ISU KAJANG: CUBA PANDANG POSITIF SELAIN MEMAKI ANWAR

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Pernah saya post artikel mengenai percaturan Kajang. Percaturan mahu menyelamatkan Selangor, perbalahan dalaman PK dan sebagainya. Kali ini saya mahu bawa view rakan-rakan pakatan rakyat yang lain mengikut pemahaman saya. Jangan pula anggap saya talibarut Anwar Ibrahim. Dia tidak kenal saya, saya juga tidak pernah bertemu dengannya. Dia dengan dunianya, saya dengan dunia saya.

2) Reaksi isu Kajang disambut negatif oleh kebanyakan pemimpin PAS. Kenapa tidak dibincang dulu, PKR khianat, Anwar munafiq, sudah lama aku tidak percaya dengan Anwar, satu lagi projek membazir duit rakyat, politiking memanjang dan sebagainya. Anwar dan PKR dijadikan punching bag semahu-mahunya, seolah-olah melepaskan geram terhadap sosok itu.

3) Jika presiden pas dikritik, itu kritikan membina. Jika anwar di kritik, itu merosakkan hubungan dalam PR - sindir mereka. Mereka balun Anwar habis-habisan. habis kesilapan-kesilapan Anwar yang mereka anggap silap, dihamburkan untuk tatapan umum. marahnya mereka!

4) PKR pula terkial-kial cuba membaikpulih damage yang dicetus mereka sendiri. Sudah pasti mereka punyai strategi yg ampuh mengikut percaturan mereka. Jika tidak, masakan sanggup pertaruh satu kerusi sendiri, dan mempertaruh ketua mereka sendiri. Menjernihkan hubungan Khalid-Azmin hanyalah alasan. Ada planning lain yang sedang mereka usahakan.

5) PKR mendapat sedikit kekuatan daripada sekutunya DAP yang menyokong tindakan mereka. Kemudian barulah PAS ikut bersyarat. Apa yang DAP nampak, PAS tidak nampak. DAP dapat membaca strategi Anwar dan PKR, mereka memilih untuk follow dan tengok apa akan terjadi. Ini politik genius. Manakala kebanyakan pemimpin PAS pula memilih untuk berkonfontasi dengan strategi ini. Pelbagai alasan diwujudkan. Alasan membazir? bukankah ia perlaburan? Alasan politiking meletihkan rakyat? Tanpa isu kajang, setiap hari isu politik berjalan. Harakah akan tutup kedai kalau tiada politiking. Heh!

6) Bagi saya, planning untuk selamatkan selagor ke, nak damaikan khalid-azmin ke, nak Anwar jadi MB ke, itu bukan masalah saya. Yang saya nampak, Anwar adalah seorang yang genius berpolitik. Tatkala isu perkauman semakin meruncing, isu kalimah Allah, isu banner Jesus digantung ditempat awam, isu chauvinisme, isu mahu lancarkan 13 Mei semakin kuat berkumandang, Anwar menggerakkan plan Kajangnya, semua isu-isu sensitif tadinya terhenti. Perkasa yg galak mahu berjihad terpadam niatnya. Umno yang mahu 13 mei berulang, kini terdiam memikirkan apa plan Anwar seterusnya. Mahathir terpaku apabila isu Kajang membuka pekungnya mahu turunkan najib. Najib terkesima dengan gerakan pantas Anwar. malah menteri yg berCGPA 3.85 pun terpaksa sembang bab lucah dek penangan isu Kajang.

7) Satu isu kajang, mendiamkan beberapa isu sensitif. Sampai bila, kita tak tahu. Yang penting, api yang mahu menyala itu dipadamkan seketika. Semuanya tertumpu kpd Kajang. Lihat secara genius dgn mata kepala strategis.

8 ) Letak tepi dulu sentimen tak suka Anwar jadi MB, tak suka gerak kerja munafiq PKR. Pandang dengan padangan org genius. Apakah dengan cara kita yg sedia ada, kita dapat membendung sentimen perkauman yang sudah semakin runcing ini? Apa yang PAS boleh buat? Apa yg DAP boleh buat? PKR pun tidak mampu buat apa-apa. UMNO memang pakar menyediakan jalan-jalan permusuhan kaum.

9) Anak Mude geng kite turun ramai-ramai berhimpun, boleh selamatkan rusuhan kaum atau tidak? Selagi UMNO bernafas, tiada istilah hidup harmoni berbilang kaum. kempen harmoni dalam TV hanya retorik merapu. Buktinya lihat UMNO sendiri. lihat PERKASA, lihat geng senaman punggung, geng songkok tinggi, geng kepala lembu, geng kek tahi... harmoni?

10) Maka strategi sementara untuk memadam api yang semakin mula menyala itu adalah dengan cara alih isu. Kabooom... Anwar dan PKR memilih untuk bertindak sendirian. PAS dan DAP mahukan penjelasan. DAP terima, PAS beri syarat. Samada Anwar jadi MB atau tidak, itu bukan soalnya. Asalkan bukan UMNO, sesiapa pun boleh jadi MB, termasuk Anwar.

11) PAS perlu mempunyai pemimpin yang genius dan dapat membaca strategi dan menyusun startegi. Dalam permainan chess sesiapa yang hanya ikut rentak lawan, adatnya dia akan kalah. Saya nampak PAS demikian. PAS hanya react terhadap apa yang UMNO buat. UMNO buat salah, PAS akan ke hadapan menyerang. UMNO terbatuk bab hudud, PAS segera mengeluarkan perisainya.

12) berbeza dengan PKR dan DAP. Mereka memilih untuk menyerang UMNO. Lihatlah UMNO terpaksa mengikut rentak PKR. terpaksa react dengan startegi PKR. Terpaksa memerah otak menafsir strategi PKR, apa yg akan PKR buat lagi. So, siapa lebih dapat advantage? Saya tidak mengagungkan PKR. Kadang-kadang PKR pun ade juga buat kerja sengal. Demo pijak bendera Jepun contohnya. tapi itu tidak bermakna strategi lain kita tolak.

13) Seperti artikel lepas, saya tulis mengenai kelibat Ustaz Fadzil Noor, Mahathir dan Anwar sebagai tiga orang genius berpolitik, mengatur dan membaca strategi lawan. Ustaz Fadzil sudah tiada. Hendak bina semua Ustaz Fadzil yang baru, yang geius berstrategi dan membaca strategi lawan, saya tak rasa kita akan dapat dalam masa singkat. Tamrin-tamrin tidak ke arah itu. Maka mujurlah Anwar menjadi sekutu kita. bayangkan jika Anwar masih bersekutu dgn Dr Mahathir, di mana tahap PAS sekarang?

14) Lihat kenyataan TG Nik Aziz, beliau cuba sedaya upaya mengalihkan sentimen kebencian warga PAS kepada Anwar dan PK dalam isu ini kepada membenci UMNO yang merampas Perak secara jahat. TG Nik Aziz mengajak kita fokus kepada kalahkan UMNO. TG Nik Aziz adalah org tua genius yg berpengalaman. TG Nik Aziz tidak mudah-mudah terikut-ikut sentimen menghentam Anwar. Anak-anak muda mesti belajar dengan orang tua genius itu. Allah mempunyai sebab melanjutkan usia beliau. Anak-anak muda dan pemimpin PAS perlu belajar bermain strategi seperti Anwar. Jika PAS punyai pemimpin genius seperti Anwar, PAS akan lebih baik daripada Anwar dan PKR yg sedia ada.

Sekian

p/s:
Saya tidak berminat untuk membantu Anwar, tetapi saya mahu tunggu dan lihat. Saya harap plan dia berjaya. UMNO mesti dipeningkan. Jika plan Anwar fail, bukan saya saja, tentu anda semua juga dapat mengagak apa yg akan dihambur oleh org-org anti Anwar. Kerja UMNO menjadi lebih mudah! ~phr

 https://www.facebook.com/groups/jingga13muafakat/

Comments

Popular posts from this blog