja cikai-cikai ini pun mampu beli rumah walaupun 10 tahun struggle.

Kalau BPH kenakan syarat, mana-mana penjawat awam yang telah memiliki rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja, tidak layak atau perlu keluar dari kuarters. Mungkin sedikit sebanyak dapat menangani masalah ini.

Boleh juga letak tempoh untuk menetap di kuarters. Contohnya, 5 tahun, kalau nak lanjutkan tempoh, kena buat rayuan. Itu antara idea-idea yang aku dengar dari kakitangan kerajaan yang lain berkenaan dengan masalah memohon kuarters.

Keperluan kritikal perlu diutamakan dulu. Ini semua nak ikut queue kecuali llah kenal orang dalam yang berpangkat besar, memang senang. Tolak ke tepi undang-undang bodoh yang kata kalau bertugas di luar Putrajaya tidak layak memohon. Habis kalau kuarters terdekat hanya di Putrajaya, takkan tak layak memohon?

Kesan dari tiadanya sistem yang sesuai bagi menangani masalah kuarters BPH ini, tak lain tak bukan, rumah-rumah atau bilik-bilik sewa menjadi mahal. Sebab semua orang tahu, nak dapat kuarters sangat susah. Mula-mula penyakit rumah/bilik sewa mahal-mahal di dalam Putrajaya, lama kelamaan berjangkit ke kawasan-kawasan yang berdekatan. Masing-masing nak ambil peluang atas masalah kesukaran orang lain.

HAKIKATNYA,YANG TERLEBIH MAMPU HIDUP BERMEWAH-MEWAH DI KUARTERS SIAP BOLEH BUAT DUIT DAN SEMAKIN KAYA, YANG KURANG BERKEMAMPUAN TERPAKSA SURVIVE DENGAN PELBAGAI CARA UNTUK TERUSKAN HIDUP. SYABAS BPH


http://kakiping.com/v/51252/luahan-sayu-hati-penjawat-awam-bph-punca-rumahbili.html 



Comments

Popular posts from this blog