MARI AMAL JARIAH DAN FISABILILLAH UNTUK SAHAM AKHIRAT ANDA - BAGI PERBELANJAAN PENGURUSAN MASJID DAN KAKITANGAN MASJID
SUMBANGAN BOLEH DIKREDITKAN KE AKAUN: MASJID BANDAR SERI PUTRA - Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85
Resit rasmi drp Bendahari - Setiausaha - Sdr Adli 0132215804
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
AMALAN SELAWAT KE ATAS RASULLULLAH S.A.W - barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan perolehi syafaatku pada hari kiamat
Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada
setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak.
Bahkan mereka yang bukan beragama islam telah membuat kajian untuk
mencari kelemahan dan kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang
kekurangan. Sungguh kita semua bertuah dijadikan sebagai umat akhir
zaman,walaupun kita semua berasal dari rumpun bangsa yang berbeza (hatta
juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad saw lantaran adanya internet
sebgai perantaraan. Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan
harian Nabi saw sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan
dilupakan juga buat muslimin maslimat agar sentiasa berselawat kepada
Nabi Muhammad saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap
orang islam untuk Nabi Muhammad saw. Salam dan selawat untuk junjungan
besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita
wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian.
InsyaAllah.
* Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan
meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di
kabulkan – Tirmizi.
* Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
*
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap
hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
* Sesiapa yang berselawat 41 kali
sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti
hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
* Berselawat 33 kali
sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
* ALLAH akan
hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11
kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
* Sewaktu
menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang
terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik
kesopanan.
* Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
* Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
* Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
* Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.
* Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat
Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim.
Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
* Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada
malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
* Setiap penyakit ada penawarnya.
Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang
sakit atau memulas akan sembuh.
* Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
* Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
* Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
* Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah
supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa
seketika bersama makmum
* Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil
dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu.
* Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
* Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan
bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
* Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat
subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang
bencana
* Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung
* Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
* Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.
* Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah
kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung
(yang berada di kiri badan) mengepam darah
* Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
* Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) – Bukhari
* Membaca selawat 10 kali pada setiap
waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri
daripada mendapat kemurkaan ALLAH
* Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
* Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan .
* Silangkan kaki jika tidur di masjid.
*
Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas
kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
* Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
* Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) –
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh.
* Menurut Al-Hafiz Dimyati,
sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
* Setelah bersolat Nabi
SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat
yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
* Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
* Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang.
* Menutup mulut dan rendahkan suara
tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau
pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
*
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat
sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali
pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya – Abu Naim
* Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
* Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH
akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
* Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
* Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
* Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
* Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun &
wabak penyakit berbahaya yang lain
* Bersujud syukur jika dapat
khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang
menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
* Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya
* Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda
memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau
beredar.
* Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10
kali setiap selesai solat Maghrib
* Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
* Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan
usaha yang berterusan.
Artikel ini bukanlah hasil tulisan saya.
Ianya saya perolehi menerusi email yang tersepit natara lain-lain
artikel tetapi tidak diketahui penulis asalnya. Semoga Allah melimpahkan
pahala yang banyak kepada penulis asal artikel ini dan kepada semua
para pembaca. InsyaAllah[
AMALAN SELAWAT KE ATAS RASULLULLAH S.A.W
A. Pendahuluan: Kepentingan Selawat Sebagaimana
yang diterangkan mengikut dalil-dalil ayat dan hadis, bahawa selawat
kepada Nabi S.A.W. adalah merupakan satu ibadah yang mulia dan amalan
yang terpuji. Oleh itu kaum Muslimin sangat dianjurkan agar sentiasa
membawa selawat kepada Nabi S.A.W. dengan penuh keimanan dan keikhlasan,
kerana ianya mempunyai keutamaan dan fadhilat yang amat besar. Dalam
konteks ini saya mengajak semua pembaca kepada membaca selawat sebagai
satu amalan zikir selepas solat yang akan saya terangkan selepas
memaparkan artikel ini. Nabi S.A.W. adalah seorang Nabi dan Rasul
Allah yang mempunyai keutamaan, kedudukan dan darjat yang tinggi di
sisi Allah dengan memiliki sifat-sifat kemulian dan keagungan yang
sempurna berbanding dengan para Nabi dan Rasul Allah yang lain. Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai
akhlak yang agung (mulia)." (Surah Al-Qalam:4) Firman Allah S.W.T. lagi
yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik
selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56) Allah S.W.T. yang Maha
Pengasih lagi maha Penyayang telah memperlihatkan betapa kasih dan
sayangNya kepada Nabi S.A.W. dengan berselawat kepadanya sebagai
pujian-Nya dan memuliakan serta mengutamakan Nabi S.A.W. di hadapan para
malaikatNya. Para malaikat juga turut melahirkan keutamaan ke
atas Nabi S.A.W. dengan mendoakan, mengucap selawat dan memohon
keampunan baginya. Kaum Muslimin sebagai umat Nabi S.A.W. berkewajipan
melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi
kepada beliau, kerana kedudukan dan kemuliannya melebihi para Nabi dan
Rasul a.s dengan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam sebagai
memperkuatkan iman serta berpegang teguh kepada sunnah dan mengamalkan
segala ajarannya sebagai pedoman hidup. Sabda Nabi S.A.W. "Tidak
sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya
daripada ia mencintai anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, An-Nasaie dan Ibnu
Majah) Dengan membaca selawat kepada Nabi S.A.W., setiap doa dan
amalan-amalan yang lain akan diterima oleh Allah. Jesteru itu selawat
memainkan peranan penting dalam segala amalan hidup kerana ianya dapat
mempengaruhi keberkatan dalam hidup manusia yang beriman dengan Allah
dan Rasul-Nya. Sabda Nabi S.A.W. "Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
Berselawat
kepada Nabi S.A.W. bererti memperbesarkan dan mengagungkan serta
mendukung perjuangannya yang mulia di samping melahirkan rasa syukur
atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah
menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah
S.W.T. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan tidaklah
diutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekelian alam” (Surah Al-Anbiyak:107). Firman Allah S.W.T. lagi yang
bermaksud: "Maha Memberkati Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada
hamba-Nya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh
alam” (Surah Al-Furqan:1) Dengan melazimi berselawat kepada Nabi
S.A.W., insya Allah kaum muslimin tergolong sebagai mereka yang akan
mendapat keistimewaan dan mempunyai kedudukan yang terdekat dengan Nabi
S.A.W. bersama-sama para sahabatnya pada hari kiamat kelak. Sabda
Nabi S.A.W. "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan
aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat
kepadaku." (Hadis Riwayat An-Nasaie & Ibnu Hibban) B. Kelebihan Selawat Selawat
kepada Nabi S.A.W. adalah merupakan ibadah yang mulia dan terpuji,
mengandung berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan
perlindungan yang istimewa dari Nabi S.A.W. serta memperolehi ganjaran
yang besar dari Allah di hari akhirat kelak. Diantara kelebihan selawat
adalah seperti berikut: 1. Mendapat Syafaat Nabi S.A.W. Sabda
Nabi S.A.W. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi
sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi
syafaatku pada hari kiamat." (Hadis Riwayat At-Tabrani) Sabda
Nabi S.A.W. "Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima
syafaatku." (Hadis Riwayat Ibnu Adi & Al-Baihaqi) 2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi S.A.W. Sabda
Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku
mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu
diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia
dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan
pembela baginya." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib) 3. Mendapat keampunan dosa dari Allah. Sabda
Nabi S.A.W. "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah
berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh
kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." (Hadis
Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim) Sabda Nabi S.A.W.
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat,
maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun." (Hadis Riwayat Ad-Dailami) Sabda
Nabi S.A.W. dari Ubai bin Ka’ab: "Aku bertanya, wahai Rasulullah!
Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan
untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. Ia
berkata: kataku: "Seperempat." Sabda Nabi: "Apa yang kamu sukai dan jika
kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu”. Kataku: "Apakah
sepertiga?" Sabda Nabi: "apa yang kamu sukai,jika kamu tambah itulah
yang lebih baik bagi kamu." Ia bertanya: "Apakah aku jadikan selawatku
buatmu semuanya." Nabi bersabda: "Jika demikian maka dicukupilah
cita-citamu dan diampuni dosamu." (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmizi &
Al-Hakim) Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa yang berselawat
kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan
dihapuskan darinya sepuluh dosa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban) Sabda
Nabi S.A.W. "Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku Azza Wa Jalla
maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku
dari muatmu, Allah S.W.T. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan
menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh
darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya." (Hadis
Riwayat Ahmad) Sabda Nabi S.A.W. "Berselawatlah kamu kepadaku,
kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa & pembersih dosa)
bagimu." (Hadis Riwayat Ibnu Murdawaih) 4. Mendapat Rahmat dari Allah. Sabda
Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah
menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali." (Hadis Riwayat Muslim) Sabda
Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus
kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi
antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya." (Hadis
Riwayat Abu Nu’aim) 5. Mendapat Hajat Dunia & Akhirat Sabda
Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali,
maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat
dan tiga puluh untuk di dunianya." (Hadis Riwayat Ibnu Majar dari Jabir
R.A.) 6. Digembirakan Dengan Syurga Sabda Nabi S.A.W.
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia
tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga" (Hadis Riwayat
Abu As-Syaikh dari Anas R.A.) Sesungguhnya amat beruntunglah
mereka yang sentiasa berselawat ke atas Nabi dengan menjadikannya
sebagai wirid dan amalan harian dalam hidupnya. Sebaliknya amatlah rugi
dan tercelanya mereka yang tidak mahu membaca selawat kepada Nabi S.A.W.
dalam hidupnya. Sabda Nabi S.A.W. "Hinalah hidung orang yang
ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku." (Hadis Riwayat
At-Tirmizi) Sabda Nabi S.A.W. "Orang yang bakhil ialah yang
disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." (Hadis
Riwayat At-Tirmizi) C. Antara Faedah–faedah Selawat Di
dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat
kepada Nabi S.A.W. mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan
kemuliaan iaitu: 1. Memperolehi selawat dari Tuhan Penguasa Alam 2. Memperolehi syafaat dari Nabi S.A.W. 3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik 4. Menghapuskan dosa 5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup 6. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir 7. Memperolehi nur lahir dan batin 8. Mendapat keselamatan dari azab neraka 9. Membolehkan memasuki syurga 10. Memperolehi ucap selamat dari Allah Menurut
para ulamak yang berdasarkan keterangan-keterangan hadis, bahawa
membaca selawat kepada Nabi S.A.W. akan memperoleh berbagai-bagai faedah
yang amat besar, di antaranya : 1. Memperolehi limpah rahmat dari Allah 2. Ditulis sepuluh kebajikan 3. Dihapuskan sepuluh kesalahan 4. Diangkat sepuluh darjat 5. Memperolehi kesempurnaan iman 6. Menjauhi dari kerugian dan penyesalan 7. Tergolong sebagai mereka yang soleh 8. Mendekatkan diri kepada Allah S.A.W. 9. Memperolehi syafaat Nabi S.A.W. 10. Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi S.A.W. 11. Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki 12. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa 13. Menghapuskan dosa dan menutupkan aib 14. Terselamat dari kebingungan di hari akhirat 15. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah 16. Terhindar dari kefakiran 17. Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi S.A.W. 18. Memperolehi keberkahan dalam hidup 19. Terhindar dari mereka yang bakhil 20. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah S.W.T. 21. Memudahkan jalan bagi memasuki syurga 22. Menjadi zakat dan pembersih diri 23. Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat 24. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan di langit 25. Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah 26. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati 27. Tergolong dalam mereka yang tidak melupai Nabi S.A.W. 28. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari Padang Mahsyar 29. Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Sirat di akhirat 30. Terkabul segala hajat dan cita-cita D. Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Selepas Solat Seperti
yang kita ketahui, Imam besar mazhab kita, Al-Imam As-Syafe'i telah
menggariskan bahawa selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
adalah sebahagian daripada rukun solat. Dalam ertikata lain, ibadah yang
terutama dalam hidup kita selepas kita menjadi seorang muslim dengan
mengucapkan kalimah tayyibah - la ilaha illAllah, tidak akan sah
melainkan dengan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli
keluarga baginda. Bahkan adalah sepakat Ulamak bahawa membaca selawat
adalah satu amalan sunat yang sangat-sangat dicintai (mustahab). Seperti
yang disebutkan terdahulu firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi.
Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan
ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam."
(Surah Al-Ahzab:56) Ayat ini menjadi dalil bahawa berselawat itu
adalah tuntutan dan sangat mustahab pada setiap masa dan ketika. Bahkan,
tuntutan yang dinyatakan meminta kepada selawat dan salam yang sempurna
dan sebaik-baiknya. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah
boleh dibaca selawat selepas solat memandangkan tiada dalil-dalil yang
khusus mengenainya. Jawapannya, kesepakatan ulamak pada membacanya dalam
solat dan sunat lagi mustahab membacanya pada bila-bila masa, menjadi
dalil bahawa sudah tentulah ia juga boleh dibaca selepas solat. Seterusnya,
sudah disepakati bahawa adalah sunat dan mustahab untuk sekelian umat
Islam berdoa selepas solat, sedangkan tidaklah sempurna berdoa itu
melainkan dengan berselawat dan salam ke atas Nabi S.A.W. Seperti
yang disebutkan terdahulu lagi, sabda Nabi S.A.W. "Setiap doa adalah
terhalang, sehingga berselawat atas Nabi (Nabi Muhammad S.A.W.)" (Hadis
Riwayat Ad-Dailami) Seterusnya, sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Tidak duduk satu kaum dalam satu majlis, dan mereka tidak berzikir
kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi mereka (Nabi Muhammad S.A.W.)
melainkan penyesalan akan menimpa mereka. (Hadis Riwayat At-Tirmizi -
Hadis Hasan Sahih; dan Riwayat Ahmad) Dalam kitab Jilaul Afham,
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menyatakan bahawa antara masa-masa yang
baik untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ialah selepas
menunaikan solat. Beliau berkata: Al-Hafiz Abu Musa dan lain-lain
menyebutkan sedemikian dan mereka tidak menyebutnya kecuali dengan
sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Madini daripada 'Abdul
Ghani Bin Sa'id, beliau berkata: Aku mendengar 'Ismail Bin Ahmad Bin
'Ismail Al-Hasib berkata: Abu Bakar Muhammad Bin 'Umar memberitahu aku
bahawa beliau berkata: pada suatu masa aku berada di sisi Abu Bakar bin
Mujahid, lalu As-Syibli datang dan Abu Bakar Bin Mujahid bangun lantas
memeluknya serta mengucup dahinya. Aku pun berkata kepadanya: Wahai
tuan! Adakah patut dibuat sebegini kepada As-Syibli, sedangkan engkau
dan semua orang di Baghdad menganggapnya sebagai seorang yang gila? Lalu
beliau berkata kepadaku: Aku melakukan kepadanya sebagaimana Rasulullah
S.A.W. melakukan kepadanya oleh kerana aku telah melihat Rasulullah
S.A.W. dalam mimpi, dan As-Syabili sedang datang, lalu baginda bangun
dan mengucup dahinya. Lantas aku berkata: Wahai Rasulullah! Mengapakah
Tuan melakukan sebegini kepada As-Syibli? Lalu baginda bersabda: Orang
yang membaca selepas solatnya "Laqad ja akum rasulum min anfusikum...
(dua ayat akhir Surah At-Taubah sehingga tamat surah itu)" dengan
diikuti berselawat ke atasku. Dalam riwayat lain baginda
bersabda: Dia tidak pernah solat fardhu melainkan dia akan membaca
selepas solat itu "Laqad ja akum rasulum min anfusikum... (dua ayat
akhir Surah At-Taubah sehingga tamat surah itu)" dan dia berselawat
"Sallallahu 'alaika ya Muhammad!". Lalu apabila aku pergi menemui
As-Syibli, aku bertanya kepadanya tentang apa yang diamalkannya selepas
solat. Beliau lalu menyebut sama seperti apa yang aku mimipikan.
(Wallahu A'lam - Tamat). Saya tidak akan menyebut fadhilat
membaca dua ayat terakhir Surah At-Taubah buat kali ini. Insya Allah,
kalau ada kelapangan, saya akan menulis pula mengenainya. Apa
pun, adalah jelas berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan terang dengan
penerangan dan huraian berdasarkan dalil-dalil yang lainnya serta kisah
di atas bahawa selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W. adalah sunat dan
mustahab dibaca pada bila-bila masa sekalipun dan ia meliputi waktu
selepas membaca tahiyyat, selepas solat, di dalam doa, sama dapat pergi
atau tidak menziarahi kubur Nabi S.A.W. Saya cukup yakin bahawa
di masa-masa biasa yakni bukan selepas solat, ramai yang akan kesibukan
dengan urusan masing-masing dan akan terlupa, jika tidak lalai dan leka,
untuk berzikir dan berdoa mahupun berselawat ke atas Nabi Muhammad
S.A.W. Justeru, manfaatkanlah 5-15 minit selepas solat untuk tujuan
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan RasulNya Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik
selawat dan salam ialah yang sempurna yang contohnya adalah seperti
yang selalu dibaca di dalam solat sebaik sahaja selepas membaca tahiyyat
dan bersyahadah. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali
Sayyidina Muhammad. Semoga kita semua beroleh berkat, rahmat dan syafaat dalam mengamalkannya. Allahu A'lam.
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Resepi Perut Lembu Panggang Assalamualaikum… Bila dah berkahwin, macam-macam makanan yang Zifa jumpa. Maklumla kahwin dengan berlainan negeri. Kalau kahwin sama-sama kampung tak merasa la pengalaman berada di negeri orang. Sebab itu digalakkan kita mencari ilmu sampai ke negeri China. Banyak perkara baru yang dapat kita perolehi. So, entry kali ini Zifa nak berkongsi satu resepi keluarga yang Zifa belajar dari mak mertua Zifa iaitu resepi perut lembu bakar. Meleleh pulak. Ini adalah antara resepi dan makanan yang Zifa baru jumpa dan cuba sejak berkahwin. Zifa memang minat dengan apa-apa makanan yang berasaskan perut lembu. Di Terengganu, resepinya lain skit. Nanti akan dikongsikan kemudian. Actually perut lembu yang dimaksudkan dalam resepi ini adalah perut bulat iaitu usus lembu yang panjang-panjang tu. Suami panggil nama ‘perut bulat’. Tak tau la pulak hang pa panggil apa. Orang Utara panggil esau atau perut muda. Jom....
BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit Salam pagi Jumaat Hari baik2 ni nak ler berkongsi dgn u all pasal penyakit batu karang yer kot2 ada yang mencari2 perubatan tradisional meh sini I nak share mende2 baik ni kita kena kongsikan bersama Pagi2 buta sebelum suboh dah tercongok kat sini bukan aku yang sakit temankan ajer sebab kesian sakitnya dah teruk sgt sampai nak kena buat operations So sebagai mencari alternatif lain tak salah rasanya kalau nak mencuba rawatan tradisional cuma aku tekankan kat sini kalau bomoh yang pakai jampi serapah contoh cam kemenyan tu sorilah dah sah2 aku sendiri pun tak percaya khurafat lagi (baru jer feeling2 nak bodek Mr Y pi tengok citer khurafat..tp ada blogger kata tak serem punnn...cancell) So kalau korang pi sini tak perlu bawa air...botol beli jer kat sini...yang besar tu harganya RM2 ... so kami beli dua sebab apa aku expla...
Comments
Post a Comment