Bulan terbelah dua
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). [Al-Qamar, 54:1-3]
Ayat Quran di atas adalah ayat yang membuktikan bahawa bulan yang berada di langit bumi ini pernah terbelah menjadi dua bahagian dan maksud saat kedatangan hari kiamat itu ditafsir ia berlaku pada zaman Nabi Muhammad (akhir zaman). Kejadian ini adalah salah satu mukjizat yang diberikan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Ayat ini disokong pula dengan beberapa hadith dari Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah s.a.w. Dan Rasulullah s.a.w bersabda, saksikanlah. [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا
Dari Ibnu Mas’ud r.a, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah s.a.w, sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah s.a.w bersabda, perhatikanlah. [Hadith riwayat Bukhari]
عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah s.a.w. [Hadith riwayat Ahmad]
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ
Dari Muhammad bin Mut’im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi s.a.w sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian daripada mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. [Hadith riwayat Tarmizi]
Kisahnya pada suatu hari sekumpulan pembesar Quraisy itu datang menemui Rasulullah s.a.w. Di antara mereka termasuklah Al-Walid Al-Mughirah, Abu Jahal, Al As Wail, Al Aswad Muthalib, An Nadhru Al Harith. Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang lalu, adalah benar.
Mereka berkata, “Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua bahagian”. “Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, Tuhan yang satu?” kata baginda pula. Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat yang Rasulullah berikan.
Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi. Baginda menghalakan jarinya kepada bulan dan sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian, tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.
Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri (Gunung Sofa) dan separuh atau sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah kanan (Gunung Qoiqo’an) dengan keadaan masih bercahaya sehinggakan orang ramai dapat melihat Gunung Hira’ di antara kedua-dua gunung itu. Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya! Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak mendengar apabila baginda berkata, “Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah amanahkan kepadaku.”
Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun, kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apatah lagi untuk menerima dakwah Nabi. Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut. Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi. Para pengikut baginda malah sesiapa pun berasa agak ketakutan apabila tanpa disangka bulan boleh terbelah dua, tetapi mujur sahaja objek yang menerangi malam itu bercantum semula.
Kaum kafir Quraisy tahu kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut! Ini termasuklah Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikan kejadian itu walaupun melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu dan masih enggan untuk mempercayai Nabi Muhammad. Mereka berkata walaupun Nabi Muhammad telah menyihir mereka tetapi tentulah ia tidak dapat menyihir seluruh manusia.
Kemudian Abu Jahal berkata, tunggulah sehingga datang penduduk desa atau pengembara datang ke Kota Mekah dan menceritakan mereka juga melihat bulan terbelah dua, maka Muhammad itu adalah benar sebagai utusan Allah, tetapi jika penduduk desa itu tidak melihat bulan terbelah dua, bererti Muhammad dianggap telah menyihir mereka. Tidak lama kemudian datanglah penduduk desa ke Kota Mekah menceritakan bahawa mereka telah melihat bulan terbelah dua pada malam itu. Namun orang-orang kafir di Mekah tetap tidak percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu Abu Jahal dan kuncu-kuncunya yang ingkar itu berkata, “Ini adalah sihir yang terus menerus.”
ShareAyat Quran di atas adalah ayat yang membuktikan bahawa bulan yang berada di langit bumi ini pernah terbelah menjadi dua bahagian dan maksud saat kedatangan hari kiamat itu ditafsir ia berlaku pada zaman Nabi Muhammad (akhir zaman). Kejadian ini adalah salah satu mukjizat yang diberikan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Ayat ini disokong pula dengan beberapa hadith dari Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat:

Comments
Post a Comment