Memoir Radin Umar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-MU


2014, Terbitan 2014, Riza Atiq O.K Rahmat, Penerbit UPM, UPM Press
Terbitan 2014
Riza Atiq O.K Rahmat
ISBN 978-967-344-323-9
RM 109.00 (Kulit Keras)
RM 89.00 (Kulit Lembut)

 Saya telah membaca buku Memoir Radin Umar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-MU yang telah diberikan sendiri oleh Prof
Riza Atiq O.K Rahmat semasa jamuan hari raya idilfitri pada 10 Ogos 2014.

Secara ringkasnya saya memang mengenali Allahyarham Prof Dato' Radin Umar sejak tahun 1990 semasa pertama kali saya berkhidmat di Kementerian Pengangkutan dimana arwah terlibat secara aktif dalam Majlis Keselamatan Jalan Raya. 

Beliau telah menjawat jawatan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang pertama dan semasa itu saya memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan. 

Buku ini mengimbau kembali suka duka arwah dalam kerjayanya dan ianya adalah satu catatan perjalanan hidup yang amat berguna untuk ditauladani oleh generasi sekarang.


 Y.Bhg. Dato' Sri Zakaria bin Bahari
Mantan ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

Saya berasa terharu dan bangga atas prakarsanya hingga buku ini dapat diterbitkan dengan rupa dan bentuknya sekarang.  Seruannya ringan, namun bermakna dalam.  Ajakannya sederhana, tetapi ampuh dan sarat dengan tekad untuk melaksanakannya.  Buku ini merupakan pemerhatian terhadap penghidupan serta alam sekitarnya.  Garapan idea dan luahan perasaannya dalam memoir ini jelas menunjukkan bahawa Radin Umar bersifat fundamental dalam prinsip, kontemporari dalam pendekatan dan futuristik dalam pandangan dan wawasan.  Saya bertuah dapat mendekati beliau.

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan
Mantan Ketua Setiausaha Negara


Sepanjang saya mengenali arwah, saya dapati beliau seorang yang amat komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi. Beliau juga fokus dalam tugasan sehingga memudahkan urusan saya sebagai Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu Sifat terpuji beliau terserlah apabila mempunyai integriti yang tinggi dan wajar dicontohi oleh ahli akademik dan pentadbir sama ada di universiti mahupun di kementerian. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada institusi pengajian tinggi, tetapi negara dan dunia.

YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor


Profesor Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi merupakan rakan seperjuangan dan pemimpin yang mempunyai wawasan yang melewati zamannya. Beliau mempunyai kesungguhan yang tinggi dan menjiwai setiap perkara yang diamanahkan serta sentiasa mencabar amalan kebiasaan dalam usaha mencari yang terbaik untuk kepentingan umum. Beliau telah meninggalkan legasi dalam bidang pengurusan serta kepakaran beliau dan menjadi penanda aras untuk tatapan kita bersama dan diteladani oleh generasi pemimpin masa kini dan akan datang. Rasa tanggungjawab yang tinggi menyebabkan beliau sering memastikan bahawa setiap yang dilakukan mempunyai natijah yang positif kepada pembangunan modal insan dan negara.

Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan
Naib Canselor UPM


1


2



Comments

Popular posts from this blog