Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah
Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah
Kebiasaannya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke Malaysia, tetapi terus dikebumikan di Makkah. Ini boleh dianggap satu peluang yang diberi Allah SWT untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal di Makkah, adalah sewaktu sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Di bawah ini menunjukkan gambar antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah.
Jenazah disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.
Proses pengkebumian jenazah yang meninggal dunia di Makkah.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda kemudian hari. -Sumber
Cita-Cita Mati Di Tanah Haram
Bolehkah bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Nabi SAW menyebut di dalam sebuah hadis,
Maksudnya: “Barangsiapa yang
mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan
memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.” (riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam,
di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadis
tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan
lain-lain bahawasanya harus untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah,
ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. Bukan pergi
kesana dan terjun bangunan hotel (bunuh diri). Itu tidak akan mendapat
syafaat (malah kufur).
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat yang baik. Oleh: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya -Sumber
Wallahu’alam….hasnulhadibinahmad.com
Comments
Post a Comment