Posts

Showing posts from April, 2015
Image
KULIAH  Ust Esa Deraman   1 2 3 4 DIMANA KAU MENUNGGU  kuliah Jumaat  
WAWANCARA CHE DET TERBARU http://dinturtle.blogspot.com/2015/04/bicara-negarawan-tun-mahathir-full-video.html
Image
KULIAH Ustaz Ahmad Jailani    1MDB PENDAKWAH CERITA DONGENG PENGAMPUNAN SUNNAH DAN BID'AH BERPEGANG KPD AL QURAN DAN SUNNAH JAWAB KEBODOHAN DATO NOOR FARIDAH ARIFFIN TAHIYATUL MASJID KEMATIAN YG HEBAT WAHABI SELAWAT BUKAN DARI SYARIAT MAQASID DAN GOOD GOVERNANCE TATACARA SOLAT RASULULLAH SALAM  HUDUD  
Image
Hukum Solat Fardu Berimamkan Solat Sunat ISU: Saya ingin bertanya apakah hukum bagi orang yang solat fardhu berimamkan solat sunat. Contohnya,salah seorang rakan saya telah lambat untuk solat berjemaah dan kebetulan hanya saya seorang yang sedang solat di situ. Tetapi saya sedang solat sunat qabliyah, lalu dia menepuk bahu saya dan berimamkan saya. 1. Adakah solat dia sah? 2. Apakah yang perlu saya buat ketika dia menepuk bahu saya unt uk berimamkan saya?    PENJELASAN: Menurut Imam al-Syafi'i, sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardhu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, "Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad saw. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya." Imam al-Syafi'i menjelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua itu adalah solat sunat, manakala so...
Image
Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.   2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:   i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negar...
Image
RASUAH: ADAKAH KITA MAHU HIDUP SENANG DI DUNIA SAHAJA? JAUHILAH RASUAH YANG SANGAT DIKEJI OLEH ALLAH 1.    Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan sesuatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. Kesimpulannya rasuah ialah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya.  2.   Rasuah tidak hanya melibatkan wang tunai. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendifinasikan rasuah sebagai: “ Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun” . Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan k...
Image
Apa Untuk Mangsa Curi, Pecah Amanah, Cukai Zalim & Pemangsa ? Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman Cuba baca beberapa keadaan di bawah:- Mencuri duit dan terlepas dari hukuman. Menipu dan tidak membayar hutang walau mampu. Menipu dan tidak menyerahkan barang yang dijual setelah mendapat bayaran. Mengenakan rasuah untuk memperolehi sesuatu tanpa hak. Culas dalam kerja dan mengambil gaji tanpa kurang. Menipu dalam timbangan barang jualan. Mengambil barangan orang lain tanpa izin walau dipulangkan semula. Mengutip cukai yang dinamakan untuk rakyat tetapi disalahguna untuk kepentingan beberapa kerat individu berkuasa. Ini semua perbuatan menzalimi orang lain sama ada dilakukan terhadap individu atau kumpulan. Atau dilakukan oleh kumpulan atau individu perseorangan. Ketika di dunia kelihatan mangsa mengalami kerugian manakala penipu dan penjahat beroleh keuntungan. Namun hakikatnya, Allah swt tidak alpa dari kezaliman ini, semuanya bakal mendapat ...
Image
Ramadhan : Batalkah Puasa Kita Jika... Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net   Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.   Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai . Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begit...