Wax Museum (Muzium Patung Lilin) di Malaysia



Kebiasaannya apabila berpeluang mengunjungi muzium patung lilin terkenal iaitu Madame Tussauds di luar negara, ramai yang akan mengambil kesempatan bergambar bersama-sama ‘tokoh’ atau ‘selebriti’ terkemuka dunia yang dipamerkan di situ. Muzium patung lilin Madame Tussauds pada masa ini terdapat di bandar terkemuka dunia seperti London dan New York manakala terdekat adalah di Bangkok, Thailand. Kini perkara yang sama telah berada di Malaysia. Anda tidak perlu lagi keluar negara untuk merasai pengalaman bergambar bersama tokoh-tokoh terkenal dunia.
i-Muzium yang dinamakan Red Carpet@i-City ini terletak di Taman Tema City, Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun berbeza daripada konsep Muzium Madame Tussauds, pengunjung akan dapat berinteraksi secara lebih dekat dengan ‘erpsoarnaliti’ terkemuka dunia bagaikan manusia sebenar bertemakan persekitaran seperti majlis penyampaian Oscar Awds Gala yang terkenal di Amerika Syarikat.



Fakta menarik tentang Red Carpet@i-City:
  • i-City, bandar ultrapolis di Shah Alam, Selangor milik I-Berhad, telah diberikan hak untuk mengadakan muzium patung lilin yang mampu bersuara dan bergerak pertama seumpamanya di rantau ASEAN.
  • Red Carpet@i-City yang dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM25 juta merangkumi kawasan seluas 2,787 meter persegi yang mempunyai reka bentuk ala pentas Oscar itu akan dihiasi dengan 100 patung lilin tokoh dan bintang terkenal dunia termasuk Malaysia melalui enam tema dengan suasana berlainan Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, dan Interaktif.
  • Patung-patung ini dihasilkan oleh sebuah syarikat China, Zhongshan City Elephant Sculpture Art Co. Ltd. (ZCESA) menggunakan teknologi dan kaedah pembuatan terkini di bawah penyeliaan Pengarah Reka Bentuk Kreatif, Bernardo Munoz.
  • Antara patung yang ditampilkan seperti raja pop, Michael Jackson, Britney Spears, Eric Clapton, bintang popular Korea, Psy dan Rain serta tiga ikon Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Michelle Yeoh dan Datuk Lee Chong Wei.
  • Anda bukan setakat dapat bergambar tetapi juga berpeluang menyanyi, menari dan berinteraksi bersama-sama ‘selebriti’ yang dipamerkan. 
  • Bukan itu sahaja, sebaik sahaja melangkah masuk ke premis ini, pengunjung seolah-olah berada di tengah-tengah kemeriahan majlis Malam Anugerah Oskar. 
  • Pengunjung akan merasakan seolah-olah sedang berjalan di atas karpet merah dengan cahaya daripada lensa kamera paparazi berkerlipan menyilaukan mata.
  • Seterusnya, pengunjung akan diajak mendekati personaliti atau selebriti dalam suasana yang tepat menggambarkan diri mereka. 
  • Dalam masa enam bulan atau setahun, patung-patung lilin akan ditukar atau ditambah dengan yang baharu.
  • Tiket memasuki muzium akan dijual pada harga RM80 untuk dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak. Pengunjung juga boleh membeli pakej keluarga dengan harga RM180 (dua dewasa dan dua kanak-kanak)

Lagi gambar-gambar menarik:








 sumber: utusan malaysia, http://malaysiadaily.my, http://www.skyscrapercity.com

Comments

Popular posts from this blog