♥ஜ♥ 7 Angkah RAHSIA yang Allah Ciptakan ♥ஜ♥

Dalam Islam, angka 7 merupakan angka yang istimewa kerana banyak rahsia yang tersembunyi di dalamnya ciptaan Allah terhadap pelbagai perkara. Tidak dapat disangkal lagi bahawa angka paling istimewa dalam Al-Quran setelah angka 1 adalah angka 7. Semuanya terkandung di dalam Al-Quran yang suci. Selaion daripada Al-Quran, Hadith Nabi juga mempunyai banyak simbolik yang berkaitan dengan angka 7 ini.

"Al-Quran merupakan mukjizat dari Allah SWT untuk manusia kaji dan fahami isinya"

Jika diteliti dan dihayati terdapat begitu banyak perkaitan angka 7 di alam semesta dan persekitaran kehidupan kita. Keesaan Allah SWT dapat kita lihat di dalam Al-Quran yang begitu sempurna dengan asas angka 7.

Di dalam Surah Al-Baqarah yang merupakan surah pertama yang disebut Allah berkaitan angka 7 iaitu :

“Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikannya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.

Begitu juga dengan penghulu Al Quran iaitu Surah Al-Fatihah yang dijadikan Allah sebagai pembuka Al-Quran dan menetapkan ayat-ayatnya berjumlah tujuh.

♥ஜ♥ Penciptaan Langit ♥ஜ♥
Dalam penciptaan langit, kehadiran angka 7 cukup istimewa kerana ketika alam ini diciptakan, Allah yang Maha Berkuasa telah menjadikan langit berjumlah 7 lapis serta 7 lapis bumi.

Firman Allah yang menerangkan tentang penciptaan langit dan bumi ini :

“Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dengan ilmuNya.”
[Surah Al-Thalaq : ayat 12]

Allah menghiasi UDARA dengan tujuh LAPIS LANGIT yang didalam FirmanNya yang bermaksud :

“Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh”.
[Surah An-Nabaa : ayat 12].

Kemudian Allah menghiasi pula langit dengan tujuh BINTANG.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya”.

♥ஜ♥ Penciptaan Bumi ♥ஜ♥
Begitu Allah mencipta bumi 7 lapisan di mana Hadith ada meriwayatkan bahawa lapisan-lapisan bumi ini ada penghuninya sendiri iaitu:

❀❀«¤» Lapis ke-7 dihuni Malaikat
❀❀«¤» Lapis ke-6 dihuni iblis dan Pembantunya
❀❀«¤» Lapis ke-5 dihuni para syaitan
❀❀«¤» Lapis ke-4 dihuni ular-ular
❀❀«¤» Lapis ke-3 dihuni kalajengking
❀❀«¤» Lapis ke-2 dihuni jin-jin

«¤» Lapis pertama «¤»
Dihuni manusia Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan 7 lautan, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

“Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya” [Surah Luqman : ayat 27]

«¤» Syurga dan Neraka «¤»
Allah menjadikan syurga dan neraka sebanyak 7 lapisan. Setiap lapisannya untuk seluruh umat manusia menurut amal ibadah yang telah dilakukan kepada Allah SWT di mana semakin baik amalannya, maka semakin baik kedudukannya begitu juga sebaliknya. Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkat iaitu neraka Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 pintu, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

“Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, di mana tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka” [Surah Al-Hijr : ayat 44]

«¤» Al-Quran «¤»
Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang iaitu :
Al-Baqarah
Ali Imran
Al-Maidah
An-Nisaa’
Al-An’aam
Al-Anfa’al dan
At-Taubah

Seterusnya dicantikkan lagi dengan 7 ayat pembuka kitab iaitu Surah Al-Fatihah. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung”
[Al-Hijr : ayat 87]

♥ஜ♥ Jasad ♥ஜ♥
Allah menghiasi manusia dengan 7 angggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian Allah SWT lengkapi dengan 7 anggota untuk ibadat solat iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka untuk sujud.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah)”
[Surah Al-’Alaq : ayat 19]

Sesungguhnya tidaklah sia-sia penciptaan manusia ini yang dilengkapkan dengan 7 anggota utama iaitu untuk tujuan beribadah kepada Allah dengan susunan yang begitu unik dan cukup sempurna untuk kita. Subhanallah!.

♥ஜ♥ Umur ♥ஜ♥
Allah menghiasi umur manusia dengan 7 peringkat. Pada masa lahir disebut :

“radli”. kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’.

Seterusnya dilengkapkan 7 peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu :

“Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullaah”.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya”
[surah Al-Fath : ayat 26]

♥ஜ♥ Umur ♥ஜ♥
Allah SWT telah menghiasi umur manusia 7 peringkat :
❀«¤» Masa setitik darah
❀«¤» Ketika dalam kandungan
❀«¤» Menjadi bayi
❀«¤» Ketika kanak-kanak
❀«¤» Remaja
❀«¤» Dewasa
❀«¤» Tua

♥ஜ♥ Tanah Besar ♥ஜ♥
Allah menghiasi dunia dengan 7 negeri yang besar iaitu :
1. Hindustan
2. Hijaz
3. Bashrah, Badiyah dan Kufah
4. Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh
5. Rome dan Armenia
6. Negeri Ya’juj dan Ma’juj
7. China dan Turkistan.

Kemudian Allah menghiasi 7 negara itu dengan 7 hari iaitu :
~Sabtu,
~Ahad,
~Isnin,
~Selasa,
~Rabu,
~Khamis dan
~Jumaat.

Seterusnya, Allah memuliakan dengan ketujuh-tujuh hari itu dari para Nabi. Allah memuliakan :

*Nabi Musa a.s dengan hari SABTU,
*Isa bin Maryam a.s dengan hari AHAD,
*Dawud a.s dengan hari ISNIN,
*Nabi Sulaiman a.s dengan hari SELASA,
*Nabi Ya’qub a.s dengan hari KHAMIS,
*Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat.

Muka bumi ini Allah bahagikan kepada 7 bahagian besar tersebut di atas dan pada setiap bahagian wujud pula jenis-jenis manusia yang berlainan bangsa dan agamanya.

Begitulah unik dan istimewanya kewujudan alam dan seluruh isinya hasil ciptaan Allah yang Esa lagi Maha Pencipta. Kita sebagai hambaNya harus mengakui dan meyakini dengan sesungguhnya.

Begitu hebat ciptaan Allah sehinggakan sesetengahnya tidak terjangkau akal kita untuk mentafsirkannya. Allah menjadikan semua ini untuk kita perhatikan, hayati dan nikmati segala kurniaanNya.

Oleh yang demikian, siapa kita untuk tidak mengEsakan Kebesaran Allah? Kita sebagai hamba, maka hanya Allah yang layak kita

Comments

Popular posts from this blog