ASAL USUL SEMBAHYANG..





SUBUH

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu takala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.

Pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:
Baginda bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua:
Baginda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu takala Allah  telah memerintahkan pada agar menyembelih anak nya Nabi Ismail.a.s sedang seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:
Bersyukur bagi penembusan
Rakaat kedua:
Bersyukur kerana dibukan dukacitanya dan anaknya
Rakaat ketiga:
Bersyukur dan memohon keredaan Allah
Rakaat keempat:
Bersyukur kerana korbanya digantikan dengan tebusan kibas

 ASAR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s iaitu takala baginda dikeluarkan oleh Allah  dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntah nabi yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamat oleh Allah dari  empat kegelapan.

Rakaat pertama:
Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua:
Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga:
Kelam dengan malam
Rakaat keempat:
Kelam dengan perut Ikan Nun

 MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu takala baginda dikeluarkan oleh Allah  dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamat dari kejahilan tersebut.

Rakaat pertama:
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha esa
Rakaat kedua:
Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah di tuduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:
Untuk menyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga..

 ISYAK

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang isyak ialah Nabi Musa a.s iaitu takala nabi musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan. Sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu yang akhir. lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s empat rakaat sebagai tanda syukur.

Rakaat pertama:
Dukacita terhadap istrinya
Rakaat kedua:
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat kedua:
Dukacita terhadap Firaun
Rakaat ketiga:
Dukacita terhadap anak Firaun..

Comments

Popular posts from this blog