Engku Emran Diberi Hak Penjagaan Engku Aleesya
Masih lagi bercerita mengenai penceraian Erra Fazira dan Engku Emran.
Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun. Berdasarkan
persetujuan bersama, Engku Emran diberi hak penjagaan sepenuhnya anak
mereka. Manakala Erra Fazira selaku ibu diberikan hak lawatan dan
bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan ini dibuat
tanpa sebarang pertikaian.
Untuk makluman, Erra Fazira dan Engku Emran telah pun berkahwin pada
Oktober 2007. Hari ini, lafaz cerai telah dilakukan oleh Engku Emran di
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 12.50 tengah hari. Erra
kelihatan tenang ketika lafaz cerai talak satu dilakukan sementara Engku
Emran pula nampak sebak. Erra telah hadir dengan bertopeng muka ke
mahkamah ditemani rakan baiknya, Umie Aida dan Erma Fatima.
Erra menjelaskan yang permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan
mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak
setahun lalu. Erra juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada
suaminya. Kata Erra yang dipetik menerusi Mstar Online:-
Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai
Kalau sudah tertulis jodoh sampai ke sini saja, apa lagi yang mampu
kita lakukan? Semoga tanggungjawab selaku ibu dan bapa kepada Engku
Aleesya tidak akan diabaikan oleh Erra dan Engku Emran. Sama-samalah
kita doakan yang terbaik buat mereka. Takziah atas penceraian ini. Hanya
mereka yang tahu apa yang terbaik.
http://beautifulnara.com/
Comments
Post a Comment