Menguap?Bila Wajib dan Bila Makruh serta Bila Haram?
Apakah
sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu
satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah
soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk
pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat,
makruh atau harus. Bagaimana ya?
• Menguap jadi WAJIB
sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan.
Katalah kita terlalu mengantuk... menguap adalah tindakan biologi
seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak
ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap
sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit
kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu
menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa.
• Menguap jatuh HARAM sekiranya
kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Katalah
semasa mendengar satu ceramah, kita bosan dan benci pada penceramahnya.
Lalu kita pura-pura menguap untuk 'memberitahu' penceramah kita benci
atau bosan. Menguap ketika itu menjadi isyarat untuk 'menghalau' atau
menyuruh sipencermah sakit hati dan berhenti. Pada waktu itu menguap
jatuh haram. Dibuat berdosa, ditinggalkan berpahala.
• Menguap hukumnya SUNAT jika
dilakukan mengikut sunnah Rasulullah, yakni dengan menutup mulut dan
membaca taawwuz . Kerika itu berdoa kelihatan sopan dan tertib sekali.
Bukan sahaja indah dipandang mata manusia, tetapi disukai oleh Allah.
Dengan menguap seperti itu, hukumnya sunat. Sangat digalakkan dan diberi
pahala.
• Menguap hukumnya HARUS dalam
mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dalam keadan berdiri, duduk atau
berbaring. Tidak semestinya menguap mesti dalam keadaan duduk. Ertinya,
boleh menguap dengan 'gaya bebas'. Harus hukumnya.
• Bila menguap jatuh MAKRUH?
Perbuatan makruh, walaupun tidak haram, tetapi ntidak disukai Allah dan
hodoh pada pandangan manusia. Menguap jatuh makruh sekiranya dilakukan
tanpa sopan misalnya membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya. Hingga
dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak
suka cara menguap begitu. Kebencian Allah ke atas perkara-perkara
makruh, walaupun tidak berdosa tetapi elok sangat ditinggalkan. Malah,
jika ditinggalkan berpahala pula.
Adab Menguap
1. Berupaya Semampunya Menahan dan Menolak Menguap.
Seseorang
harus berusaha menolak, mengalahkan, dan menahan kuapan, khususnya
ketika sedang solat. (kembang hidung n kembung mulut xpa)...
2. Meletakkan Tangan di Mulut
Tujuan
meletakkan tangan di mulut ketika menguap ialah agar mulut tidak
terbuka, yang pada saat itu manusia terlihat buruk dan pada saat itu
juga syaitan sedang menertawakannya, sebagaimana yang disebutkan dalam
hadits yang tercantum pada awal.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Apabila salah seorang kalian menguap, hendaklah ia menahan mulutnya dengan tangannya kerana syaitan boleh masuk." (HR. Muslim (2995) dari Abu Sa'id ra)
3. Tidak Mengeluarkan Suara Aaah...
Jangan
mengeluarkan suara `Aaah...' atau suara `waaah...', sebagaimana yang
tercantum pada awal. Sebab, syaitan sedang menertawakannya jika ia
mengeluarkan suara seperti itu..
Comments
Post a Comment