Solat Sunat Taubat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas
seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum
agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.
kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan
Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa
insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka
mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat
atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih
afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat Taubat:
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
Cara Solat Sunat Taubat dan Taubat Nasuha
Di sini terdapat cara melakukan solat sunat taubat dan cara untuk taubat
nasuha. Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T
tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya
bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan
hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu
ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang
soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah;
wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu
tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka
syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak
orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus
dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon
dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon
keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia
sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri
sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan
akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu
adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian
di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan
kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi
atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah
sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata
kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh
orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal
ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan
keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu
setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci,
menghadap kiblat;
1. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali
waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam
(pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat
kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’
tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian
surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak
40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah
Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan
yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha
Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
7. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di
dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat )
kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau
berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali
Engkau.”
8. Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan
sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah
jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai
sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah
langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada
di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang
mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib
sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat
Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti
sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya
adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan
terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh
tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang
dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram
hukumnya.
Posted by; shafiqolbu
Comments
Post a Comment