Iktibar dari kematian

 

Alhamdulillah, mulai Julai ini siri tazkirah pagi setiap jumaat, pihak editor ABO akan membawakan kisah-kisah iktibar yang baik untuk dimuhasabahkan bersama di blog ini. Dengan sokongan daripada beberapa pengalaman benar para sahabat-sahabat yang menguruskan mandi jenazah, tukang korek liang lahat, dan imam-imam, diharapkan kisah yang dipaparkan mampu memberi lebih ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah swt.

Terima kasih diberikan kepada Ustaz Reza (MRK albanjari), Hj. Hamad, Sarjan(B) Talib, rakan-rakan email yang sudah mula memberi input buat paparan di bulan Julai ini.

InsyaAllah, bagi pihak editor sendiri, wak albanjari sendiri akan mengutip pengalaman bersama pengali-pengali kubur dimana beliau akan turut sama turun ke perkuburan mengongsi pengalaman bersama mereka menyediakan lubang kapan buat jenazah untuk dikebumikan. Kisah pada pagi ini boleh dibaca dibawah. Selamat membaca.

.




Ustaz M telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Cerita ini diceritakan ketika beliau mengendalikan Kursus pada hari kedua yang bermula pada jam 9.15 pagi.

Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan ada yang nampak berzikir.

Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang
sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti.

Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya.

Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….Semua para jemaah terus diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
hening seketika.

Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melain kan, “Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada dibelakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan.

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?

Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah.

Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M. Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah…”
_
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. Pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah arwah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.
“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”

ANAK BAPAK JIWA HAPAK
(Kisah ini berlaku pada tahun lalu, pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza atau dikenali di sini dgn nama pena MRK albanjari)

Foto yang diterbitkan sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kisah benar dibawah - makluman

2.15 pagi
Saya menerima panggilan telefon dari Hospital Serdang yang meminta saya agar dapat menguruskan jenazah yang meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kadar yang segera. Atas dasar tanggungjawab, saya bersama seorang lagi teman pembantu terus bergegas ke hospital yang jaraknya 20 minit perjalanan dari rumah saya. Disaat warga kota metropolitan tidur nyenyak diulit mimpi, saya dan sahabat pula akan menguruskan jenazah yang telah kembali bertemu Penciptanya.

2.40 pagi
Saya selamat tiba di perkarangan bilik mayat hospital Serdang. Kehadiran kami disambut oleh beberapa ahli waris simati, setelah memperkenalkan diri dan tugas saya terus menuju ke bilik mandi mayat hospital. Aneh, dan bermacam gambaran terbit dibenak fikiran, ahli waris yang ada ini sudah pasti anak kepada si mati, tetapi mengapa pula begitu pakaiannya? Ini perkarangan bilik mayat, bukan pub atau kelab malam.

Yang perempuan masih sendat dengan pakaian ketat menampak lurah dada dan peha, manakala yang lelaki pula ada yang bersubang sebelah. Yang berseluar pendek juga ada. Subhanallah. Jika dilihat kepada deretan kereta mewah di perkarangan bilik mandi mayat ini jelas sungguh mereka ini dari golongan kaya dan berada.

Kini saya telah berada di dalam bilik pemandian jenazah, dihadapan kami, diatas platform telah menanti sekujur tubuh kaku. Mungkin ini jenazahnya yang kita nak uruskan, bisik saya kepada sahabat pembantu.

Tanpa membuang masa, saya pun terus mengukur ketinggian jenazah dan lain-lain perkara untuk urusan menyediakan kain kafan sebagai pakaian terakhir mayat ini. Setelah selesai menyediakan kelengkapan kafan bersama sahabat saya, kami kembali semula masuk ke dalam bilik mandi mayat untuk memandikan mayat itu pula. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 3.20 pagi.

Sungguh besar tubuh mayat ini, sudah ler besar..gempal pula. Jika dilihat dari fizikalnya, mungkin usia jenazah ini lewat 60 an. Oleh kerana saya dan sahabat yang menjadi teman setia saya untuk menguruskan jenazah, dan kami pula masing-masing bertubuh kecil tentu agak sukar bagi kami mengendalikan urusan memandikan mayat ini, mahu tidak mahu bantuan dari ahli waris yg lain sangat diperlukan.

Maka saya pun pergi keluar untuk mendapatkan bantuan daripada ahli warisnya bagi membantu kami menguruskan jenazah tersebut. Ketika saya keluar dari bilik mandi mayat tersebut untuk mendapatkan bantuan saya dapati ahli warisnya sibuk dengan urusan sendiri dengan pelbagai gaya dan rupa, maklumlah awal pagi..ada yang terlentok tidur...bersembang, bersms dan ada juga yang membaca akhbar.

Saya merapati ahli waris yang menyambut saya tadi dan memaklumkan kepadanya bahawa saya perlu bantuan untuk menguruskan jenazah bapa mereka kerana saya tidak mampu melakukanya tanpa bantuan mereka, ini kerana jenazah yang mahu diuruskan itu bertubuh besar dan berat.

" Ustaz, kami tak boleh bantu sebab kami tak pandai. Ustaz jer lah yang buat...berapa pun upahnya kami akan bayar....! Seribu, 2 ribu..cakap saja. Kami bayar ! Tak kan ustaz tak boleh angkat ? Ajak la kawan2 ustaz yang lain...kami bayar! Tak cukup kami tambah lagi...." ujar anak si mati sambil disampuk pula oleh beberapa orang lagi.

Dalam hati saya berkata, betul..lah mereka2 ini 'anak bapak'. Gila kah apa, tak mungkin saya boleh angkat badan mayat tersebut yang saiznya 2 kali ganda saya...bukan masalah duit....kerana saya bukan bekerja ambil upah mandikan mayat. Nak panggil kawan-kawan? Sasau kaa ape ? Pukul 3.30 pagi ni beb!

Saya beritahu mereka bahawa saya memang tak daya dan tak kuat nak angkat mayat tu untuk buka seluar dan pakaiannya. Saya kata kalau mereka tak nak bantu.., saya nak balik sekarang.., lepas ni uruskanlah sendiri mayat bapa kamu tu ! bentak saya dalam nada suara tegas.

Mereka tiada pilihan. Mahu tak mahu akhirnya mereka menggalah dan mereka arahkan pemandu2 mereka sekali masuk membantu saya menguruskan jenazah tersebut. Apabila mereka masuk dalam bilik jenazah tu saya masih mendengar rungutan kecil dari mulut beberapa orang anak simati yang tidak jelas butir katanya namun saya buat tak tahu saja.

Tiba-tiba seorang dari mereka berkata, " eh..cincin ayah ni belum buka lagi laa...cincin mahal ni...." saya terus memandang ke arah jari yang dimaksudkan dan memang saya dapati simati memakai sebentuk cincin emas yang besar.

Tanpa lengah si anak tadi terus cuba untuk menanggalkan cincin tersebut namun usahanya gagal kerana cincin itu sudah mengecil sebab jari simati itu besar, mungkin simati sudah pakai cincin itu dalam tempoh yang sudah lama. Berbagai iktiar serta cara digunakan termasuk melumurkan air sabun di jari simati, bagi mengeluarkan cincin tersebut namun tetap gagal.

Saya biarkan sahaja apa yang mereka nak buat sebab mereka benar-benar nak keluarkan cincin tu lagi pun bagi saya memang wajib dibuka sebab cincin tu adalah sebahagian dari harta pusaka simati. Saya rasa lebih kurang 20 minit baru usaha mereka berjaya. Berjaya menanggalkan cincin tersebut dari jari simati.

Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat rupa-rupanya si anak tadi menanggalkan cincin itu dari jari simati dengan cara kasar, saya dapati hampir separuh kulit jari mayat itu terkoyak akibat dari sentapan kuat untuk menanggalkan cincin tersebut. Tak tahukah mereka, bahawa tindakan mereka itu menyiksa mayat/simati yang juga bapa mereka. Memang 'anak bapak' sungguh waris simati ini.

Dengan bantuan supir-supir anak simati itu, maka siap juga mayat ini kami mandikan. Sungguh jelik bila melihat gelagat anak-anak simati ini apabila tidak seorang pun yang mahu membantu memandikan jasad kaku bapanya, sekadar memerhatikan dari jauh.

Setelah selesai jenazah dimandikan sekali lagi saya minta mereka mengangkat jenazah tersebut keatas tempat kafan, Alhamdulillah pada kali ini mereka membantu mengangkat jenazah tersebut dan tanpa lengah terus membalut tubuh simati dengan kain kafan yang sudah sedia menanti pemakainya.

4.30 pagi
Siap kafan, saya terus berwuduk untuk mensolatkan jenazah tersebut dan saya ajak mereka termasuk anak-anak simati untuk bersama bersolat atas jenazah ini. Tetapi sungguh sedih bila anak-anak simati berkata, "kami tak tahu nak solat jenazah, ustaz sajalah..!"

Apakan daya saya lagi, tak kan masa itu saya nak ajar mereka kaifiat solat jenazah....lalu saya bersama teman tadi mengangkat takbir untuk solatkan jenazah, dari peristiwa ini saya dapati inilah sebenarnya ragam hidup masyarakat kita yang menjauhkan diri dari agama...ayah pula gagal mendidik anak-anak dengan agama yang akhirnya turut merugikan dirinya sendiri jua.

Sesuai dengan peringatan Nabi, " apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu anak-anak yang soleh yang mendoakannya....."

Hmm.., nak doa apa bendanya kalau anak tidak di didik dengan agama. Seperti mana peristiwa ini dimana anaknya boleh kata kami tak tahu solat jenazah dihadapan jenazah ayah mereka sendiri. Subhanallah, Maha Berkuasa Allah swt. atas makhluk, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Besar
.

Siri Tazkirah Kematian 3 : Rebah di night club

lebih kurang 3 tahun lalu satu kenangan yang masih segar terpahat dalam jiwa saya apabila saya diminta untuk menguruskan jenazah seorang lelaki yang tidak saya kenali.

tanpa ada syak dan ragu saya tampil untuk memenuhi permintaan ahli waris yang menghubungi saya untuk menguruskan jenazah tersebut kerana ia menjadi tanggungjawab saya apabila ada orang yang meminta bantuan saya untuk menguruskan jenazah walaupun ia sebenarnya adalah fardhu kifayah sahaja namun menjadi wajib kepada mereka yang diminta untuk menguruskan jenazah.


ketika saya sampai di bilik pengurusan jenazah saya seperti biasa akan mendapatkan mayat yang sudah terbukur kaku diatas platform mandi untuk mendapatkan ukuran jenzah terlebih dahulu untuk menyediakan kain kafan.


jenazah tersebut tampak kelihatan seperti biasa sahaja. saya terus tanpa lengah memotong kain kafan dan membuat persiapan yang selayaknya kepada jenazah tersebut.


setelah selesai menyediakan kain kafan lalu saya masuk semula ke bilik mandi jenazah untuk proses seterusnya. setelah saya tanggalkan pakaian jenazah iersebut saya dapati ada bau yang kurang menyenangkan hidung saya menghidunya. saya belek setiap anggota jenazah tersebut untuk mencari punca bau itu keluar dan saya yakin ia keluar dari dubur jenazah tersebut. jenazah yang saya balutkan dengan kain putih antara bawah dada hingga bawah lututnya sebagai kain basahan adalah proses biasa bagi saya.


tiba-tiba sahabat saya memberitahu....."ustaz....tengok ni" sambil tanganya mengarah kebahagian dada jenzah tersebut....." subhanallah "..... saya lihat dadanya lebab kehitam-hitaman yang sebelumnya tiada kesan lebam tersebut semasa saya mula membuka bajunya sebentar tadi.....


" ni apa pulak ujian kat kita"....ujar saya kepada teman-teman yang membantu....saya dapati kesan lebam itu semakin lama semakin ketara dan saya amati seakan ada cecair yang keluar dari liang-liang roma simati.....baunya "subhanallah" cukup tidak menyenangkan......


"kita urus macam biasa"....ujra saya kepada teman-teman..... dengan lafaz "bismillahirahmanirrahim" dan membaca niat untuk memandikan jenazah saya mulakan menyiram jenazah tersbut dengan air perlahan-lahan dan meratakan keseluruh bahagian anggotanya.....


lebam kehitaman itu makin ketara dan semakin merebak hingga ke bahagian kerongkongya ...... kami buat tak tahu sahaja.....sambil meneruskan apa yang selayaknya kepada jenazah semasa dia dimandikan......


"ustaz...ustaz"....sapa teman kepada saya lantas saya berpaling kearah muka jenazah dan saya dapati keadaan mukanya juga seperti hangus terbakar seperti lebam-lebam yang lain......


"allahumma anta rabbi la ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin"....saya mula tidak sedap hati kerana melihatkan keadaan mayat tersebut seakan sudah meleuh sebahagian tubuhnya dan mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan hidung saya dan teman-teman.....


kalau ikutkan rasa...nak je saya tinggalkan mayat tersebut sebab dah tak tahan dengan baunya....tapi kami gagahi hingga selesai mandi.....


apabila selesai sahaja kami mandikan jenazah tersebut dengan segera kami kafankan jenazah tersebut dan saya tidak benarkan wajahnya dilihat oleh ahli waris dan sahabat-sahabatnya yang lain.....


bila mendengar saya tidak izinkan....ada ahli waris yang tidak puas hati....kenapa ustaz? saya kata " adalah lebih baik jangan lihat dahulu sehingga sampai di tanah kubur semasa dia hendak dikebumikan nanti.....akhirnya mereka akur tanpa ada syak wasangka....


setelah selesai sahaja saya bertanya kepada hali warisnya punca kematian lelaki tadi..."kami pun tak tahu" kata mereka...."cuba tanya kawan dia tu sebab dia ada sekali"....


saya pun merapat dengan lelaki yang dimaksudkan...." bang...nak tanya sikit" saya bertanya.....nape ustaz?..... sipulan ni mati bila dan kat mana serta kenapa? lebih kuranglah soalan yang saya ajukan kepada lelaki tersebut.....


"susahlah nak cerita ustaz....." kenapa? saya bertanya lagi

begini ustaz "sipulan tu kerja dengan saya...kami selalu lepak kat night club... karaoke...semalam dia minum banyak....tiba-tiba dia sesak nafas kemudian dia terus rebah kat atas pangkuan kawan-kawan...."


lelaki ke perempuan? saya nak kepastian.... "perempuan" jawab lelaki tersebut.....

saya nak kata apa lagi tepuk dahi dan garu kepala yang tak gatal sebagai tanda protes....


"kenapa ustaz tanya? ada apa-apa tak kena ke?" soal lelaki itu kepada saya...

"ada sikit problem kat mayat tu" jelas saya


saya pesan kat lelaki tu....kena berhentilah ke night club dan minum arak tu ...takde faedah....kita akan mati bila-bila masa sahaja....bertaubatlah selagi allah membuka pintu taubatnya kepada kita.....kalau abang nak tahu nanti dah sampai kubur cuba abang buka dan lihat muka dia.....kemudia abang talifon saya...boleh? atau datang jumpa saya.


selang beberapa hari dia menghubungi saya dan ingin berjumpa dengan saya....lalu kami berjumpa selepas solat jumaat di Surau solat jumaat al-munir taman lestari perdana..... bila dia jumpa saya dia terus peluk saya dan menangis teresak-esak....."saya takut ustaz" ...."saya takut" .... "boleh tak ustaz bantu saya?"....."insyaallah" jawab saya ringkas....


baca dan fikirlah sendiri......kalau rasa diri tu hidup selama-lamanya terusklan bernight club dan tongganglah arak banyak-banyak dan sokonglah orang yang menyokong arak dan yang beri lesen arak dan yang beri lesen kelab-kelab malam.....mrk albanjari

IKUTI KISAH SETERUSNYA DARI BLOG http://politikbanjar.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog