Cerpen: Air Mata Syawal...


Pemandangan sekitar Pantai Bunut kelihatan sungguh indah. Dikelilingi pokok kelapa dengan dedaunan kehijauan. Ombak beralun dengan perlahan menghempas pantai. Bagaikan sedang mengusik di tepian tebing. Angin bertiup lembut tanpa di seru. Sungguh sempurna ciptaan Allah. 

Namun begitu,suasana di pantai tidak mampu mengusir lamunan Anisha. Riak wajahnya murung bagaikan menyimpan seribu kisah duka. Di sudut tubir matanya bergenang air yang jernih. Masalah apakah yang menghimpit Anisha? 


Anisha masih melayan perasaan hibanya. Kedengaran esakan kecil yang amat meruntun hati. Mungkin perasaan yang ditanggung Anisha begitu berat. Hanya Allah sahaja yang tahu. 


Anisha tersentak sebaik mendengar namanya di seru. Cepat-cepat dia menyeka air mata dengan hujung lengan bajunya. Dia tidak mahu sesiapa pun yang tahu dia sedang menangis. Kemudian dia berpaling ke arah si pemanggil. 


" Ya,Mak Long..." Anisha bangkit dari tempat yang di dudukinya lalu melangkah ke arah Mak Longnya. 


" Astghafirullahalazim... apa dah jadi dengan anak dara ni... sorang tidur sampai ke senja,yang sorang ni,dah senja-senja macam ni,tak reti nak munculkan diri di muka pintu...dah nak jadi penunggu pantai agaknya..." Mak Long terus membebel di kaki tangga sambil mencekak pinggan gempalnya. 


Mak Long,kalau pasal membebel memang dialah champion of the membebel kategori wanita...gerutu hati kecil Anisha. Dengan kata-kata itu,Anisha tersengih. Namun sengihannya semakin melebar bila tersedar Mak Longnya mencekak pinggang. Dia memandang ke arah Mak Long yang masih lagi merenung tajam ke arahnya. 


Cewah! Mak Long dah jadi Hang Tuah pula,siap di kaki tangga mencekak pinggang, habislah kau Hang Jebat! sempat Anisha berdrama di dalam hati.Akhirnya tergelak besar setelah Mak Longnya berlalu naik ke atas rumah.


 Seorang lelaki separuh usia duduk termenung di halaman rumah. Teringat akan isteri dan anak yang di tinggal pergi. Sekian lama tidak di dengar berita. Pernah dia mencari keluarganya di kampung,namun mereka sudah lama berpindah. 

Teringat kembali kisah lama yang menjadi sejarah hidupnya. Kisah yang telah membuangnya dari kampung halaman. Kisah yang telah membuat nama Hamidun kotor. 


Tuduhan orang kampung tidak dapat di terima olehnya. Tuduhan yang mengatakan dia merogol janda muda sehingga menyebabkan janda itu mengandung. Ayah dan ibu mertuanya pada masa itu,tanpa meminta perjelasan,dia terus di halau. 


Akhirnya Hamidun menarik nafas lalu di hembus perlahan sambil beristihfar. 


"Ayah.."seseorang menegurnya dari belakang membuat hati tuanya tersentak. 


" Hm..Zul,terkejut ayah... bila balik?"tanya Hamidun sambil mengurut dadanya.Azizul tersengih. 


" Baru je sampai.. tu la,ayah asyik termenung,mana sedar Zul balik..."balas Azizul sambil melabuh punggung di sebelah Hamidun.
" kerja macam mana?" itulah soalan wajib ditanya bila anak teruna itu pulang. 


" Macam tu la ayah,semua kerja letih..." sambil menghembus nafas keluhan. 


"Letih? ayah ingat orang kerja di bawah matahari je yang tahu letih.." Hamidun tersenyum penuh makna. 


" Aik!,lain macam je bunyi.. ayah sindir Zul ya.." Namun pertanyaan Azizul hanya di balas gelakkan besar. 


" Ayah..Ayah masih nak cari anak kandung Ayah..?" pertanyaan Azizul membuat Hamidun terdiam. Lama barulah Hamidun mengangguk. 


" Esok kita cuba cari ya ayah.. sebab Zul mula cuti raya esok..." mata tua Hamidun memandang sayu menilai ketulusan anak muda di hadapannya. Akhirnya dia tersenyum. 



" Terima kasih ya,Nak... ayah terlalu menyusahkan Azizul..." menitis air mata kesyukuran kerana di temukan dengan Azizul. Azizul tersenyum sambil mencium tangan tua Hamidun


Sekuntumbungakeadilan Reformasi Baram

Comments

Popular posts from this blog