Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan
kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Klik DI SINI
Klik DI SINI
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak
pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu
kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa
kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat
hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat
bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia
di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang
bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya
manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah
s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat
dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air
ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia
diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat
tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w
semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata:
“Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya
dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di
akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang
lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama
selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!”
(Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan
lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin
Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah,
jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian
meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah
solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan
mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta
penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah
S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang
bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya
berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau.
Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya
bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang
dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada
beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung
kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang
berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah
kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah
Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar
sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat
tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap
ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun
dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu
berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu
ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya
tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun
setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan
menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa
yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun
kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat
hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu
dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat
itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang
membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua
rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.
Comments
Post a Comment