SYIRIK DAN KESAN-KESANNYA
Marilah kita bertaqwa kepada
Allah Subhanahuwata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Sehubungan dengan itu juga marilah
kita bersama-sama berpegang dan melaksanakan sunnah Nabi
Sallallahu’alaihiwasallam agar kita benar-benar menjadi pengikut baginda
dan pengamal sunnah baginda.
Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini banyak cabaran dan ujian. Antara cabaran yang kita hadapi ialah wujudnya syirik dalam masyarakat.

Syirik merupakan
persoalan yang menyentuh aqidah. Ia mestilah kita jauhi. Syirik
bermaksud menyengutukan Allah Subhanahuwata’ala dalam ibadah dan
perhambaan. Menyengutukan Allah Subhanahuwata’ala seperti menjadikan
tuhan-tuhan lain setanding dengan Allah Subhanahuwata’ala, meminta
tolong dan menyampaikan hajat kepada perkara-perkara lain selain
daripada Allah Subhanahuwata’ala adalah syirik.
Sebenarnya Islam mendidik kita agar menjadikan segala ibadah yang dilakukan hanya ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala menegaskan perkara tersebut di dalam Al-Quran:

Katakanlah:
Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan
kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah yang Esa",
barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia
mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia menyengutukan seorang pun
dalam beribadat kepada Rabbnya".
(Al-Kahfi:110)
(Al-Kahfi:110)
Jenis-jenis Syirik
a) Syirik Akbar (syirik besar)
Syirik jenis ini ialah dengan cara menyembah sesuatu yang lain (seperti berhala) yang dianggap sebagai tuhan. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan perbuatan tersebut. Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam Al-Quran :

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang berkata sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata, “Hai Bani Israel, sembahlah Allah Rabbku, dan Rabbmu”. Sesungguhnya orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun “
(Al-Maidah:72)
b) Syirik Asghar (syirik kecil)
Antara bentuk syirik jenis ini ialah meyakini azimat, mentera-mentera, jampi-jampi, dukun dan bersumpah dengan sumpah selain daripada Allah Subhanahuwata’ala.
Termasuk juga dalam syirik kecil ialah sesuatu yang merosakkan keikhlasan dalam beribadah dan ber’ubudiyyah kepada Allah Subhanahuwata’ala seperti riyak, takabur dan ‘ujub.
Syirik jenis ini juga sangat dilarang oleh Allah Subhanahuwata’ala.
Rujukan:Risalah At-Ta’rif Jilid 1
Kesan-kesan Syirik
a) Penghinaan ke atas manusia
Syirik merupakan penghinaan terhadap kemuliaan manusia dan penurunan martabat serta kedudukannya. Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya. Oleh itu manusia tidak perlu takut, tunduk atau menyembah sesama makhluk. Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam Al-Quran:
Dengan ikhlas kepada Allah, tidak menyengutukan sesuatu dengan Dia, barangsiapa menyengutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.
(Al-Hajj:31)
b) Sarang tahayyul (dongengan)
Syirik adalah sarang tahayyul dan kebathilan kerana mempercayai dan meyakini sesuatu itu mempunyai kuasa serta pengaruh dalam kehidupan kita sebagai muslim. Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila keyakinan kepada sesuatu yang dianggap boleh membuat perubahan melebihi keyakinan kepada Allah Subhanahuwata’ala.
c) Kezaliman yang besar
Syirik adalah perbuatan dosa yang besar dan merupakan suatu kezaliman ke atas diri sendiri dan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala. Kezaliman di sini bermaksud menafikan kebenaran yang di bawa oleh Islam di mana hanyasanya yang layak disembah ialah Allah Subhanahuwata’ala bukannya berhala dan sebagainya.

a) Sumber ketakutan
Syirik adalah sumber ketakutan dan kegelisahan. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita terjadinya ketakutan kepada kubur, wali-wali, pokok besar, jin-jin dan kepada sesuatu yang lain. Ini semua adalah kepercayaan yang tidak berasas dan dilarang oleh Islam. Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam surah Ali-Imran:
“Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut disebabkan mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu sedangkan Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka adalah neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang zalim. “
b) Melemahkan jiwa
Syirik mengajar penganutnya berserah diri dan bertawakkal kepada sesuatu yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan lemah pergantungannya kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sedangkan segala sesuatu yang lain tidak mempunyai sebarang kuasa pun melainkan dengan izin Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Dan mereka sembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memudharatkan mereka dan tidak dapat memberikan manfaat kepada mereka. Tetapi mereka berkata, “Mereka itu penolong-penolong kami pada sisi Allah”. Katakanlah, “Apakah kamu mahu terangkan kepada Allah apa yang (kononnya) Dia tidak tahu (tentang) di langit-langit dan di bumi?”. Maha Suci Allah dan Dia Maha Tinggi daripada apa yang mereka sekutukan”.
(Yunus : 18).
c) Akibat yang buruk di Akhirat
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengingatkan kepada umatnya agar menjauhi perbuatan syirik kerana perbuatan tersebut balasannya adalah neraka. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud :
“Barangsiapa yang berjumpa dengan Allah (meninggal dunia) dalam keadaan syirik kepada Allah dengan sesuatu maka dia akan memasuki neraka “
(Riwayat Bukhari)
Penyelesaian bagi permasalahan syirik
Kesucian aqidah seseorang akan terpelihara jika beliau tidak melewati batas-batas yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-sunnah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam. Untuk menghapuskan syirik hendaklah kita kembali kepada langkah-langkah sepertimana yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas.
a) Mengesakan Allah Subhanahuwata’ala.
Firman Allah Sallallahu’alaihiwasallam dalam surah al-Ikhlas:

“Katakanlah Dialah Allah Yang Maha Esa”
Ini bermakna dasar pertama di dalam aqidah Islam ialah Allah Subhanahuwata’ala itu Esa.
b) Memohon, bergantung dan menuju hanya kepada Allah Subhanahuwata’ala
“Allah yang dituju (meminta hajat)”.
Hanya sanya kepada Allah kita memohon hajat atau pertolongan.
c) Meyakini Allah Subhanahuwata’ala tidak beranak, tidak berbapa dan tidak menyerupai sesuatu
“Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya”.
Ini bermaksud Allah Subhanahuwata’ala tidak beranak, tidak diperanakkan dan tidak serupa dengan manusia atau makhluk lain baik segi rupa paras, zat, sifat mahupun perbuatan.
Kesimpulan
Marilah kita sama-sama menjauhi amalan, perbuatan dan rasa hati yang boleh membawa syirik kepada Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala, Dialah Maha kuasa, Maha bijaksana serta Maha mengetahui segala-galanya.

Comments
Post a Comment