Asal Usul Kejadian Adam A.S. (1)


http://meriamyussoff.multiply.com/journal 
 
 Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga 
terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. 
Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu 
akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang sedikit
ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui  tentangnya dan 
Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. 
 
Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah
pada kesabaran.
 
(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah
dari bumi untuk  menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa
segala manusia)". 
 
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat 
Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian
tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau 
sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil 
untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam  akan melakukan 
kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah
memberitahu bahawa  ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila
mendengar mendengar sumpah bumi. 
 
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi 
masih sama lalu Allah  memerintahkan malaikat  Israfil dan jawapan
bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan 
jawapan yang hampa. 
 
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan 
engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan
atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan
perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,
kembalilah ia ke hadrat Allah. 
 
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku 
tugaskan mengambil tanah, dan kemudiandi belakang hari
kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia." 
 
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh
umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak,
mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya,
dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab
antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya. 
 
Jenis tanah yang digunakan:
 
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis 
 
2. Tanah Bukit Tursina 
 
3. Tanah Iraq 
 
4. Tanah Eden 
 
5. Tanah Al-Kautsar 
 
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 
 
7. Tanah Paris 
 
8. Tanah Khurasan 
 
9. Tanah(Babylon) 
 
10.Tanah India 
 
11.Tanah syurga 
 
12.Tanah Tha'if 


Asal Usul Kejadian Adam A.S. (2)
 
 
Menurut Ibnu Abbas:- 
 
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah 
berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 
 
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar 
dan tempat menerima nasihat. 
 
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada. 
 
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias 
dan tempat kecantikan. 
 
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian. 
 
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
 
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah 
dan kerjasama,sesama manusia. 
 
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
 
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) 
dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah 
dosa. 
 
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh
 manusia. 
 
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
 
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,
keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 
 
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,
bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan. 
  
Proses kejadiannya:
 
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, 
air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah 
resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan
 berbagai macam "sifat". 
 
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" 
 kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut". 
 
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah
 tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu 
dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat
 Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul 
Uluhiyah". 
 
 4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya"
 iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang
 sempurna. 
 
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh 
Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, 
mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah 
menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. 
Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah 
kepada Izrail. 

Asal Usul Kejadian Adam A.S. (3)
 
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,
sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit 
manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, 
terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai 
pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah
pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya
hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih 
kemerah-merahan. 
 
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan 
letaknya. 
 
Tujuh buah letaknya adalah : 
 
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua
liang hidung dan sebuah liang mulut. 
 
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 
 
Dijadikan pula lima buah pancaindera: 
 
A. Mata alat penglihatan 
 
B. Hidung alat penciuman 
 
C. Telinga alat pendengaran
 
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya. 
 
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, 
untuk merasa halus, kasar dan sebagainya. 
 
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh 
itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya 
yang mengambil masa 200 tahun. 
 
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh
meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan 
tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. 
Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu 
matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri,
ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian
badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri 
dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian 
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan 
mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai 
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. 
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.
Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti:
"Semoga engkau diberi rahmat Allah". 
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, 
menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang
yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan 
Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada 
dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal 
sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa
 (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: 
 
"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II) 
 
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka 
terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika
itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai
ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. 
Urat-urat berkulit dengan  sempurna, yang mana kulit itu kian
lama kian cantik dan halus. 
 
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah 
kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah
merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya 
cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat 
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam 
diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu 
diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit 
pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa
 ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. ( Wallahualam)
  
Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah
menunjukkan bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri
daripada :
 
1)  Karbon
2)  Oksigen
3)  Hidrogen
4)  Fosforus
5)  Sulfur
6)  Azote
7)  Kalsium
8)  Pottasium
9)  Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium
 
Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :
 
1)  Oksigen              45,000     gram
2)  Hidrogen             8,000     gram
3)  Kalsium               1,000     gram
4)  Kabrit                  175     gram
5)  Sodium                105     gram
6)  Magnesium           35     gram
7)  Kuprum                0.1   gram
8)  Karbon                12,000    gram
9)  Azote (nitrogen)    2,000    gram
10) Fosforus               140    gram
11) Klorin                   105    gram
12) Ferum (besi)         4    gram
13) Iodin                    0.03 gram
14) Manganese          0.02 gram

Comments

Popular posts from this blog