angkara facebook isteri curang, wanita jadi keldai dadah, dan aku tak masak lunch

google

JAWATAN KOSONG KELDAI DADAH DI FESBUK

KUALA LUMPUR: Golongan wanita tempatan kini dijadikan sasaran sindiket dadah antarabangsa yang menggunakan populariti laman sosial facebook sebagai alat untuk menggoda sebelum menjerat mangsa menjadi keldai dadah.
Melalui laman sosial ini, mereka akan menggunakan kata-kata cinta untuk memerangkap wanita berkenaan.
Sebaik umpan mengena, wanita tempatan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, profesional dan janda muda diberikan layanan lima bintang sepanjang tempoh bercinta serta diberikan hadiah mewah dan dibawa melancong ke luar negara. BERITA LANJUT SINI

ISTERI CURANG BERSAMA KEKASIH LAMA DI FESBUK

GEORGETOWN: Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu.
Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.
Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.

Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.
Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. BERITA LANJUT SINI


google
SUAMI MAIN CINTA DI FACEBOOK

SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.
Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya. 
Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.
Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil?
TERUSKAN 

yang terbaru:
REMAJA KANTOI LAYAN FACEBOOK DAN BLOG DI DALAM BILIK
PULAU PINANG: Seorang gadis remaja yang dikenali dengan nama Husna(bukan nama sebenar) mengaku bersalah kerana melambatkan dan melengah-lengahkan persediaan dan persiapan untuk memasak tengah hari dan mengabaikan suruhan ibubapanya untuk menyidai kain dan menyapu sampah. Menurut sumber terdekat, gadis itu lebih cenderung menghabiskan masa dihadapan laptop berbanding dihadapan tv. Sumber juga berkata gadis itu mempunyai akaun di laman facebook dan juga mempunyai sebuah blog yang tak berapa nak peribadi . Kerajaan juga mengesyorkan rakyat Malaysia supaya meng'ADD' beliau di facebook UNA BUDAK BAEQ dan mengikuti perkembangan gadis itu di blog miliknya di BLOG BUDAK SEPARA MATANG dan juga laman twitter beliau di UNARAZYPANIC. Sekian berita melaporkan . :DD
pesalah

NOTAWAJIBBACA: so what say you ????? Facebook melalaikan or menggembirakan? Tepuk dada tanya iman . heheh  eh eh blog pulak ? so pandai2lah bahagi masa yaww jangan sampai terkantoi .kesimpulannya jangan sampai kita menyembah facebook dan blog dan laman sosial lain . okay aku ada satu blog yang best cerita pasal facebook baik hampa TERJAH CEPAT SEKARANG DISINI .see capslock tu menunjukkan yang aku nak hampa p terjah blog KHAIRUL AZIZI . heheh

Comments

Popular posts from this blog