EMPAT AMALAN AGAR SELAMAT DARI SIKSA KUBUR






Bismillaa hir rohma nir rohim


Abu Laits as-Samarqandi rahimahullahu ta’ala berkata, kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
 
1] HENDAKLAH IA MENJAGA SOLATNYA..
2] HENDAKLAH DIA RAJIN BERSEDEKAH..
3] HENDAKLAH DIA RAJIN MEMBACA AL-QURAN...
4] HENDAKLAH DIA MEMPERBANYAKKAN MEMBACA TASBIH kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya...
 
ADAPUN EMPAT PERKARA YANG PERLU DIJAUHI IALAH :
 
1] JANGAN SUKA BERBOHONG (BERDUSTA)...
2] JANGAN MENGKHIANATI...
3] JANGAN MENGADU-DOMBA (Jangan suka mencucuk sana cucuk sini, menimbulkan kebencian dan permusuhan sesama orang Islam).....
4] JANGAN KENCING SAMBIL BERDIRI.... Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, KERANA SESUNGGUHNYA KEBANYAKAN SIKSA KUBUR ITU BERPUNCA DARI KENCING (yang tidak bersih).."... [Hadith Riwayat Muslim]....

KUBUR ITU TIDAK MEMANDANG APAKAH ORANG ITU ORANG MISKIN, ORANG KAYA, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, KUBUR AKAN MELAYAN SESEORANG ITU MENGIKUT AMAL SOLEH yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.... Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T...

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat MENJAWAB SETIAP SOALAN YG DIKEMUKAKAN oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita MENGHAFAL di mulut.... Sebab, YANG AKAN MENJAWAB soalan malaikat itu, adalah AMALAN SOLEHNYA SENDIRI, bukan mulutnya...
 
 
 

 

Comments

Popular posts from this blog