CORETAN UMRAH MAC 2015
Penerbangan sewa khas Tabung Haji Travel Sdn Bhd (THTS) bertolak dari klia jam 11 pagi ke Madinah pada 15 Mac 2015 dan selamat tiba Lapangan Terbang Madinah jam 3 petang waktu Arab Saudi. Kami menginap di Hotel Movenpick jaraknya lebih kurang 50 meter dari Masjid Nabawi. Amal ibadat di Madinah selama 4 hari dan mas
Perjalanan mengambil masa selama 8 jam+. Bagusnya sebelum terbang ketua pramugara MAS membaca doa naik kenderaan dan doa musafir.
Sebagai perkongsian buat semua pembaca, sama ada yang telah pergi ke
tanah haram atau belum lagi, saya kongsikan antara catatan dan coretan
daripada saya berkaitan ibadah umrah ini. Semoga ia bermanfaat untuk
kita bersama.
Di Masjid Nabawi
Pada hari ke2 di Madinah, selesai sarapan pagi, jemaah umrah bersama mutawif melakukan ziarah dalam di Masjid Nabawi . Antaranya :
Pada hari 3 di Madinah
pula, dengan diiringi mutawif, para jemaah dibawa dengan menaiki bas
yang selesa pergi melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah seperti
Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid dua kiblat, medan perang Khandak dan
berbelanja di Pasar kurma.
Hari ke4 merupakan hari terakhir jemaah kami di Madinah.
Perasaan meninggalkan kota Madinah amat sayu sekali terutamanya apabila
meninggalkan makam Rasulullah yang salama kita di sini, berasa
Rasulullah amat dekat sekali dengan kita.
Selesai menunaikan solat Zohor di Masjid
Nabawi, jemaah berangkat ke Mekah Al-Mukarramah dengan menaiki bas.
Jemaah umrah dinasihati bersiap-siap memakai pakaian ihram dan berwuduk
dari bilik hotel.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil
masa lebih kurang 7 jam. Para jemaah umrah akan di bawa bermiqat
ditempat miqat yang bernama Bir Ali. Selesai bermiqat, terus bertolak ke
Kota Suci Mekah. Jemaah diminta untuk perbanyakkan membaca Talbiah
bersama-sama. Semangat kita pada masa ini kembali berkobar-kobar dan
tidak sabar lagi untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kalinya.
Sampai di Mekah, kami akan dibawa ke Swiss hotel untuk proses check in dan meletakkan bagasi di bilik
masing-masing. Selepas itu, para jemaah bersama-sama mutawif pergi ke
Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah pertama.
Selesai menyempurnakan ibadah umrah pertama, jemaah kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat.
Hari ke5 merupakan hari bebas.
Tiada ziarah ke mana-mana. Namun ada sebahagian jemaah mengambil
peluang untuk bersiar-siar sekitar Kota Mekah untuk mendalami budaya dan
cara hidup rakyat Arab di sini disamping boleh membeli sedikit buah
tangan untuk dibawa ke Tanah air.
Pada hari ke6 selepas
bersarapan, jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar
Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Masa
ziarah dimbil masa lebih kurang 2-4 jam.
Sesiapa yang keinginan untuk melakukan
umrah, disarankan untuk berpakaian ihram siap-siap di hotel. Para jemaah
berniat umrah di Jaaranah bagi sesiapa yang berhajat untuk menunaikan
umrah.
Hari ke7 juga merupakan
hari bebas untuk para jemaah. Ada jemaah yang mengambil peluang
menunaikan umrah sendiri dengan menyewa teksi untuk berniat di Tana’im,
dan ada juga jemaah menghabiskan masa dengan beriqtikaf di Masjid.
Jemaah juga berpeluang melakukan sekali lagi ibadah umrah dan akan berniat umrah di Hudaibiyah.
Hari ke8 merupakan acara bebas buat para jemaah.
Pada hari ke10, merupakan
hari terakhir jemaah di Tanah suci Mekah. Jemaah akan melakukan Tawaf
Wadaq iaitu tawaf selamat tinggal sebelum bertolak ke Airport Jeddah
untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Perasaan sebelum
meninggalkan Kota Suci Mekah adalah satu perasaan yang sukar
diterangkan. Perasaan bersyukur, gembira, sedih, insaf telah bercampur
sekali.
Para jemaah umrah selamat tiba di Kuala
Lumpur (KLIA). Segala kenangan manis di kota Madinah dan Mekah akan
disimpan dalam diri masing-masing seumur hidup. Semoga semua jemaah
umrah Tabung Haji Travel Sdn Bhd mendapat keampunan dari Ilahi dan mendapat umrah yang
mabrur.
1. Menunaikan umrah dan haji adalah jemputan Allah
Ibadah umrah dan haji adalah ibadah yang diwajibkan ke atas setiap
orang Islam untuk ditunaikan apabila sudah mempunyai kemampuan. Apabila
berpeluang menunaikan umrah dan haji, maka rebutlah peluang yang ada
apabila berkemampuan. Ini kerana, peluang yang hadir adalah sebenarnya
jemputan daripada Allah buat hamba-Nya yang telah dipilih.
Pasanglah niat untuk menunaikan umrah dan haji dan menjejakkan kaki
di Tanah Haram Mekah dan Madinah. Apabila telah mempunyai niat,
insyaAllah segalanya akan dipermudahkan Allah untuk kita melakukannya.
Ia bukanlah soal mempunyai wang atau tidak, tetapi ia adalah soal
niat ingin menunaikan ibadah umrah dan haji. Berapa ramai yang mempunyai
wang yang lebih, tetapi tidak mampu untuk menunaikan ibadah ini. Ini
kerana, mungkin mereka tidak sesekali memasang niat untuk menunaikan
ibadah ini. Sebaliknya, berapa ramai pula yang asalnya tidak mempunyai
wang yang banyak, tetapi diberikan peluang dan dijemput Allah dengan
pelbagai cara.
Ada yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga, syarikat, universiti, pakej pelancongan, orang perseorangan dan sebagainya.
Asalkan mempunyai niat untuk menunaikan ibadah ini, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan Allah.
2. Bersedia dengan ilmu
Menunaikan ibadah umrah dan haji perlukan seseorang itu mempunyai
ilmu berkaitan dengannya. Rukun, syarat-syarat sah, wajib haji dan
umrah, larangan ihram, pelaksanaan tawaf dan sebagainya.
Justeru, persediaan ilmu amat penting bagi membolehkan kita melakukan ibadah ini dengan pelaksanaan yang terbaik. Ilmu ini boleh dipelajari daripada ustaz-ustaz yang memimpin kumpulan umrah dan menyertai kursus-kursus yang diadakan.
Dengan persediaan ilmu, kita akan lebih yakin dan lebih bersedia
untuk menunaikannya dengan cara paling terbaik. Lebih-lebih lagi dengan
belanja yang tidak sedikit, masakan kita tidak mahu melakukannya dengan
cara yang terbaik.
3. Umrah dan haji mencuci dosa
Kelebihan yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka yang melaksanakan
ibadah ini adalah keampunan dosa. Apabila ibadah umrah dan haji
dilakukan dengan sempurna dan sah, maka Allah telah menjanjikan ganjaran
yang besar iaitu suci daripada dosa seumpama kita baru dilahirkan
kembali.
4. Bukti cinta kepada Allah dan Rasulullah S.A.W
Ibadah umrah dan haji adalah bukti cinta kita kepada Allah dan
Rasulullah S.A.W apabila kita meninggalkan kampung halaman semata-mata
untuk mencari cinta dan keredhaan Allah serta menziarahi nabi kita,
Rasulullah S.A.W.
Apabila kita solat, kita menghadap kiblat, iaitu Kaabah. Bagaimana
pula apabila kita berpeluang untuk solat betul-betul di hadapan Kaabah?
Bagaimana perasaan pada ketika itu tidak dapat diungkap. Rebutlah
peluang ini apabila sudah mempunyai kemampuan.
5. Ia perlukan pengorbanan
Sebagaimana kita maklum, ibadah umrah dan haji menuntut pengorbanan
masa, tenaga, wang ringgit dan segala kesenangan lain. Ia menuntut
ketabahan, ketenangan dan kebergantungan penuh kepada Allah supaya dapat
melakukan ibadah dengan sempurna.
Tua atau muda, semuanya berpeluang untuk menunaikan ibadah ini asalkan mempunyai kemampuan. Justeru, apabila berpeluang pergi pada ketika kita masih sihat ini,
maka rebutlah dan tunaikanlah ia sebelum kita diuji dengan kesakitan,
kesibukan dan halangan yang lain.
6. Sabar dalam ujian
Bersabar dan berserah kepada Allah saat diuji. Sudah pasti, dalam
perjalanan yang jauh ini, kita akan menemui pelbagai kesusahan yang
sebenarnya adalah ujian Allah bagi melihat kesabaran kita dalam
menghadapinya.
Antara ujian yang biasa dihadapi ialah ujian semasa pergi dan pulang,
ujian kesihatan (demam, selesema, sakit tekak, menggelupas kulit, kulit
kaki merekah, datang bulan), ujian tenaga (berjalan kaki, menunaikan
ibadat, dll.), cuaca yang berbeza, hilang selipar dan barang-barang
peribadi dan sebagainya.
Setiap ujian yang berlaku, perlulah dihadapi dengan kesabaran dan
ketenangan. Jangan sesekali merungut, rasa kecewa dan putus asa, tetapi
tetap bersabar.
7. Perbanyakkan ibadah dan berdoa
Selain menunaikan ibadah umrah dan haji, rebut juga peluang mendapat
gandaan pahala yang banyak dengan memperbanyakkan amalan sunat lain
seperti bersedekah, membaca al-Quran, tawaf sunat,berzikir, bertasbih
dan sebagainya. Ini kerana, amat besar ganjaran pahala yang diberikan
bagi setiap amalan kebaikan yang dilakukan di tanah haram ini.
8. Luangkan lebih masa di dalam Masjidil Haram, Mekah dan Masjidil Nabawi, Madinah
Apa yang istimewa di Mekah dan Madinah dan tidak ada di tempat lain
adalah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Oleh itu, manfaatkan masa
sepanjang menunaikan umrah dan haji dengan beriktikaf dan berada di
dalam masjid. Lebihkan masa setiap hari untuk berada di dalam masjid
berbanding di bilik hotel atau di kedai-kedai.
Bukan sekadar hadir solat 5 waktu, tetapi rebutlah peluang untuk
berada lebih lama di dalam masjid dan membuat amalan-amalan ibadah yang
lain.
9. Rebut peluang mustajab doa
Di Mekah dan Madinah, banyakkan berdoa dan memohon apa jua hajat
kepada Allah. Rebut peluang berdoa di hadapan Kaabah terutamanya di
hadapan Multazam dan di dalam Hijir Ismail serta di dalam Raudah di
dalam Masjid Nabawi.
Walaupun kadangkala perlu berebut dengan orang ramai, namun ia tidak
menjadi masalah apabila ada niat dan keinginan, insyaAllah akan
dipermudahkan Allah.
10. Ziarah Madinah dan Mekah
Di Mekah dan Madinah, terdapat pelbagai tempat menarik dan bersejarah
yang seharusnya kita lawati bagi mengambil iktibar dan pengajaran
daripadanya.
11. Rancang kehidupan pasca umrah dan haji
Kehidupan selepas menunaikan umrah dan haji adalah lebih mencabar.
Bagaimana ingin kekal suci daripada dosa, mengelakkan daripada melakukan
dosa, sentiasa bertaubat kepada Allah, menjaga amalan fardu solat 5
waktu, menjaga amalan-amalan soleh yang lain, menjaga adab-adab dan
akhlak, dan membina kehidupan yang lebih baik.
Semuanya perlukan perancangan dan tindakan disertai doa mohon
petunjuk dan bimbingan daripada Allah. Semoga kehidupan selepas umrah
dan haji menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan Allah.
12. Semoga dijemput lagi
Ibadah umrah dan haji menggamit pelbagai kenangan sepanjang berada di
tanah suci dan sesiapa yang telah pergi, sudah semestinya mahu dan
ingin menjejakkan kaki lagi sekali.
Bila dan bagaimana, terserah kepada kemampuan masing-masing. Apabila
menerima jemputan mengerjakan umrah dan haji, maka rebutlah ia. Semoga
kita sama-sama menerima jemputan Allah mengerjakan kedua-dua ibadah
umrah dan haji ini.
Artikel ini diubah suai dari http://www.zulpress.com/my-story/12-catatan-umrah/
Comments
Post a Comment