- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Friday, October 4, 2013








PADAH CURI BEG DALAM MASJID : PENCURI DIBELASAH!!! (VIDEO INSIDE)



MARANG - Seorang lelaki menerima padah selepas melarikan sebuah beg milik seorang wanita di Masjid Kampung Gong Balai, di sini, apabila terpaksa menahan kesakitan akibat dibelasah penduduk kampung.

Lelaki berusia awal 20-an itu yang menaiki sebuah kereta bersama dua lagi suspek berjaya ditangkap penduduk di sebuah chalet di Kampung Telaga Air, Jambu Bongkok, di sini, manakala kenderaan jenis Perodua Viva yang dinaiki turut dirosakkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta tersebut selepas dipercayai mencuri sebuah beg berisi telefon bimbit milik seorang warga emas berumur 68 tahun yang sedang menunaikan solat di masjid itu.

Mangsa, Mek Long@Gayah Mamat, ternampak kelibat seorang lelaki memakai baju T berwarna merah memasuki ruang solat dan mengambil beg tersebut yang diletakkan di hadapannya, sebelum lelaki itu melarikan diri ke luar masjid.

Menyedari perbuatan suspek, mangsa berhenti solat dan mengejar suspek sehingga ke pintu pagar masjid, namun suspek berjaya melepaskan diri dengan menaiki kereta bersama dua lagi rakannya yang menunggu dalam kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berjaya dikesan berada di sebuah chalet sebelum ditangkap penduduk kampung.

Difahamkan, dua lelaki termasuk seorang perempuan berusia antara 17 hingga 23 tahun itu turut dibelasah penduduk sebelum diserahkan kepada anggota polis kira-kira jam 10.05 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan laporan dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Ketiga-tiga suspek turut positif dadah termasuk remaja perempuan yang dipercayai isteri kepada seorang suspek lelaki dan kesemua mereka kini ditahan reman hingga Ahad untuk siasatan lanjut.
 http://hambaliabdullah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment