Aduan Rakyat Malaysia (Pelanggan) Kepada kakitangan Awam Yang Kerja Suka Lepak di Kedai Makan. Borak-Borak.. 

 

aduan rakyat kakitangan awam
Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.
 
Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.
 
Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.
 
Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.
 
Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya
Kepada pegawai atasan, sila menyelia pegawai dan kakitangan anda dengan seeloknya, kenakan tindakan tegas kepada pegawai atau kakitangan yang sibuk melepak di kedai kopi tidak mengikut jadual kerajaan yang telah ditetapkan untuk mereka hingga mengabaikan kerja sendiri yang akhirnya menyebabkan pelanggan / rakyat yang berurusan menjadi mangsa.

Ingatlah bahawa pentadbiran awam adalah cermin kerajaan, jika cermin buruk dan huduh, maka akan nampak huduhlah kerajaan pada pandangan rakyat.
 
Jika bekerja dengan pihak swasta, sesiapa keluar minum waktu bekerja, balik pejabat, maka terimalah amaran keras daripada pihak atas dan majikan malah lebih teruk lagi mungkin surat berhenti kerja dari majikan, jadilah pekerja yang berkualiti.
 
Perlukan pengorbanan untuk menjalankan tugas dengan baik. Ada sesiapa di sini yang pernah mengalami masalah dan kesulitan seperti mana yang Puan Azrinaz alami.
 

Comments

Popular posts from this blog